You are on page 1of 10

PANDUAN MENANAM JAGUNG

(JAGUNG MANIS "IMPROVED MASMADU" DAN JAGUNG SAYUR)


PENDAHULUAN Hibrid telah lama digunakan di dalam tanaman jagung. Terdapat tiga kategori hibrid yang biasa digunakan dalam pengeluaran komersial jagung. Keistimewaan dan kelebihan yang diperolehi dari varieti-varieti hibrid telah lama terbukti, dimana hibrid berupaya memberikan mana-mana varieti pendebungaan terbuka, atau komposit jika diberikan persekitaran yang baik. Diantara kelebihan penggunaan varieti hibrid ialah:1. Hasil yang tinggi serta keseragaman sifat pokok yang tinggi terutama pada saiz tongkolnya. 2. Kebanyakan hibrid komersial berbunga serta matang lebih awal dari varieti komposit. 3. Walaupun berhasil tinggi, pada amnya pokoknya adalah elbih kecil dan rendah. Beberapa perkara penting harus difahami dan diteliti jika varieti hibrid digunakan untuk pengeluaran, diantaranya ialah:

Varieti hibrid perlu dibeli biji benihnya untuk setiap kali penanaman. Jangan sekalikali menggunakan biji benih yang dihasilkan dari penanaman lepas untuk penanaman seterusnya, walaupun telah dipilih. Ini adalah kerana kandungan genetik dalam varieti tersebut berubah akibat dari proses penginbredan, menyebabkan penurunan hasil yang mendadak jika digunakan juga. Harga jualan biji benihnya adalah lebih tinggi sedikit dari varieti pendebungaan terbuka. Beli beji benih dari penjual / pengedar yang berdaftar agar varieti yang digunakan dapat dipastikan ketulenannya. Pastikan varieti-varieti dengan gen pengawal kemanisannya berlainan tidak ditanam dalam satu kawasan secara serentak. Bercampuran dalam pendebungaannya akan mengakibatkan pembentukan bijian yang rendah kemanisannya. Keadaan ini sama untuk jagung yang ditanam berdekatan (ladang lain yang berhampiran) dan tidak kira samada varieti yang ditanam varieti komposit atau hibrid.

JAGUNG MANIS "IMPROVED MASMADU"


Nama Botani Famili : Zea mays : Gramineae

Jagung manis adalah diantara tanaman jangka pendek yang popular di kalangan pekebun kecil. Beberapa varieti jagung manis telah diperkenal. Diantaranya ialah Thai Supersweet, Manis Madu dan Masmadu. VARIETI:

Thai Supersweet Mempunyai warna tongkol yang berbeza-beza daripada kuning muda hingga jingga. Warna endosperm kuning ke oren, bilangan barisan 12-16, panjang tongkol 15 sm, tempoh pengeluaran jambak bunga betina (50%) 59 hari, potensi pengeluaran 30,000 tongkol/hektar, rasa manis. Manis Madu Warna endosperm kuning putih ke kuningan, bilangan barisan 12-16, panjang 15 sm. Tempoh pengeluaran jambak bunga betina (50%) 59 hari, potensi pengeluaran 30,000 tongkol/hektar, rasas manis. Mas Madu Mempunyai tongkol yang manis seperti madu serta lebih manis daripada Manis Madu. Warna ensperm kuning emas ke oren, bilangan barisan setongkol 14, panjang tongkol 14-18 sm, tempoh pengeluaran bunga betina 45-50 hari, potensi pengeluaran 30,000 tongkol/hektar. Tongkolnya juga lebih besar. Rasanya manis, bagaimanapun warna tongkol varieti Masmadu yang kuning keemasan kurang digemari. Pengguna lebih gemar jagung manis yang berwarna kuning muda (pucat).

