You are on page 1of 42

MUQADDIMAH

, .
Segala pujian bagi Allah Yang Maha Esa, Tuhan yang telah menurunkan wahyuNya yang mulia iaitu Al-Quran melalui utusanNya yang mulia iaitu Malaikat Jibril A.S kepada RasulNya yang mulia iaitu Nabi Muhammad S.A.W untuk disebarkan kepada ciptaanNya yang termulia iaitu umat manusia. Tidak dilupakan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi akhir zaman, serta mereka yang beriman kepadanya dengan penuh keyakinan.

Al-Quran menjadi kitab yang mulia kerana dipelihara sendiri oleh Tuhan yang menurunkannya iaitu Allah S.W.T. Allah S.W.T telah memilih mereka-mereka yang terpilih dikalangan hamba-hambaNya untuk terus memelihara kitab suci ini sehingga hari Qiamat bersesuaian dengan firmanNya yang bermaksud: Kemudian Kami wariskan kitab (al-Quran) kepada hamba-hamba yang Kami pilih Surah Faathir : ayat 32

Memandangkan al-Quran mempunyai kaedah dan cara bacaanya yang tersendiri maka para ulama telah berusaha membahagikan pengajian ilmu al-Quran itu kepada bahagian-bahagiannya yang tersendiri. Bahagian yang paling penting untuk dihadam oleh para pembaca al-Quran sudah pasti berkaitan sifat-sifat dan makhraj huruf al-Quran.

Bagi sama-sama lebih memahami bahagian yang penting ini, maka kami telah memilih tajuk tugasan ini dan menyediakannya dengan bahasa yang mudah, disertakan dengan pentakrifan dan contohcontoh sebagai panduan kepada kita semua. memberi faedah dan bertambah pengetahuan Semoga ianya kami semasa

menyediakan tugasan ini dan kita semua yang membacanya.

Akhir sekali kami memohon pengampunan kepada Allah S.W.T dan memohon tunjuk ajar daripada mereka-mereka yang arif berkaitan ilmu yang mulia ini jika terdapat sebarang kesalahan dan kecacatan dalam tugasan yang kami sediakan ini. Semoga usaha kami yang sedikit ini akan diberkati Allah S.W.T. Insyaallah. Wassalam.

BAHAGIAN SATU: SHIFAATIL HURUF DAN KEPENTINGANNYA DALAM PEMBACAAAN AL-QURAN.

1.0 Pendahuluan

Dalam bahagian satu ini akan menjelaskan secara detail berkenaan dengan sifat-sifat huruf yang terdapat di dalam al-Quran dan kepentingannya di dalampembacaan al-Quran.

1.1 Takrif Sifat Huruf Sifat huruf menurut Abu Mardhiyah (2005) dari segi bahasa ialah sesuatu yang berdiri pada benda seperti hitam, putih, kuat, lemah dan sebagainya. Manakala takrif sifat huruf dari segi istilah ialah cara menekan (menyekat) udara ketika bunyi huruf dilafazkan sama ada tinggi, nyaring, kuat dan sebagainya.

1.2 Bahagian Sifat Huruf 1.2.1 Sifat huruf terbahagi kepada 2 bahagian;
1) Sifat Lazim

()

iaitu asal yang terdapat pada Huruf

Hijaiyyah.
2) Sifat

Aaridh

()

iaitu sifat mendatang yang terdapat

pada Huruf Hijaiyyah.

1.2.2 Pendapat ulama mengenai bilangan Sifat Lazim bagi Huruf Hijaiyyah
1) Tujuh belas sifat iaitu pendapat Imam Ibnu Al-Jazari (inilah

pendapat yang masyhur lagi terpilih)

2) Enam belas sifat iaitu pendapat Imam Al-Sakhawi.

Beliau

menggugurkan Izlaq dan Ismat sebaliknya menambah satu sifat yang lain iaitu Hawaiyah.

3) Empat belas sifat iaitu pendapat Imam Al-Barkawi. Beliau

menggugurkan Izlaq, Ishmat, Inhiraf, dan Lin sebaliknya menambah sifat Ghunnah.

4) Empat puluh empat sifat iaitu pendapat Shahibu Al-Riayah.

1.2.3 Bahagian Sifat Lazim Sifat Lazim mengikut Azahari Ibrahim (2000) terbahagi kepada 2 bahagian; 1) Sifat berlawanan: ada 10 (5 pasangan) iaitu:
-

Jahar

))

lawannya Hamas

(( (.)
Antara

Syiddah

()

lawannya Rakhawah

keduanya ada Tawassut/Bainiyah


-

Istila

( )lawannya Istifal ()

Itbaq

( )lawannya Infitah () ( )lawannya Idzlaq ()

Ishmat

2) Sifat tunggal (tidak berlawanan) ada tujuh sepertimana berikut: - Shafir - Lin

()

() () () ()

- Takrir() - Istitolah

- Qalqalah - Inhiraf

()

- Tafasysyi

1.2.4 Bahagian Sifat Aaridh


-

Izhar

() ()

Idgham Ikhfa Iqlab

()

() () ()

Saktah Tafkim

Tarqiq () Mad

() () () ()

Qashr Sukun

Harakah

1.3 Huraian Sifat-Sifat Yang Lazim Bagi Huruf Takrif dan huruf-hurufnya mengikut Ustaz Jamaludin Riduan (2000) adalah sepertimana berkiut:
1) Jahar

()

Dari segi bahasa: Nyaring Dari segi istilah: Nafas bertahan semasa menyebut hurufnya kerana berpegang kuat ia pada makhrajnya.

