You are on page 1of 14

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

SYARAT SYARAT KELAYAKAN BUKAN AKADEMIK IKLAN JAWATAN KOSONG UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
BIL 1.0 JAWATAN PEGAWAI PERUBATAN GRED UD47/48 P1T1 RM 4431.54 - P1T8 RM 5882.85 P2T1 RM 4647.22 - P2T8 RM 6156.98 P3T1 RM 4871.25 - P3T8 RM 6439.46 SYARAT KELAYAKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) warganegara Malaysia; (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) (i) Ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia. (ii) Calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(aa) serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia. (d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan (e) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan.

2.0

PEGAWAI LAUT GRED A41 P1T1 RM 1815.52 - P1T26 RM 4723.82 P2T1 RM 1911.53 - P2T26 RM 5000.60 P3T1 RM 2011.72 - P3T26 RM 5301.27

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) warganegara Malaysia (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan (c) (i) ijazah sarjana muda dalam bidang Nautical Studies yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: A41 : P1T4) atau;

(ii)Deck Officer Class 3/Second Mate of Foreign Going Ship Certificate of Competency yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: A41 : P1T4) atau; (iii)Deck Officer Class 3/Second Mate of Foreign Going Ship Certificate of Competency yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: A41 : P1T6) atau; (iii)Deck Officer Class 1 (Master Marine) Master of Foreign Going Ship Certificate of Competency yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : A41 : P1T10) dan (d) lulus bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3.0

PEGAWAI SAINS GRED C41 P1T1 RM 1716.72 - P1T27 RM 4716.86 P2T1 RM 1812.73 - P1T27 RM 4997.81 P3T1 RM 1912.92 - P3T27 RM 5285.98

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) Warganegara Malaysia (b) berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan (c) ijazah Sarjana Muda Sains kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : C41 : P1T3) dan (d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4.0

JURUTERA AWAM GRED J41 P1T1 RM 2088.25 - P1T23 RM 4721.03 P2T1 RM 2184.26 - P2T23 RM 5015.88 P3T1 RM 2284.45 - P3T23 RM 5306.79

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) warganegara Malaysia (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan (c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam atau ijazah sarjana Kejuruteraan Awam yang di iktiraf oleh kerajaan setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan : J41 : P1T1) dan (d) lulus bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

5.0

PEGAWAI TADBIR GRED N41 P1T1 RM 1690.28 - P1T27 RM 4640.28 P2T1 RM 1784.90 - P2T27 RM 4918.55 P3T1 RM 1883.70 - P3T27 RM 5220.62

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) warganegara Malaysia; (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (d) Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : N41 : P1T3) atau (e) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : N41 : P1T4) dan (f) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

6.0

PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL GRED N41 P1T1 RM 1690.28 - P1T27 RM 4640.28 P2T1 RM 1784.90 - P2T27 RM 4918.55 P3T1 RM 1883.70 - P3T27 RM 5220.62

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) warganegara Malaysia; (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : N41 : P1T3) dan (d) lulus bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(e) Calon yang memiliki kelayakan dan pengalaman di dalam bidang pengajian strategik, perhubungan antarabangsa, ekonomi politik, sains politik, geografi, sejarah, sains, kejuruteraan dan di dalam bidang pertahanan yang berkaitan akan di beri keutamaan.

7.0

PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41 P1T1 RM 1899.01 - P1T25 RM 4715.47 P2T1 RM 1995.02 - P2T25 RM 4988.08 P3T1 RM 2095.21 - P3T25 RM 5284.57

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) warganegara Malaysia (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan (c) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan : Q41 : P1T1) atau (d) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pertanian atau Perikanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan : Q41 : P1T2) atau (e) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan : Q41 : P1T3) atau (f) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan : Q41 : P1T5) atau (g) Ijazah sarjana dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan : Q41 : P1T5) atau (h) Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Sains daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji Permulaan : M41 : P1T9) dan (i) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil

Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

8.0

PEGAWAI KEWANGAN GRED W41 P1T1 RM 1702.81 - P1T27 RM 4688.95 P2T1 RM 1798.82 P2T27 RM 4968.61 P3T1 RM 1899.01 P3T27 RM 5255.39

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) warganegara Malaysia (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan (c) Ijazah sarjana muda dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan (Gaji Permulaan : W41 : P1T1) (d) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan (Gaji Permulaan : W41 : P1T3) (e) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Gaji Permulaan : W41 : P1T8) (f) ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badanbadan Ikhtisas Perakaunan (Gaji Permulaan : W41 : P1T9) dan (g)lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

