You are on page 1of 14

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia, Ambilan 12/2011

1. PENDAHULUAN.

Agenda pembangunan negara tidak akan menjadi realiti walaupun mempunyai pemimpin yang berwibawa dan berwawasan tanpa sokongan birokrat atau pegawai awam. Oleh sebab itu, pentadbiran awam di Malaysia dilihat sebagai mekanisme utama menggerak kemajuan dan pembangunan. Tidak hairanlah jika Milton J. Esman (1972) berpandangan Malaysia is best understood as an administrative state. Ini kerana setiap dasar, program, rancangan dan aktiviti yang dirancang dalam bentuk dasar awam oleh pihak kerajaan, maka birokrasi awamlah yang bertanggungjawab untuk menjayakannya.

Oleh itu, dalam konteks Malaysia, pemimpin atau pembuat dasar mempunyai hubungan yang erat dengan pegawai awam dalam misi menjayakan agenda pembangunan nasional (Puthucheary, 1978:40). Agenda pembangunan nasional diteruskan oleh Dr. Mahathir Mohamad yang dikenali sebagai bapa permodenan Malaysia dengan memperkenalkan dasar-dasar pembaharuan sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri pada tahun 1982.

Dalam hal ini, wujud perubahan dari segi sikap, tindakan, profesionalisme dan kematangan pegawai-pegawai awam dalam menilai rasionaliti dasar-dasar politik dan kepimpinan nasional. Isu kesetiaan, akauntabiliti, ketulusan, sikap responsif dan beretika di kalangan pegawai awam menjadi pemangkin kepada pencapaian hasrat kerajaan yang diterjemahkan ke dalam pelbagai dasar dan program.

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia, Ambilan 12/2011

Misi dan matlamat Dr. Mahathir sangat jelas iaitu memodenkan sistem pentadbiran dan perkhidmatan awam di Malaysia yang secara langsung memberikan penekanan kepada perubahan tingkah laku di kalangan penjawat awam, perubahan daripada segi struktur dan prosedur dalam perkhidmatan awam. Justeru itu, Dr. Mahathir sentiasa menyuntik semangat dan nilai-nilai murni seperti berdisiplin, beriltizam, produktif, beretika dan mempunyai integriti di kalangan pegawai awam untuk mencapai matlamat ke arah negara maju.

2. IKRAR PENGAWAI AWAM

Seseorang pegawai awam yang baru dilantik akan berikrar dan berjanji untuk patuh dan mengamalkan teras-teras perkhidmatan selama mana ia berkhidmat dengan kerajaan. Di mana kandungan ikrar tersebut adalah berazam meninggikan mutu perkhidmatan, bekerja dengan penuh tanggungjawab, berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri, berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan, bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara, bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara serta berpegang teguh kepada ajaran agama.

Ini bermakna seorang pegawai yang tiada inisiatif untuk meninggikan kualiti perkhidmatan telah melanggar ikrarnya sendiri, kerana tidak berusaha dan berazam untuk meninggikan mutu perkhidmatan. Penjawat awam yang baik adalah seorang yang dapat bekerja dengan penuh tanggungjawab. Sikap mementingkan diri sendiri bukan sahaja melanggar ikrar

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia, Ambilan 12/2011

yang telah dilafazkan malah bertentangan akhlak dan amalah islam. Dalam agama kita diajar supaya memberi keutamaan kepada orang lain terlebih dahulu.

Menerima jawatan sebagai penjawat awam sebenarnya memikul suatu amanah rakyat dan kerajaan. Amanah ini perlu dijaga dan dilaksanakan sebaik mungkin. Tanggungjawab ini perlu dipikul selagi ia bekerja sebagai penjawat awam. Memikul amanah dan tanggungjawab ini bukan sekadar persoalan di dunia sahaja. Sebaliknya ia akan disoal sama ada amanah tersebut dilaksanakan dengan adil atau tidak di akhirat nanti. Jadi tanggungjawab melaksanakan tugas bukan hanya tanggungjawab di dunia tetapi juga akhirat.

