You are on page 1of 13

KAEDAH KUANTITATIF

_____________________________________________
BINCANGKAN PENGGUNAAN TEKNIK PERSAMPELAN YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM PENYELIDIKAN ________________________________________________________

NAMA: HAZWANI BINTI HARON NO.MATRIK: D20111049067 PROGRAM: PENGAJIAN MALAYSIA SEMESTER: 2 SESI: 2011/2012 KUMPULAN KULIAH: C NAMA PENSYARAH: EN NASIR BIN NAYAN

1.0)

PENDAHULUAN

Pensampelan adalah sebahagian daripada populasi yang dipilih dengan menggunakan sesuatu cara pemilihan sampel.Persampelan juga membolehkan maklumat diperoleh daripada kumpulan yang lebih besar.Kumpulan yang lebih besar dikenali sebagai populasi.Sebahagian daripada keseluruhan pelajar yang dipilih dalam kajian adalah sampel.Pelajar yang dipilih itu dekenali sebagai elemen dalam sampel tersebut.Persampelan boleh dibahagikan kepada dua teknik iaitu persampelan rawak (persampelan kebarangkalian) ataupun persampelan bukan rawak (persampelan bukan kebarangkalian).Persampelan meluas digunakan di dalam perniagaan untuk memperolehi maklumat yang berguna berkaitan populasi. Data adalah diambil daripada sampel dan kesimpulan adalah dibuat terhadap populasi sebagai bahagian daripada proses pentaabiran statistikBiasanya sampel yang sempurna akan dapat memberikan maklumat yang amat berguna di dalam proses membuat keputusan. Penyelidikan pula adalah aktiviti penyelsaian masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru dengan menggunakan kaedah mengenalpasti dan persoalan yang sedang digunapakai oleh sarjanasarjana di dalam bidang-bidang tertentu.Pemilihan sampel dalam penyelidikan boleh diasaskan sama ada pada kebarangkalian atau sebaliknya.Dalam sesuatu penyelidikan melaui persampelan,keterangan atau kesimpulan yang dibuat pada populasi secara menyeluruh adalah berasaskan data yang diperoleh daripada sampel.

Teknik Persampelan yang boleh digunakan dalam penyelidikan ialah:

2.0)

Teknik persampelan rawak

Terdapat empat jenis prosedur persampelan kebarangkalian yang sering digunakan.Asas kepada pemilihan setiap satu adalah bergantung kepada permasalahan kajian.kempat-empat persampelan kebarangkalian itu ialah persampelan rawak mudah,persampelan rawak berlapis,persampelan kelompok dan persampelan sistematik. 2.1) Teknik Persampelan Rawak Mudah

Persampelan rawak mudah merupakan kaedah persampelan yang paling asas dan mudah.Persampelan ini digunakan dalam kaedah persampelan rawak yang lain.Melalui kaedah ini, setiap anggota populasi mempunyai peluang sama ada untuk dipilih sebagai sampel.Salah satu cara memiilih unit sampel adalah dengan menggunakan jadual nombor rawak .Sebagai contoh,katakana 10 daripada 350 pelajar di sebuah kolej ingin dipilh sebagai sampel.Pemilihan sampel ini boleh dilakukan dengan menggunakan sebahagian daripada nombor rawak yang dipetik daripada jadual.Contohnya:

2889658708 3029436542 9574626053 0185549672 1091469686

1350630423 7866285580 5157322227 6686656460 1983524753

Sepuluh nombor tiga digit di antara 001 hingga 350 akan dipilih untuk mewakili 350 orang pelajar .dan pelajar bernombor 288,302,018,109,146,135,063,042,222 dan 198 dipilih sebagai sampel mengikut nombor rawak di atas.

