You are on page 1of 17

Berikan definisi konsep-konsep di bawah. Gunakan konsep-konsep yang diberikan untuk membincangkan contoh-contoh yang sesuai. a. Kebudayaan b.

Akulturasi c. Asimilasi d. Tujuh unsur kebudayaan universal

3. Apakah fungsi sosial institusi keluarga dalam masyarakat. Bincangkan fungsi-fungsi tersebut dengan menggunakan contoh-contoh yang tepat. 4.Huraikan konsep-konsep tersebut dengan menggunakan contoh dan diagram (family tree) a. Keluarga asas b. Keluarga luas c. Poliandri dan poligini
INSTITUSI KELUARGA Apakah yang dimaksudkan dengan keluarga? George Peter Murdock - keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambahkan zuriat (Goode, 326) Smelser keluarga sebagai dua atau lebih orang yang ada pertalian darah, perkahwinan atau diambil angkat atau ahli-ahli tersebut tinggal bersama-sama dalam rumah yang sama Asal usul keluarga Larangan inces (Incest taboo) Permulaan keluarga dalam tamadun manusia berpunca daripada peraturan yang menghalang hubungan kelamin di antara ahli-ahli yang rapat dalam keluarga seperti ibu bapa dengan anak atau adik dengan abang Larangan hubungan kelamin di antara adik beradik atau anak dengan ibu disebut larangan inces. Kesan larangan tersebut dalam masyarakat -manusia mengawal hawa nafsu Menghalang lencongan dalam ahli-ahli keluarga -Larangan perhubungan kelamin di dalam satu unit keluarga Anak lelaki dan perempuan terpaksa mencari pasangan di luar unit keluarga mereka -Faedah genetik Gregor Mendel kajian seratus tahun yang lampau Membuktikan faedah membawa darah baru dalam sesuatu keluarga. Perkahwinan di antara saudara mara yang rapat menambahkan kebarangkalian kecacatan mental dan fizikal anak -Faktor pertukaran Pertukaran pengantin di antara dua buah keluarga merapatkan hubungan sosial di antara dua keluarga tersebut -Prinsip sah dari segi undang-undang Tinggal bersama / fungsi perkahwinan meletakkan seorang lelaki menjaga seorang wanita dan anak-anaknya dan juga meletakkan mereka dalam sistem masyarakat.

Kebanyakan sistem keluarga, peranan bapa menjadi penting kerana bertanggung jawab sepenuhnya terhadap unit keluarganya sendiri Tipe Keluarga 1. Keluarga Orientasi (Family of Orientation) Keluarga orientasi ialah keluarga yang di dalamnya seseorang dilahirkan 2. Keluarga prokreasi (family of procreation) Keluarga prokreasi ialah keluarga yang dibentuk seseorang dengan menikah dan mempunyai keturunan

Bentuk keluarga Terdapat dua bentuk keluarga iaitu keluarga asas (keluarga nuklear/nuclear family) dan keluarga luas (extended family). A - Keluarga asas (keluarga nuklear/ nuclear family) terdiri daripada dua orang ibu bapa dan anak-anak sama ada anak kandung atau anak angkat tinggal bersama di dalam rumah yang sama. Terdapat terutamanya dalam masyarakat moden dan industri Juga disebut conjugal family sepasang suami isteri sama ada mempunyai anak atau tidak

Keluarga asas boleh terdiri daripada bentuk perkahwinan monogami atau poligami yang tinggal bersama-sama B - Keluarga luas (extended family) iaitu ahli-ahli yang terdiri daripada keluarga asas, datuk, nenek, bapa saudara, ibu saudara, sepupu tinggal satu bumbung. Ketua biasanya ialah lelaki yang paling tua dan golongan dewasa akan bekerjasama dalam tanggungjawab mencari rezeki dan mengasuh anak-anak Bentuk ini biasanya terdapat dalam masyarakat tradisional dan pra industri Ia juga dipanggil consiguinal family

Dalam kajian Murdock ke atas 250 masyarakat beliau mendapati keluarga luas adalah lebih banyak daripada keluarga asas. Kelebihan keluarga luas; 1. Kecekapan keluarga adalah lebih baik kerana bilangan ahli yang lebih ramai untuk melakukan kerja yang berlainan 2. Menjamin golongan tua dan daif dijaga dengan sempurna 3. Lebih berupaya untuk melindung diri secara kelompok dan wujudnya perasaan stabil Sebaliknya keluarga asas yang terdiri daripada dua orang dewasa dan beberapa orang anak merupakan struktur keluarga yang tidak begitu kukuh. Kelebihan keluarga asas; 1. Mobilti sosial dan geografi 2. Privacy dan kebebasan individu 3. Perasaan mendalam antara ibu bapa dan anak-anak C - Keluarga campuran Jenis keluarga ini terbentuk hasil daripada penceraian yang berlaku dalam keluarga nuklear.

