You are on page 1of 5

DASAR DADAH NEGARA

Pada tahun 1983, kerajaan telah mengambil satu pendekatan baru dalam usaha untuk memerangi wabak dadah di Malaysia. Pada tahun tersebut kerajaan telah mengishtiharkan masalah penyalahgunaan dadah sebagai satu ancaman besar kepada keselamatan negara. Falsafah dasar ini bertujuan untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bebas daripada ancaman najis dadah. Dasar ini telah diisytiharkan oleh Y.A.B. Tun Dr.Mahathir bin Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983 semasa beliau melancarkan Kempen Anti Dadah. Bertitik tolak dari situ, dadah dianggap sebagai musuh nombor satu negara. Sasaran utama penagihan dadah ialah generasi muda yang merupakan tulang belakang dan harapan negara masa hadapan. Pengedaran dan penagihan dadah yang berleluasa boleh mengancam kesejahteraan sosio-ekonomi, rohani dan budaya rakyat jelata dan seterusnya melemahkan ketahanan nasional dan mengancam keselamatan negara. Manakala pada tahun 1985, JKAD telah merumuskan Dasar Dadah Negara dan pencegahan dijadikan strategi utama yang merangkumi pencegahan awalan , pencegahan kemasukkan serta penguatkuasaan undang-undang diikuti dengan pemulihan .Manakala kemajuan tenaga manusia dan penilaian kerjasama antarabangsa dan penyelarasan merupakan strategi sokongan. Kemudian dasar ini telah ditukar kepada strategi yang baru oleh Majlis Dadah Negara. Justeru itu, Dasar Dadah Negara telah dijadikan asas pelaksanaan strategi utama untuk membanteras musuh utama Negara DADAH.

DEFINISI PENYALAHGUNAAN DADAH 1. Menurut Hofman(1975),definisi penyalahgunaan dadah merujuk kepada penggunaan dadah dan bahan bahan lain yang bukan untuk tujuan pengubatan tetapi untuk satu atau lebih kepada tujuan berikut: Mengubah rasa hati pengguna Mengubah persepsi terhadap diri sendiri dan dunia sekelilingnya Menghasilkan sensasi dan pengenalan baru Memperhebatkan kemampuan untuk berfungsi dalam sesetengah situasi seperti: 1. Sosial 2. Seks Manakala Blumenfield et al (1972) menyatakan bahawa penyalahgunaan dadah sebagai sebarang penggunaan bahan bahan yang haram. Bagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( 1977 ),penyalahgunaan dadah bermaksud penggunaan dadah yang berlebih-lebihan secara tetap atau tidak,yang tiada kaitan dengan amalan perubatan yang boleh diterima.Walaubagaimanapun definisi ini tidak memuaskan. Manakala pendapat yang paling baik diberikan oleh ODonnell (1979),mendefinisikan penyalahgunaan dadah melalui kesannya,seperti: Aduan-aduan fizikal Perubahan dalam kebiasaan kerja Hubungan keluarga Hasil penyelidikan Ee Ah Meng (1998),menyatakan bahawa penyalahgunaan dadah merupakan perkara yang serius dan bukan hanya mengancam kesihatan diri,malah menjejaskan keharmonian keluarga,ekonomi serta keselamatan negara

2. 3.

4.

5.

JENIS JENIS DADAH UTAMA DI MALAYSIA JENIS HEROIN CARA PENGHASILAN Menghablur candu dengan asid etil asetat( proses kimia) Alkolaid yang diperoleh daripada candu mentah BENTUK Tepung putih kekuningan atau coklat. Lebih kuat daripada morfin Berbentuk blok berwarna putih kecoklatan Serbuk seperti kopi Pil/Kapsul Dibungkus dalam bentuk silinder dalam kertas coklat Candu mentah - Cairan getah berwarna putih Candu masak - Berwarna coklat kehitaman kerana di campur air panas Tahi Candu - Sisa bakaran atau arang candu yang telah digunakan Kapsul Tablet KEGUNAAN CARA PENGAMBILAN Dihidu Disuntik Dihisap melalui rokok Ditelan Disuntik

MORFIN

Untuk mengurangkan kesakitan

GANJA/MARIJUANA

Dari bunga dan daun pokok Cannnabis Sativa Buah popi muda

mengkhayalkan

Ditelan Dihisap dalam rokok Suntikan Dihisap menggunakan gulungan kertas atau paip

CANDU

AMFETAMIN

Dihasilakan untuk tujuan perubatan

Ubat perangsang untuk menahan perasaan letih dan kelesuan Menahan selera makan untuk kurangkan berat badan Biasa di ambil oleh pelajar dan ahli sukan

Ditelan

BARBITURAT

Pil Kapsul

Mengurangkan ketegangan dengan menyebabkan pengguna tidur.