2.2)

Teknik Persampelan Rawak Berstarata

Persampelan rawak jenis kedua ialah persampelan rawak berstarata dimana populasi adalah dibahagikan kepada sub-populasi yang tidak bertindih dipanggil sebagai starata. Penyelidik kemudiannya akan memilih sampel rawak mudah dari setiap sub-populasi. Sebab utama mengapa menggunakan persampelan rawak berstarata ialah kerana kaedah ini berpotensi untuk mengurangkan ralat persampelan. Ralat persampelan terjadi apabila, melalui peluang, sampel tidak mewakili populasiPemilihan strata biasanya berdasarkan kepada maklumat yang ada. Maklumat-maklumat tersebut mungkin diperolehi daripada pemerhatian atau bancian yang terdahulu. Kelebihan strata meningkat apabila strata lebih berbeza.Strata selalunya dilakukan dengan menggunakan angkubah demografi, seperti jantina, kelas sosioekonomi, kawasan geografi, agama, etnik dan sebagainya. Sebagai contoh,katakanlah 30 pelajar di sebuah Universiti ingin dipilih sebagai sampel. Melalui kaedah ini,Pelajar di Universiti tersebut dibahagikan kepada tiga strata.Misalnya:

Strata 1: pelajar tahun pertama Strata 2: pelajar tahun kedua Strata3: pelajar-pelajar lain

Salah satu cara untuk mendapatkan 30 pelajar sebagai sampel adalah dengan memilih 10 pelajar daripada setiap strata melalui kaedah persampelan rawak ringkas.Membahagikan populasi kepada strata memerlukan maklumat tentang populasi .Bilangan strata yang akan dibentuk tertakluk kepada maklumat tambahan yang sedia ada,saiz poplasi dan darjah kehomogenan antara unit populasi.Bilangan strata yang kecil adalah memadai bagi populasi yang homogen.

2.3)

Teknik Persampelan Sistematik

Dalam persampelan sistematik,sampel yang diperoleh adalah lebih menyelerak.Sampel pertama dipilih mengikut kaedah persampelan rawak ringkas dan sampel-sampel lain tertakluk pada sampel pertama.Contoh: 1 daripada 20 unit populasi dipilih mengikut kaedah persampelan rawak ringkas untuk dijadikan sampel pertama.Sekiranya populasi bernombor 16 dipilih ,maka sampel kedua ketiga dan seterusnya merupakan populasi bernombor 36,56,76 dan seterusnya dengan selangan 20 unit.(16+20=36,36+20=56,56+20=76) Persampelan sistematik digunakan kerana ia selesa dan relatif mudah untuk ditadbirkan. Melalui persampelan sistematik, setiap item k adalah dipilih untuk mengurangkan saiz sampel n dari populasi bersaiz N. Nilai k boleh ditentukan dengan menggunakan formula. Jika k bukan nilai integer, nombor bulat akan digunakan.

Menentukan Nilai k

Dimana n = saiz sampel N = saiz populasi K = saiz selang yang dipilih

2.4)

Teknik Persampelan Kelompok

Persampelan kelompok ialah satu kaedah khusus persampelan multitahap .Kaedah ini hanya mempunyai dua tahap persampelan sahaja dan pada tahap kedua unit populasi dipilih daripada unit persampelan pertama .Unit persampelan pertama dikenali sebagai kelompok.Pemilihan sampel pada setiap tahap boleh dilakukan melalui kaedah persampelan rawak ringkas atau bersistem.Tujuan melakukan persampelan kelompok adalah kerana ketidakseragaman unsur-unsur di dalam kelompok tetapi terdapat keseragaman di antara semua kelompok.

Contoh: sebuah Bandar mengandungi 20000 penduduk dan bandar tersebut mempunyai 10 daerah.Jika 6000 orang penduduk ingin dipilih sebagai sampel maka unit sampel terdiri daripada penduduk di dalam tiga daerah sahaja.Ketiga-tiga daerah ini boleh dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak ringkas.