Suami atau isteri akan berkahwin lain dan membawa anak atau anggota keluarga suami atau isteri baru untuk tinggal bersama-sama D Keluarga luas yang diubahsuai Jenis keluarga ini terbentuk berdasarkan rangkaian keluarga asas yang tinggal berasingan tetapi masih mengekalkan hubungan dan bantuan yang diperlukan. Anggota keluarga tidak tinggal berdekatan tetapi kerja bersama atau masih bergantung kepada bapa

Bentuk perkahwinan Amalan perkahwinan dalam kalangan penganut Kristian dan Hindu ialah monogami iaitu perkahwinan seorang suami dan seorang isteri pada masa yang sama Penganut agama islam - lelaki dibenarkan berkahwin bentuk poligami iaitu lebih daripada satu orang isteri poligini

a.Poligni (seorang suami, lebih daripada seorang isteri)

Bentuk perkahwinan antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki pada masa yang sama dinamakan poliandri. Bentuk perkahwinan poliandri kurang diamalkan berbanding poligini.

b. Poliandri (seorang perempuan, lebih daripada seorang suami)

Di Tibet beberapa orang saudara lelaki boleh berkahwin dengan seorang wanita, faktor ini adalah disebabkan kekurangan tanah. Di kalangan orang-orang Toda di India Selatan pada satu ketika dahulu mengamalkan bentuk poliandri beberapa orang saudara lelaki berkongsi isteri pada hari ini bilangan wanita melebihi lelaki bentuk perkahwinan tersebut tidak diamalkan. Cenogami perkahwinan kumpulan bentuk perkahwinan ini melibatkan dua lelaki atau lebih yang berkahwin dengan dua perempuan atau lebih. Seseorang suami dan isteri mempunyai lebih daripada satu pasangan

Cenogami perkahwinan berkumpulan

Bagi masyarakat berkaitan anak yang dilahirkan siapa bapanya tidak penting tiada bapa biologi semua lelaki yang menjadi suami ialah bapa Antropologis dan sosiologis sangat jarang ditemui masyarakat Nayar India, masyarakat Marquesan (Horton & Hunt 1976)

Bentuk/pola authoriti / kekuasaan Patriarkal - Keluarga yang mengutamakan pola authoriti pada kaum lelaki. Suami mempunayai kuasa lebih dalam rumahtangga dan mengawal kehidupan sosial keluarga tersebut

Matriarkal - Sistem di mana autoriti terletak pada kaum wanita. Mengutamakan golongan isteri sebagai mempunyai kuasa untuk bersuara tetapi tidak bermakna berkuasa membuat keputusan kecuali dengan kematian suami Dalam keluarga asas mewariskan harta kepada kaum perempuan Egalitarian kuasa antara suami dan isteri adalah sama banyak. Apabila ramai wanita bekerja di luar rumah dalam kebanyakan negara telah terdapat peralihan daripada sistem patriarkal kepada sistem keluarga egalitarian

Bentuk Pemilihan Pasangan Eksogami (exogamous) - Dalam sesetengah masyarakat terdapat peraturan bahawa ahli-ahlinya mesti memilih pasangan hidup daripada luar kelompoknya Endogami (endogamy) - Pasangan dipilih daripada kelompok yang sama Kebanyakan masyarakat mengenakan larangan inces, dalam sesetengah masyarakat perkahwinan sepupu pun tidak boleh cth perkahwinan taboo keluarga Firaun mengalakkan perkahwinan adik beradik Bentuk/Pola tempat tinggal Perbezaan dalam setiap masyarakat mengenai pola tempat tinggal Neolokal (neolocal,bilocal)- Sekiranya pengantin baru tinggal berasingan daripada kedua-dua keluarga Matrilokal (matrilocal)- Pasangan pengantin tinggal dengan keluarga pengantin perempuan

Patrilokal (patrilocal)- pasangan yang baru berkahwin tinggal bersama-sama keluarga pengantin lelaki - petani-petani Ireland Kajian Murdock menunjukkan sistem neolokal banyak diamalkan dalam masyarakat industri, monogami, individualisme, peranan yang sama lelaki dan wanita Sistem patrilokal adalah amalan biasa dalam masyarakat yang mengamalkan poligni atau dalam masyarakat memburu dan mengumpul Bagi masyarakat yang kaum wanita berkuasa pada tanah, sistem matrilokal diamalkan Bentuk Keturunan dan kepusakaan Terdapat tiga sistem bagi mengesan keturunan dan kepusakaan Patrilineal Dalam bentuk ini perhubungan persaudaraan atau individu itu dihubungkan dengan kelompok keluarga melalui keturunan daripada sebelah bapa. Bentuk ini paling banyak diamalkan dalam masyarakat hari ini.

