You are on page 1of 3

CONTOH KARANGAN AUTOBIOGRAFI Soalan: Andaikan bahawa kamu sepasang kasut sekolah. Tuliskan perjalanan hidup kamu.

Panjangnya karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Aku sepasang kasut sekolah. Namaku Palazz. Aku dibuat di sebuah kilang di selatan tanah air. Badanku berwarna putih dan diperbuat daripada kanvas. Aku bersaiz lima. Setelah siap dan diperiksa dengan teliti aku diisikan kedalam kotak putih yang bertanda saiz lima. Aku dan rakan-

rakan lain yang terdiri daripada pelbagai saiz kemudiannya dimuatkan ke dalam sebuah kotak yang lebih besar. Kotak-kotak besar ini kemudiannya diangkut oleh para pekerja kilang ke lori yang sudah sudah sedia menunggu. Kami dihantar ke suatu tempat yang tidak kuketahui. Keesokan harinya, aku dan rakan-rakan berada di sebuah kedai kasut di sebuah kompleks beli-belah. Di sana kami dipamerkan di atas rak. Suatu hari, seorang budak lelaki datang ke kedai itu bersama-sama dengan ibunya. Dia asyik membelek-belek diriku. Akhirnya, ibunya membeliku untuk anaknya itu. Aku berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakanku.

Tuan baruku ini pengotor orangnya. Tubuhku Tuanku juga jarang-jarang mana-mana saja.

yang putih

telah berubah wajah. Aku menjadi comot dan tidak terjaga. mencuciku. Dia membawaku ke

Akhirnya, tubuhku semakin buruk dan koyak. Aku sering dibiarkan berpanas dan berhujan. Aku sedih diperlukan sedemikian. Akhirnya tapakku tertanggal. Aku dibuang ke dalam tong sampah yang busuk dan gelap. Aku sedih kerana jasajasaku selama ini langsung tidak dihargai.

You might also like