9.0

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29 P1T1 RM1544.86 - P1T21 RM3034.66 P2T1 RM1615.95 - P2T21 RM3237.37 P3T1 RM1690.06 - P3T21 RM3415.79

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) Warganegara Malaysia; (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) Diploma dalam bidang sains komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

10.0

PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED J29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) Warganegara Malaysia;

P1T1 RM1549.40 - P1T21 RM3046.80 P2T1 RM1620.49 - P2T21 RM3241.91 P3T1 RM1694.60 - P3T21 RM3430.90

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) Diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : J29 : P1T2); dan (d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

11.0

PENOLONG JURUTERA MEKANIKAL GRED J29 P1T1 RM1549.40 - P1T21 RM3046.80 P2T1 RM1620.49 - P2T21 RM3241.91 P3T1 RM1694.60 - P3T21 RM3430.90

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) Warganegara Malaysia; (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) Diploma dalam bidang mekanikal yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : J29 : P1T2); dan (d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

12.0

PENOLONG PENGURUS ASRAMA GRED N27 P1T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10 P2T1 RM1274.13 - P2T26 RM3213.25 P3T1 RM1346.73 - P3T26 RM3405.26

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) Warganegara Malaysia (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan (c) STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau (d) Diploma dalam bidang perkhidmatan pengurusan makanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : N27 : P1T5) dan (e) Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

13.0

SETIAUSAHA PEJABAT GRED N27 P1T1 RM 1204.55 - P1T26 RM 3027.10 P2T1 RM 1274.13 P2T26 RM 3213.25 P3T1 RM 1346.73 - P3T26 RM 3405.26

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) Warganegara Malaysia (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan (c) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan : N27 : P1T1); atau (d) Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan : N27 : P1T5) dan (e) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

14.0

JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN GRED U29 P1T1 RM 1160.69 P1T27 RM 3057.39 P2T1 RM 1231.78 P2T27 RM 3279.74 P3T1 RM 1305.89 P3T27 RM 3476.28

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) Warganegara Malaysia; (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) (i) Diploma Teknologi Pergigian daripada Sekolah Latihan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : U29 : P1T6); dan (d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

15.0

JURURAWAT PERGIGIAN GRED U29 P1T1 RM 1160.69 P1T27 RM 3057.39 P2T1 RM 1231.78 P2T27 RM 3279.74 P3T1 RM 1305.89 P3T27 RM 3476.28

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) Warganegara Malaysia; (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) (i) Diploma daripada Kejururawatan Pergigian Sekolah Latihan Pergigian

Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : U29 : P1T6); dan (d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

16.0

PEMBANTU LAUT GRED A17 P1T1 RM 829.45 - P1T24 RM 2178.66 P2T1 RM 882.39 - P1T24 RM 2299.69 P3T1 RM 936.84 - P3T24 RM 2425.14

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) Warganegara Malaysia (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan Mate on Ships of Less than 500 GT on Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan : A17 : P1T3) (d) Engineer Officer of Less Than 750kW on Domestic and Near Coastal Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan : A17 : P1T4) (e) Officer in Charge og Navigational Watch Less Than 500 GT Near Coastal Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : A17 : P1T8) dan (f) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) di peringkat SPM

(c)

17.0

PEGAWAI KEBUDAYAAN GRED B17/18 P1T1 RM 827.94 - P1T24 RM 2177.15 P2T1 RM 880.88 - P2T24 RM 2298.18 P3T1 RM 935.33 - P3T24 RM 2423.63

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) Warganegara Malaysia (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. (c) Mempunyai bakat, kreativiti; dan kebolehan dan daya

(i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan; dan Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; atau (ii) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang

diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mempunyai pengalaman dalam bidang kebudayaan; dan (iii) kepujian Bahasa Malaysia/bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan atau (d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan (e) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

18.0

JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17 P1T1 RM 843.06 - P1T26 RM 2325.37 P2T1 RM 896.00 - P2T26 RM 2452.46 P3T1 RM 950.45 - P3T26 RM 2583.95

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) Warganegara Malaysia (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. (c) Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus Subjek Elektrik atau elektronik atau Teknologi Maklumat pada peperiksaan tersebut; atau (d) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang sistem komputer atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (c) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang sistem komputer atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (d) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : FT17 : P1T6); atau (e) Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : FT17 : P1T9) dan (f) Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

