You are on page 1of 7

Bahagian A : Tugasan Individu Komponen 1 (Perintah AM) Soalan 1A i) Jelaskan syarat-syarat kenaikan pangkat yang digunakan oleh Lembaga

Kenaikan Pangkat untuk memperakukan kenaikan pangkat guru tersebut.

Konsep sekolah berkesan yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan adalah bermatlamat untuk membawa sistem pendidikan ke arah kecemerlangan. Seiringan dengan slogan Pendidikan Bertaraf Dunia, konsep menuntut warga pendidik khususnya untuk mencapai tahap kualiti yang tinggi dalam pendidikan. Jesteru itu, konsep sekolah berkesan harus dijadikan realiti jika hasrat inginkan kualiti pendidikan kita sama taraf dengan pendidikan negara maju. Untuk menjadikan sekolah berkesan, maka terlebih dahulu seseorang guru itu sendiri harus berupaya menjadi guru yang berkesan. Guru berkesan akan bermula dari pembentukan personaliti guru berkenaan di peringkat awal dan seterusnya berupaya menjadi guru yang cekap, berkesan, mahir dan pakar dalam bidang masing-masing. Sebagai satu langkah Kementerian Pelajaran dalam mendorong semangat guru-guru untuk berusaha lebih gigih kearah ini seterusnya memartabatkan lagi profesion keguruan gagasan Gagasan Guru Cemerlang (GC) telah diperkenalkan pada tahun 1993. Anugerah dan jawatan GC lebih merupakan suatu bentuk insentif kepada guru yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang dan matapelajaran masing-masing. Anugerah ini mula diperkenalkan pada tahun 1994 berdasarkan memorandum (April 1993) Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Kabinet yang bertajuk Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan ianya lebih merupakan satu Cadangan ke Arah Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pendidikan Dan Menghasilkan Guru Yang Cemerlang. Tujuan utama diadakan anugerah kenaikan pangkat GC ini ialah untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang, memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing, meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&), memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran, menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP), membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan

tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran, sebagai role model kepada guru lain dan meningkatkan motivasi guru itu sendiri dan juga rakan sejawat. Merujuk kepada syarat-syarat dan kriteria kenaikan pangkat yang digunakan oleh Ketua Jabatan untuk memperakukan kenaikan pangkat Guru C ialah, ianya berdasarkan kekananan (senioriti) juga diambil kira sekira seseorang guru ataupun pegawai itu mempunyai kebolehan dan pengalaman yang sama dengan pegawai lain. Ketua Jabatan hendaklah membuat perakuan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat dengan melampirkan satu senarai pegawai yang layak dipertimbangkan bersama butiran yang diperlukan bagi meyokong perkara di atas. Disamping itu juga pengalaman mengajar seseorang guru yang pada minimumnya 10 tahun ke atas dan telah mengambil serta lulus Ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) mengikut syarat yang ditetapkan juga diambil kira. Namun demikian keadaan ini bergantung kepada kekosongan yang ada. Selain itu, faktor naik pangkat menggantikan pegawai yang bersara atau mempunyai kekosongan pada jawatan tersebut boleh digunakan untuk menaikkan pangkat guru tersebut. Berdasarkan kebolehan mengikut kecekapan dalam menjalankan tugas dan sifat-sifat peribadi, kelulusan serta pengalaman yang sesuai dengan jawatan seseorang guru boleh dinaikkan pangkat. Dalam situasi ini kita dapat melihat prestasi kerja beliau sepanjang tahun dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebiasaanya guru ini mampu menarik minat murid dan membimbing murid dengan baik dalam pengaran hariannya baik dalam mahupun diluar bilik darjah. Mereka juga cekap dalam bidang mereka sendiri dan berupaya menguasai berbagai kaedah dan kemahiran mengajar dalam usaha membantu murid supaya dapat menguasai setiap ilmu yang diberikan. Jesteru itu, hasil pembelajaran murid dinilai dengan kadar peningkatan kemajuan diri yang semakin meningkat. Kesimpulannya, kenaikkan pangkat guru dalam Perkhidmatan Pendidikan dapat mewujudkan tenaga pengajar minda kelas pertama. Dengan adanya pengolahan yang sistematik dalam menilai kredebiliti seseorang guru sistem kenaikkan pangkat ini mampu menjadi kayu pengukur dan mampu untuk menyediakan persaingan yang sihat di kalangan guru-guru. Tambahan pula, setiap guru akan lebih komitmen dan akan sentiasa memastikan prestasi mereka dan murid seiring dan setiap murid yang diajar akan memperoleh setiap ilmu yang dicurahkan. Peluang ini dapat digunakan sepenuhnya oleh mereka dalam meningkatkan kualiti
perkhidmatan dalam jawatan yang sama seterusya mempunyai kesinambungan produktiviti kerja yang di kehendaki.