Huruf Jahar ada 19 iaitu Alif, ba, jim, dhal, zhal, ra, zai, dhad, to, zha, ain, qhain, qaf, lam, mim, nun, wau, hamzah dan ya yang terhimpun dalam rangkai kata:

()

2) Hamas

( )

Dari segi bahasa: Sembunyi

Dari segi istilah: Nafas terlepas semasa menyebut hurufnya kerana lemahnya ia berpegang pada makhrajnya

Huruf Hamas ada 10 iaitu Ta, tha, ha, kha, sin, syin, Shad, fa, kaf dan ha yang terhimpun dalam rangkai kata:

()

3) Syiddah

()

Dari segi bahasa: Kuat Dari segi istilah: Suara tertahan semasa menyebut hurufnya kerana berpegang kuat ia pada makhrajnya.

Huruf Syiddah ada 8

iaitu Ba, ta, jim, dal, to, qaf, kaf dan

hamzah yang terhimpun dalam rangkai kata:

()

4) Rakhawah

()

Dari segi bahasa: Lembut Dari segi istilah: Suara terlepas semasa menyebut hurufnya kerana lemahnya ia berpegang pada makhrajnya.

Huruf Rakhawah ada 16 iaitu Alif, tha, ha, kha, dzal, zai, sin, syin, shad, dhad, zha, qhain, fa, wau, ha dan ya yang terhimpun dalam rangkai kata:

)
Tawassut

()

Dari segi bahasa: Pertengahan Dari segi istilah: Suara pertengahan antara Syiddah dan

Rakhawah semasa menyebut hurufnya.

Huruf Tawassut ada 5 iaitu Ra, ain, lam, mim dan nun. Terhimpun dalam rangkai kata(

. )

5) Istila

()

Dari segi bahasa : Meninggi Dari segi istilah: Terangkat pangkal lidah ke langit-langit semasa menyebut hurufnya.

Huruf Istila ada 7 ialah Kha, shad, dhad, to, zha, qhain dan qaf yang terhimpun dalam rangkai kata

(.)

6) Istifal

()

Dari segi bahasa: Menurun.

Dari segi istilah: Tidak terangkat pangkal lidah semasa menyebut hurufnya.

Huruf Istifal ada 22 Alif, ba, ta, tha, jim, ha, dal, dzal, ra, zai, sin, syin, ain, fa, kaf, lam, mim, nun, wau, ha, hamzah dan ya yang terhimpun dalam rangkai kata:

(.)

7) Itbaq

()

Dari segi bahasa: Melekat. Dari segi Istilah: Tangkat lidah menutupi langit-langit semasa menyebut hurufnya.

Huruf Itbaq ada 4 iaitu Shad, dhad, to, zha. terbahagi kepada 3 kategori;
-

Huruf Itbaq

To paling kuat. Shad dan dhad sederhana. Zha paling lemah.

8) Infitah

()

Dari segi bahasa: Terbuka. Dari segi Istilah: Terbuka ruang antara lidah dan langit-langit.

Huruf Infitah ada 25 iaitu Alif, ba, ta, tha, jim, ha, kha, dal, dzal, ra, zai, sin, syin, ain, qhain, fa, qaf, kaf, lam, mim, nun, wau, ha, hamzah dan ya, yang terhimpun dalam rangkai kata:

()

9) Idzlaq

()

Dari segi bahasa: Lancar atau tergelincir. Dari segi istilah: Menyebutnya dengan mudah kerana sebahagian hurufnya keluar dari hujung lidah dan sebahagian lagi keluar dari dua bibir.

Huruf Idzlaq ada 6 iaitu Ba, ra, fa, lam, mim dan nun yang terhimpun dalam rangkai kata

(.)

10)Ishmat

()

Dari segi bahasa: Larang atau tegah. Dari segi Istilah: Tertegah daripada segera keluar ketika

melafazkan hurufnya.

Huruf Ishmat ada 23 iaitu Alif, ta, tha, jim, ha, kha, dal, dzal, zai, sin, syin, shad, dhad, to, zha, ain, qhain, qaf, kaf, wau, ha, hamzah dan ya yang terhimpun dalam rangkai kata:

()

11)Shafir

()

Dari segi bahasa: Siulan/berdesir. Dari segi istilah: Menyebut hurufnya dengan bunyi berdesir yang kuat yang menyerupai suara binatang.

Huruf Shafir ada 3 iaitu Zai, Sin dan Shad (zai berdesir seperti lebah, sin seperti belalang, shad seperti angsa).

12)Qalqalah

()

Dari segi bahasa: Bergerak-gerak/bergetar. Dari segi Istilah: Lantunan suara yang kuat pada makhraj kerana tekanan yang kuat semasa menyebutnya dan dilepaskan dalam masa yang singkat.

Huruf Qalqalah ada 5 iaitu Ba, jim, dal, to dan qaf yang terhimpun dalam rangkai kata

(.)

Syaratsyarat Qalqalah ada 2 iaitu:


1) Hurufnya mesti sukun (kerana qalqalah tidak dinyatakan jika

hurufnya berbaris). Contoh:

3) Tidak berlaku Idgham (kerana idgham menafikan qalqalah).