Perkhidmatan yang disampaikan oleh penjawat awam adalah untuk rakyat. Kerajaan merangka atau membuat dasar. Manakala penjawat awam adalah melaksanakan dasar tersebut. Dengan itu perkhidmatan yang disampaikan oleh penjawat awam akan menggambarkan tugas dan tanggungjawab kerajaan telah dilaksanakan dengan baik kepada rakyat. Rakyatlah pelanggan yang akhir menerima perkhidmatan. Terbaik perkhidmatan yang disampaikan maka baguslah kerajaan yang memerintah pada kacamata rakyat. Justeru itu konsep merakyatkan pentadbiran yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan sangat sesuai dengan ikrar yang dilafazkan oleh setiap anggota perkhidmatan awam semasa melapor diri dalam perkhidmatan masing-masing.

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia, Ambilan 12/2011

Hakikat ikrar ini adalah pematuhan dan integriti anggota perkidmatan bagi memikul amanah yang dipertanggungjawabkan. Ikrar merupakan pernyataan lisan terhadap janji-janjinya dihadapan Allah swt, bersaksikan ketua perkhidmatan. Unsur-unsur perkhidmatan berkualiti diterapkan dalam ikrar tersebut . Janji untuk tidak mementingkan diri sendiri akan teruji bila terdapat perbezaan antara tuntutan perkhidmatan dengan tuntutan peribadi. Yang mana satu patut dibuat pilihan terlebih dahulu. Gagasan untuk mendahulukan rakyat atau merakyatkan pentadbiran telah lama diterapkan dalam perkhidmatan. Oleh itu setiap anggota perkhidmatan awam wajib menghayati setiap patuh perkataan ikrar yang diucapkan.

3. KEPERIBADIAN UNGGUL

Keperibadian unggul adalah suatu konsep yang menghubungkan tentang kualiti insan atau manusia. Meneliti mana-mana tamadun besar, lahir sahsiah unggul yang memiliki keutuhan keilmuan, jiwa penerokaan, peribadi teladan dan menjadikan asas-asas kemurnian nilai sebagai landasan membangunkan kehidupan dan sistem. Sepanjang sejarah umat manusia, sahsiah unggul ini lahir dalam zaman-zaman yang berbeza, cuba membawa jawapan tentang makna hidup dan makna kemajuan.

Uniknya peribadi unggul ini pada awalnya terbina kekuatan dalaman yang tinggi. Faktor akidah yang mantap, iman yang teguh, akhlak yang mulia, jihad atau daya juang yang tinggi adalah antara sifat-sifat peribadi unggul. Faktor-faktor asas ini berjaya membentuk peribadi-

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia, Ambilan 12/2011

peribadi yang yakin diri, berjiwa peneroka, tabah membangun dan memiliki upaya bijaksana mendepani kerenah zaman dan cabaran lingkungan.

Para pegawai awam yang merupakan generasi penerus harus mampu menggilap semula maksud peribadi unggul yang ingin dibangunkan, hatta dalam realiti masyarakat yang berbilang. Pertama, mereka harus menginsafi bahawa sifat Islam itu adalah agama rahmah alamiah, iaitu mendukung faktor-faktor kesejagatan yang membawa kekuatan akhlak sebagai asas kesejahteraan manusia. Kedua, peribadi-peribadi unggul dalam sepanjang sejarah Islam amat mengutamakan ilmu pengetahuan. Asas maju dalam keadaan fitrah sentiasa menjadi pra syarat kemajuan dan pembangunan tamadun. Ketiga, Allah mengurniakan kekayaan sumber hasil bumi yang sangat banyak untuk kemajuan ekonominya.

4. NILAI-NILAI MURNI

Beberapa dasar dikeluarkan agar nilai-nilai murni dan etika perkhidmatan awam dihayati, contohnya Teras Perkhidmatan Awam, Tonggak 12 Perkhidmatan Awam, Dasar Pandang ke Timur, Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Pentadbiran, Kepimpinan melalui teladan, Gerakan Budaya Kerja Cemerlang, Pengurusan Kualiti dan Anugerah Kualiti serta Konsep Perkhidmatan Cemerlang.