1 Bandar = 20000 ribu orang penduduk 10 daerah = 20000 ribu 10 1 daerah = 2000 orang penduduk

Sampel yang dipilih = 6000 orang penduduk Unit sampel = 6000 2000 = 3 daerah

3.0)

Persampelan Tidak Rawak

Teknik persampelan digunakan untuk memilih unsur daripada populasi melalui sebarang mekanisma yang tidak melibatkan proses pemilihan rawak dipanggil sebagai teknik persampelan tidak rawak. Disebabkan peluang tidak digunakan untuk memilih item dari sampel, teknik ini adalah teknik bukan kebarangkalian dan tiada keperluan untuk digunakan di dalam memungut data untuk dianalisis menggunakan kaedah statistik pentaabiran.Ralat persampelan tidak boleh ditentukan secara objektif bagi teknik persampelan ini. Empat teknik persampelan tidak rawak dibincangkan iaitu persampelan selesa, persampelan pertimbangan nilai, persampelan kuota dan persampelan snowball. 3.1)Persampelan Selesa

Di dalam persampelan selesa, unsur-unsur bagi sampel adalah dipilih berdasarkan kepada keselesaan penyelidik. Penyelidik biasanya memilih item yang sedia didapati, Sampel kelihatan kurang angkubah

hampir, dan/atau yang sedia untuk berkerjasama.

berbanding populasi disebabkan di dalam banyak persekitaran unsur ekstrim populasi tidak diperolehi. Penyelidik akan memilih banyak unsur dipertengahan populasi.

Sebagai contoh, sampel selesa isi rumah, temuduga dari pintu-ke-pintu mungkin melibatkan rumah dimana penghuninya berada dirumah, rumah yang tiada anjing, rumah yang hampir dengan jalan raya, apartment tingkat pertama, dan rumah yang mempunyai penghuni yang ramah. Sebaliknya, sampel rawak memerlukan penyelidik memperolehi data hanya dari rumah dan apartment yang telah dipilih secara rawak, tidak kira apa keadaan sekalipun. Jika firma penyelidik terletak di pasar raya, sampel selesa mungkin dipilih dengan menemuduga hanya pelanggan yang melalui kedai dan kelihatan ramah.

3.2)Persampelan Pertimbangan Nilai

Persampelan pertimbangan nilai terjadi apabila unsur dipilih untuk sampel adalah dipilih berdasarkan kepada pertimbangan penyelidik sahaja. Penyelidik selalunya

mempercayai mereka boleh memperolehi perwakilan sampel melalui pertimbangan mereka, dimana menghasilkan penjimatan masa dan perbelanjaan. Kadangkala beretika, penyelidik profesional mempercayai mereka boleh memilih perwakilan sampel yang lebih sempurna berbanding dengan proses rawak. Walau bagaimanapun, beberapa kajian telah menunjukkan kaedah persampelan rawak tidak menunjukkan keupayaan yang baik bagi persampelan pertimbangan nilai di dalam menganggarkan min populasi walaupun penyelidik telah mentadbirkan persampelan pertimbangan nilai dengan mengambil perwakilan sampel yang seimbang. Apabila sampel dilakukan melalui pertimbangan nilai, pengiraan kebarangkalian dimana unsur tersebut akan dipilih kedalam sampel adalah mustahil. Ralat persampelan tidak boleh ditentukan secara objektif kerana kebarangkalian adalah berdasarkan kepada pemilihan tidak rawak. Lain-lain masalah berkaitan dengan persampelan pertimbangan nilai adalah penyelidik cuba untuk membuat ralat pertimbangan nilai di dalam satu arah. Ralat sistematik ini akan menyebabkan apa yang dikatakan sebagai bias. Penyelidik juga cuba untuk

menyisihkan untuk melibatkan unsur yang ekstrem. Melalui persampelan pertimbangan nilai, tidak ada kaedah objektif untuk menentukan sama ada pertimbangan nilai saorang manusia itu lebih baik daripada yang lain.

3.3)Persampelan Kuota

Persampelan kuota kelihatannya sama seperti persampelan rawak berstrata. Sub-kelas populasi tertentu, seperti kumpulan umur, jantina, atau kawasan geografi, adalah digunakan untuk strata. Walau bagaimanapun, berbanding dengan persampelan rawak dari satu strata, penyelidik menggunakan kaedah persampelan tidak rawak untuk memperolehi data dari strata sehingga kuota yang diperlukan bagi sampel dipenuhi. Kuota ditentukan dengan kawalan kuota, dimana set saiz sampel untuk sampel untuk diperolehi dari sub-kumpulan. Secara amnya, kuota adalah berdasarkan kepada bahagian sub-kumpulan di dalam populasi. Di dalam kes ini, konsep kuota adalah sama sebagaimana persampelan strata berkadaran.