Contoh :

Qalqalah terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:


1) Qalqalah Shughra

()

Ia terjadi apabila huruf qalqalah berada di tengah kalimah. Contoh:

2) Qalqalah Kubra

()

Ia terjadi apabila waqaf pada huruf qalqalah yang berada di hujung kalimah. Contoh:

3) Qalqalah Akbar/Asyaddu Qalqalah

() /
huruf qalqalah yang

Ia

terjadi

apabila

waqaf

pada

bertasydid yang berada di hujung Kalimah. Contoh:

13) Lin

()

Dari segi bahasa : lembut. Dari segi Istilah: Menyebutnya dengan lembut dan mudah.

Huruf Lin ada 2 iaitu Wau dan ya dengan syarat:


1) Wau sukun sebelumnya berbaris fathah.

Contoh:

2) Ya sukun sebelumnya berbaris fathah.

Contoh:

14) Inhiraf

()

Dari segi bahasa: Melencong. Dari segi istilah: Ketika menyebut, hurufnya melencong daripada makhrajnya ke makhraj yang lain.

Huruf Inhiraf ada 2 ialah Ra dan lam ( Ra melencong belakang hujung lidah, adapun lam melencong ke hujung lidah) .
15) Takrir

()

Dari segi bahasa: Berulang-ulang. Dari segi istilah: Keadaan hujung lidah bergerak-gerak atau bergetar ketika menyebut hurufnya.

Huruf Takrir ada 1 iaitu Ra .adapun sifat Takrir ini disembunyikan jika Ra itu bertasydid sama ada ketika:
-

Washal. Contoh:

Waqaf. Contoh :

16) Tafasysyi

()

Dari segi bahasa: Menghembur. Dari segi istilah: berhemburan angina (udara ) antara gigi depan dan langit-langit keras ketika menyebut hurufnya.

Huruf Tafasysyi ada 1 sahaja iaitu Syin. kepada 3 peringkat iaitu:


(1) Ala

Tafasysyi terbahagi

()

iaitu peringkat paling tinggi. Ia terjadi pada syin

yang bertasydid. Contoh:


(2) Ausat

( )Iaitu peringkat pertengahan. Ia terjadi pada Syin


Contoh:

yang sukun.

(3) Adna

( )iaitu
Contoh :

peringkat paling rendah. Ia terjadi pada

Syin yang berbaris.

17) Istitolah

()

Dari segi bahasa: Memanjang. Dari segi istilah: Makhraj hurufnya berpanjangan di bahagian tepi lidah sehingga sampai ke makhraj lam. Huruf Istitolah ada 1 sahaja; Dhad.

1.4 Pembahagian Sifat-sifat Huruf Para ulama berselisih pendapat dalam membahagikan sifat-sifat huruf. Pendapat mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Huraiannya adalah seperti berikut:
(1) Ada sebahagian ulama antaranya Mulla Ali al-Qari telah

membahagikan sifat-sifat huruf kepada dua bahagian iaitu Qawiyah dan Dhaifah:

Sifat Qawiyah ( ) iaitu sifat yang kuat. Sifat Qawiyah ada 12 iaitu Jahar, Syiddah, Istila, Itbaq, Ishmat, Shafir, Qalqalah, Inhiraf, Takrir, Tafasysyi, Istitolah dan Ghunnah.

Sifat Dhaifah( ) iaitu sifat yang lemah. Sifat Dhaifah ada 8 iaitu Hamas, Rakhawah, Bainiyah, Istifal, Infitah, idzlaq, Lin dan Khuffa.

(2) Kebanyakan ulama membahagikan sifat-sifat huruf kepada 3

bahagian iaitu Qawiyah, Mutawassitah dan Dhaifah.

Sifat Qawiyah ( )iaitu sifat yang kuat. Sifat Qawiyah ada 11 iaitu Jahar, Syiddah, Istila, Itbaq, Shafir, Qalqalah, Inhiraf, Takrir, Tafasysyi, Istitolah dan Ghunnah.

Sifat Mutawassitah ( ) iaitu sifat yang sederhana. Sifat Mutawassitah ada 3 iaitu Bainiyah,Ishmat dan Idzlaq.

Sifat Dhaifah( ) iaitu sifat yang lemah. Sifat Dhaifah ada 6 iaitu Hamas, Rakhawah, istifal, Infitah, Lin dan Khuffa.

3) Menurut pandangan ulama bahawa sifat Qawiyah tidak sama

kekuatannya antara satu sama lain.

Di sini dinyatakan

beberapa perkara berkaitan dengannya iaitu:

Qalqalah adalah sifat yang paling kuat di kalangan sifat Qawiyah.

Syiddah lebih kuat daripada Jahar.

Adapun kedua-duanya

lebih kuat daripada Tafasysyi dan Shafir.

Itbaq lebih kuat daripada Istila.

1.5 Huruf dan Sifat-sifatnya Menurut Abu Mardiyah (2005) setiap Huruf Hijaiyyah mempunyai sekurang-kurangnya lima sifat dan paling banyak ada tujuh sifat. Huraiannya seperti berikut:
1) Alif

))dan semua Huruf Mad berkongsi pada lima sifat: Jahar,

Rakhawah, Istifal, Infitah dan Ishmat.