Satu program pembiabakaan telah dijalankan untuk membaiki warna tongkol varieti Masmadu. Hasilnya, satu varieti baru yang tongkolnya berwarna kuning muda telah ditemui. Varieti ini dinamakan "Improved Masmadu". PENANAMAN

Penyediaan Tanah Jagung manis boleh ditanam di kebanyakan kawasan di negara ini. Tanah yang tidak terlalu masam (pH 5.5-6.5) dan mempunyai saliran yang baik adalah sesuai untuk tanaman ini. Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 25 cm. Tabur dengan kapur sekiranya pH tanah didapati rendah. Biasanya sebanyak 2.5 tan metrik kapur bagi setiap hektar kawasan adalah memadai. Kapur hendaklah digaul ke dalam tanah. Sekiranya penanaman dijalankan berterusan adalah disyorkan supaya kapur ditabur setahun sekali pada kadar 1 tan metrik sehektar setahun. Bagi tanah-tanah yang mudah terendam air batas perlulah dibuat. Keperluan Biji Benih Biji benih sebanyak 10 kg diperlukan bagi setiap hektar kawasan. Seperti menanam jagung manis lain, petani-petani disyorkan supaya mendapat bekalan biji benih jagung Supersweet Kuning daripada pembekal-pembekal yang sah seperti Jabatan Pertanian. Petani-petani juga dinasihatkan supaya mendapatkan benih-benih baru setiap kali menanam. Menanam Rendam biji benih dalam air biasa selama 1 jam untuk memudahkan percambahan. Biji benih kemudian digaul dengan racun kulat seperti thiram dan terus di tanam ke ladang. Gunakan tali yang telah ditanda dengan jarak tanaman yang disyorkan untuk memudahkan kerja menanam. Buat lubang untuk biji benih dengan menggunakan tugal. Masuk 1 atau 2 biji benih dan tambus. Pengairan Sistem renjis boleh digunakan. Sekiranya bergantung kepada air hujan, rancangkan supaya masa penanaman adalah bertepatan dengan musim hujan setempat. Pembajaan Baja sebatian 15:15:15 sebanyak 400 kg digunakan sebagai baja asas. Baja

tambahan sebanyak 130 kg urea ditabur 30-35 hari selepas menanam.

Kawalan Rumpai Kawalan rumpai pada peringkat awal pertumbuhan adalah sangat penting. Racun pracambah seperti Atrazine digunakan sebaik sahaja baja asas dibubuh. Rumpai yang tumbuh, kemudiannnya boleh dikawal secara manual.

HASIL DAN PENYESUAIAN Sesuai ditanam dikebanyakan kawasan di negara ini. Hasil dapat dipungut 68-72 hari selepas ditanam. Hasil yang boleh dipasarkan ialah sebanyak 26,000 hingga 38,000 tongkol sehektar (bergantung pada kesuburan tanah dan pengurusan tanaman).

PENYIMPANAN
Mutu jagung manis akan terjejas jika tidak disimpan dengan betul. Untuk penyimpanan sementara, sejukkan jagung dengan menyimbah air sejuk (1-3oC), atau 3-5 hari pada suhu 5oC atau 2 hari pada suhu 10oC tidak akan menjejaskan mutu tongkol. PENYEDIAAN JAGUNG UNTUK DIMAKAN "Improved" Masmadu boleh disediakan dalam beberapa cara. Diantaranya ialah dengan cara merebus, mengukus (tanpa kulit) dan dimasak di dalam ketuhar gelombong mikro. PULANGAN Jumlah pokok yang disyorkan bagi sehektar pada jarak tanaman 50 cm antara pokok dan 75 cm antara barisan serta dua pokok ditanam pada setiap lubang adalah (50 cm x 75 cm x 2 pokok) = 53,000 pokok/hektar. Hasil yang boleh dipasarkan (andaian 50%) = 26,500 tongkol. Dengan kos pengeluaran RM2,025/hektar, pulangan daripada sehektar adalah seperti berikut:-

Harga setongkol (RM) Pendapatan kasar (RM) Kos Pengeluaran (RM) Pulangan Bersih (RM)

0.15 3 795 2 025 1 950

0.20 5 300 2 025 3 275

0.25 6 625 2 025 4 600

JAGUNG SAYUR
Zea mays L. Famili: Graminae Dikenali sebagai putik jagung, ketiak jagung, jagung muda ataupun jagung sodek. Rasanya manis, ranggup dan sedap dimakan secara segar. Ia merupakan sejenis sayuran yang agak

