You are on page 1of 5

Soalan 1 Aktiviti 2.

2 Huraikan perbezaan dan persamaan antara pandangan Ibnu Khaldun dengan pandangan tokoh Barat mengenai masyarakat.

IBNU Khaldun mencetus pemikiran baru apabila menyatakan sistem sosial manusia berubah mengikut kemampuannya berfikir, keadaan muka bumi persekitaran mereka, pengaruh iklim, makanan, emosi serta jiwa manusia itu sendiri. Beliau juga berpendapat institusi masyarakat berkembang mengikut tahapnya dengan tertib bermula dengan tahap primitif, pemilikan, diikuti tahap peradaban dan kemakmuran sebelum tahap kemunduran. Pandangan Ibnu Khaldun dikagumi tokoh sejarah berketurunan Yahudi, Prof Emeritus Dr Bernerd Lewis yang menyifatkan tokoh ilmuwan itu sebagai ahli sejarah Arab yang hebat pada zaman pertengahan. Kemasyhuran Ibn Khaldun dalam dunia ilmu pengetahuan pada amnya dan dunia pendidikan Islam khasnya, hendaklah dapat dijadikan contoh teladan yang dapat diikuti jejaknya oleh kalangan yang ingin mengembangkan wawasan pengetahuannya. Apalagi beliau dianggap sebagai salah seorang pengasas ilmu kemasyarakatan yang hebat.

Oleh yang demikian terdapat persamaan yang diperoleh antara Ibnu Khaldun dan tokoh Barat. Teori Manusia adalah masyarakat sosial

Dalam Muqaddimah Ibnu Khaldun ia mengatakan bahawa Perkumpulan manusia adalah hal yang penting, atau dalam hal ini Ibnu Khaldun mengutarakan bahawa manusia adalah masyarakat sosial, yang sangat memerlukan antara satu dan lainnya. Karl Marx meyatakan bahawa manusia bergantung pada kehidupan produktif di mana yang ada kebergantungan antara yang satu dan lainnya, dalam mempertahankan hidupnya. Ibnu Khaldun pun sama dalam mengutarakan teori nilai bahawa nilai sesuatu adalah terletak pada kerja manusia yang dicurahkan padanya, atau dengan kata lain nilai adalah kerja. Karl Marx mengungkapkan bahawa kuantiti kerja atau waktu kerja primer dalam suatu masyarakat untuk menghasilkan sesuatu sajalah yang menentukan kualiti nilai.

Nilai

Status yang berbeza dalam industri Ibnu Khaldun dan Karl Marx sama menerangkan bahawa adanya status yang berbeza yang terdapat dalam industri, sedang hal ini menurut Ibnu Khaldun adalah sunnatullah (auliya badukum badon), (warozaqna badokum fauqo badin iaitu adanya hukum sunnatullah yang terdapat dalam hal ini,

dengan tujuan adanya tolong menolong antara status yang tinggi dan yang rendah. Pembahagian Kerja Dalam hal ini juga terdapat persamaan antara Ibnu Khaldun dan karl Marx dimana ke duanya sangat mengingatkan antara satu akan sama mementingkan lain dalam kehidupan rangka sosial dimana manusia pasti akan memerlukan mempertahankan hidupnya. Terdapat perbezaan antara pemikiran Ibnu Khaldun dan Karl Marx daripada tiga aspek utama iaitu; Teori perbezaan Dasar pemikiran Huraian Ibnu khaldun dalam menerangkan teori teori nya selalu didasarkan pada asas agama dalam hal ini Al-quran dan sunnah seperti dalam menerangkan strata sosial, dimana ini adalah sebuah sunnatullah auliya badukum bado dalam rangka tolong menolong antara golongan yang lemah dan golongan yang kuat. Sedang Marx tidak Objektif kajian berasaskan agama dalam analisa teorinya Terdapat perbezaan objektif kajian antara keduanya, dimana Ibnu Khaldun menitik beratkan objektif kajiannya pada manusia dalam sejarah dan perkembangannya (dari primitif sampai modern) dan analisanya banyak arab, dipengaruhi sedangkan pada Karl masyarakat menitik Marx

beratkan hanya sebahagian masyarakat

kapitalis yang telah terjadi dimasanya. Maka dalam hal ini jelas bahwa kajian yang dilakukan Ibnu Khaldun Penyelesaian Masalah lebih luas dibandingkan dengan Karl Marx. Ibnu Khaldun menuntut adanya sebuah badan badan pengawas ekonomi kehakiman, dalam yang maka hal jika sosial ada mahupun, dinamakan

kezaliman atau ada ketidakadilan, badan kehakiman yang menanganinya (adanya peran pemerintah dalam menyelesaikan masalah), sedang Karl Marx dalam melihat ketidakadilan yang dilakukan kaum kapitalis maka tak lain bahawa yang harus dilakukan adalah hal radikal yang berupa konflik dan perbezaan fahaman, karena dengan hal inilah hancurnya kapitalisme. Dari keterangan keterangan yang telah diutarakan penulis diatas maka jelaslah ada beberapa kesimpulan dari analisa perbandingan antara teori sosiologi Karl Marx dan Ibnu Khaldun iaitu : 1. Teori teori yang diungkapkan karl Marx, pada umumnya telah diutarakan terlebih dahulu oleh Ibnu Khaldun dalam kurun waktu yang cukup jauh iaitu 5 abad sebelum masa hidup Marx.
2. Ibnu Khaldun melandaskan agama dalam analisanya, sedang Karl Marx tidak

melandaskan agama dalam analisanya, bahkan menganggapnya sebagai candu bagi masyarakat, yang tidak dapat memberikan jalan keluar bagi ketidakadilan yang telah dilakukan kaum borjuis.

3. Ibnu Khaldun dan Marx dalam hal ini bersama ingin memberikan penyelesaian

dalam kehidupan dan masalah sosial, tetapi hanya berbeza cara dalam penyelesaiannya kerana perbezaan latar belakang pemikirannya masing-masing.

You might also like