You are on page 1of 18

Sumber Ketuhanan ( Wahyu)

Sumber utama Bersifat mutlak Sesuai untuk digunakan sepanjang zaman dan keadaan.

Sumber Kemanusiaan ( Akal fikiran)


Sumber sampingan Boleh berubah mengikut keperluan, kehendak dan situasi semasa

Quran
Wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat jibril A.S. mukjizat agung yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W

pencetus dan pendorong utama pembentukan tamadun Islam.


Isi kandungan Quran juga banyak menyeru dan menggesa manusia menggunakan akal fikiran dan segala sumber yang ada bagi mencapai kesejahteraan dan kejayaan hidup

Menurut Abu Bakar Hamzah (1972) , tamadun Islam yang wujud telah dilengkapi sendiri oleh umat islam dengan gaya dan daya kreativiti mereka sepanjang zaman Rasulullah S.A.W sehingga hari ini. Banyak penemuan dan penciptaan baru dalam pelbagai bidang telah dilakukan oleh orang Islam berlandaskan penerokaannya terhadap Quran dan hasil mereka sendiri ( Ghazali Darulsalam, 2006 ; 33)

Sunnah
Secara bahasa Sunnah bermaksud cara, maka secara umumnya Sunnah adalah setiap perlakuan, pengakuan, dan perkataan yang dibuat oleh Rasulullah S.A.W.

Menghurai dan memerincikan prinsip-prinsip asas Quran. pelengkap Quran dan merupakan sumber inspirasi umat Islam dalm membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun Islam
Sumber utama selepas Quran.

Membantu umat Islam untuk memahami dengan lebih jelas tentang sesuatu perkara yang dilaksanakan dalam kehidupan seharian tanpa melanggar prinsip Quran. Sebarang penemuan, pembaharuan, pencapaian tidak boleh digolongkan sebagai tamadun Islam jika bertentangan dengan Quran dan Sunnah.

Ijtihad
Perkataan asalnya iaitu Al Jahd yang ) bermaksud pencurahan kemampuan dan usaha yang sesungguhnya untuk mencapai sesuatu, dalam erti kata lain jerih payah. Pembangunan tamadun Islam bukan hanya bersumberkan wahyu sebagi sumber utama tetapi di adun dengan kebijaksanaan akal fikiran manusia melalui ijtihad individu yang mempunyai ilmu dan kepakaran.

Terdapat banyak penerokaan dan penemuan baru dalam tamadun manusia yang berlaku dari semasa ke semasa. Penemuan-penemuan dan pengkajian ini tidak jelas dari segi hukum kerana kerana tidak terdapat secara nyata dalam Quran dan Sunnah.

Oleh itu, cendekiawan Muslim bertanggungjawab untuk mengolah hukum bagi penemuan baru berdasarkan ilmu dan kepakaran yang dimilikinya mengikut Quran dan Sunnah. Keadaan ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa perkembangan tamadun Islam dihasilkan oleh dua tenaga iaitu tenaga naqli ( wahyu) dan aqli (akal).

Tamadun Dan Budaya Lain


Dalam membina tamadun, Islam bersifat terbuka untuk menerima nilai-nilai dan ideaidea daripada tamadun lain. Nilai dan idea ini diasmilasikan dengan tamadun islam melalui proses interaksi yang sihat.

Kesan dari interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun lain telah memperkayakan tamadun Islam

Parsi dan Byzantium organisasi kenegaraan dan ketenteraan. Yunani Falsafah dan ilmu India Matematik dan astronomi

Cina Kertas Mesir Dakwat


Teknologi Cina dan Mesir telah membantu perkembangan keilmuan Islam, di samping buku mahupun karya-karya dari Yunani, Latin, Suryani, Parsi, Qibti dan lain-lain diterjemahkan dalam bahasa Arab untuk dimanfaatkan sesuai dengan ajaran Islam.

Golongan bukan Islam yang memberikan sumbangan kepada pembentukan dan perkembangan tamadun Islam turut diterima dan diiktiraf oleh Islam seandainya selari dans selaras dengan tuntutan dan kehendak Islam. Sebaliknya, Islam tidak mengiktiraf sumbangan yang diberikan oleh para pengikut Islam dan golongan bukan Islam yang tidak menepati dan memenuhi konsep dan cirri-ciri tamadun Islam ( Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali, 2006 : 29).

Hal ini disaksikan sewaktu pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid. Beliau telah melantik para pegawai di Baitul Hikmah tanpa mengira bangsa atau agama tetapi mengutamakan kepakaran, kegigihan, dan kejujuran ilmiah mereka ( Ghazali Darusalam, 2006 : 34)

Walau bagaimanapun tamadun Islam pada dasarnya banyak dipengaruhi oleh tamadun Arab yang menekankan kepentingan dalam perkembangan kebudayaannya. Tamadun Arab dipanggil tamadun Islam apabila Islam berjaya menyatukan orang-orang Arab, Parsi, Turki dan suku-suku abngsa lain. Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W telah mengubah system politik, ekonomi, dan sosial mayarakat tanah Arab ( Osman Bakar, 2009 : 4041)

Sumber-sumber yang tersendiri ini memungkinkan tamadun Islam berkembang dan mampu memenuhi keperluan manusia sehingga ke hari ini.

You might also like