ii)

Nyatakan jenis-jenis elaun yang layak dituntut dan dinikmati oleh Cikgu Nadia.

Kerajaan sentiasa peka dengan kebajikan setiap pengawai awam agar keperluan dan kemudahan dapat disediakan sebaik mungkin dalam usaha mengurangkan beban dengan taraf hidup pada zaman sekarang. Perkara ini termasuklah guru yang turut merupakan pengawai awam. Untuk memastikan setiap kelancaran kualiti kerja dan tidak membebankan guru-guru, kerajaan telah membuat setiap penambahbaikkan setiap tahun berkaitan dengan elaun-elaun yang patut diterima oleh seseorang guru tersebut, kemudahan rumah, biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dan sebagainya. Merujuk kepada situasi Cikgu Nadia, jenis-jenis elaun yang layak dituntut dan dinikmati oleh beliau ialah Elaun Bertukar /Berpindah Rumah. Elaun-elaun kerana bertukar (242) memperuntukkan seseorang pegawai yang bertukar termasuk pertukaran kerana mendapat jawatan baru yang lain dalam kerajaan tetapi tidak termasuk pertukaran seperti di (b),
boleh menuntut di antara lain-lain bayaran dan elaun yang berikut : i) Perbelanjaan makan dan lojing yang dikeluarkan semasa dalam perjalanan untuk pertukaran itu. ii) iii) iv) Perbelanjaan sebenar mengangkut barang, serta tambang pegawai dan keluarga. Elaun makan dan lojing. Pemberian pindahan.

Dalam hal ini, beliau diarah bertukar tempat kerja dan beliau terpaksa berpindah rumah dan layak memohon elaun bagi membiayai perbelanjaan pertukaran yang meliputi perbelanjaan perpindahan, perbatuan, elaun makan dan sewa hotel mengikut Pekeliling 8/80 dan 2-92. Beliau layak mendapat elaun perbatuan iaitu perjalanan beliau daripada Kuala Terengganu hingga ke Besut. Beliau juga layak mendapat elaun bayaran letak kereta dan tol sepanjang perjalanan beliau ke tempat bertukar tersebut. Sekiranya beliau menggunakan perkhidmatan awam, beliau dan keluarganya layak mendapat elaun tambang berdasarkan peruntukan diatas. Berdasarkan peruntukan ini juga beliau layak menuntut atau menikmati perbelanjaan pengangkutan barang-barang (242). Tuntutan balik perbelanjaan

pengangkutan barang-barang hendaklah disertai dengan resit. Dalam masa yang sama beliau juga layak menuntut bayaran sewa hotel semasa bertukar bermula hari perjalanan beliau. Sekiranya perjalanan beliau memerlukan beliau memerlukan beliau dan keluarga bermalam di hotel, beliau boleh membuat tuntutan tersebut yang disokong dengan resit bayaran seperti yang terkandung dalam Perintah Am 15.

Elaun makan hari bertukar juga layak dituntut oleh beliau kerana berdasarkan Perintah Am 4, seseorang pegawai yang bertukar boleh dibayar elaun makan bagi diri dan keluarganya pada hari pertama dalam masa perjalanan pertukaran itu, mengikut kadar yang ditetapkan iaitu sekiranya beliau tidak membuat tuntutan elaun makan mengikut Periantah Am 15(c) pada hari yang sama. Dalam hal ini resit tidak perlu disediakan. Namun begitu sekiranya perjalanan beliau dan keluarga memakan masa melebihi 1 hari berdasarkan sebab-sebab munasabah, elaun makan boleh dibayar bagi hari-hari yang lebih itu pada kadar yang sama. Selain itu, sekirannya beliau berpindah rumah dan terpaksa menyewa rumah lain. Beliau layak untuk mendapat elaun rumah. Sepanjang beliau menyewa rumah tersebut beliau akan diberikan elaun.

