You are on page 1of 1

Ruj kami : PERMAI 03 / -1 / 12 (1) Tarikh : 28 Rabiul Akhir 1433H / 21 Mac 2012

Kepada : Semua Ahli Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI) MAKLUMAN DAN JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG MAHASISWA MALAYSIA IRBID (PERMAI) KALI PERTAMA. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk; 2. Sukacita dimaklumkan bahawa semua ahli PERMAI dijemput untuk menghadiri Majlis Mesyuarat Agung Khas PERMAI kali Pertama. Tarikh Masa Tempat Agenda : 24 Mac 2012 (Sabtu) : 3 hingga 5 petang : Dewan al-Kindi, Universiti Yarmouk : Akan diberitahu dalam Surat Makluman Mesyuarat ke-2 KHAS PERSATUAN

3. Untuk makluman semua ahli PERMAI, Mesyuarat Agung Khas ini diadakan julung-julung kalinya bagi memperbaharui dan mengubah beberapa perkara dalam Perlembagaan PERMAI selaras dengan bilangan dan kapasiti ahli yang semakin bertambah. 4. Pihak PERMAI mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakan mesyuarat khas ini demi kemaslahatan semua ahli dan persatuan khasnya. 5. Kehadiran dan komitmen yang jitu daripada pihak ahli amatlah kami harapkan dan didahului dengan ucapan Jazakumullah khairal jaza. Sekian, terima kasih. PERMAI PAKSI KOMUNITI Yang benar,

______________________________________ (WAN MUHAMMAD NAJIB BIN MOHD DAUD) Setiausaha Agung, Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI), Sesi 2011/2012.

You might also like