You are on page 1of 1

Pilih jawapan yang paling sesuai 1.

Semua penduduk tidak suka membeli barang di situ kerana harganya ___________ mahal. A. sekali C. betul B. sangat D. benar 2. Azarina pulang ke rumah __________ lewat kerana membuat kerja lebih masa. A. betul C. agak B. sekali D. lalu 3. Suhaimi ________ gembira apabila abangnya sudah pulang dari Australia. A. sekali C. benar B. amat D. betul 4. Betik itu ________ manis berbanding dengan buah-buahan tempatan yang lain. A. amat C. benar B. sekali D. nian 5. Apabila masuk ke dalam istana lama itu, Rosalinda berasa ___________ takut. A. sangat C. nian B. sekali D. paling 6. Lincah __________ pemain hoki itu menggelecek lawannya. A. paling C. agak B. terlalu D. sungguh 7. Perjalanan dengan kereta api dari Salak Selatan ke Seremban memakan masa yang ____________ lama. A. benar C. sekali B. sangat D. paling 8. Pak Seman terkejut apabila mendengar bunyi guruh yang ___________ kuat. A. sekali C. betul B. sangat D. lebih 9. Baju kurung ialah baju yang ________ disukai ibu. A. paling C. terlalu B. sekali D. agak 10. Dalam kalangan ahli pasukan bola sepak itu, Rosmanlah yang ___________ pantas. A. paling C. terlalu B. sekali D. nian

You might also like