You are on page 1of 9

DEFINISI KEPIMPINAN Bekerja dan berusaha secara berkelompok atau berorganisasi ini merupakan sesuatu yang tabii bagi

manusia. Malah bekerja secara berkumpulan seringkali mencetuskan hasil yang lebih baik daripada bekerja secara individu. Namun demikian, bekerja dalam satu kumpulan atau organisasi yang besar mempunyai cabaran-cabarannya yang tersendiri. Untuk memastikan setiap organisasi berjalan lancar, organisasi tersebut perlu dipimpin oleh seorang pemimpin yang baik Perkataan kepimpinan dikatakan tidak muncul dalam kamus bahasa Inggeris sehinggalah pada tahun 1800. Kemudian ia mengambil masa selama seratus tahun lebih untuk para saintis sains sosial melibatkan diri dalam kajian-kajian empirikal dan saintifik tentang fenomena kepimpinan serta cara-cara manusia menjadi pemimpin dan bagaimana mereka memperolehi pengikut dan apakah faktor-faktor yang menjadikan sesebuah kepimpinan itu berkesan. Menurut Kamus Dewan (1989), kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Mengikut Certo (1997), kepimpinan ialah proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja. Bagi Koontz dan ODonnel dalam buku mereka Management:System And Contigency Analysis Of Managerial Functions memimpin atau kepimpinan ditakrifkan

sebagai pengaruh, seni, atau proses mempengaruhi orang lain supaya mereka akan bekerjasama dengan kerelaan hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat atau objektif kumpulan. Bagi Thomas Gordon dalam bukunya Group Centeral Leadership mengatakan kepimpinan dapat dilihat sebagai proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau secara khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dalam proses interaksi ini boleh dianggap memegang watakwatak tertentu yang berbeza antara satu sama lain. Asas yang membezakan tadi adalah pengaruh iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi atau akur.

Bagi Robert fulmer dalam bukunya Supervision: Principels of Profesional Management pula mengatakan kepimpinan melibatkan kedua-dua keupayaan atau kekuatan untuk meyakinkan orang lain bagi bekerja keras ke arah sesuatu matlamat dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu mereka mencapainya. Manakala, James Gribben pula dalam bukunya Effective Managerial Leadership mengatakan bahawa kepimpinan adalah satu proses mempengaruhi ke atas kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang mereka untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama. Oleh itu, kesimpulan yang dapat dibuat ialah kepimpinan sebagai satu sesi atau proses untuk mempengaruhi aktiviti manusia yang bersangkut paut dengan tugas mereka agar mereka bergiat cergas untuk mencapai matlamat organisasi mereka. CIRI_CIRI KEPIMPINAN Antara ciri-ciri kepimpinan menurut Razali Mat Zin dalam bukunya, Kepimpinan Dalam Pengurusan ialah kepimpinan wujud dalam apa jua berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti-aktiviti organisasi. Kepimpinan mempunyai pertalian yang rapat dengan kuasa. Fungsi kepimpinan mengandungi tugas-tugas menetapkan matlamat dan menyusun, mengarah, serta menyelaras usaha-usaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Kepimpinan adalah satu proses mempengaruhi kerana tanpa pengaruh maka tidak wujud konsep kepimpinan. Ia adalah satu proses berterusan bukan hanya dilaksanakan atau diamalkan apabila keadaan terdesak atau apabila timbul krisis dalam organisasi. Setiap keadaan memerlukan corak gelagat kepimpinan yang tertentu kerana gelagat yang bersesuaian untuk sesuatu keadaan mungkin tidak sesuai untuk keadaan yang lain. Oleh itu, kepimpinan adalah fungsi terkhusus dan bukan bersifat umum. Sesiapa pun tidak boleh memaksa orang lain membuat sesuatu yang tidak mereka tidak mempunyai minat terhadapnya. Kepimpinan berkait rapat dengan pengaruh yang bergantung kuat kepada keupayaan memujuk. Jadi mendorong pengikut untuk berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi adalah cirri utama dalam proses kepimpinan. Kepimpinan berkesan memberi kepuasan kepada pengikut dan ini menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang.

