You are on page 1of 5

SK KANGKAR PULAI

Jalan Ilmu, Kampung Melayu Kangkar Pulai 81110 Johor Bahru, Johor
Tel / Fax: 07-527 1979 Web : http://skkangkarpulai-skkp.blogspot.com/

KERTAS KERJA PENERBITAN BULETIN PANITIA MATEMATIK


TAHUN 2012
Panitia Matematik

1.0

PENDAHULUAN Penerbitan Buletin Panitia Matematik merupakan satu usaha yang dijalankan oleh sidang redaksi panitia matematik SK Kangkar Pulai bagi merakam segala perjalanan aktiviti panitia dan juga perjalanan aktiviti sekolah sepanjang tahun persekolahan sama ada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum. Penerbitan ini juga turut merakamkan kenangan yang manis untuk setiap warga SK Kangkar Pulai sama ada dari kalangan guru mahupun murid dengan turut serta terlibat di dalam penerbitan buletin ini.

2.0

RASIONAL 2.1 2.2 2.3 Buletin Panitia Matematik ini diterbitkan untuk merakamkan segala aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi persekolahan dalam tahun semasa di sekolah. Sebagai tanda ingatan kepada warga sekolah secara keseluruhan di dalam mengekal dan meningkatkan prestasi sekolah. Sebagai salah satu dokumentasi sekolah.

3.0

OBJEKTIF 3.1 3.2 3.3 Memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat dalam menghasilkan karya-karya penulisan yang bermutu. Mewujudkan kerjasama secara bersama antara pelajar dengan pelajar dan antara pelajar dengan guru dalam menghasilkan bahan penerbitan yang berkualiti. Penerbitan ini juga bertujuan supaya warga luar sekolah dapat mengetahui segala aktiviti dan pencapaian yang diperoleh oleh SK Kangkar Pulai.

4.0

TARIKH PENERBITAN Sepanjang tahun 2012, disasarkan buletin ini akan diterbitkan sebanyak tiga kali merangkumi tempoh masa berikut: Januari Mac diterbitkan pada minggu pertama bulan April April Jun diterbitkan pada minggu pertama bulan Julai Julai September diterbitkan pada minggu pertama bulan Oktober

Page 2 of 5

5.0

SASARAN Semua warga SK Kangkar Pulai terutama guru yang terlibat dengan panitia Matematik akan terlibat dalam penerbitan ini. Murid-murid boleh menyumbang karya mereka dan akan disunting oleh guru sebelum diterbitkan. Semua murid dan guru akan menerima buletin ini secara percuma. Sumbangan bahan karya boleh meliputi pelbagai bentuk seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Sajak Pantun Syair Karangan tentang pengalaman diri sendiri atau hal lain Lukisan Apa-apa artikel yang bersesuaian

6.0

ISI KANDUNGAN Antara isi kandungan buletin ini ialah : 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 6.7 6.8 6.9 6.10 Kata alu-aluan Guru Besar Ucapan dari Ketua Sidang Redaksi Senarai jawatankuasa buletin Peristiwa sekolah Kejayaan sekolah Analisa pencapaian matematik Senarai murid pencapaian terbaik matematik untuk ujian terkini Hasil karya murid Bahan bacaan tambahan berkaitan matematik Kuiz dan latihan ringkas matematik untuk murid

Page 3 of 5

7.0

JAWATANKUASA Pengerusi Timb. Pengerusi Naib Pengerusi : : : En. Zakaria bin Md Yunus Pn. Hjh Simah binti Basir Tn. Hj Rashid bin Othman En. Zaba bin A. Rahman Pn. Hajah Kartinah binti Abdul Kadir En. Shamsudin bin Mohd Rosli En. Hammad Nazir bin Hasbullah Pn. Suhaiza binti Jaafar Pn. Hjh Che Bushra binti Hassan Pn. Siti Nirwanie binti Mohd Amin Pn. Diana binti Abu Pn. Hairul Aniza binti Abd Hamid Pn. Ruhaida binti Paiman Pn. Suzaita binti Tahir Pn. Siti Fatimah binti Misran Cik Nurul Ain binti Che Harun

Penyelaras / Ketua Sidang Redaksi Setiausaha Ahli Jawatankuasa

: : :

8.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

Dianggarkan pada setiap kali penerbitan akan menggunakan 4 helai kertas bersaiz A4. Bagi setiap helaian kertas, terdapat 4 ruangan. Cara cetakan dilakukan ialah menggunakan kaedah 2 in 1 dan cetakan duplex. Anggaran penggunakan kertas untuk edaran kepada murid ialah seperti berikut: 4 helai x 700 murid Anggaran 1 rim kertas Bilangan rim kertas diperlukan Anggaran kos kertas untuk 1 rim Jumlah anggaran kos kertas = 2 800 helai = 450 helai = 6.2 rim (7 rim kertas) : untuk setiap kali terbitan = RM10 = RM70 bagi setiap kali terbitan

Untuk hadiah kuiz pula dicadangkan 3 hadiah diberi kepada setiap aliran (darjah) yang meliputi tahun 3, 4, 5 dan 6 dengan setiap murid diperuntukkan sebanyak RM4.00 Jumlah kos hadiah = RM4.00 x 3 murid x 4 aliran = RM48.00

Page 4 of 5

9.0

PENUTUP Melalui penerbitan Buletin Panitia Matematik ini secara tidak langsung dapat menyuntik semangat kepada pelajar untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu disamping menambah pengetahuan am murid. Buletin ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu bahan dokumentasi yang memaparkan nostalgia dan iktibar tentang kejayaan sekolah sepanjang tahun.

Disediakan oleh,

.. SHAMSUDIN BIN MOHD ROSLI Ketua Panitia Matematik SK Kangkar Pulai

Diluluskan oleh:

.. EN. ZAKARIA BIN MD YUNUS Guru Besar SK Kangkar Pulai

Page 5 of 5

You might also like