You are on page 1of 2

Konsep Teater Pembaca: 1. Melibatkan b*eberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di hadapan 2.

Membantu penonton (murid) memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka. 3. Sesuai dalam melatih ketrampilan berbahasa, ia melibatkan gaya pengucapan dan penyampaian yang bersahaja serta bersesuaian dengan situasi dan watak yang dilakonkan.
Mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja. Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.

Prosedur Pelaksanaan Teater Pembaca: 1. Beberapa orang pelajar dipilih berdasarkan kehendak skrip. 2. Pelakon yang tiba gilirannya akan bergerak selangkah ke hadapan dan membaca dialog dengan penuh perasaan. 3. Setelah selesai membaca dialognya, dia akan berundur ke belakang. Ia akan dikuti dengan pelakon berilkutnya, begitulah seterusnya.

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - TEATER PEMBACA

Teater pembaca melibatkan pembaca membaca secara individu daripada skrip pendek. Teater pembaca dikenali sebagai teater minda kerana audiens dibiar untuk membayangkan babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca.

Skrip boleh berupa prosa naratif atau puisi. Suara-suara dalam teks ditugaskan kepada pembaca yang berbeza.

Penekanan dilakukan pada suara, nada, intonasi, kadar, hentian dan tekanan. Ketika murid-murid membaca, wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran dalam dimensi yang luas. Melalui teknik teater pembaca, murid-murid membaca cerita dengan lancar. Murid-murid juga menggunakan nada dan intonasi yang betul berdasarkan cerita di samping melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan tema cerita. Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu muridmurid yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita yang disampaikan berlaku di hadapan mereka.

Aktiviti teater pembaca memerlukan skrip pendek yang sesuai dan mengandungi dialog. Pemilihan seorang murid sebagai pencerita untuk memulakan cerita dan menyambung jalan cerita adalah diperlukan hingga cerita tamat. Murid-murid yang mengambil bahagian dikehendaki duduk atau berdiri dalam separuh bulatan di hadapan penonton. Pencerita pula berada di sebelah kanan penonton, manakala pelakon membaca cerita masing-masing.

Terdapat dua cara untuk menjalankan teknik teater pembaca seperti yang dikemukakan oleh Kamaruddin Hj.Husin & Siti Hajar Abdul Aziz (1998), iaitu (a) pencerita berada dalam kelompok cerita dan (ii) pencerita berada di luar kelompok cerita.

Pencerita yang berada dalam kelompok cerita, membaca skrip sambil berjalan ke arah pelakon yang wataknya sedang dibacakan. Pelakon tersebut akan berdiri apabila wataknya dibacakan. Pencerita yang berada di luar kelompok cerita pula hanya membaca cerita dari suatu tempat lain. Pelakon pula hanya akan bertindak balas dengan berdiri dan berlakon apabila skrip tentang wataknya dibacakan oleh pencerita.

You might also like