DIMENSI-DIMENSI UTAMA DALAM KEPIMPINAN PENGURUSAN

Terdapat empat dimensi utama dalam kepimpinan pengurusan. Ia adalah personality pemimpin iatu pemimpin perlu mempamerkan ciri-ciri personaliti tertentu. Oleh kerana pemimpin berbeza daripada segi latar belakang, nilai-nilai dan prinsip, minat dan kecenderungan maka, gelagat kepimpinan yang ditonjolkan dalam kepimpinan juga berbeza. Personaliti kumpulan pula adalah dimensi utama yang kedua yang setiap kumpulan mengandungi dua atau lebih individu sebagai ahlinya. Setiap individu memiliki personaliti tersendiri tetapi apabila mereka berinteraksi antara satu sama lain secara formal atau

informal maka kumpulan itu akan mula membina ciri-ciri khusus baginya dari segi personaliti, penerimaan kuasa, keberkesanan, kemahiran dan lain-lain. Jadi setiap jenis kumpulan memerlukan corak kepimpinan atau jenis kepimpinan yang khusus yang bersesuaian dengannya. Satu corak gelagat kepimpinan yang berkesan dan berjaya dalam satu kumpulan mungkin gagal dalam kumpulan yang lain. Dimensi utama yang ketiga pula adalah keadaan. Keadaan berbeza dari banyak aspek dan adalah mustahil untuk mendapatkan semua keadaan menjadi seragam pada setiap masa. Perbezaan keadaan menyebabkan corak kepimpinan yang diperlukan tidak sama, malah lebih menekankan kepada bersesuaian dengan sifat keadaan tersebut. Dan dimensi utama yang terakhir adalah faktor organisasi. Setiap organisasi atau jabatan dalam organisasi adalah berbeza di antara satu sama lain dari segi sejarah kewujudan, tradisi, perlembagaan, kaedah-kaedah pengurusan, pembahagian kejadian tanggungjawab. Jadi kepimpinan mesti mengambil kira perbezaan-perbezaan di atas bagi merangka strategi untuk mencapai matlamat organisasi. POLEMIK KEPIMPINAN DALAM KEPIMPINAN Dalam membincangkan isu polemik ini, persoalan berkisar terhadap konsep kepimpinan yang sering menimbulkan kekeliruan dan kekaburan. Antaranya ialah kepimpinan dan pemimpin. Ramai orang mengatakan bahawa istilah ini adalah sama dan sering bertukar ganti. Mereka mengatakan kita mempunyai kepimpinan yang baik sedangkan mereka bermaksud kita mempunyai pemimpin yang baik pemimpin adalah seorang manusia bukan satu proses, walaupun ia adalah komponen utama dalam pengurusan.
3