Kuota biasanya dipenuhi melalui unsur yang ada, terkini atau boleh digunakan. Sebagai contoh, berbanding temuduga orang secara rawak untuk memperolehi kuota Cina, penyelidik akan pergi kekawasan yang ramai penghuni Cina dan menemuduganya sehingga jawapan diperolehi untuk memenuhi kuota. Di dalam persampelan kuota, temuduga akan dimulakan dengan menyoal beberapa soalan tapisan; jika responden mewakili sub-kelas dimana kuota telah dipenuhi, temuduga akan menghentikan temuduga tersebut.Persampelan kuota amat berguna apabila tiada kerangka diperolehi untuk populasi.

Contohnya ,penyelidik hendak menstratakan populasi mengikut pemilik jenis kereta tetapi gagal untuk memperolehi senarai pemilik BMW. Melalui persampelan kuota,

penyelidik akan meneruskan temuduga semua pemilik kereta dan menyingkirkan bukan pemilik BMW sehingga kuota pemilik BMW dipenuhi.

Persampelan kuota kurang mahal berbanding teknik persampelan rawak disebabkan ia merupakan teknik yang selesa. Walau bagaimanapun, kos tidak memberikan makna

disebabkan kualiti teknik persampelan rawak dan tidak rawak tidak boleh dibandingkan. Kebaikan lain persampelan kuota ialah cepatnya memperolehi data. Penyelidik tidak perlu mengunjungi semula atau menghantar soal selidik kedua jika tiada tindakbalas dari responden; ia hanya pergi ke unsur berikutnya. Juga, persediaan untuk persampelan kuota adalah minimum. 8

Masalah utama persampelan kuota ialah apabial semuanya telah dijalankan, ia hanyalah persampelan tidak rawak. Sesetengah penyelidik menyatakan jika kuota telah

dipenuhi melalui pemilihan unsur tidak rawak dan menyingkiri yang bukan dari strata, persampelan kuota merupakan versi dari persampelan rawak strata. Walau bagaimanapun, kebanyakan persampelan kuota dilakukan oleh penyelidik dengan cepat untuk memenuhi kuota. Walau bagaimanapun, kaedah ini masih merupakan kaedah persampelan tidak rawak.

3.4)Persampelan Bola Salji

Kaedah bola salji merupakan dipilih berdasarkan kepada rujukan dari responden yang lain. Penyelidik mengenalpasti responden yang memenuhi keperluan profail subjek yang hendak dikaji. Penyelidik kemudiannya menemuduga responden ini nama dan lokasi orang lain yang memenuhi profail subjek yang hendk dikaji. Melalui rujukan ini, subjek survai boleh dikenalpasti dengan murah dan cekap, khususnya berguna apabila subjek survei sukar untuk dikenalpasti.

Persampelan ini bermula daripada rakan sekumpulan orang.Rakan berkenaan akan mendapat rakan mereka yang lain. Contohnya: Penyelidik ingin mengetahui perasaan mereka yang suka memandu kereta Ferari.

4.0)

SEBAB-SEBAB PENYELIDIKAN

MEMILIH

TEKNIK

PERSAMPELAN

DALAM

Persampelan boleh menjimatkan wang Persampelan boleh menjimatkan masa Untuk sumber yang terhad, persampelan boleh memperluaskan skop set data Disebakan penyelidikan kadangkala mendatangkan kerosakan,teknik persampelan daapat menyelamatkan keluaran. Persampelan adalah alternatif yang sesuai jika memperolehi populasi yang mustahil.

10

PENUTUP

RUJUKAN Kuan Kee Sin (1994) Statistik Permulaan, Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pendidikan Malaysia. Mansor jusoh (1986) Kebarangkalian dan Statistik Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajar Malaysia. Yap Bee Wah, Nooreha Hussain (1998) Teori Kebarangkalian Selangor. IBS Buku Sdn Bhd. Algifari (1997) Statistika Ekonomi.Yogyakarta. Bahagian Penerbitan Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi. Wan Jaafar Wan Endut (1993) Statistik.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

You might also like