SYABU ECSTASY

Dadah tiruan Pil untuk keseronan, dipelopori di Amerika Syarikat

Tablet Cristle stone Tablet Pelbagai warna

Menahan diri dari tidur Menghilangkan mengantuk Menambahkan kecergasan Biasa diambil pengunjung kelab malam/pusat hiburan

Telan Telan

KESAN KESAN BURUK PENYALAHGUNAAN DADAH Kesan-kesan buruk yang dialami oleh sesorang individu yang menyalahgunaakan dadah boleh di lihat dari aspek : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Tabiat dan tingkah laku Kesihatan Keharmonian keluarga Masyarakat Ekonomi keluarga,masyarakat dan negara Keselamatan Negara

Tabiat dan Tingkah Laku Tabiat individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah adalah seperti: Mempengaruhi rakan-rakan lain supaya menjadi penagih Enggan bercampur gaul dengan orang lain, kecuali dengan rakan- rakan penangih Bijak menipu,mencuri dan sanggup merompak untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membeli dadah.

Kesihatan Dadah turut memberi kesan kesihatan kepada para penagih antaranya: Melemahkan seseorang dan menyebabkan menjadi malas untuk melakukan sebarang pekerjaan. Melemahkan tenaga batin seseorang penagih. Menyebabkan pemikiran seseorang penagih menjadi kurang waras. Kesan kepada penangih wanita adalah kemandulan.

Seseorang penagih akan menjadi lebih ganas dari segi perlakuan. Boleh menyebabkan kematian akibat penyalahgunaan dadah yang berlebihan.

Keharmonian keluarga Kebiasaannya penagih akan : Masyarakat Penyalahgunaan dadah jugak akan membawa kepada pelbagai kesan buruk kepada masyarakat, antaranya: Menjejaskan pembangunan dan kemajuan masyarakat Melemahkan pegangan agama Mengakibatkan keruntuhan akhlak Membebani masyarakat kerana wang diperlukan untuk menguatkuasakan undangundang,pencegahan,dan pemulihan Menimbulkan masalah sosial seperti mencuri,membunuh dan merompak Menjejaskan nama baik keluarga Menjual semua harta benda untuk membeli dan memiliki dadah Tidak menunaikan harapan ibu bapa Berlakunya penceraian kerana kekerapan berlakunya pergaduhan

Ekonomi Keluarga, Masyarakat dan Negara Keluarga bertambah miskin dan susah kerana wang dibelanjakan untuk pemulihan Masyarakat mengalami kerugian kerana penagihan menyebabkan produktiviti menurun. Ini member kesan kepada pendapatan yang rendah. Negara terpaksa mengeluarkan perbelanjaaan berates ribu ringgit untuk membina pusat- pusat pemulihan serta menyelenggarakannya. Sekiranya tiada masalah penyalahgunaan dadah ,peruntukan kewangan ini boleh digunakan dan disalurkan untuk membina lebih banyak kemudahan awam seperti sekolah,jalan raya, empangan dan hospital. Negara juga terpaksa menanggung kos bagi membiayai program program penguatkuasaan, pencegahan, rawatan dan pemulihan.

Keselamatan Negara Keselamatan Negara pasti akan terjejas jika langkah- langkah tidak di ambil untuk mengatasi masalah penyalahgunaan dadah. Penagihan dadah boleh menyebabkan: Kedudukan kewangan musuh-musuh Negara bertambah kukuh akibat penjualan dadah Rasuaub berleluasa dan boleh menjejaskan keselamatan Negara Tenaga rakyat menjadi lemah dan musuh Negara berpeluang untuk mencapai tujuan tujuan mereka Timbulnya perasaan cemas dan bimbang di kalangan penduduk

BAGAIMANA MENGENALI PENAGIHAN DADAH DI KALANGAN MURID SEKOLAH Antara tanda tanda yang dapat dilihat bagi seseorang pelajar yang menjadi penagih dadah ialah: Kehadiran ke sekolah tidak memberangsangkan Kerap ponteng kelas Tabiat dan cara belajar mula berubah Tidak mementingkan kesihatan diri Sentiasa meminta kebenaran untuk ke tandas

You might also like