You are on page 1of 15

Afiq Mubasyyir b Amran YM 1202BD0598

Pada peringkat ini ( 3 hingga 8 tahun ) kanak-kanak dapat

bermain menggunakan imaginasi , perkembangan bahasa yang cepat, penggunaan otot-otot halus dan berkebolehan sosial. Kadar pertumbuhan fizikal perlahan jika dibanding dengan pertumbuhan pada tahun pertama kanak-kanak. Ketinggian kanak-kanak pada peringkat ini dua kali ganda ketinggiannya semasa lahir dan berat badannya mungkin dua kali ganda. Otot-otot besar sudah berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembang dengan sempurna.

Jadual 1. Perkembangan Psikomotor Kanak-kanak


Umur ( Tahun ) 3 Perkembangan Psikomotor Melambung bola Menunggang basikal tiga roda Membutangkan bajunya dengan sendiri Suka bermain sendiri Melompat dan berlari Menaiki dan menurun tangga tanpa bantuan Suka bermain sendiri

5 hingga 6

Menggunakan kasut roda Menulis huruf-huruf yang mudah Suka bermain sendiri
Penyelarasan motor dan kawalan tubuh badan bertambah baik Otot sudah matang untuk membaca Pendengaran bertambah tajam dan boleh membezakan bunyi dan perkataan

7 hingga 8

Jadual 2. Perkembangan Fizikal & Kognitif


Fizikal Memegang objek-objek besar dan memanipulasi objek kecil Menunggang basikal roda tiga Melompat dan berlari Menulis huruf-huruf dan perkataan yang mudah Mula boleh mengelaskan objek berdasarkan ciri-cirinya Melukis gambar orang Boleh gunakan gunting Kognitif Mula mengambar dan merancang skema Berupaya mengingati semula peristiwa Permainan membayangkan Mewakili sesuatu dengan simbol mental iaitu dengan bahasa, gambar,/ isyarat Emosinya cepat berubah dan tidak kekal lama(3-6 )tahun Hanya bergaul dengan saudara mara (3-6 )tahun Suka berbergaul dengan rakan sebaya

Jadual 3. Perkembangan Bahasa


Umur ( Tahun ) 3 hingga 4 Perkembangan Bahasa Menguasai struktur ayat dengan mudah Kadangkala mencipta ayat tanpa gramatis Mengubahsuai kata mengikut umur, jantina, status sosial orang kata dan pendengar. Perbendaharaan kata ditambah dengan 2000 10 000 perkataan Menggunakan banyak struktur gramatis yang pendek.

5 hingga 6

6 hingga 8

Perbendaharaan kata ditambah dengan kadar yang cepat Definisi perkataan adalah konkrit, dengan merujuk fungsi dan rupa Kesedaran metalinguistik ditambah baik

Jadual 4. Perkembangan Emosi / Sosial


Umur ( Tahun ) 3 hingga 4 Perkembangan Emosi / Sosial Mempunyai penghargaan diri seperti mainan pembelajaran di sekolah, mencari rakan Regulasi kendiri ditambah baik Mengalami emosi kesedaran kendiri kerap kali Pilihan rakan bermain sama jantina bertambah Mula menjalin persahabatan Keupayaan menginterpretasi meramal, dan mempengaruhi respons emosi orang lain Boleh menggunakan bahasa untuk menunjukkan empati. Kemahiran penyelesaian bertambah baik. Menguasai peraturan yang relevan dalam moral dan tingkah laku

5 hingga 6 tahun

6 hingga 8

Konsep kendiri merangkumi tret peribadi dan perbandingan sosial Penghargaan diri diubahsuai kepada tahap realiti Kesedaran kendiri emosi kebanggaan dan rasa salah adalah dikawal oleh tanggungjawab sendiri Mengenali individu boleh mengalami pengalaman dengan lebih daripada satu emosi pada masa yang sama Boleh menginterpretasi perasaan orang lain Memahami setiap individu menginterpretasi maklumat dengan perspektif yang berbeza. Interaksi rakan sebaya menjadi lebih pro-sosial dan agresif fizikal berkurang.