2) Ba ( )mempunyai enam sifat: Jahar, Syiddah, Istifal, Infitah,

Idzlaq dan Qalqalah.

3) Ta ( )mempunyai lima sifat: Hamas, Syiddah, Istifal, Infitah

dan Ishmat.

4) Tha ))mempunyai lima sifat: Hamas, Rakhawah, Istifal,

Infitah dan Ishmat.

5) Jim

()

mempunyai enam sifat: Jahar, Syiddah, Istifal,

Infitah,Ishmat dan Qalqalah.

6) Ha

()

mempunyai lima sifat: Hamas, Rakhawah, Istifal,

Infitah dan Ishmat.

7) Kha

()

mempunyai lima sifat: Hamas, Rakhawah, Istila,

Infitah dan Ishmat.

8) Dal

()

mempunyai enam sifat: Jahar, Syiddah, Istifal,

Infital,Ishmat dan Qalqalah.

9) Dzal

( )mempunyai lima sifat: Jahar, Rakhawah, Istifal, Infitah

dan Ishmat.

10) Ra

()

mempunyai tujuh sifat: Jahar, Tawassut, Istifal,

Infitah, Idzlaq, Inhiraf dan Takrir.

11) Zai

()

mempunyai enam sifat: Jahar, Rakhawah, Istifal,

Infitah, Ishmat dan Shafir.

12) Sin

()

mempunyai enam sifat: Hamas, Rakhawah, Istifal,

Infitah, Ishmat dan Shafir.

13) Syin

( )mempunyai enam sifat: Hamas, Rakhawah, Istifal,

Infitah, Ishmat dan Tafasysyi.

14) Shad

()

mempunyai Enam sifat: Hamas, Rakhawah,

Istila, Itbaq, Ishmat dan Shafir.

15) Dhad

( )mempunyai enam sifat: Jahar, Rakhawah, Istila,

Itbaq, Ishmat dan Istitolah.

16) To ( )mempunyai enam sifat: Jahar, Syiddah, Istila, Itbaq,

Ishmat dan Qalqalah.

17) Zha ( )mempunyai lima sifat: Jahar, Rakhawah, Istila, itbaq

dan Ishmat.

18)Ain ( )mempunyai lima sifat: Jahar, Tawassut, istifal, Infitah

dan Ishmat.

19)Ghain ( )mempunyai lima sifat:

Jahar, Rakhawah, Istila,

Infitah dan Ishmat.

20)Fa ( )mempunyai lima sifat: Hamas, Rakhawah, Istifal, Infitah

dan Idzlaq.

21) Qaf ( )mempunyai enam sifat: Jahar, Syiddah, Istila, Infitah,

Ishmat dan Qalqalah.

22) Kaf ( )mempunyai lima sifat: Hamas, Syiddah, Istifal, Infitah

dan Ishmat.

23) Lam ( )mempunyai enam sifat: Jahar, Tawassut, Istifal,

Infitah, Idzlaq dan Inhiraf.

24) Mim ( )mempunyai lima sifat: Jahar, Tawassut, Istifal, Infitah

dan Idzlaq.

25) Nun ( )mempunyai lima sifat: Jahar, Tawassut, Istifal, Infitah

dan Idzlaq.

26) Wau ( )mempunyai lima sifat:

Jahar, Rakhawah, Istifal,

Infitah dan Ishmat.

27) Ha ( )mempunyai lima sifat:

Hamas, Rakhawah, Istifal,

infitah dan Ishmat.

28) Hamzah ( )mempunyai lima sifat:

Jahar, Syiddah, Istifal,

Infitah dan Ishmat.

29) Ya ( )mempunyai lima sifat: Jahar, Rakhawah, Istifal, Infitah

dan Ishmat.

1.6 Pembahagian Huruf Mengikut Sifat-sifatnya Ulama telah membahagikan Huruf Hijaiyah kepada lima bahagian berdasarkan sifat-sifat yang terdapat padanya menurut Abu Mardiyah (2005).

1- Huruf Aqwa Iaitu huruf-huruf yang sangat kuat. Huruf Aqwa

ada empat ; Bil Huruf Aqwa 1 Sifat Kuat Sifat Sederhana Jahar, Istila, Itbaq, Ishmat Istitolah. 2 dan Rakhawah Sifat Lemah

Jahar, Istila, Ishmat Qalqalah.

Syiddah, Itbaq, dan

Jahar, Istila, Itbaq dan Ishmat.

Rakhawah

Jahar, Qalqalah.

Syiddah,

Infitah

Istila, ishmat dan

2- Huruf Qawiyah iaitu huruf-huruf yang kuat. Huruf Qawiyah ada

enam; Bil Huruf Qawiya h 1 Sifat kuat Sifat sederhana Sifat lemah

Jahar, Syiddah, ishmat dan Qalqalah

Istifal dan Infitah

Jahar, Syiddah, IShmat dan Qalqalah.

Istifal dan infitah

Jahar,Inhiraf dan Takrir

Bainiyah

Istifal, Infitah dan Idzlaq.

Jahar, Ishmat dan Shafir

Rakhawah, Istifal dan Infitah

Istila, Itbaq, Ishmat dan Shafir.

