Professional Documents
Culture Documents
SOALAN 1
PENGENALAN
Pembinaan tamadun Islam bermula selepas lahirnya Rasulullah SAW beserta turunnya wahyu daripada Allah SWT di Gua Hira di kaki bukit an-Nur pada 17 Ramadhan 610 Masihi. Tamadun Islam dibahagikan tiga peringkat iaitu peringkat awal di Mekah, peringkat pertengahan, dan peringkat akhir. Nabi Muhammad SAW mengajak masyarakat Arab kembali kepada nilai akhlak dan kemanusiaan yang murni.
Syed Nuqib mendefinisikan tamadun sebagai keadaan kehidupan manusia yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi sesebuah masyarakat Al-Shirazi berkata bahawa tamadun Islam adalah berkisar tentang kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan
Abu Bakar Hamzah; sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama kehidupan manusia
Teuku Iskandar; keadaan masyarakat yang dicirikan oleh taraf kemajuaan kebendaan serta perkembangan pemikiran.
Perkataan tamadun berasal darpada perkataan Arab iaitu madana yang bermaksud kehalusan budi dan kesopanan tingkah laku. Daripada perkataan madana, terbit pula perkataan madinah yang bermaksud Bandar dan juga madani iaitu orang yang berkelakuan seperti orang Bandar yang bersifat halus dalam berbudi bahasa dan beradap sopan dalam tingkah laku.
Memelihara nyawa
Memelihara akal
Memelihara keturunan
Tamadun Islam meletakkan nyawa sebagai dasar yang paling utama. Allah SWT telah menggubal perundangan paling terperinci dalam jaminan keselamatan terhadap nyawa.
Contohnya dalam ayat Al-Maidah ayat 32 firman Allah SWT yang bermaksud : Bahawa sesiapa yang membunuh seseorang bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri, maka bererti orang itu telah membunuh manusia seluruhnya.
Firman Allah SWT : Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertilik nasib adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu dapat memperolehi keuntungan.
Abdullah bin Umar berkata : Saya telah mendengar Rasullullah SAW bersabda bahawa sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid. ( Riwayat Bukhari )
SOALAN 2
Beberapa sumber perlulah digunakan bagi mendalami lagi pemahaman mengenai Tamadun Islam.
Ia juga penting bagi mengelakan berlakunya sebarang ajaran sesat dalam agama. Bagi tamadun Islam terdapat dua sumber yang penting iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi.
Al-Quran
Sumber asas yang terpenting dalam kewujudan Tamadun Islam. Merupakan ibu segala kitab malah menjadi petunjuk yang amat berguna bagi manusia. Mukjizat yang paling istimewa berbanding mukjizat lain yang diturunkan oleh Allah swt.
Al-Quran telah diturunkan dengan pengertian serta lafaznya. Kesahihan Al-Quran tidak terusik sehingga ke saat ini. Allah sendiri telah memberi jaminan bahawa kesahihan Al-Quran akan terpelihara dan segala usaha untuk menyelewengannya akan menemui kegagalan.
Kandungan Al-Quran
Membicarakan mengenai persoalan ibadat. Menyeru umat manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Menyeru umat manusia membangunkan isi alam bagi kebaikan bersama. Menghormati hak orang lain. Menghormati hak orang bukan muslim.
wahai manusia sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu pelbagai bangsa dan suku-suku supaya kamu berkenalkenalan, sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang lebih bertaqwa
Sunnah/Hadis
Merupakan sumber kedua yang membolehkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai Tamadun Islam. Dari sudut pandangan Islam sumber ini boleh diterima sebagai sumber yang benar dan autoritatif.
Mengikut Ulama Usul a-Fiqh, as-Sunnah ialah segala yang datang daripada Nabi s.a.w. selain dari alQuran, sama ada perkataan, perbuatan ataupun keakuran baginda yang boleh di jadikan dalil kepada hukum syarak. Adakalanya istilah Sunnah disandarkan kepada perbuatan atau amalan para sahabat baginda SAW berdasarkan kepada sabda Rasullullah SAW yang menggalakkan umat Islam mengikut sunnah para sahabat r.a. Sunnah mengikut pengertian ulama Usul al-Fiqh telah di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu Sunnah Qawliyyah, Sunnah Fiilyyah, dan Sunnah Taqririyyah
Aqidah
Syariah
Akhlak
Menjaga alam
RUANGAN MENYOAL