Seterusnya konsep kepimpinan dan pengurusan. Pengurus dan pemimpin adalah tidak sama. Seorang pengurus tidak mungkin menjadi seorang pemimpin. Pengurus dan pemimpin berbeza dari segi orientasi terhadap matlamat, tugas mereka, corak hubungan manusia dan stail individu. Sikap pengurus terhadap matlamat adalah tidak bersifat peribadi kerana matlamat telah ditetapkan oleh sejarah dan budaya organisasi. Manakala, pemimpin mengambil sikap peribadi dan bersifat aktif terhadap matlamat kerana mereka mempamerkan kemahuan tertentu yang akan menentukan halatuju aktiviti organisasi. Konsep kepimpinan ketiga adalah kepimpinan dan populariti. Ramai orang keliru tentang kepimpinan dan populariti kerana ramai pemimpin yang dipilih disebabkan oleh populariti mereka. Ramai orang beranggapan bahawa pemimpin sebagai seorang mempunyai keupayaan serta memahami dan menetapkan matlamat serta memandu pengikut-pengikutnya ke arah pencapaian matlamat. Oleh itu, perlu difahami bahawa kurang popular tidak beerti lemah sebab ramai ramai pemimimpin yang tidak popular tetapi tetap dikenali sebagai pemimpin yang disegani. Konsep yang keempat adalah kepimpinan dan semangat. Walaupun seseorang pemimpin yang bersemangat dan bersikap agresif mungkin mampu menjadi pemimpin yang baik. Walaupun begitu, kadangkala semangat yang berkobar-kobar menjadi bahaya dan tidak perlu. Ia dikhuatiri akan memberi tekanan kepada ahli organisasi dan matlamat tidak dapat dicapai jika ahli organisasi dan matlamat tidak dapat dicapai jika ahli organisasi bekerja dalam keadaan tertekan. Dan konsep kepimpinan yang terakhir yang sering menjadi kekeliruan dan kekaburan adalah kepimpinan dan penguasaaan. Penguasaan dikatakan sebagai proses kawalan sosial apabila pihak atasan yang diterima menduduki kedudukan memerintah dan mengharapkan ketaatan daripada pihak bawahan yang mengakui kedudukan mereka yang rendah mengikut status sosial manakala kepimpinan itu pula adalah proses yang lebih kepada dorongan kepada pengikut-pengikut untuk mencapai matlamat organisasi secara sukarela untuk mencapai matlamat organisasi. Oleh yang demikian, polemik ini harus dijelaskan agar setiap pengurus di dalam sesebuah organisasi dapat mengaplikasikan dasar kepimpinan sebenar di dalam organisasi yang mereka terajui. .
4

FUNGSI KEPIMPINAN DAN SIFAT-SIFAT PEMIMPIN Fungsi memimpin melibatkan proses kepimpinan dan kemampuan pemimpin. Kepimpinan merupakan satu proses bermaksud penggunaan pendekatan tanpa paksaan untuk membentuk hala tuju kumpulan atau pendekatan tanpa paksaan untuk membentuk hala tuju kumpulan atau organisasi, memberi motivasi terhadap sikap ke arah pencapaian matlamat tersebut dan membantu golongan dipimpin memahami budaya organisasi. Kepimpinan sebagai satu kemampuan bermaksud satu golongan sifat yang dimiliki oleh individu yang melayakkannya untuk menjadi pemimpin. Pemimpin pula adalah orang yang mampu mempengaruhi tingkah laku orang lain tanpa perlu menggunakan pendekatan tekanan atau seseorang yang diterima oleh orang lain sebagai pemimpin. Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin adalah berkemampuan menjadi ikutan. Pemimpin perlu menunjukkan tahap kemampuan yang tinggi, ia perlu memiliki kemahuan yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan dan bercita-cita tinggi. Ia perlu menunjukkan bahawa kehebatan tenaganya, tidak mengenal erti penat serta tekun dalam segala usahanya dan memiliki daya inisiatif yang tinggi. Seorang pemimpin juga perlu memiliki kemahuan yang tinggi untuk mempengaruhi dan memimpin orang lain dan ia perlu menunjukkan keinginannya untuk memikul tanggungjawab selain memiliki kejujuran dan ketelusan hati dengan membina hubungan di kalangan mereka dan orang yang dipimpin melalui kepercayaan melalui sikapnya yang boleh dipercayai serta tidak melakukan pembohongan. Ia juga perlu mengamalkan sikap melaksanakan apa yang diperkatakan secara berterusan. Pengikut atau orang yang dipimpin biasanya ingin melihat seoorang pemimpin tanpa rasa ragu pada diri mereka. Oleh itu, para pemimpin perlu menunjukkan diri mereka dalam usaha untuk mewujudkan kepercayaan orang yang dipimpin mengenai kesahihan matlamat dan keputusan yang diambil. Seorang pemimpin juga perlu memiliki kebijaksanaan yang membolehkannya untuk menggabung, menganalisis dan memberikan tafsiran melalui maklumat yang datang dari sumber yang pelbagai. Ia juga perlu mampu untuk mencipta visi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang tepat dan memiliki tahap pengetahuan yang tinggi mengenai syarikat, industri, institusi dan bidang-bidang teknikal. Pengetahuan yang mendalam akan membolehkan seseorang pemimpin membuat keputudsan yang tepat melalui maklumat yang betul serta memahami implikasi yang akan berlaku kesan daripada kesan tersebut.
5