Hamas dan Rakhawah

Jahar, Istila dan Ishmat

Rakhawah dan Infitah

3- Huruf Mutawassitah iaitu huruf-huruf yang sederhana. Huruf

Mutawassitah ada lapan iaitu: Bil Huruf Mutawassit ah 1 Sifat Kuat Sifat Sederhana Sifat Lemah

Jahar dan Ishmat

Rakhawah, Istifal dan Infitah

Jahar, Syiddah dan Qalqalah

Istifal, Infitah dan Idzlaq

Syiddah dan Ishmat

Hamas, Istifal dan Infitah

Istila dan Ishmat

Hamas, Rakhawah dan Infitah

Jahar dan Ishmat

Rakhawah, Istifal dan Infitah

Jahar dan Hamas

Bainiyah

Istifal dan Infitah

Syiddah dan Ishmat

Hamas, Istifal dan Infitah

Jahar, Syiddah dan Ishmat

Istifal dan Infitah

4- Huruf Dhaifah iaitu huruf-huruf yang lemah. Huruf Dhaifah

ada lima;

Bil

Huruf Dhaifah

Sifat Kuat

Sifat Sederhana

Sifat Lemah

Ishmat dan Shafir

Hamas, Rakhawah, Istifal dan Infitah

Ishmat dan Tafasysyi

Hamas, Rakhawah, Istifal dan Infitah

Jahar dan Inhiraf

Bainiyah

Istifal, Infitah dan Idzlaq

Jahar dan Ishmat

Rakhawah, Istifal dan Infitah

Jahar dan Ishmmat

Rakhawah, Istifal dan Infitah

5- Huruf adhaf iaitu huruf-huruf yang sangat lemah.Huruf adhaf

ada enam; Bil Huruf Adhaf 1 Sifat Kuat Sifat Sederhana Ishmat Hamas, Rakhawah, Istifal dan Infitah 2 Sifat Lemah

Ishmat

Hamas, Rakhawah,Istif al dan Infitah

Hamas, Rakhawah, Istifal, Infitah dan Idzlaq

Jahar

Bainiyah

Istifal, Infitah dan Idzlaq

Jahar

Bainiyah

Istifal, Infitah dan Idzlaq

Ishmat

Hamas, Rakhawah, Istifal dan Infitah

Huruf Fa

()

adalah huruf yang paling lemah kerana

terhimpun padanya sifat-sifat lemah sahaja.

1.7 Hubungan Dua Huruf Berdasarkan Makhraj dan Sifat

Apabila bertemu dua huruf hijaiyah maka terbahagi kepada empat jenis iaitu Mutamathilan, Mutaqariban, Mutajanisan dan Mutabaidan. Huraiannya seperti berikut:
1)

Mutamathilan iaitu dua huruf yang bersamaan pada sifat dan makhraj. Mutamathilan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

a) Mutamathilan Shagir iaitu huruf pertama sukun dan huruf

kedua berbaris

seperti Dal dengan Dal. Contoh ;

surah al-Maidah ayat 61

b) Mutamathilan Kabir iaitu kedua-dua hurufnya berbaris seperti

Lam dengan Lam. Contoh : surah al-Baqarah ayat 1

c) Mutamathilan Mutlaq iaitu huruf pertama berbaris sukun

seperti Qaf dengan Qaf. Contoh ; Surah Abasa ayat 26

2) Mutaqariban iaitu dua huruf yang berhampiran sifat dan

makhraj

atau

sifat

atau

makhraj

sahaja.

Mutaqariban

terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

a) Mutaqariban Shagir iaitu huruf pertama sukun dan huruf kedua

berbaris. Baginya tiga keadaan iaitu:

Berhampiran sifat dan makhraj seperti Ta dengan Tha. Contoh ; surah al-Syams ayat 11

Berhampiran sifat sahaja seperti Dzal dengan Jim. Contoh : surah al-Ahzab ayat 10

Berhampiran makhraj sahaja seperti Dal dengan Sin. Contoh; surah al-Mujadilah ayat 1

b) Mutaqariban Kabir iaitu kedua-dua hurufnya berbaris.Baginya

tiga keadaan iaitu:

Berhampiran sifat dah makhraj seperti Qaf dengan Kaf Contoh : surah al-Ahzab ayat 10

Berhampiran sifat sahaja seperti Qaf dan Dal Contoh : surah al-Mursalat ayat 22

Berhampiran makhraj sahaja seperti Dal dan Sin Contoh : surah al-Muminun ayat 112

c) Mutaqariban Mutlak iaitu huruf pertama berbaris dan huruf

kedua sukun. Baginya tiga keadaan iaitu:

Berhampiran sifat dan makhraj seperti Ta dengan Tha

Contoh ; surah al-Qalam ayat 18

Berhampiran sifat sahaja seperti Qaf dengan To Contoh ; surah Yusuf ayat 10

Berhampiran makhraj sahajaseperti Sin dengan Nun Contoh ; surah al-Insan ayat 21

3)

Mutajanisan iaitu dua huruf yang sama makhrajnya tetapi berlainan sifat. Mutajanisan terbahagi kepada tiga bahagian:
a) Mutajanisan Shagir iaitu huruf pertama sukun dan huruf kedua

berbaris seperti Ta dengan Dal. Contoh ; surah Yunus ayat 89

b) Mutajanisan Kabir iaitu kedua-dua hurufnya berbaris seperti

Ta dengan To. Contoh ; surah al-Nisa ayat 102


c) Mutajanisan Mutlaq iaitu huruf pertama berbaris dan huruf

kedua sukun seperti Ta dengan To. Contoh ; surah alBaqarah ayat 75

4)

