Page
2
of
15
1.0 Tajuk Kertas kerja
Kertas kerja sempena Bulan Matematik Tahun 2012, anjuran PanitiaMatematik, SK Kangkar Pulai, Johor Bahru.
2.0 Pengenalan
Bulan Matematik diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid untuk memahami dan menghayati mata pelajaran Matematik. Bidang ini biasanyadilabel sebagai bidang abstrak yang hanya mereka yang mempunyai IQtertentu sahaja yang mampu menguasainya. Ini berpunca daripada ketiadaaankemahiran atau keupayaan berfikir dalam kalangan majoriti murid.
Justeru, bagi ‘memanggil’ semua lapisan murid mendekati bidang ini dengan
lebih mesra, Bulan Matematik diadakan. Harapan program ini agar murid-murid akan bersedia membuka minda dan menerima pengajaran danpembelajaran Matematik dengan lebih baik daripada sebelumnya.
3.0 Objektif Program
3.1 Membuka minda murid bahawa matematik adalah fenomena yangberlaku di sekeliling mereka.3.2 Menyedarkan murid bahawa matematik adalah pelajaran yangmenyeronokkan di samping mencabar minda.3.3 Mencungkil bakat kepantasan menyelesaikan masalah semasapertandingan.3.4 Menarik minat murid supaya memberi lebih tumpuan semasa P&Pmatematik di dalam kelas.3.5 Membuka peluang meneroka alam matematik di luar bilik darjahmelalui pertandingan dan permainan.3.6 Melatih murid-murid mencari informasi berguna semasa terlibat didalam aktiviti yang dianjurkan.
4.0 Tarikh Aktiviti
Aktiviti ini akan diadakan sepanjang bulan Mei tahun 2012 seperti mana yangtelah tertera di dalam Buku Manual Pengurusan Sekolah.
5.0 Masa Aktiviti
Pelan rancangan aktiviti adalah seperti di dalam Lampiran A.