PENDEKATAN DAN GAYA KEPIMPINAN Stail atau gaya kepimpinan didefinisikan sebagai struktur kemahuan yang terselindung dalam diri pemimpin dan mempengaruhi gelagatnya dalam bberbagai-bagai suasana kepimpinan. Oleh itu, stail kepimpinan merujuk kepada keseragaman matlamat dan kemahuan pemimpin dalam suasana berlainan. Selain daripada itu, terdapat pendekatan kepimpinan merujuk kepada teori perilaku manusia, iaitu pendekatan autokratik, demokratik dan laissez-faire. Bagi pendekatan autokratik, ia ditakrifkan sebagai seorang yang mempengaruhi dan mengharapkan keakuran yang bersifat dogmatic dan proaktif serta memimpin mengikut kemampuan untuk menahan atau atau memberi ganjaran atau hukuman. Kepimpinan yang mengutamakan kuasa secara berpusat, menggunakan pendekatan penetapan tugas, membuat keputusan secara bersendirian dan membataskan penglibatan orang bawahan. Bagi pendekatan demokratik, kepimpinan yang mengalu-alukan penglibatan orang bawahan dalam menentukan sesuatu keputusan, mengagihkan kuasa, menggalakkan penyertaan untuk menentukan cara bekerja dan matlamat serta menggunakan maklum balas sebagai peluang untuk melatih orang bawahan. Pemimpin yang demokratik merupakan pengurus yang banyak menggunakan daya pujukan dan bijak bermain dengan perasaan kumpulan yang dipimpin. Kumpulan digalakkan memberi pandangan, buah fikiran, dan digalakkan menyatakan proses membuat keputusan. Manakala, pendekatan laissez-faire, kepimpinan yang secara umumnya memberikan kebebasan sepenuhnya kepada kumpulan tertentu untuk membuat keputusan dan menyempurnakan tugas mereka dengan cara yang mereka fikirkan sesuai. Pengurus dalam pendekatan ini paling pasif di mana ia dianggap seperti seorang penonton sahaja. Segala kegiatan kelompok diserahkan kepada orang bawahannya. Ini satu cara yang tidak berkesan dalam kepimpinan satu-satu organisasi.

FAKTOR-FAKTOR KEPIMPINAN

YANG

MEMPENGARUHI

KEBERKESANAN

GAYA

Robert Tannenbaum dan Warren H. Schidmidt merupakan pemikir pengurusan moden yang terawal dalam menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan gaya kepimpinan yang perlu ada dalam seseorang pengurus sama ada ia bersifat autokratik, demokratik, atau laissez-faire. Mereka berdua menyarankan dalam tulisan mereka iaitu How To Choose A Leadership Pattern yang dimuatkan dalam jurnal Harvard Bussiness Review bahawa pengurus perlu memikirkan tiga faktor dalaman sebelum memilih suatu gaya kepimpinan iaitu faktor dalaman sebelum memilih suatu gaya kepimpinan iaitu faktor dalaman pengurus, faktor orang bawahan dan faktor dalaman pekerja. Kelakuan pengurus biasanya kuat dipengaruhi oleh faktor dalaman dirinya. Seorang pengurus akan mengamal gaya kepimpinannya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki. Antara faktor-faktor dalaman seorang pengurus yang mempengaruhi adalah sistem nilai. Sistem nilai merujuk pada sejauh mana seorang pengurus mempunyai tanggapan dan merasakan bahawa orang bawahannya mempunyai hak dan bahagian mereka membuat keputusan yang melibatkan diri mereka. Jika seseorang pengurus merasakan bahawa pekerjanya mempunyai potensi dan kebolehan yang perlu dibangunkan maka beliau tidak teragak-agak untuk memberikan penugasan kerja kepada orang bawahannya. Faktor dalaman pengurus yang kedua adalah kepercayaan kepada orang bawahannya. Seorang pengurus biasanya meletakkan keyakinan dan kepercayaan yang berbeza-beza pada setiap orang bawahannya. Dalam menilai kepercayaan yang diberikan biasanya seseorang pengurus akan mengambil kira pengetahuan. Kebolehan dan kebijaksanaan seseorang pekerja dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Sebelum seorang pengurus itu memimpin satu-satu kumpulan, ia akan mengetahui faktor-faktor dalaman yang wujud pada orang bawahannya dan mempengaruhi mereka dalam menerima gaya kepimpinan beliau. Semakin banyak pengetahuan dan maklumat yang diperolehi oleh seorang pengurus tentang faktor dalaman orang bawahannya maka, semakin tepat bagi beliau untuk menentukan gaya kepimpinan yang perlu beliau gunakan. Bagi mereka berdua seseorang pengurus biasanya memberikan kebebasan dari segi penyertaan yang lebih berdasarkan keadaan di mana pekerja mempunyai keinginan yang tinggi untuk