Matrilineal Dalam bentuk ini seseorang individu itu dihubungkan dengan kelompok keluarga melalui keturunan sebelah ibu. Persaudaraan dikesan melalui keluarga perempuan dan segala harta ibu menjadi pusaka kepada anak-anak perempuan dan sokongan keluarga datangnya daripada saudara lelaki sebelah isteri.

Bilateral keturunan ini menunjukkan hubungan individu yang rapat antara keluarga sebelah bapa dan ibu. Hubungan persaudaraan adalah dikira dari kedua belah pihak

Fungsi sosial institusi keluarga dalam masyarakat Keluarga merupakan institusi yang paling berperanan bagi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, penyayang, toleransi, tolong menolong dan sebagainya kerana keluarga akan berkembang menjadi institusi yang lebih besar iaitu masyarakat Fungsi keluarga dilihat daripada 2 perspektif fungsional dan konflik Fungsional Perspektif ini melihat institusi keluarga dari segi keperluan sosial yang diberikan dan sumbangan positif kepada masyarakat. Oleh itu fungsi sosial institusi keluarga dalam masyarakat ialah; 1.Kawalan tingkah laku seksual (pengesahan hubungan jantina) Setiap masyarakat mengawal tingkah laku seksual ahli-ahlinya, walaupun cara kawalan tersebut berbeza-beza. Dalam kebanyakan masyarakat, terdapat hukum agama dan undang-undang yang melarang perhubungan jenis di luar kawalan perkahwinan. Dalam kajian Murdock (1949) beliau mendapati hanya kurang daripada lima peratus daripada 250 masyarakat yang dikajinya mempunyai sikap liberal terhadap kebebasan seks di luar perkahwinan. 2. Menambahkan zuriat (pembiakan zuriat) Keluarga juga berfungsi menambahkan bilangan ahli ke dalam masyarakat. Tidak ada masyarakat yang boleh kekal lama sekiranya setiap generasi tidak dapat menambahkan ahli. Keluarga juga menentukan peranan ibu dan bapa dalam pengasuhan anak. Walaupun kanak-kanak boleh dilahirkan tanpa pernikahan, keadaan seperti ini tidak mendapat persetujuan sepenuhnya daripada ahli masyarakat. 3. Agen Sosialisasi Proses sosialisasi bermula dalam keluarga, Anak-anak bergantung sepenuhnya kepada kedua ibu bapa mereka untuk mendapat makan minum, perlindungan dan kasih sayang dan mereka mudah dipengaruhi oleh sikap ibu bapa mereka. Keluarga mempunyai fungsi menyalurkan kebudayaan-kebudayaan masyarakat kepada generasi muda seperti nilai, norma, kepercayaan, sikap dan juga bahasa masyarakat tersebut. Memang terdapat agen-agen sosialisasi yang lain seperti rakan sebaya, sekolah dan media massa tetapi keluarga adalah agen sosialisasi yang pertama dan paling berpengaruh dalam pembentukan personaliti kanak-kanak. 4. Sokongan emosi Satu lagi fungsi penting bagi keluarga ialah memberi sokongan emosi kepada ahli-ahlinya. Walaupun terdapat manusia yang suka bersendirian, secara keseluruhan manusia ialah insan yang suka berinteraksi. Manusia bukan sahaja memerlukan persahabatan tetapi juga memerlukan jagaan dan kasih sayang. Memang telah diakui bahawa manusia memerlukan kasih sayang bagi perkembangan normal. Daripada peringkat bayi hingga ke peringkat tua, manusaia memerlukan keluarga masing-masing untuk mendapat kemesraan 5. Kawalan sosial Ibu bapa mengajar anak-anak apa yang betul dan membezakan dengan apa yang salah. Setiap masyarakat memerlukan kawalan sosial iaitu mekanisme yang menentukan ahli-ahlinya mematuhi peraturan. Tanpa kawalan sosial yang berkesan, sesebuah masyarakat akan porak peranda. Di mana sahaja di dunia, kanak-kanak mula mempelajari tentang peraturan daripada ibu bapa mereka. Melalui kawalan sosial inilah, keluarga mengekalkan rukun dan damai dalam masyarakat.

