You are on page 1of 5

PENILAIAN PENGAJARAN MAKRO

Kumpulan yang dinilai : Kumpulan 4 (Christopher Obos, Mohd. Yusuf Manan, Martin Julong dan Ellyess Awi) Kemahiran : Melompat, merangkak dan berlari zig-zag

Jenis Ketidakupayaan: Sindrom down Penilaian : Bidang a. Pemulaan b. Perkembangan Pengajaran c. Pengurusan Bilik Darjah d. Komunikasi e. Kualiti Pembelajaran f. Penutup g. Pencapaian Hasil Pembelajaran h. Aplikasi Nilai 4 Tahap 4 4 4 4 4 3

Proses Pengajaran dan Pembelajaran: Keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran berjaya dikelola dengan baik dan berkesan. Organisasi perlaksanaannya kemas dan tersusun. Dari permulaan

pengajaran, Ia dilaksanakan dengan jaya bagi menarik minat murid untuk mengikuti perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, dalam set induksi ia dilaksanakan dengan berkesan dan amat menarik minat serta perhatian murid untuk mengikuti perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya.

Kekuatan: langkah-langkah pengajaran teratur dan terkawal. Guru mampu mengawal keadaan murid untuk fokus pada pengajaran yang disampaikan.

arahan yang diberi guru jelas dan dapat dipatuhi / diikuti murid. Ini kerana cara guru berinteraksi dengan murid dan memberi respon terhadap kesalahan, persoalan dan tindakan murid terhadap aktiviti yang dilaksanakan amat baik.

aktiviti permainan kecil dikelola dengan baik dan tersusun. Bahan bantu mengajar disusun dengan teratur ini membolehkan murid melakukan aktiviti dengan lancar dan penuh minat.

rumusan dan kesimpulan proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan baik. Ini membolehkan murid menerangkan kembali aktiviti atau kemahiran yang telah dipelajari.

Kelemahan: aktiviti peneguhan untuk ketiga-tiga kemahiran bagi murid yang telah menguasai kemahiran tidak ditekankan.

dalam menamatkan sesi pengajaran pula, guru tidak membantu murid untuk bersurai. Murid tidak diminta beratur dan guru tidak memimpin murid untuk masuk ke kelas.

Cadangan Penambahbaikan: aktiviti peneguhan perlu dilaksanakan untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran murid. Guru boleh mengwujudkan stesen kemahiran secara litar bagi meneguhkan kemahiran murid.

Merangkak

Melompat

Berlari zig zag ketika menamat sesi pengajaran pula, murid perlu di atur dalam barisan agar memudahkan pemantauan dan kawalan untuk kembali ke dalam bilik darjah.

Kumpulan yang dinilai : Kumpulan 6 (Sani Gaing, Mathew Mohan dan Sahimi Mohd) Kemahiran : Menangkap dan Melambung Bola

Jenis Ketidakupayaan: Sindrom down Penilaian a. Pemulaan b. Perkembangan Pengajaran c. Pengurusan Bilik Darjah d. Komunikasi e. Kualiti Pembelajaran f. Penutup g. Pencapaian Hasil Pembelajaran h. Aplikasi Nilai 4 : Bidang Tahap 4 4 4 3 4 3

Proses Pengajaran dan Pembelajaran: Pengajaran yang telah dilaksanakan berjaya mengwujudkan rasa seronok dikalangan murid untuk mempelajari kemahiran yang disampaikan guru. Suasana yang ceria dan terkawal telah disajikan dengan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Guru mampu menarik minat murid untuk mengikuti perkembangan proses pengajaran sehingga keakhir. Kekuatan: semasa aktiviti memanaskan badan, guru telah berjaya menghidupkan kesenokkan dan kesediaan murid untuk belajar. Langkah ini telah dilaksanakan dengan berkesan.

langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan teratur dan baik terutamanya dari set induksi dan perkembangan pengajaran.

kawalan murid dilakukan dengan baik dan berjaya mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran dikalangan murid.

Kelemahan: semasa melakukan demontrasi, penerangan guru agak kurang teratur dan jelas.Guru melakukan tujukcara secara individu dan bukannya secara kelas. Keadaan ini menyebabkan murid yang lain mengganggu proses penerangan.

jarak antara seorang murid dengan seorang murid adalah terlalu dekat terutamanya semasa permainan kecil. Ini menyebabkan bola dihantar terus kepada pasangan (murid) tanpa perlu dilambung.

pada sesi penutupan pengajaran aktiviti menyejukkan badan dilakukan tergesagesa. Guru tidak melakukan urutan dan tertib aktiviti menyejukkan badan mengikut urutan

Cadangan Penambahbaikan: bagi mengalakkan murid memberi perhatian demontrasi guru sebaiknya dilakukan secara guru kelas (menyeluruh). Ini bukan sahaja memudahkan bahkan dapat

penyampaian

memberi

penerangan

pemahaman

menjimatkan masa guru. Pembetulan kesalahan murid boleh dilakukan semasa murid melakukan aktiviti.

penerangan guru perlu jelas supaya murid mudah memahami isi pengajaran yang disampaikan.

rumusan dan kesimpulan proses pengajaran perlu dilaksanakan untuk mengingatkan kembali kemahiran yang telah diajar pada sesi penutupan.

You might also like