selamat untuk dimakan kerana tiada penggunaan racun kimia di dalam pengeluaran jagung sayur. Kultivar yang sesuai untuk pengeluaran jagung sayur mestilah memenuhi dua ciri penting iaitu hasil yang tinggi dan rasa yang manis. Ia boleh dihasilkan dari jagung jenis bijirin, pulut atau manis. Kultivar yang sesuai dan senang diperolehi ialah Suwan 1, Suwan 2, Suwan 3, Manis Madu, Thai Supersweet dan Mas Madu. Bagi pengeluaran sampingan dengan jagung tongkol, kultivar jagung manis seperti Manis Madu, Mas Madu dan Thai Supersweet digunakan. Bagi pengeluaran komersil atau bersepadu dengan perusahaan ternakan, varieti Suwan 1 dan Suwan 3 digunakan kerana bahan sisanya tinggi, tahan penyakit dan harga benihnya lebih murah. Kesesuaian tanah dan iklim Mineral, gambut, bris dan tanah bekas lombong . pH tanah 5.5 - 6.5, suhu 22-33oC, taburan hujan 500-800 mm/semusim dan kelembapan 40-80%.

PENJAGAAN TANAMAN JAGUNG SECARA UMUM:

Penyediaan benih: Biji benih yang bermutu hendaklah digunakan untuk penanaman jagung sayur dimana percambahannya hendaklah melebihi 70%. Biji benih yang rosak, dijangkiti penyakit, kecil atau nipis hendaklah dibuang. Sebelum menanam, biji benih perlulah dirawat untuk mengawal penyakit dan serangga perosak. Racun kulat seperti thiram atau captan pada kadar 3 g/kg. biji benih dan racun serangga seperti carbaryl pada kadar 2.5g/kg. biji benih digunakan. Untuk mendapatkan kesaan rawatan yang lebih baik, rawatan bancuhan pekat hendaklah digunakan. Sebagai contoh, untuk rawatan 10 kg. biji benih jagung, bancuh 30 gm thiram dan 25 gm carbaryl di dalam 140 ml. air. Bancuhan pekat yang diperolehi ini digaulkan dengan 10 kg. biji benih tersebut sehingga semua biji benih disaluti dengan bancuhan racun. Biji benih yang telah dirawat hendaklah ditanam dalam tempoh 2 hari.

Menanam: Lubang penanaman sedalam 2-3 cm boleh dibuat dengan menggunakan cangkul atau jentera. Sejumlah 15-17 biji benih digunakan bagi semeter penanaman menggunakan jentera iaitu berjarak 6 cm di dalam barisan manakala 7 cm antara barisan penanaman. Kadar percambahan 70-80% akan memberikan kepadatan 160,000 pokok/ha seperti yang disyorkan. Keperluan biji benih adalah 65 kg/ha. bagi Suwan I dan Suwan II manakala 36 kg./ha bagi jagung Thai Super Sweet dan Manis Madu. Bagi penanaman menggunakan batas bersaiz 1.5 m (batas dan alur), 2 baris penanaman sesuai digunakan. Jarak penanaman antara baris di atas batas adalah 30 cm dan 11 cm di dalam baris di atas batas adalah 30 cm dan 11 cm di dalam baris

penanaman.

Mengawal Rumpai Dilakukan dua kali dengan cara biasa atau menggunakan racun rumput rampai. Merumput yang pertama dilakukan 3 minggu selepas menanam manakala yang kedua 3-4 minggu selepas merumput kali pertama. Panduan merumput dengan menggunakan racun dan kadar baja yang diperlukan untuk tanaman jagung adalah seperti berikut:Panduan Mengawal Rumpai Menggunakan Racun Kimia

Jenis Rumpai

Takaran Cara (kg Cara Penggunaan Mengawal bahan aktif/ha)

Ulasan

Rumpai semusim

Tidak boleh digunakan jika tanaman berikutnya ialah kekacang atau sayurDigunakan sebagai sayuran. Boleh juga Atrazine racun rumpai dicampurkan (serbuk pracampah 1.0 - 3.0 dengan Paraquat (0.25-05 bancuh selepas menyemai kg.bahan (WP) biji aktif) atau MSMA (1.0-1.5 kg benih jagung. bahan aktif) untuk membunuh rumpai yang tumbuh lebih awal. Digunakan sebagai racun Alachlor rumpai pracambah 1.0 - 3.0 (cecair) selepas menyemai biji benih jagung. Sembur dengan berhati-hati dan elakkan tempias semburan daripada terkena daun-daun tanaman. Gunakan kadar yang rendah Sebagai semburan untuk tepat rumpai muda dan kadar yang diantara barisan Paraquat 0.25 tinggi jagung. (cecair) 0.5 untuk rumpai tua. Gunakan Guna penahan sukatan air (shield) yang lebih untuk rumpai yang pada hujung nozzle. tebal. Boleh mti jika termakan racun ini. Jangan menggunakan alat penyembur berjentera (motorblower).