6. Jagaan tehadap anak Orang dewasa mempunyai tanggungjawab menjaga dan mendidik kanak-kanak sehingga mereka dewasa. Ibu bapa memberi tempat perlindungan untuk keselamatan anak-anak kerana ini sudah menjadi tanggungjawab mereka. Tidak ada institusi lain dalam masyarakat yang melaksanakan kedua-dua fungsi melahirkan anak dan kemudian menjaga mereka dengan sempurna atau setakat yang boleh 7. Kerjasama ekonomi Setiap keluarga memainkan peranan ekonomi. Dalam keluarga tani, setiap orang ahli mempunyai peranan untuk memberi sumbangan kepada kerja di ladang. Pekerjaan tersebut adalah mengikut kriteria jantina dan umur pula. Begitulah juga halnya dengan keluarga peniaga kecil. Setiap ahli dalam keluarga mempunyai peranan utama untuk memaksimumkan keuntungan dalam perniagaan. Konflik perspektif konflik menyatakan perkahwinan dan kewujudan institusi keluarga ini tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada individu atau masyarakat melainkan konflik semata-mata. Konflik institusi keluarga mengikut ahli teori ialah ; 1.Mengekalkan ketidaksamaan Wujudnya institusi keluarga menyebabkan penindasan dan mengekalkan ketidaksamaan keluarga yang kaya dan berkuasa akan menindas keluarga yang lemah. Keadaan ini akan berterusan 2. Mewujudkan ketegangan Di dalam keluarga, perkongsian hidup suami isteri sering diuji pelbagai ujian dan akibatnya wujud ketegangan. Perkahwinan menjadi medan perjuangan suami isteri dan masing-masing ingin mengawal pasangan 3. Mengekalkan status kaum lelaki Sistem kekeluargaan ini akan mengekalkan lagi kedudukan tinggi kaum lelaki. Kedudukan lelaki tinggi ketua keluarga, susunan masyarakat perkahwinan perkahwinman - memperkukuhkan keadaan tersebut 4.Perceraian Penceraian mungkin akan berlaku dalam institusi keluarga kesan negatif terhadap anak-anak terbiar salah laku jenayah

Interaksi sosial dan peranan Dalam kehidupan seharian manusia sering berinteraksi dengan ahli-ahli lain kelompok utama atau kelompok sekunder Interaksi sosial berkaitan dengan sosialisasi - seseorang belajar berinteraksi dengan persekitarannya melalui agen-agen sosialisasi Apa itu interaksi sosial Proses di mana seseorang itu bertindak atau memberi gerak balas kepada orang lain Interaksi sosial dapat dilihat dari dua aspek Peringkat mikro - interaksi yang berlaku dari hari ke hari Di dalam pasar surirumah tawar menawar harga ikan, sayur di pasar Di luar pasar dua orang wanita yang sudah lama tidak berjumpa Di tempat meletak kereta polis sedang menjalankan tugas menyaman kenderaan pemandu merayu tidak di saman Peringkat peribadi Interaksi sosial secara peribadi sangat perlu dalam kehidupan manusia tidak kira di rumah, kampung, bandar atau pada peringkat masyarakat yang lebih besar Tanpa interaksi sosial, tali persahabatan tidak boleh dikekalkan, berita tidak boleh disebarkan, perniagaan tidak boleh dijalankan, pembelajaran dan pengajaran tidak boleh berlaku dalam kelas

Proses interaksi sosial membina dan mengekal susunan atau struktur masyarakat seperti institusi-institusi masyarakat, undang-undang, organisasi besar serta pola kebudayaan yang terdapat dalam masyarakat Manusia mempunyai tingkah laku yang kompleks. Tingkah laku berbeza antara satu sama lain, antara situasi dengan situasi yang lain Contoh ; Cara berinteraksi dengan kanak-kanak berbeza dengan cara berinteraksi dengan orang yang lebih tua, interaksi dengan ahli-ahli keluarga juga berlainan dengan rakan sejawat di pejabat Mengapa terjadi perbezaan dalam interaksi? Perbezaan status Status Status ialah kedudukan sosial seseorang dalam masyarakat. Setiap seseorang dalam masyarakat mempunyai beberapa kedudukan tertentu Contoh seorang wanita mungkin seorang doktor, ibu, isteri Bersamaan dengan status yang dipegang, terdapat beberapa hak dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan Jenis-jenis status Status utama (master status) Menentukan kedudukan seseorang dalam masyarakat Jawatan yang dipegang seseorang menentukan status utamanya contoh guru, isteri menteri, pengurus bank dll Status yang diperoleh (ascribed status) - status yang diwarisi pada waktu dilahirkan status lelaki, status Melayu, Budha, dll Status yang dicapai (achieved status) bergantung kepada apa yang telah dilaksanakan contoh: lelaki bujang yang mendirikan rumahtangga memperolehi status suami, mendapat cahaya mata mendapat status ayah, status mahasiswa, dokter, professor dll

