You are on page 1of 3

2.

Ciri-ciri Komunikasi Berkesan

Menurut Abdul Rahman Aziz, komunikasi adalah proses interaksi antara orang yang bercakap dengan orang yang mendengar dengan tujuan untuk menyampaikan maklumat, idea, maklum balas, meningkatkan hubungan, memberi pendapat, mendapatkan kepastian, mengetahui yang baru, membuat keputusan bersama sama dan lain lain lagi. Dia juga ada menyatakan bahawa tanpa pemahaman dalam ertikata sebenarnya maka tiadalah komunikasi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa komunikasi merupakan satu anugerah tuhan yang amat penting dalam kehidupan seseorang. Hal ini kerana hubungan sosial atau kemanusiaan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan komunikasi. Terdapat pelbagai ciri - ciri komunikasi yang berkesan. Antaranya ialah kandungan, kejelasan, konteks sosial, kepercayaan, kaedah penyampaian, kesinambungan dan juga keupayaan pendengar. Namun disini hanya lima ciri ciri yang akan diterangkan dengan lebih lanjut iaitu ; Kandungan Kejelasan Kepercayaan Kaedah penyampaian Kesinambungan

Kandungan Kandungan atau isi isi penting yang terkandung dalam mesej yang hendak disampaikan mestilah mempunyai makna kerana adanya makna tersebut pasti akan menghubungkan dua orang yang sedang berinteraksi. Hal ini kerana, semakin banyak maklumat dikongsi, semakin banyak makna yang terbentuk. Lantas semakin tinggi tingkat kefahaman antara mereka. Kefahaman inilah yang membolehkan mereka berkenalan dengan lebih rapat.

Kejelasan Setiap komunikasi antara individu pasti akan melibatkan penyampaian maklumat, penerimaan maklumat dan penyimpanan maklumat. Maklumat yang hendak disampaikan haruslah memenuhi jelas dan tidak mengelirukan. Ini merupakan satu kaedah untuk menarik perhatian seseorang individu dan membolehkannya mengolah maklumat yang telah diterima. Oleh itu, ternyata kejelasan maklumat amat penting. Maka pemberi maklumat harus mengetahui kepentingan memilih simbol simbol atau kata kata yang sepatutnya diguna ketika berkomunikasi. Kepercayaan Penyampai andainya ingin haruslah mendapatkan kepercayaan dengan daripada berkesan. pendengar Kebolehan

menyampaikan

maklumat

menyampaikan maklumat dengan baik haruslah dapt ditunjukkan pada peringkat awal komunikasi lagi. Hal ini akan mewujudkan kepercayaan pendengar terhadap penyampai. Selain itu, penyampai haruslah dapat menyampaikan maklumat dengan tenang namun serius dan bersungguh sungguh. Keadaan ini akan melancarkan penyampaian maklumat lantas menambahkan keyakinan penerima menerima maklumat yang disampaikan. Kaedah penyampaian Komunikasi dapat dijalankan dengan beberapa kaedah yang boleh dipilih. Penyampaian ini haruslah bertepatan dengan tujuan penyampaian maklumat. Sebagai contoh, sekiranya kita menginginkan maklumat yang disampaikan tersebar secara meluas, media massa merupakan kaedah yang paling berkesan. Kejayaan penyampaian maklumat bergantung kepada ciri ciri kaedah itu tersendiri. Kesinambungan Komunikasi merupakan suatu proses yang berterusan. Pengulangan yang berterusan merupakan suatu yang amat diperlukan. Selain itu, maklumat yang disampaikan dalam bentuk susunan ayat juga mesti ada hubung kaitnya untuk memudahkan penerimaan oleh pendengar. Kesinambungan ini penting untuk mengukuhkan lagi fakta - fakta yang telah disebutkan.

Kesimpulannya, ciri

komunikasi berkesan ini amat penting untuk setiap

individu kerana dengan komunikasi yang berkesan kehidupan seseorang akan menjadi lebih baik.

Perkataan yang lemah lembut membasuh kedengkian yang tersembunyi dalam anggota badan. - Hukama -

You might also like