Rumpai daun lebar

2, 4-D Amine (cecair)

Gunakan kadar yang rendah Racun rumpai lepas bagi cambah. Digunakan jagung setinggi 7-10 cm. sebagai semburan 0.8 - 1.1 Tambahkan tepat sukatan bagi jagung yang diantara barisan tingginya 10 jagung. cm ke atas

Membaja Nitorgen (N) yang paling penting. Pastikan bekalan mencukupi terutamanya pada peringkat pertumbuhan awal sehingga peringkat berbunga. Nitrogen digunakan dalam proses fotosintesis dan perlu dibekalkan untuk meningkatkan hasil. Fosforus (P) menggalakkan pertumbuhan akar jagung, pembentukan benih dan mempercepatkan kematangan manakala kekurangan kalium memperlahankan tumbesaran pokok dan akar. Kadar penggunaan baja NPK yang disyorkan untuk penanaman jagung ialah 120:60:60 hingga 120:60:120 kg/ha. Penentuan kadar yang paling sesuai harus mengambilkira faktor-faktor seperti keadaan tanah, iklim, varieti jagung, densiti penanaman, jenis baja yang digunakan dan peringkat tumbuhan. Penggunaan baja sebatian digalakkan kerana menyenangkan proses pembajaan, terutamanya jikalau pembajaan dilakukan dengan jentera. Kadar Baja Yang Diperlukan Berat P2O5 Kg/ha (lb/ekar) 34-51 (30-45) 45-67 (40-60) 67-102 (60-90) 51-67 (45-60) 34 (30)

Siri Tanah Siri Selangor Siri Telaga & Telemong Siri Akob Siri Rompin TANAH KAPUR & TANAH GAMBUT CETEK

N Kg/ha (lb/ekar) 67-90 (60-80) 67-90 (60-80) 112-135 (100-120) 112-135 (100-120) 135-168 (120-150)

K20 Kg/ha (lb/ekar) 22 22 20 20

34-51 (30-45) 67-101 (60-90)

Separuh baja Nitrogen, separuh baja Kaliam dan kesemua baja Fostat diguna waktu menanam. Baki baja diberikan 3-4 minggu selepas menanam. Penggunaan bahan organik digalakkan di tanah berpasir dan kurang subur. Pembajaan untuk tanah mineral adalah seperti berikut:-

Jenis Baja

Kadar Baja (Kg/Ha) 500

Masa Membaja (1 hari sebelum ditanam) 1

Cara Baja

NPK

Dibajak ke dalam tanah.

(12:12:17:2) Urea 130 15 Ditabur 15 cm dari barisan jagung dan digaulkan ke dalam tanah. Ditabur 20 cm dari barisan jagung dan digaulkan ke dalam tanah.

Urea

130

35

Pengairan dan Saliran: Memandangkan keaadaan cuaca yang tidak menentu dan untuk menjamin pengeluaran yang tinggi dan berterusan, pengairan hendaklah diberi keutamaan dari masa menanam hingga 20 hari lepas tanam dan selepas 45 hari pembentukan bunga jantan. Sistem perenjis hendaklah digunakan bagi menampung kekurangan air di ladang. Pengairan dijalankan 2-3 hari sekali pada musim kering sehingga mencapai kelembapan di paras field capacity. Tanda-tanda kekurangan air pada jagung sayur di peringkat tumbesaran ialah daun kelihatan bergulung walaupun pada awal pagi. Daun akan kelihatan layu sekiranya kekurangan air selepas peringkat jagung berbunga. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang boleh dibina untuk menyalirkan air yang bertakung ke parit utama. Kesan kekurangan air: Peringkat percambahan - melambatkan percambahan, menyebabkan percambahan tidak seragam dan kadangkala kematian biji benih. Peringkat tumbesaran tampang - mengakibatkan kebantutan pokok, pengeluaran bunga jantan yang lambat dan seterusnya melambatkan kematangan bijiiran. Peringkat pembungaan - peringkat yang paling kritikal. Menyebabkan pertumbuhan bunga terbantut atau terus gugur dan hasil terjejas. Peringat tumbesaran bijiran - mengurangkan isi dan keberatan tongkol. Hasil terjejas. Kesan ketakungan air atau banjir yang berpanjangan: Pada amnya, mengakibatkan pokok kelihatan kuning dan terbantut. Hasil terjejas. Kalau berlaku pada peringkat tampang, ketiadaan hasil langsung.