19.0

JURUTEKNIK GRED J17 P1T1 RM 843.06 - P1T26 RM 2325.37 P2T1 RM 896.00 - P2T26 RM 2452.46 P3T1 RM 950.45 - P3T26 RM 2583.95

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) Warganegara Malaysia (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. (c) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : JA3-1 : T1) dan (d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

20.0

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN & OPERASI) GRED N17 P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM 2151.35 P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM 2272.50 P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) Warganegara Malaysia (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. (c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(ii) Sijil Perancangan Bandar dan Wilayah daripada UiTM yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya. (Gaji permulaan : N17 : P1T6); atau (iii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan : N17 : P1T8); atau (iv) Sijil dalam bidang kejuruteraan ukur tanah atau perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik -politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : N17 : P1T9); dan (d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (e) (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer atau mengambil trengkas).

21.0

PENYELIA ASRAMA GRED N17 P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM 2151.35 P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM 2272.50 P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) Warganegara Malaysia (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. (c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan (d) Pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jururawat atau perkhidmatan Pendidikan yang telah disahkan dalam perkhidmatan. (Gaji permulaan : N17 : P1T6); dan (e) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan kecuali calon yang memiliki kelayakan di perenggan (d) di atas.

22.0

PEMBANTU BELIA DAN SUKAN GRED S17 P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM 2151.35 P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM 2272.50 P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) Warganegara Malaysia (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. (c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan (f) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (g) (Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatankegiatan belia atau sukan)

23.0

PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17 P1T1 RM 821.89 - P1T24 RM 2152.86 P2T1 RM 873.32 - P2T24 RM 2274.01 P3T1 RM 926.26 - P3T24 RM 2399.46

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) Warganegara Malaysia (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan (c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau (d) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat pertengahan (simpan kira-

kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan : W17 : P1T2) atau (e) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan peringkat tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan : W17 : P1T5) atau (f) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan : W17 : P1T9); Dan (g) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

24.0

PEMANDU KENDERAAN GRED R3 P1T1 RM701.42 - P1T17 RM1354.86 P2T1 RM743.89 - P2T17 RM1423.41 P3T1 RM787.99 - P3T17 RM1493.59

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) Warganegara Malaysia (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) Tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh Kerajaan; (d) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E/1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; (e) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan ialah pada Gred R3: Lesen D P1T3 Lesen E/E1/E2 P1T4 Lesen F/H P1T5 Lesen G/I P1T6 (f) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN Gaji permulaan adalah mengikut skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa. IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI) Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan/Imbuhan Tetap Keraian/Imbuhan Tetap Khidmat Awam/Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuatkuasa. TARAF JAWATAN Semua jawatan akan dilantik secara Tetap/Kontrak/Sementara/Sambilan. SYARAT KEWARGANEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN) Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan, manakala bagi bekas tentera/polis hendaklah tidak melebihi 45 tahun. SYARAT-SYARAT UMUM Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syaratsyarat Skim Perkhidmatan Awam berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara hendaklah menyertakan surat pengesahan pengiktirafan ijazah dari Unit Dasar dan Pengiktirafan, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (Malaysia). PERMOHONAN OLEH PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga (3) tahun kebelakang, salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan ulasan majikan sama ada menyokong atau tidak permohonan selaras dengan Peraturan 17, Perintah Am Bab A, 2005 (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan). CARA MEMOHON (a) Setiap permohonan perlu melalui sistem e-recruitment UPNM, sila daftar login anda di alamat: http://erecruitment.upnm.edu.my dan lengkapkan maklumat permohonan dan resume anda secara online. (b) Dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut hanya perlu dikemukakan pada hari temuduga :i) ii) Kad Pengenalan / Pasport Sijil sijil Akademik Muda/Sarjana/Ph.D) Sijil sijil Ko-kurikulum (UPSR/PMR/SPM/STPM/Sijil/Diploma/Sarjana

iii)

iv)

Salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemas kini (bagi penjawat awam) Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang terkini (bagi awam) Testimonial/Pengesahan Kerja daripada majikan (bagi pekerja Salinan slip gaji terakhir penjawat

v)

vi) vii)

swasta)

KETERANGAN AM (a) Calon-calon yang berjaya di senarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak UPNM dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA. TARIKH TUTUP PERMOHONAN: Tarikh tutup permohonan jawatan bukan akademik ialah pada 31 MAC 2012.

You might also like