Secara keseluruhannya, pemberian elaun dan insentif kepada guru-guru dilihat satu usaha berterusan kerajaan dalam memartabatkan lagi profesion ini selaras dengan kehendak dan tuntutan semasa. Apa yang menjadi intipati penting dalam menghadapi situasai ini ialah sejauhmana sumbangan guru mampu merialisasikan hasrat dan kehendak kerajaan dan Kementerian Pelajaran amnya. Guru-guru ditagih memberi sumbangan setimpal dengan galakan yang diberikan kepada mereka. Revolusi ilmu pengetahuan menuntut pengorbanan guru yang tiada hadnya dalam melahirkan pelajar sebagai modal insan yang akan menjadi aset penting dalam memacu kegemilangan Negara pada masa akan datang. Hanya dengan kesabaran, keikhlasan, kesungguhan dan ketabahan mampu menjadi benteng utuh kepada guru-guru dalam meniti cabaran pendidikan yang kian mencabar dari masa ke semasa.

Soalan 2B i) Nyatakan empat sebab Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan.

Etika bermaksud saru sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Dalam konteks pekerjaan, merujuk kepada tanggungjawab dan tingkah laku baik sewaktu menjalankan tugasnya. Etika juga dikatakan menggariskan semua panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Etika diwujudkan adalah untuk mewujudkan kakitangan awam yang dapat memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan, kerana permintaan rakyat terhadap perkhidmatan

awam terus meningkat dan mereka mahukan satu pentadbiran yang cemerlang. Dengan ini setiap pegawai awam akan lebih memberi komitmen terhadap tugas masing-masing dan menjaga tingkah lakunya supaya perkhidmatan awam akan terus meningkat dan pentadbiran akan lebih cemerlang. Selain itu, untuk melahirkan kesedaran di kalangan anggota Perkhidmatan Awam tentang betapa pentingnya pembaharuan dilakukan dari segi budaya kerja, cara operasi, sistem dan prosedur serta teknologi. Pada hakikatnya, kejayaan usaha ini bergantung kepada komitmen dan sokongan semua anggota Perkhidmatan Awam. Tambahan pula, terdapat tuduhan dan rasa curiga tentang kemampuan perkhidmatan awam. Tuduhan yang dilemparkan terhadap perkhidmatan awam ialah kakitangan awam telah melakukan beberapa penyelewengan dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Untuk itu, etika perkhidmatan awam diwujudkan supaya dapat mengurangkan segala teguran dan pandangan negatif masyarakat terhadap perkhidmatan awam seterusnya dapat mewujudkan anggota perkhidmatan awam yang amanah, jujur dan bertanggungjawab. Di samping itu, matlamat dan azam kerajaan untuk meningkatkan lagi mutu kecekapan dan prestasi perkhidmatan awam dari masa ke semasa. Dengan adanya Etika Perkhidmatan Awam, masyarakat dapat menilai dan pihak atasan dapat membuat kayu pengukur bagi setiap pegawai awam. Untuk itu, pegawai perkhidmatan awam perlu berusaha untuk meningkatkan taraf dirinya supaya dapat memastikan mutu kecekapan dan prestasi mereka sentiasa ada perubahan ke arah yang lebih baik. Di samping itu terdapat juga faktor-faktor luar yang mendorong kerajaan untuk mewujudkan etika ini. Antaranya ialah kemerosotan ekonomi, ancaman keselamatan di

rantau ini dan berlakunya gejala-gejala yang kurang sihat seperti rasuah, penipuan serta penyelewengan dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Dalam petikan ucapan ketika melancarkan Panduan Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1979, Ketua Setiausaha Negara telah mengatakan bahawa keputusan kerajaan untuk mewujudkan satu etika bagi Perkhidmatan Awam pada asasnya bertujuan untuk menyerapkan kepada semua kakitangan Kerajaan semangat kerja dan dedikasi bagi menentukan supaya mutu prestasi Perkhidmatan Awam dapat ditngkatkan lagi.