Mengawal Penyakit dan Serangga pada tanaman jagung

Bintik perang (dreschslera maydis) Bintik berwarna perang muda pada daun berbentuk bujur memanjang. Musnah sisasisa tanaman. Guna biji benih dari pokok yang sihat. Sembur racun serangga seperti Maneb atau Zineb seminggu sekali jika perlu. Rawatan basah (wet-seed treatment) bagi biji benih menggunakan Captan/Zineb. Bintik daun (Curvularia lunata) Bintik-bintik bulat 1-2 mm berwarrna perang kekuningan dengan pinggir berwarna coklat dan terdapat lingkaran berwarna kuning mengelilingi bintik. Penyakit ini

kurang serius.

Karat daun (Puccinia polysora) Bintik-bintik halus berwarna oren/karat besi pada permukaan daun mengakibatkan daun kering. Juga kurang serius. Sembur dengan Oxycarboxin atau Copper oxychloride pada kafar 0.1% bahan aktif. Kulapok downy (Sclerophthora rayssiae) Jalur kekuningan pada daun diikuti dengan pembentukan kulapok, tanda-tanda reput dan keperangan. Guna biji benih bebas penyakit dan musnahkan pokok berpenyakit. Hawa upeh (Rhizoctonia solani) Bintik kelabu bujur memanjang. Bintik dikelilingi selapis jalur berwarna coklat keperangan. Buat giliran tanaman dan musnah pokok berpenyakit. Reput batang (Erwinia caratovora) Pokok reput dan basah. Musnah pokok yang diserang dan dapatkan saliran yang baik. Semut (Ustilago maydis) Bonggol pada tongkol berwarna hijau muda keputihan. Spora berwarna coklat kehitaman dan disebar angin atau air. Bakar tunggul selepas mengambil hasil. Musnahkan dengan membakar buah yang berpenyakit. Ianya beracun pada ternakan jika dimakan. Hawar seludang (Thanatephorus, Cucumeris (Frank) Donk, Rhizoctonia solani Kuhn A. Strain Park & Bertus) Semburkan Benomyl pada kadar 0.1% bahan aktif. Lecuh anak benih (Phythium spp., Fusarium spp., Rhizoctonia spp.) Sembur dengan Captan atau Thiram pada kadar 0.2% bahan aktif. Rawatan basah bagi biji benih (wet seed treatment).

Panduan Mengawal Musuh-musuh Serangga Tanaman Jagung Dengan Racun Kimia

Ulat pengorek batang (Ostrinia salientalis) Larva mengorek dan memakan bahagian dalam batang serta meninggalkan sisa najis. Sembur racun serangga seperti bacillus thuringiensis, methidiathion, quinalphos, profenofos, chlorpyrifos atau cypermethrin mengikut kadar yang disyorkan. Ulat ratus (Spodoptera litura) Ulat makan daun, pucuk dan kadangkala rerambut dan hujung tongkol. Sembur dengan profenofos, quinalphos atau cypermethrin. Kutu daun (Rhopalosiphum maydis) Bena menghisap cecair dari daun muda, tongkol dan bung jantan. Sembur racun serangga seperti quinalphos, profenofos, chlorpyrifos atau cypermethrin mengikut kadar yang disyorkan. Ulat tongkol (Helicoverpa armigera) Ulat menyerang dan memakan tongkol muda. Sembur racun serangga seperti

Bacillus thuringiensis, chlorpyrifos, verfenuron, profenofos, betacyfluthrin atau abamectin benzoate mengikut kadar yang disyorkan.

