You are on page 1of 2

Minggu : KEEMPAT

Tarikh : 25 / 7 / 2011 hingga

29 / 7 / 2011

1.

Isu / Masalah

Pada minggu keempat ini, saya menghadapi masalah dalam penyediaan rancangan pengajaran harian serta bahan bantu mengajar bagi subjek matematik untuk murid pemulihan. Saya kekurangan idea untuk mengajar murid kerana mereka menghadapi kemahiran yang berbeza. 2. Analisis

Masalah yang saya hadapi ini berpunca kerana murid-murid tersebut iaiatu Akid dan Rosita mempunyai masalah kemahiran yang berbeza iaitu Akid baru belajar operasi pendaraban manakala Rosita masih lagi di operasi tolak. Oleh yang demikian, saya perlu melakukan pengajaran secara kumpulan dan bahan bantu juga perlu berbeza bagi kemahiran mereka. Cadangan Untuk Memperbaiki a. Langkah yang boleh saya lakukan bagi mengatasi masalah ini ialah bertanyakan kepada rakan praktikum yang lain samada mereka mengajar tajuk matematik yang sama dengan saya. Jika mereka mengajar tajuk yang sama maka boleh saya gunakan sebgaia rujukan dan saya boleh meminjam bahan bantu mengajar mereka. b. Langkah lain yang boleh saya lakukan ialah bertanyakan kepada guru pembimbing dan juga guru yang mengajar matapelajaran matematik bagaimana untuk mengajar murid-murid ini.

3.

Tempoh Masa

Saya perlu menyelesaikan masalah ini dalam masa yang terdekat kerana banyak lagi topik matematik yang perlu saya ajarkan kepada murid. Jikalau saya tidak selesaikannya secepat mungkin, murid saya pasti lambat untuk menguasai topik tersebut dan mereka akan ketinggalan jauh dengan rakan-rakan kelas perdana.

4.

Penilaian Kejayaan

Bagi menilai samada langkah yang saya laksanakn berkesan atau tidak, saya akan mengetahuinya melalui penilaian oleh guru pembimbing dan juga pensyarah. Saya juga boleh menilainya sendiri iaitu semasa mengajar muridmurid tersebut. 5. Tindakan Susulan

Tindakan segera yang akan saya lakukan ialah melaksanakan terus langkah yang saya tetapkan tadi. Saya akan berjumpa dengan rakan lain dan juga guru pembimbing bagi mengatasi masalah ini dengan segera.

You might also like