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia, Ambilan 12/2011

Kesimpulannya para pegawai awam hendaklah sentiasa memiliki keperibadian unggul yang dizahirkan melalui sikap dan tatakelakuan yang berasaskan kepada nilai-nilai murni. Bagi memastikan semua pegawai menghayati nilai-nilai tersebut, aspek keazaman dan kegigihan, bersikap positif, mempunyai sifat keberanian dan kesanggupan untuk menerima cabaran merupakan antara elemen penting yang perlu diterapkan di dalam diri setiap pegawai awam. Lantas, eloklah sekiranya kita perhalusikan lagi aspek-aspek tersebut.

4.1

Keazaman dan Kegigihan

Keazaman dan kegigihan membawa maksud tidak berputus asa dan sanggup berkorban masa dan tenaga bagi memastikan rancangan dan tugas dilaksanakan seperti mana dijadualkan demi mencapai matlamat organisasi. Selain daripada itu, setiap daripada pegawai awam juga perlulah berupaya menggunakan strategi dan kaedah lain yang bersesuaian melalui insiatif sendiri seperti mendapatkan sokongan mana-mana pihak untuk memastikan objektif organisasi tercapai.

Pegawai awam yang baik akan sentiasa berazam untuk meningkatkan mutu kerjanya serta berusaha dengan gigih untuk melakukan yang terbaik dalam setiap tugasan yang dipikul. Hal ini bermaksud, pegawai tersebut tidak menjadikan masalah yang timbul dan juga sebarang permasalahan yang dihadapi sebagai satu halangan terhadap pegawai tersebut untuk beliau memenuhi amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia, Ambilan 12/2011

Contohnya, bagi merealisasikan gagasan 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Era globalisasi, pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat dan pembaharuan dalam teknologi memungkinkan ekspektasi rakyat terhadap sistem perkhidmatan awam kini telah berubah. Kematangan rakyat pada masa kini dalam menyuarakan pandangan dan cadangan merupakan satu titik tolak perubahan dalam sistem penyampaian perkhidmatan yang sedia ada. Sekali gus senario ini mewujudkan satu cabaran terhadap kerajaan bagi memastikan perkhidmatan yang efektif, dan berkualiti dapat diberikan. Oleh yang demikian, penjawat awam tidak seharusnya menganggap aduan pelanggan sebagai satu bebanan sebaliknya menjadikan ianya sebagai satu peluang dan cabaran untuk menambahbaik dan memperbaiki perkhidmatan yang diberikan.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 1 Tahun 2009 yang telah dikeluarkan pada 24 Februari 2009 mendefinisikan pengaduan awam ialah pengaduanpengaduan orang ramai mengenai ketidakpuasan mereka terhadap sebarang tindakan pentadbiran kerajaan termasuk agensi-agensi yang diswastakan dan institusi-institusi yang berbentuk monopoli dan membekalkan keperluan-keperluan awam (public utilities) yang dirasai tidak adil, tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada, termasuk salah laku, penyelewangan, salah guna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya.

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia, Ambilan 12/2011

Oleh itu sistem penyampaian perkhidmatan yang sebelum ini menitikberatkan produktiviti perlu diubah kepada gabungan produktiviti, kreativiti dan inovasi. Perkembangan teknologi dari semasa ke semasa telah memberikan ruang kemudahan kepada orang ramai untuk mengemukakan aduan, cadangan dan pandangan secara terbuka. Kesediaan orang awam dalam berkomunikasi secara terus dengan kerajaan hendaklah dianggap sebagai satu bonus yang boleh menambahbaik penyampaian perkhidmatan sedia ada.

Sekiranya, maklum balas atau aduan tidak diberi perhatian yang serius, perkhidmatan awam akan terjejas dan ini akan mencalarkan imej Kerajaan. Situasi ini memerlukan sektor awam untuk bertindak dengan lebih kreatif, pantas, responsif dan berinovasi dalam menangani masalah aduan kelewatan atau tiada tindakan yang diambil. Isu dan skop aduan perlu dianalis secara mendalam, telus dan adil tanpa membelakangi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa amat sukar untuk memenuhi kehendak pelanggan yang mempunyai pelbagai ekspektasi, persepsi, cita rasa dan kerenah yang berbeza. Walau bagaimanapun, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengalah dan sekaligus tidak bermakna bahawa sektor awam gagal dalam melaksanakan dasar dan undang-undang yang telah ditetapkan. Usaha-usaha penambahbaikan untuk

meningkatkan kualiti perkhidmatan perlu dilakukan secara berterusan dengan bersungguh-sungguh.