Oleh yang demikian, dengan wujudnya etika perkhidmatan awam, diharapkan agar mutu perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Anggota perkhidmatan awam juga perlu sentiasa berusaha bagi mencapai matlamat ini.

ii)

Huraikan enam amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi kerajaan bagi merealisasikan etika tersebut.

Amalan-amalan yang boleh dilaksanakan bagi merealisasikan etika perkhidmatan awam antaranya ialah pemberian anugerah penghargaan dalam bentuk pengesyoran untuk menerima pingat-pingat, sijil-sijil kepujian, cenderamata, pertimbangan untuk kursus-kursus dan lainlain bagi mereka yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang. Selain itu, Anugerah penghargaan ini perlu dibuat setiap bulan dan tahun bagi merangsang untuk meningkatkan lagi prestasi kakitangan awam. Etika juga boleh direalisasikan dengan mengadakan lawatan mengejut untuk menaksir perjalanan kerja-kerja. Dengan ini, setiap pegawai awam akan lebih peka dan sentiasa berkhidmat dengan baik supaya tanggungjawab mereka sentiasa dilaksanakan dengan baik. Sesebuah organisasi kerajan juga boleh menubuhkan jawatankuasa sukan, kebajikan dan sosial untuk memastikan setiap pegawai awam mendapat kemudahan dan faedah. Penubuhan jawatankuasa ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di kalangan kakitangan serta menjaga kebajikan. Untuk menambahkan pengetahuan dan kefahaman tentang etika ini, organisasi boleh mengadakan sesi dialog serta perbincangan untuk menerangkan tatacara pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam dari masa ke semasa. Dengan adanya perkara seperti ini setiap kemusykilan pegawai awam dapat dijawab dan mereka akan lebih memahami Etika Perkhidmatan Awam. . Sebuah organisasi kerajaan juga boleh mengadakan majlis jamuan teh atau makan pada hari yang ditetapkan untuk memberi kesempatan kepada semua pegawai dan kakitangan bergaul mesra antara satu sama lain dan menanamkan semangat kekitaan. Kursus dan latihan yang sesuai diberikan kepada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat atau yang dilantik supaya menambahkan kecekapan kerja. Proses pembelajaran tidak terhad kepada zaman persekolahan, tetapi ia berterusan sehingga akhir hayat. Dalam era ICT, maklumat, data, fakta dan pengetahuan menjadi lapuk setiap masa. Manakala kemahiran pula perlu diperbaharui setiap masa untuk membolehkan pengendalian peralatan yang sentiasa

berubah dan semakin canggih supaya tidak ketinggalan. Dengan menganjurkan pertandingan seperti taman bersih, pejabat bersih, kecekapan bekerja dan sebagainya adalah untuk memastikan semua pegawai awam berasa seronok semasa bekerja dan seterusnya memastikan keadaan tempat kerja akan bertambah selesa. Tambahan lagi, sesebuah organisasi boleh menganjurkan majlis syarahan atau ceramah agama pada satu hari yang telah ditetapkan oleh kakitangan yang beragama Islam. Dalam Islam, menimba ilmu pengetahuan adalah wajib bagi setiap lelaki dan perempuan. Akhir sekali, sesebuah organisasi perlu sentiasa mengutamakan kualiti dalam prestasi pengurusan perkhidmatan awam akan memnberi kesan lansung dan nyata kepada rakyat berikutan dengan pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan yang berjiwa rakyat untuk melayan dan menunaikan semua permintaan dari aspirasi rakyat di Negara ini. Sesebuah organisasi turut boleh mewujudkan perpustakaan jabatan dan meyediakan manual kerja serta buku pandian jabatan atau unit. Dengan adanya perkara seperti ini setiap pegawai awam dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan sentiasa memperbaharui ilmu dan dapat mempelajari sesuatu untuk digunakan di dalam tugas mereka.

You might also like