You are on page 1of 14

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

 Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan
dalam pendidikan.

 Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi


harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.

 Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti


pengajaran guru.

 Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak


kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan
UPSR, PMR, SPM dan STPM.

 Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau


peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan,
peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang
sebenarnya).

 Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-


buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan
sebagainya lagi.

 Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti
datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya
setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang
berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka
mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
 Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila
gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila
pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah
mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota
pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah
tertinggal itu.

 Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di


dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu.
Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

 Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.


Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah
berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

 Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan
dalam pendidikan.

 Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi


harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat. Memberikan
tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran
guru.

 Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak


kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan
UPSR, PMR, SPM dan STPM.

 Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau


peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan,
peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang
sebenarnya).
 Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-
buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan
sebagainya lagi.

 Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti
datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya
setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang
berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka
mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

 Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila


gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila
pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah
mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota
pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah
tertinggal itu.

 Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di


dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu.
Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

 Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.


Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah
berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

 Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran.


Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan
pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini
juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

 Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah


dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas
tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan
lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

 Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam
kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru
berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

 Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-


rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam
peperiksaan.

 Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai


gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-
buku untuk dipinjam.

 Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan


ilmu pengetahuan tambahan.

 Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan


pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

 Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam


peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan
pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan
yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika
gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.

 Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar


sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman
untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini
mestilah dipatuhi.
 Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan
semangat dan keyakinan diri.

 Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami


teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

 Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan


persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai
buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah
Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik
menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami
kualiti sesuatu buku rujukan.

 Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan


kecekapan pelajar dalam pelajaran.

 Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

 Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum.


Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat
pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.

 Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang


sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba
mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang
dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan
suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang
suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang
berfaedah.

 Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya


yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain
dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan
jari tangan kanan dalam kemalangan.

 Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang


bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu
banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau
membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga
sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

 Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang


seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang
dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk
minda dan kesihatan tubuh badan.

 Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang


telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak
yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang.
Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi
peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh
berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

 Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang
telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain,
lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

 Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek


kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda
pelajar.

 Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila
menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan
itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua
bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang
lebih cemerlang.

 Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses


pengajaran guru.

 Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.

 Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.

 Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari


latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.

 Memahami apa yang dibaca.

 Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.

 Menggunakan kaedah, simbol, dan tanda-tanda tertentu untuk


memudahkan pembelajaran.

 Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman


tambahan.

 Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.

 Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada


buku, majalah, akhbar dan internet.

 Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.

 Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.


 Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.

 Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang


pelajaran dan pembelajaran.

You might also like