You are on page 1of 1

Allah Allah Azzawajal tuhan kami Kami minta ampun akan dosa kami Dengan selawat kami alun

nazam ini Moga berkat majlis kita hari ini Nabi Muhammad diutus Allah untuk kita Agama Islam membimbing ummah masuk syurga Dua belas rabiul awal tahun gajah Lahir putera Nabi Allah yang amanah Abdullah nama bapanya yang perkasa Siti Aminah nama ibunya yang berjasa Ibu susuan Halimatul Saadiah Didik Muhammad dengan penuh susah payah Abdul Mutalib datuk Baginda yang mulia Mengajar mendidik nabi kita hingga dewasa Siti Khadijah isteri Baginda yang tercinta Banyak berkorban jiwa raga dan juga harta Rasulullah tegakkan syiar di dunia Tidak gentar walau terpaksa bergadai nyawa Musuh Islam ditentang Nabi dengan berani Maju Islam Maju Ummah di atas bumi Jujur amanah sifat wajib bagi Nabi Jadi pedoman jadi sanjungan akhlak terpuji Tabligh itu menyampaikan suruhan Allah Fatanah pula bijaksana menjadi fitrah Sekian sahaja nazam kami kali ini Andai ada salah silap harap dimaafi

You might also like