tidak bergantung kepada orang lain. Mereka mampu untuk melaksanakan sendiri tanpa diarah oleh pengurus, pekerja bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam membuat keputusan, pekerja telah dilatih tentang cara untuk bersama-sama melibatkan diri dalam membuat keputusan, dan pekeja boleh memahami dan mengenalpasti masalah yang berkaitan pula dengan objektif organisasi.. Selain faktor dalaman yang terdapat pada seseorang pengurus dan orang bawahannya terdapat juga faktor yang akan mempengaruhi kelakuan seorang pengurus. Antaranya termasuklah jenis gaya yang disukai oleh pengurus, bentuk organisasi, kerjasama dan

kumpulan kerja berpasukan, kesukaran masalah, kekangan masa, dan faktor persekitaran yang lain. Baagi Tannenbaum dan Schmidt, mereka telah mengemukakan satu model pergerakan kelakuan kepimpinan yang boleh berlaku dalam tujuh keadaan yang berkaitan. Setiap perlakuan tersebut akan dihubungkan dengan darjah autoriti yang digunakan oleh pengurus dan had kebebasan yang boleh diberikan olehnya kepada orang bawahannya bagi mencapai sesuatu keputusan. Corak-corak kelakuan kepimpinan yang berlaku dalam model tersebut ialah, pengurus membuat keputusan dan mengumumkan terus kepada pekerja, pengurus menjual keputusan dengan meminta pendapat daripada pekerja. Kelakuan pengurus ini menggambarkan seolaholah beliau seorang demokratik padahal tidak. Pengurus juga boleh mengemukakan ideanya dan menerima komen daripada pekerja. Keputusan masih lagi dibuat oleh pekerja. Pengurus dapat memberikan keputusan sementara yang boleh diubah kemudiannya. Keputusan pengurus bukan lagi muktamad. Pengurus boleh mengemukakan masalah, menerima cadangan penyelesaian kepada pekerja dan seterusnya membuat keputusan sendiri dan pengurus boleh memberikan masalah yang perlu diselesaikan beserta dengan had ruang kebebasan meminta kumpulan membuat keputusan ataupun .pengurus boleh membenarkan kumpulan untuk mencari masalah dan kumpulan kemudiannya membuat keputusan di dalam ruang kebebasan yang telah ditentukan. Hasilnya kesemua faktor yang dikemukakan tadi mampu mempengaruhi gaya keberkesanan kepimpinan dalam pengurusan.

KESIMPULAN Kepimpinan merupakan salah satu fungsi pengurusan yang perlu dilaksanakan bagi setiap pengurus organisasi. Ia merupakan satu tanggungjawab yang mesti dipikul oleh pengurus dan bukannya untuk mengaut keuntungan peribadi. Melalui kepimpinan ia dapat menjadikan sesebuah organisasi itu mantap disebabkan golongan subordinat(bawahan) menjadikan

golongan pengurus sebagai ikutan dan ini membantu untuk memudahkan organisasi mencapai objektif yang disasarkan.

You might also like