Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria
Biodata Peserta-peserta Akademi Impiana
Mohd Zaidi Badaruddin ZAIDI 23, Kuala Lumpur
Peminat lagu-lagu "hip hop" yang bermula dengan kompang dan marhaban. Satu-satunyaanak lelaki dalam keluarga 5 adik beradik. Seorang yang suka berbual, dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja. Suka bermain bola dan hadiah harijadinya yang palingideal adalah seekor arnab...
Ahmad Azam b Mohd Seman AZAM 21, Kota Kinabalu, Sabah
Sekali pandang, mungkin akan dianggap sebagai lelaki lembut yang “kekwat” atausombong. Realitinya beliau seorang yang penyayang, emosi dan berjiwa sentimental.Seorang peminat setia KRU dan mempunyai kumpulan sendiri yang diberi nama "Po nEN", dan beliau bercita-cita besar untuk berjaya dalam bidang hiburan. Anak Bajau iniadalah anak sulung dari 3 adik-beradik. Dia gemar memakai pakaian yang ranggimengikut fesyen semasa.
Yusri Yusof BOBOY 23, Limbang, Sarawak
Anak pertama dari 3 adik beradik ini sangat manja dengan ibunya. Suka senyum, beliau juga suka bergurau dengan bertepuk tampar. Pandai menulis lirik lagu. Fobianya denganlipas dan labah-labah dan boleh menjerit-jerit macam perempuan gila jika bertemudengan kedua-dua serangga ini. Berhasrat untuk menguruskan badan, serta melenyapkanimej lelaki lembutnya ketika dalam Akademi Impian.
Mohd Fyrul Din FYRUL 25, Kuala Lumpur
Seorang yang suka berceloteh serta mencari kenalan melalui Internet. Agak cerewetketika membeli belah terutamanya ketika membeli kain untuk dibuat baju. Anak ketigadaripada 4 orang adik-beradik ini mempunyai bakat semula jadi dalam hal jahit menjahit,lantas meneruskan minatnya ini dengan mereka pakaian. Pernah mewakili Malaysiasehingga ke Paris, Perancis untuk mengikuti kursus rekaan fesyen 2000. Walaupunlembut, beliau suka menonton acara renang dan ragbi dan gimnastik lelaki.
Nik Khir Nik Hazami KHIR 19, Petaling Jaya, Selangor
Seluruh keluarganya berkecimpung dalam bidang kejuruteraan. Beliau seorang yangsopan ketika makan dan suka ditemani teddy bear atau abang angkatnya ketika tidur.Anak kedua daripada 4 orang adik beradik. Beliau adalah seorang yang manja dan pemaluterutama kepada orang yang lebih tua darinya. Pernah menjadi johan dalam peraduanmelukis di sekolahnya dahulu.3http://nizamzakaria.blogspot.com/