Mutabaidan iaitu dua huruf yang berjauhan makhraj serta berlainan sifat. Mutabaidan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

a) Mutabaidan Shaqir iaitu huruf pertama sukun dan huruf kedua

berbaris seperti Ta dengan Ain. Contoh ; Anfal ayat 2

surah al-

b) Mutaidan Kabir iaitu kedua-dua hurufnya berbaris seperti Dal

dengan Ha. Contoh ; surah al-Naba ayat 34

c) Mutabaidan Mutlaq iaitu huruf pertama berbaris dan huruf

kedua sukun seperti Ha dengan Mim. Contoh ; surah alAnbiya ayat 64

1.8 Kepentingan sifat Huruf Dalam Pembacaan Al-Quran Terdapat beberapa kepentingan atau faedah sifat huruf dalam pembacaan Al-Quran. ialah: 1)Dapat membezakan antara huruf yang berkongsi pada satu makhraj. 2) Dapat mengetahui antara huruf yang kuat dengan huruf yang lemah. 3) Dapat memperelokkan sebutan huruf yang berlainan makhraj. Antaranya menurut Abu Mardiyah (2005)

BAHAGIAN DUA: BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFSDARIPADA 'ASIM THORIQ SYATIBI

2.0 Pendahuluan Menurut Syeikh Surur Shihabuddin An-Nadawi (2007), terdapat perbezaan-perbezaan khusus dalam bacaan Imam hafs 'An 'Asim dari Toriq Asy-Syatibiyyah berbanding imam-imam yang lain.
1. Perkataan dan dibaca dengan sahaja

Dari segi bahasa, dua perkataan ini berasal dari perkataan dan iaitu dengan huruf .Tetapi di dalam al-Quran ditulis dengan huruf . dengan sahaja. Pendirian Imam Hafs menetapkan bacaan Dua perkataan yang dimaksudkan di atas

khusus bagi ayat di bawah sahaja:

2. Perkataan dibaca dengan sahaja

Dari segi bahasa, perkataan di atas berasal dari perkataan iaitu dengan huruf .Di dalam mushaf ia ditulis dengan huruf . Imam Hafs menetapkan bacaan dengan sahaja bagi perkataan di atas. Perkataan yang dimaksudkan di atas khusus bagi ayat di bawah: ________________________________ (22: Al-Ghashiya)
3. Perkataan harus dibaca dengan dan

Dari segi bahasa, perkataan di atas berasal dari perkataan iaitu dengan huruf .Di dalam mushaf ia ditulis dengan huruf .Imam hafs mengharuskan dua bacaan iaitu dengan atau bagi perkataan di atas. atas khusus bagi ayat di bawah: _________________________ (37: Al-Tur) Bacaan yang dimaksudkan di

4. Perkataan wajib dibaca dengan Isymam atau Raum

Dari segi bahasa, perkataan di atas berasal dari perkataan iaitu dengan dua nun berbaris . dengan satu nun. Di dalam mushaf, ia ditulis

Imam Hafs menetapkan dua huruf nun itu

diidghamkan dan secara Isymam dan Raum.

Isymam bermaksud memuncungkan dua bibir sebaik sahaja mensukunkan huruf itu dan memastikan adanya ruang kecil antara kedua bibir untuk melepaskan nafas tanpa mengeluarkan suara. Manakala, Raum pula bermaksud membaca sebahagian

baris sahaja dengan suara yang perlahan hanya dapat didengari oleh orang yang berdekatan sahaja. Dua bacaan ini perlu diambil secara musyafahah dari guru yang mengetahuinya.

Bacaan yang dimaksudkan di atas khusus bagi ayat yang di bawah:

5. Perkataan perlu dibaca dengan Imalah

Dari segi bahasa, perkataan di atas berasal dari perkataan iaitu dengan fathah atau dhommah mim dan fathah ro'. Imam Hafs menetapkan bacaan dengan fathah mim dan Imalah ro'.

Imalah

bermaksud

memiringkan

sebutan

fathah

menghala Sebutan ini menyebut

kepada sebutan kasrah pada kadar yang banyak. boleh disamakan dalam Bahasa Melayu seperti

sukukata RE pada perkataan REHAL. dengan Imalah Kubra.

Sebutan ini juga dikenali

Bacaan yang dimaksudkan di atas adalah khusus bagi ayat di bawah:

6. Perkataan dibaca dengan Tashil kedua

Dari segi bahasa, perkataan di atas mempunyai dua hamzah berbaris fathah iaitu . Imam Hafs menetapkan bacaan

dengan Tahqiq iaitu membaris fathah hamzah pertama dan Tashil hamzah kedua.

Bacaan yang dimaksudkan di atas khusus bagi ayat di bawah:

Maksud Tahqiq ialah membariskan huruf hamzah dengan baris asalnya. Manakala Tashil pula bermaksud menyebut hamzah

dengan sebutan antara hamzah dan alif, sebutan itu tidak menjadi hamzah sepenuhnya dan tidak juga menjadi sebutan alif sepenuhnya. Sebutan ini ialah seperti menggabungkan dua

sebutan, iaitu sebutan dan . Gabungan kedua-dua sebutan ini dibuat sekaligus, tidak henti-henti antara kedua-duanya dan tidak pula memanjangkannya.