Kepinding hijau (Nezara viridula) Kepinding menghisap cecair biji jagung yang sedang berisi menjadikannya hitam dan berpenyakit. Sembur racun serangga seperti quinalphos, profenofos, chlorpyrifos atau cypermethrin mengikut kadar yang disyorkan.

Perangkap lampu untuk mengawal ulat pengorek tongkol jagung. Dalam satu pemerhatian yang dijalankan, didapati perangkap lampu boleh mengawal ulat pengorek tongkol jagung dengan baik. Penggunaan perangkap lampu berjaya mengawal kerosakan ke tahap 16% sahaja. Walau bagaimanapun, kawalan ke atas ulat ini lebih berkesan sekiranya pengguna perangkap lampu ini bertambah daripada 2 semburan racun perosak seperti chlopyrifos,fibronil atau diazinon di peringkat 50% tasselling dan seminggu selepas itu.

KEMATANGAN, KUTIPAN DAN PENGENDALIAN HASIL Jagung sayur mula dipungut kira-kira 50 hari selepas tanam. Ianya boleh dipungut sebelum rerambut bunga betina melebihi 6 cm panjang. Sekiranya telah melebihi 6 cm panjang, jagung perlulah dipungut setiap hari kerana tongkol jagung akan membesar melebihi 10 cm panjang dan menjejaskan kualitinya di pasaran. Jagung sayur digredkan mengikut kualitinya dengan mengambil kira kriteria-kiriteria berikut:1. 2. 3. 4. 5. jagung hendaklah berwarna kuning barisan biji tersusun elok di sepanjang sodek panjang sodek diantara 5-8 cm dan diameter 1-1.5 cm tiada kecacatan pada sodek disebabkan perosak atau mekanikal. berbentuk seragam dan berkeadaan segar.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI Penuaian - pemilihan - pembasuhan - pengeringan - penggredan - pembungkusan penyimpanan sementara - pengagihan.

Lubang tanam dibuat dengan alat tugal. Kedalaman lubang perlu di perhatikan agar benih tidak terhambat pertumbuhannya. Kedalaman lubang tanam antara: 3-5 cm, dan tiap lubang hanya diisi 1 butir benih. Jarak tanam jagung disesuaikan dengan umur panennya, semakin panjang umurnya, tanaman akan semakin tinggi dan memerlukan tempat yang lebih luas. Jagung berumur dalam/panjang dengan waktu panen 100 hari sejak penanaman, jarak tanamnya dibuat 40x100 cm (2 tanaman /lubang). Jagung berumur sedang (panen 80-100 hari), jarak tanamnya 25x75 cm (1 tanaman/lubang). Sedangkan jagung berumur pendek (panen < 80 hari), jarak tanamnya 20x50 cm (1 tanaman/lubang). Kedalaman lubang tanam yaitu antara 3- 5 cm. CARA PENANAMAN Pada jarak tanam 75 x 25 cm setiap lubang ditanam satu tanaman. Dapat juga digunakan jarak tanam 75 x 50 cm, setiap lubang ditanam dua tanaman. Tanaman ini tidak dapat tumbuh dengan baik pada saat air kurang atau saat air berlebihan. Pada waktu musim penghujan atau waktu musim hujan hampir berakhir, benih jagung ini dapat ditanam. Tetapi air hendaknya cukup tersedia selama pertumbuhan tanaman jagung. Pada saat penanaman sebaiknya tanah dalam keadaan lembab dan tidak tergenang. Apabila tanah kering, perlu diairi dahulu, kecuali bila diduga 1-2 hari lagi hujan akan turun. Pembuatan lubang tanaman dan penanaman biasanya memerlukan 4 orang (2 orang membuat lubang, 1 orang memasukkan benih, 1 orang lagi memasukkan pupuk dasar dan menutup lubang). Jumlah benih yang dimasukkan per lubang tergantung yang dikehendaki, bila dikehendaki 2 tanaman per lubang maka benih yang dimasukkan 3 biji per lubang, bila dikehendaki 1 tanaman per lubang, maka benih yang dimasukkan 2 butir benih per lubang. Di lahan sawah irigasi, jagung biasanya ditanam pada musim kemarau. Di sawah tadah hujan, ditanam pada akhir musim hujan. Di lahan kering ditanam pada awal musim hujan dan akhir musim hujan.

You might also like