You are on page 1of 2

Model ASSURE

Model ini telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1989). Assure bermaksud " memastikan sesuatu berlaku." Singkatan akronim ASSURE bermaksud, A - Analyse learner (Analisis pelajar) S - State objective (nyatakan objektif) S - Select, modify or make media ( pilih, baiki atau bina media) U - Use media (gunakan media) R - Require learner response (keperluan tindakan) E - Evaluate materials (menilai)

Analyse learner (analisis pelajar)


Mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar. Kaji umur, bakat, kelas serta taraf ekonomi pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

State objective (nyatakan objektif)


Nyatakan objektif dengan khusus berdasarkan pencapaian yang dirancangkan.

Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media)


Guru hendaklah memilih media yang sedia ada disesuaikan dengan objektif pengajaran. Sekiranya media itu rosak atau kurang sesuai hendaklah dibaiki terlebih dahulu. Tetapi jika media yang sedia ada tidak bersesuaian dengan objektif pengajaran, guru hendaklah membina media yang baru bersesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran.

Use media (gunakan media)


Rancangkan bagaimana media itu hendak digunakan. Sediakan alat kemudahan untuk persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik minat murid serta yang memberi motivasi kepada murid

supaya murid merasa seronok. Adakan juga aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan.

Require learner response (keperluan tindakbalas)


Tindakbalas dari pelajar seperti membuat latihan hasil dari pembelajaran yang berlaku. Adakan juga pengukuhan supaya tindakbalas yang betul diperolehi.

Evaluate materials (menilai)


Menilai dan menyemak semula bahan yang telah digunakan.

Adakah objektif tercapai? Bahan yang digunakan membantu P&P? Adakah semua pelajar gunakan cara yang betul? Adakah suasana P&P selesa? Adakah peluang-peluang pemerhati individu diberi? Soalan yang dikemukakan dapat dijawab?

PENUTUP
Media pendidikan dan media pengajaran merupakan satu komponen bidang teknologi pendidikan sahaja. Komponen tersebut berfungsi memperolehi, memproses dan menyusun kembali maklumat pandang- dengar. Media boleh berupa alat, perkakas atau bahan grafik, fotografik, elektronik atau mekanik. Komponen lain terdiri daripada isi kandungan matapelajaran, matlamat dan objektif matapelajaran, penyusunan semua perkara tersebut mengikut kebolehan murid dan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Semua komponen itu kemudiannya hendaklah dinilai dan dibaiki oleh guru.

You might also like