You are on page 1of 1

Cerita Zaman Datuk

Cerita ini berlaku pada tahun 1943. Ketika itu, datuk berumur 16 tahun. Kehidupan datuk sangat susah. Rumah datuk diperbuat daripada daun nipah yang berbingkaikan buluh dan berlantaikan batang nibung. Pada suatu pagi, lima orang tentera Jepun lengkap lengkap bersenjata masuk ke dalam rumah datuk. Datuk dan keluarga diarahkan duduk bersandar di dinding rumah. Seorang daripada tentera Jepun merentap tangan datuk tentera yang lain mengacukan senapang ke arah ayah dan ibu datuk. Keluarga datuk berasa sangat takut. Tentera Jepun membawa datuk menaiki sebuah lori tentera melalui sebatang jalan tanah merah yang berdebu. Datuk dibawa ke sebuah markas tentera lalu ditempatkan di sebuah bilik kurungan. Datuk berada di situ bersama-sama dengan berpuluh-puluh orang remaja Melayu. Apakah yang hendak dilakukan oleh mereka terhadap kita? tanya datuk kepada remaja-remaja tersebut. Kita akan dibawa ke Burma sebagi buruh paksa untuk menyiapkan landasan kereta api, kata seorang remaja. Mana kamu tahu? tanya seorang remaja yang lain pula. Aku mendengar perbualan mereka ketika berada di dalam lori. Semasa dalam tahanan, datuk hanya berfikir cara untuk melarikan diri dari pusat tahanan itu. Kalau datuk tidak berjaya keluar, datuk tentu akan mati dan tidak dapat berjumpa dengan anggota keluarga lagi.

You might also like