8

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia, Ambilan 12/2011

4.2

Bersikap positif

Bersikap positif pula membawa maksud mempunyai keyakinan dan percaya sesuatu perkara boleh dilaksanakan walaupun dalam suasana yang sukar. Di samping itu, sentiasa percaya bahawa setiap isu atau sesuatu permasalahan tersebut pasti mempunyai jalan penyelesaian. Pegawai awam yang bersikap positif juga sentiasa menganggap sesuatu yang negatif itu boleh dibaiki atau diterjemahkan kepada sesuatu yang bernilai positif.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap penjawat awam untuk memastikan mereka sentiasa bersikap positif melaksanakan setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan. Perkara ini boleh dipupuk dengan berazam untuk meninggikan lagi mutu perkhidmatan mereka. Seseorang pekerja itu boleh membaiki mutu perkhidmatannya dengan meningkatkan kemahirannya menerusi latihan tertentu, pembacaan, perbincangan sesama sendiri tentang aspek pekerjaannya dan lain-lain. Kesediaan seseorang pekerja untuk mengatasi kelemahan dirinya tanpa diperingatkan oleh ketuanya adalah satu sikap yang sangat terpuji.

Sebagai contoh, permasalahan yang sering dihadapi para guru. Senario pendidikan pada hari ini yang penuh dengan cabaran, institusi pendidikan bagaikan rumah kaca yang menjadi tatapan orang ramai di sekelilingnya. Kelemahan dan

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia, Ambilan 12/2011

kecemerlangan institusi pendidikan sering menjadi buah mulut sehingga keperluan untuk meningkatkan tahap profesionalisma dalam kalangan guru amat mendesak. Hal yang paling asas dengan kerjaya sebagai guru dan paling berkaitan dengan murid atau `klien ialah pengajaran dan pembelajaran. Bagaimanakah hal ini boleh dicapai oleh seorang guru itu sendiri.

Asas yang perlu dijadikan rujukan ialah kurikulum kebangsaaan. Sekiranya hal ini dikecilkan skopnya, asasnya ialah sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, dan rancangan pelajaran harian. Perkara ini perlu difahami secara mendalam agar segala perancangan tidak tersasar daripada kehendak pendidikan kebangsaan. Pemahaman yang mendalam turut membantu guru untuk menyesuaikan kemahiran dalam huraian sukatan pelajaran dengan tahap pencapaian murid-murid yang diajar. Guru-guru perlulah mengenal pasti pendekatan yang berkesan untuk digunakan kepada murid-murid.

Aspek fizikal juga perlu diberikan perhatian. Suasana bilik darjah harus kondusif agar pemikiran murid-murid sentiasa bersedia untuk menerima pelajaran. Aktiviti pengukuhan melalui latihan yang sistematik akan meningkatkan penguasaan subjek. Guru juga perlu menilai kerja murid mengikut kehendak peperiksaan awam agar kecemerlangan akademik murid-murid dapat direalisasikan. Bahan bantu mengajar yang semasa seperti kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) perlu digunakan untuk mengukuhkan penguasaan di kalangan pelajar.

10

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia, Ambilan 12/2011

Kesan kemajuan ICT telah menyentuh segala aspek kehidupan manusia dan berjaya merubah cara manusia belajar, bekerja, berhibur, beriadah dan sebagainya. Impak yang nyata boleh dilihat melalui satu cetusan idea baru bagi reformasi pendidikan, iaitu penggunaan ICT sebagai medium terkini dalam sistem pendidikan negara. Umumnya pihak kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya berhasrat untuk melengkapkan semua sekolah dengan kemudahan ICT secara beransur-ansur untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Sehingga April 2006, 96% atau 9200 buah sekolah sudah mempunyai akses internet jalur lebar dan 200 000 guru sudah dilatih menggunakan perkakasan serta perisian komputer. Oleh itu, sepatutnya guru-guru yang telah diberikan pendedahan haruslah mengaplikasikan ICT dalam pengajaran mereka. Apa yang berlaku adalah sebaliknya . Ada guru-guru yang tidak mengaplikasikan langsung apa yang telah dipelajari.