Implikasi Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (mengajar kanak-kanak berumur 3 -8 tahun )
i- Menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit
Contoh : kanak-kanak menggunakan bahan-bahan maujud seperti guli, batang aiskrim untuk kemahiran menambah dan menolak

ii- Arahan yang diberikan haruslah pendek dan disertai dengan contoh.
Contoh : arahan untuk beratur di luar kelas atau bagaimana untuk menjalankan sesuatu aktiviti diberi dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas. Guru juga boleh berdemontrasi cara melakukan sesuatu dengan jelas

iii- Kanak-kanak pada peringkat ini susah memahami sesuatu

perkara daripada sudut pandangan orang lain.


Contoh : penjelasan tentang nilai atau nasihat harus diberikan dalam ayat yang mudah difahami dan mempertimbangkan dari sudut pandangan kanakkanak tersebut.

iv- Berhati-hati dengan penggunaan perkataan pada peringkat ini .

kadang-kadang sesuatu perkataan membawa makna yang lain atau membawa pelbagai makna.
Contoh : wafi memberitahu cikgunya nak baring yang membawa maksud dia sebenarnya mahu tidur. v- Beri peluang kepada kanak-kanak melakukan hands on

terhadap sesuatu kemahiran. Peluang ini dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak terhadap diri mereka.
Contoh : membentuk perkataan dengan potongan-potogan huruf vi- Sediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Selain

dalam lingkungan dalam bilik darjah atau taska, bawa kanakkanak untuk merasa pengalaman bilik darjah. Pengenalan kepada flora, fauna dan tempat-tempat sebenar yang akan memperkayakan ingatan dan fikiran kanak-kanak.
Contoh : membuat lawatan ke zoo, taman dan sebagainya.

Punca- Punca Berlaku Tingkah Laku Bermasalah Dalam Bilik Darjah


I- Faktor Diri Kanak-kanak
Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Kanak-kanak berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai the potential influence of students free will .

ii- Faktor Keluarga


Mengikut Parsona ( 1964 ) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral.

Kajian-kajian Sandstorm ( 1968 ), Maslow, Combs, Kelly dan Rogers ( 1962 ) dan Bee ( 1975 ) menunjukkan bahawa perasaan ketegangan akan terluah sebagai perlakuan salah penyesuaian yang dilakukan di rumah dan di sekolah.

iii- Faktor Masyarakat


Thrasher ( 1963 ) dan Whyte ( 1943 ) mengatakan apabila salah laku itu sudah

menjadi kebudayaan kecil ( sub-culture ) di sesuatu kawasan itu


maka individu-individu di dalamnya akan menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

iv- Faktor Sekolah / Taska


Keadaan tempat belajar yang sempit atau bersesak akan menimbulkan rasa

tidak selesa kepada pelajar dan akan mendatangkan kesan disiplin.

v- Faktor Suasana Persekitaran Rumah Yang Tidak Selesa


Saiz rumah, bilangan keluarga yang ramai, kawasan rumah, kemudahan asas.

vi- Faktor Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Membosankan


Alat bantu mengajar yang tidak menarik dan cara pengajaran

guru yang monotone dan sukar difahami oleh kanak-kanak. Ini


akan menyebabkn kanak-kanak tidak menumpukan perhatian.

vii- Penilaian Guru Yang Negatif Kepada Kemahiran Kanak-kanak.

Langkah Langkah Mengatasi Masalah Tingkah Laku Kanakkanak


iiiiiiivMengenal pasti tingkah laku yang mahu diubah. Menetapkan matlamat. Mentukan strategi bertindak Merancang plan atau prosedur bertindak.

vvivii-

Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak.


Menilai keberkesanan da mengubahsuai rancangan jika perlu. Memastikan pencapaian matlamat telah ditetapkan.

You might also like