You are on page 1of 16

Punca Ketaksamaan Peluang Pendidikan Dari Aspek Kelas Sosial

Ditakrifkan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Konsep kendiri meliputi persepsi tentang diri dan alam sekeliling melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.

Carl Rogers (1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya. Untuk membina konsep kendiri, seseorang itu juga menerima penilaian orang lain.

Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963) berpendapat konsep kendiri dilihat melalui dua cara iaitu :
I. Tanggapan diri seseorang individu. II. Proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu.

Menurut Sharifah Alawiah (1987), kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.

Kaitan dengan ketaksamaan peluang pendidikan


Apabila konsep kendiri murid rendah dan lemah, secara tidak langsung semangat untuk belajar juga rendah. Tidak berminat untuk terlibat dalam aktiviti yang dijalankan guru. Seterusnya menjejaskan pencapaian mereka dalam pendidikan.

Berbeza dengan murid yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi, mereka sentiasa yakin pada diri dan sedia mencuba serta mencari pengalaman baru dalam pembelajaran. Wujud perbezaan ketara dari sudut pemerolehan ilmu antara kedua-dua murid.

Konsep kendiri yang tinggi dalam diri seseorang guru juga akan memberi kesan positif terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, aspirasi bermaksud keinginan atau kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu. Ketaksamaan peluang pendidikan juga berlaku hasil daripada aspirasi keluarga yang pelbagai seperti berikut :

Keluarga yang mempunyai latar belakang akademik yang tinggi


Murid yang berasal daripada keluarga seperti ini lazimnya mempunyai motivasi sendiri untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran. Ibu bapa dari kelompok ini juga memberi dorongan dan menjadi aspirasi kepada murid untuk belajar.

Keluarga yang mempunyai latar belakang akademik yang rendah


Murid yang berasal daripada keluarga seperti ini tidak dapat menjadi aspirasi kepada murid untuk belajar kerana tiada sesuatu yang dapat menjadi pendorong untuk murid berjaya malah bertambah teruk sekiranya keluarga tidak memberi sokongan.

Keluarga yang amat mementingkan pelajaran


Elemen ini sedikit berbeza kerana ia tidak melibatkan latar pendidikan keluarga. Keluarga yang amat mementingkan pendidikan akan memberikan seseorang murid itu semangat untuk terus memajukan diri dan berjaya dalam pelajaran.

Keluarga yang tidak mementingkan pelajaran


Murid akan menghadapi masalah keciciran dalam pelajaran jika keluarganya tidak mementingkan soal pelajaran tidak kira sama ada murid itu datang daripada keluarga yang miskin, sederhana mahu pun kaya.

Aspirasi keluarga dari segi ekonomi


Seseorang pelajar itu terdorong untuk maju dalam pelajaran untuk mengubah nasib keluarga. Faktor ekonomi keluarga juga memainkan peranan penting dalam menjadi aspirasi pelajar, contohnya bagi keluarga berpendapatan tinggi mereka akan memberikan hadiah kepada anak mereka sekiranya mendapat keputusan cemerlang.

You might also like