7. Perkataan

Harus

dibaca

dengan

Fathah

dan

Dhommah Imam Hafs menetapkan harus membaca huruf bagi tiga perkataan pada ayat 54 surah Ar-Rum dengan baris fathah atau baris dhommah. Bacaan yang dimaksudkan di atas khusus bagi ayat di bawah:

8. Wasal dengan membuang alif, Waqaf dengan mad Asli

Terdapat enam perkataan dalam al-Quran yang dibaca dengan membuang alif ketika wasal tetapi dipanjangkan dengan Mad Asli ketika Waqaf. Contoh enam perkataan ini di dalam al-Quran

adalah seperti di bawah:

Perkataan banyak ditemui di dalam al-Quran. Perkataan selain dari hanya ditemui dalam ayat yang tersebut di atas sahaja.

Terdapat dua perkataan dalam ayat 15 dan 16 surah al Insan di atas. Imam Hafs menetapkan pertama pada ayat 15 dibaca dengan tanpa mad ketika wasal dan dipanjangkan dengan Mad Asli ketika waqaf. Bagi kedua pada ayat 16, Imam Hafs menetapkan ia dibaca dengan tanpa mad ketika wasal tetapi dibuang alif dan sukun ro' ()ketika waqaf.

9. Perkataan Wasal dengan membuang alif ( )tetapi

Waqaf dengan membuang atau mengekalkannya. Bacaan yang ditetapkan oleh Imam Hafs bagi perkataan dalam ayat 4 Surah Al-Insan ialah seperti berikut:
-

Wasal dengan membuang huruf alif ( )tanpa mad.

Waqaf

dengan

mengekalkan

huruf

alif

()

atau

membuangnya

.()bacaan yang dimaksudkan di atas

khusus bagi ayat di bawah:

10. Perkataan

Waqaf

dengan

membuang

atau

mengekalkan ( ) tetapi Wasal dengan mengekalkannya. Bacaan yang ditetapkan oleh Imam Hafs bagi perkataan: dalam ayat 36: Surah al-Naml ialah seperti berikut:
-

Waqaf dengan salah satu dari dua cara iaitu membuang huruf ya' ( ) atau dikekalkan ketika waqaf. ( / ).

Wasal dengan mengekalkan bacaan huruf ya' ( ) dengan baris fathah.

Bacaan yang dimaksudkan di atas khusus bagi ayat di bawah:

11. Perkataan dibaca dengan atau Ibtida'

Imam Hafs menetapkan dua cara dalam memulakan bacaan (ibtida') pada perkataan dalam ayat 11, Surah al-Hujurat iaitu dengan membariskan secara atau . telah disepakati oleh semua Qurra'. Dua cara bacaan ini

Bacaan yang dimaksudkan di atas khusus bagi ayat di bawah sahaja:

Bagi keadaan wasal, perkataan ini mesti dibaca secara (membuang hamzah dan sukun lam) sahaja.

12. Dibaca dengan Ibdal (6 harakat) atau Tashil (tanpa

harakat) Terdapat tiga perkataan dalam al-Quran yang harus dibaca dengan dua cara iaitu Ibdal (6 harakat) atau Tashil (tanpa harakat) di sisi bacaan riwayat Hafs 'An 'Asim.

Tiga perkataan tersebut dikhususkan bagi enam tempat dalam alQuran seperti berikut:

Maksud membaca secara Ibdal: ialah membacanya dengan hamzah dibaris fathahkan dan dipanjangkan dengan harakat. Maka perkataan __________ dan ________ akan dibaca dengan Mad Lazim Kalimi Musaqqal. Perkataan _________ pula akan dibaca

dengan Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf.

Maksud membaca secara Tashil ialah membacanya dengan sebutan di antara hamzah dan alif, maka sebutan itu tidak menjadi hamzah sepenuhnya dan tidak juga menjadi sebutan alif sepenuhnya. Sebutan ini adalah seperti menggabungkan dua Gabungan kedua-dua

sebutan, iaitu sebutan ( A) dan ( Aa).

sebutan ini dibuat sekali gus, tidak terhenti-henti antara keduaduanya dan tidak pula memanjangkannya. Bacaan Tashil yang

tepat hanya dapat dikuasai secara mempelajarinya dari guru yang mengetahui.

Secara amnya dua cara bacaan ini diharuskan oleh semua Imam Qiraat Sepuluh beserta riwayat-riwayat mereka. Tetapi

permasalahan Ibdal hamzah ini dibincangkan dengan panjang lebar oleh para Qurra'. Oleh itu, sesiapa yang mahukan perincian boleh merujuk kepada kitab-kitab induk ilmu Qiraat.

13. Huruf harus Dibaca 4 atau 6 Harakat

Imam Hafs menetapkan dua cara bacaan huruf bagi _________(1: Maryam) dan _________ (1-2:Asy-Syura). Dua cara bacaan huruf ini bukan sahaja diharuskan oleh Imam Hafs tetapi juga diharuskan oleh semua Imam Qiraat Sepuluh berserta Riwayatriwayat mereka.

14. Wajib Saktah Ketika Wasal

Terdapat empat tempat yang wajib dibaca dengan Saktah bagi bacaan Imam Hafs jika seseorang itu memilih untuk wasal atau ayat tersebut.

