You are on page 1of 1

Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Roger ( sumber : Dapur Hana ) 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu

dipotong kecil) Bahan-2 untuk make up ayam : 3 biji bawang besar 4 biji bawang putih 1 inci halia 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam ( ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk. ) 2 sudu besar madu 1 ketul kiub ayam Knorr 2 sudu besar gula pasir- Saya guna gula perang 2 sudu besar herba campuran 1 1/2 sudu teh garam halus Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up. Sedikit mentega

Cara penyediaan 1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar. 2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan. 3. Perap selama 1 1/2 jam semalaman. 4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. 5. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. 6. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

You might also like