You are on page 1of 4

Konsep Pendidikan Sepanjang Hayat adalah konsep yang sememangnya wujud dalam budaya pribumi.

Agama Islam sendiri menggalakkan setiap umatnya menuntut ilmu sepanjang hayat. Semua agama dan budaya di dunia menggalakkan pendidikan sepanjang hayat. Meskipun konsep ini mendapat galakan dalam budaya, sehingga sekarang ini, tidak ada usaha sistematik dan berterusan serta berkesan menggubal dasar, menwujudkan institusi, menawarkan program berkaitan pendidikan sepanjang hayat kepada warganegara Malaysia.

Terdapat dua konsep kembar Pendidikan Sepanjang Hayat. Pertama ialah pendidikan itu adalah proses sepanjang usia dari lahir hinggalah ke liang lahat. Kedua adalah pendidikan itu adalah proses seluas hidup, merentasi kehidupan dan merangkumi konteks pendidikan formal, tak formal dan informal.Pendidikan berterusan sebagai sebahagian sentuhan konsep pendidikan sepanjang hayat bermaksud peluang untuk mendapat dan meneruskan pendidikan setiap penduduk tanpa mengira tahap umur. Dengan lain perkataan, setiap individu tanpa mengira batas usia masih disediakan peluang yang sewajarnya untuk menyambung pendidikan khususnya selepas tamat mengikuti pendidikan wajib selama sembilan atau 11 tahun seperti apa yang terkandung dalam sistem pendidikan sekarang.

Dalam ledakan teknologi maklumat dan pendidikan tanpa sempadan membolehkan semua maklumat diperolehi hanya dihujung jari sahaja. Sumber maklumat dan ilmu pengetahuan mengalir seperti air yang melimpah ruah. Desakan meningkatkan ilmu pengetahuan dikalangan guru amat diperlukan bagi membolehkan guru mengejar arus pendidikan bertaraf dunia dan tidak ketinggalan jauh ke belakang. Dalam perkembangan yang berkaitan, adalah didapati bahawa dari segi pendekatan dan pelaksanaan meningkatkan tahap professional guru pendemokrasian dari

sudut peluang untuk pendidikan berterusan pada masa kini adalah semakin baik malah jauh lebih baik berbanding perkembangannya sedekad yang lalu. Contohnya, hari ini pendidikan jarak jauh semakin diperluaskan dan menjadi sesuatu yang agak lumrah. Hari ini sudah kedengaran pendidikan jarak jauh untuk peringkat ijazah sarjana. Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat pada masa kini adalah diharapkan pendidikan jarak jauh yang mempunyai ciri istimewa dari segi kelonggaran masa dapat dijadikan wadah dalam menyediakan peluang untuk pendidikan berterusan khususnya bagi kalangan guru yang sudah bekerja tetapi masih berminat dan berkemampuan untuk meneruskan pelajaran demi untuk meningkatkan taraf profesionalisme mereka.

Tuntutan sosial kepada kaum guru bagi mencapai satu tahap kualiti perkhidmatan yang cemerlang hendaklah dilihat secara positif. Seluruh warga pendidikan harus bersedia menyahut cabaran ke arah pendidikan sepanjang hayat. Keperluan ilmu yang mendesak memaksa semua guru memainkan peranan aktif dalam meningkatkan lagi kualiti pendidikan melalui latihan berterusan, budaya meneroka ilmu, menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran serta sikap proaktf dalam menyahut seruan kerajaan agar ilmu itu dikongsikan kepada semua masyarakat tanpa mengira umur dan taraf pendidikan.

Untuk menjayakan pendidikan sepanjang hayat, semua guru perlu mengembleng tenaga membina budaya Pendidikan Sepanjang Hayat. Budaya ini dapat dibina melalui pelbagai peluang pembelajaran melalui program dan kursus yang ditawarkan seperti menggunakan teknologi maklumat dan internet sebagai satu opysen yang membuka peluang yang luas tidak kira latar belakang sosio ekonomi dan jantina. Pembelajaran boleh dilakukan di rumah, di tempat kerja,

program latihan khas, pembelajaran just in time dan pembelajaran di sekolah. Semua ini menjadikan suatu kelaziman dalam menwujudkan budaya Pendidikan Sepanjang Hayat.

Sebagai contohnya, Kolej Komuniti dalam mewujudkan budaya Pendidikan Sepanjang Hayat telah memperluaskan skop perkhidmatan mereka. Kini, mereka menerapkan sebuah konsep yang dinamakan sebagai "Pembelajaran Sepanjang Hayat". Mereka akan menawarkan kursus-kursus jangka pendek seperti Bahasa Mandarin, Bahasa Arab dan sebagainya. Program ini terbuka kepada penduduk tempatan dan ditawarkan di luar waktu bekerja. Contoh seminggu 2 kali iaitu Hari Isnin dan Rabu jam 8.00 - 10.00 malam. Objektifnya adalah untuk menggalakkan masyarakat tempatan tanpa mengira batasan usia sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri mereka selain mempertingkatkan nilai diri mereka. Mereka mahu mengubah pendekatan sesetengah institusi pendidikan masa kini yang terlalu bersifat inklusif sehingga masyarakat di sekitar tidak tahu apa yang sedang berlaku di dalam institusi itu .Dengan ini, mereka mahu mengajak masyarakat tempatan bersama-sama terlibat dalam pembelajaran di institusi kolej komuniti ini. Selain itu, penawaran kursus juga boleh bergantung kepada permintaan. Universiti Sains Malaysia ingin mengorak langkah menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan rakyat Negara Malaysia melalui konsep pendidikan sepanjang hayat. Universiti Sains Malaysia menawarkan 35 program akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara penuh masa kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman kerja yang luas melebihi 10 tahun dalam bidang yang relevan dengan program akademik yang dipohon dengan hanya kelulusan minima, SPM atau setaraf.

Program ini membuka peluang kepada individu yang ingin terus menimba ilmu bagi merealisasikan impian dan cita-cita untuk mengenggam segulung ijazah walaupun telah melewati usia. Ia bertepatan dengan Konsep Program Pendidikan Sepanjang Hayat dalam meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini. Bersandarkan kepada pengalaman yang ada, mereka kini mampu bersaing dengan generasi muda dalam menimba ilmu.

Objektif Universiti Sains Malaysia dalam menawarkan Program Pendidikan Sepanjang Hayat adalah seperti berikut: Memenuhi tanggungjawab pembangunan sosial dan intelektual. Memberi peluang kepada para pekerja atau warganegara yang berpengalaman luas untuk mendalami ilmu secara formal. Meningkatkan dan memantapkan kualiti taraf pendidikan negara di kalangan rakyat. USM akan menjadi IPTA terulung dalam memberi peluang kepada golongan Silver Hair mendalami ilmu pengetahuan melalui program ini. Meningkatkan budaya keintelektualan pendidikan di kalangan masyarakat.

You might also like