Saktah bermaksud menghentikan bacaan tanpa memutuskan nafas sekadar tidak lebih dari dua harakat kemudian meneruskan bacaan tersebut dengan nafas yang sama. Bacaan Saktah hanya perlu dilakukan jika seseorang itu memilih untuk mewasalkan bacaan pada perkataan tersebut. Bagi seseorang yang memilih untuk waqaf maka tiada apa yang perlu disaktahkan.

Empat perkataan yang wajib dibaca dengan Saktah di dalam alQuran adalah pada ayat-ayat berikut:

15. Wasal dengan Izhar berserta 6 Harakat

Perkataan _________ (1-2: Yaasin) dan ________ (1: Al-Qalam) jika dibaca secara lafaz (__________________) terdapat suara nun sukun bertemu wau. Di sisi Imam Hafs, tidak boleh diidghamkan nun sakinah itu ke dalam huruf selepasnya. Sebaliknya hendaklah

dibaca dengan Izhar nun, setelah dipanjangkan dengan enam harakat jika wasal.

16. Idgham Ketika Wasal

Imam Hafs menetapkan bacaan secara Idgham bagi dua perkataan bagi dua ayat berikut sahaja: __________________ dan _______________ (42: Hud)

17. Dibaca dengan Idgham Naqis dengan Mengekalkan

Sifat Itbaq Wajib membaca secara Idgham Naqis bagi huruf bertemu dalam satu perkataan. Pertemuan ini berlaku seperti berikut:

_____________(22:An-Naml)

(28: Al-Maidah)

Maksud

membacanya

secara

Idgham

Naqis

ialah

menggabungkan huruf ke dalam huruf dengan melenyapkan makhraj huruf itu sahaja tetapi dikekalkan sifat-sifatnya selain Qalqalah. Maka suara huruf mesti ditebalkan (Tafkhim) semasa mensukunkan huruf tetapi tidak diqaldalahkan huruf itu. Bacaan sebegini telah disepakati oleh semua Qurra'.

18. Dibaca dengan Idgham Kamil atau Idgham Naqis

Harus

membaca

perkataan

_____________ (20:

Al-Mursalaat)

dengan Idgham Kamil atau Idgham Naqis. Para Qurra' semuanya mengharuskan dua cara bacaan ini iaitu Idgam Kamil dan Idham Naqis tetapi lebih baik Idgham Kamil disisi Jumhur Qurra' Bacaan dengan Idgham Kamil adalah dengan cara

menggabungkan huruf ke dalam huruf dengan melenyapkan semua makhraj dan sifat huruf .Maka yang jelas kedengaran ialah bacaan huruf yang bersabdu. Manakala Idgham Naqis

ialah menggabungkan huruf ke dalam huruf dengan melenyapkan makhraj huruf itu sahaja dan mengekalkan sifatnya kecuali Qalqalah. Maka suara huruf ditebalkan

(Tafkhim) semasa mensukunkan huruf tetapi tanpa Qalqalah.

19. Bacaan Ha' Dhomir (Ha' Simpul)

Terdapat beberapa huruf Ha' Dhomir (Ha' Simpul) yang tidak dibaca seperti perkataan asalnya. Imam Hafs menetapkan

bacaan Ha' Simpul adalah seperti berikut:


i.

Ha' simpul pada ayat ____________ (69: Al-Furqan) dibaca dengan Silah Ha' Simpul iaitu memanjangkan 2 harakat disisi Imam Hafs.

ii. Ha' simpul pada ayat _________________ (7: Al-Zumar) dibaca

dengan dhommah tanpa Silah disisi Imam Hafs. Dari segi bahasa, perkataan ini berasal dari perkataan iaitu dengan huruf mad sebelum Ha' simpul.
iii. Ha' simpul pada ayat __________ (111: Al-A'raf) dibaca dengan

membuang hamzah dan sukun Ha' disisi Imam Hafs. Dari segi bahasa, perkataan ini berasal dari perkataan iaitu dengan sukun hamzah dan dhommah Ha' simpul.
iv. Ha' simpul pada ayat _____________ (28: Al-Naml) dibaca

dengan sukun Ha' di sisi Imam Hafs.


v. Ha' simpul pada ayat ____________ (52 : al-Nur) dibaca dengan

sukun dan tanpa silah Ha' simpul di sisi Imam Hafs.

20. Perkataan Wasal dengan Tanwin, Waqaf

dengan Alif Imam Hafs berserta Qurra' yang lain menetapkan perkataan di atas dibaca dengan tanwin jika wasal tetapi dengan alif (mad asli) jika waqaf. perkataan Dari segi bahasa, perkataan di atas berasal dari iaitu dengan nun sukun pada akhir

ketiga-tiga perkataan di atas. Tiga perkataan yang dimaksudkan di atas boleh ditemui pada ayat-ayat berikut:

BIBLIORAFI Abu Mardiyah (2005) Tajwid Al-Quran, Qiraat Aashim Riwayat Hafs Toriq Syatibi. Gombak Kuala Lumpur. Al- Jenderaki Enterprise. Azahari Ibrahim (2000) Kitab Pembelajaran Tajwid. Jalan Masjid India Kuala Lumpur. Darul Numan.

Ustaz

Jamaludin

Riduan

(2000)

Kaedah

Pengajaran

dan

Pembelajaran Al-Quran. Batu Caves, kuala Lumpur. Prospecta Printers Sdn. Bhd.

You might also like