Oleh itu semangat yang tinggi serta memandang permasalahan tersebut dari satu sudut yang positif perlu diterapkan di dalam diri setiap daripada mereka untuk mempelajari serta mendalam bidang ICT dengan bersungguh-sungguh supaya para pelajar dapat mengalami pengalaman pembelajaran yang sangat menyeronokkan.

Guru berperanan untuk mengajar sesuatu yang bermanfaat kepada pelajar. Peranan guru dalam mengaplikasikan ICT merupakan satu tanggungjawab yang besar
11

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia, Ambilan 12/2011

kepada pelajar. Sebagai guru peranan ini diambil sebagai satu amanah yang harus dipikul untuk kesejahteraan minda. Guru harus menggunakan ICT sepenuhnya untuk melibatkan para pelajar aktif dalam pengajaran dan pembelajaran seterusnya memikul

tanggungjawab memodenkan minda pelajar dengan menggunakan ICT dalam kehidupan dunia pembelajaran.

4.3

Mempunyai sikap keberanian dan sanggup menerima cabaran.

Mempunyai

sikap

keberanian

dan

sanggup

menerima

cabaran

dapat

diterjemahkan sebagai kebolehan seseorang pegawai tersebut untuk mengemukakan pandangannya secara berani tetapi penuh berhemah dan mempunyai rasa tanggungjawab. Mereka juga merupakan golongan yang sanggup untuk menerima cabaran serta sering berusaha untuk memajukan diri sendiri serta organisasinya, di samping mempunyai semangat yang luar biasa dan berkeupayaan untuk melakukan tugas yang mencabar. Perkara yang paling penting adalah pegawai tersebut berani mengambil risiko dalam setiap tindakan yang diambilnya.

Usaha yang boleh diambil dalam memupuk dan juga membentuk sikap keberanian serta sanggup menerima cabaran di kalangan pegawai awam haruslah bermula dengan pemimpin itu sendiri. Sekiranya pemimpin sesebuah organisasi tersebut

12

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia, Ambilan 12/2011

mempunyai integriti yang tinggi, maka dalam masa yang sama akan wujudlah suasana kerja yang kondusif di kalangan pegawai bawahannya.

Sebagai contoh sikap seorang pegawai yang berani, sebagai seorang pengetua perlulah berani dalam menyampaikan sesuatu idea baru yang bernas terhadap pimpinan bawahannya walaupun bakal menghadapi risiko untuk dikritik dan sebagainya. Seorang pengetua yang berintegriti walaupun mempunyai hubungan serta membina komunikasi yang baik sesama guru yang lain, namun dalam masa yang sama beliau mempunyai sikap tegas supaya guru yang berada di bawah pimpinannya akan sentiasa menghormati beliau sebagai ketua organisasi tersebut.

Seterusnya contoh kedua, cabaran yang dihadapi oleh guru-guru yang dihantar berkhidmat di kawasan pedalaman. Selain faktor kedudukan sekolah yang jauh, kebanyakan mereka sukar menerima jika dihantar bertugas di luar kawasan disebabkan stigma negatif iaitu kemudahan terhad. Lantaran itu, ada yang sanggup menganggur dan menukar profesion daripada dihantar bertugas nun jauh di pedalaman.

Lantaran itu, Guru-guru yang bakal dihantar ke kawasan pedalaman akan dimotivasikan terlebih dulu sebagai persediaan mental dan fizikal mereka. Bagi tujuan itu, kumpulan sokongan akan diadakan bagi memotivasikan guru terbabit menerusi program orientas. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi beliau

13

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia, Ambilan 12/2011

menyatakan bahawa kumpulan sokongan adalah terdiri daripada guru yang sedang mengajar di kawasan pedalaman.

5. PENUTUP

Kesimpulannya, ketiga-tiga aspek berikut merupakan gabungan pelbagai nilai yang sekiranya diterapkan ke dalam diri penjawat awam dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti kepada masyarakat, yang mana setiap satu daripada nilai-nilai ini mempunyai kesan yang cukup besar jika betul-betul dimanfaatkan serta dilaksanakan sebaik mungkin di dalam sesebuah organisasi tersebut.

14

You might also like