Set status bagi seorang individu 22 tahun Siswi universiti Anak perempuan Kakak Kawan

Perempuan

Peranan tingkah laku yang diharapkan sesuai dengan status individu/seseorang Dikemukakan oleh antropologi sosial Ralp Linton Peranan sebagai mahasiswa terdiri daripada kesemua tingkah laku yang berkaitan dengan hak dan tanggungjawab sebagai mahasiswa - peranan mahasisiswa ialah menghadiri kuliah, membuat tugasan, mengambil peperiksaan, mencapai tahap prestasi yang ditetapkan Terdapat beberapa peranan bagi setiap status. Contoh seorang pengurus bank mempunyai tingkah laku tertentu terhadap pegawai bawahannya, pelanggannya Rangkaian peranan dalam status di sebut set peranan Contoh: Set peranan pensyarah Pensyarah ibu bapa isteri

anak

kakak

Status ialah kedudukan seseorang dalam masyarakat Peranan ialah tingkah laku yang berkaitan dengan kedudukan tersebut Bagaimana mempelajari peranan? Peranan dipelajari melalui proses sosialisasi. Peranan-peranan tersebut bergantung kepada kehendak masyarakat. Fungsi peranan Terdapat tiga fungsi peranan dalam sistem sosial Peranan menjadi rangka kerja awal bagi berinteraksi Contoh seorang pesakit pergi ke klinik dengan harapan doktor tersebut akan dapat mengubatinya bukan menyindirnya.

Peranan penting bagi menilai tingkah laku Contoh Dokter merawat pesakit, dan secara tidak sengaja menyebabkan pesakit cedera atau meninggal masyarakat tidak dapat menerima hakikat tersebut sebaliknya masyarakat boleh menerima seseorang yang bekerja menggantung penjenayah seperti pengedar dadah Contoh lain masyarakat mengharap anak lelaki bersifat kelelakian agresif, berani, tahan sakit dll Peranan menentukan personaliti seseorang Contoh apabila seseorang tidak lagi memegang sesuatu peranan ia akan mengubah personalitinya seorang Hakim yang mecapai usia pesaraan akan mengubah personalitinya menjadi pesara

JKA 101 PENGANTAR ANTROPOLOGI SOSIOLOGI Puan Soijah Likin KONFORMITI (Conformity) (kepatuhan) Setiap ahli baru masyarakat yang disosialisasi agar bertingkah laku sama dengan nilai, norma yang diamalkan atau dianuti Konformiti adalah penting dan berhubungan erat dengan sosialisasi. Disebabkan sosialisasi menghasilkan konformiti Jon M. Shepard mendefinisikan konformiti - bentuk interaksi yang di dalamnya seseorang bertingkah laku terhadap orang lain sesuai dengan harapan kumpulannya Cth: mengapa orang lelaki cenderung bertingkah laku sesuai dengan apa yang diharapkan lelaki dan perempuan bertingkah laku dengan apa yang diharapkan oleh perempuan kerana identiti diri kita sebagai perempuan dan lelaki diberikan kepada kita melalui sosialisasi. Sejak lahir ibubapa membentuk anak-anak bertngkah laku sesuai dengan jantina dengan jantina anak-anak pakaian, mainan,warna, cara bercakap, dsb. Walaupun masyarakat berusaha agar setiap ahlinya berkelakuan sesuai dengan harapan masyarakat namun terdapat ahli masyarakat yang menyeleweng Cth: anak lelaki/lelaki berkelakuan seperti anak perempuan/perempuan

DEVIAN (Deviant) (Penyelewengan, lencongan) Kornblum (1989) Definisi devian bergantung kepada penilaian orang Devian atau bukan devian melihat apakah penilaian yang dibuat oleh masyarakat terhadap seseorang yang berbuat sesuatu Apakah reaksi orang terhadap tingkah laku tersebut dan tindakan kepada meeka yang melakukan tingkah laku tersebut Reaksi terhadap pelaku devian sindiran, pujian, penghinaan, hukuman

Devian tingkah laku yang berlainan daripada tingkah laku norma masyarakat, tingkah laku yang dianggap luarbiasa atau buruk, menimbulkan perasaan marah masyarakat, mengambil tindakan untuk melarang, mengutuk, mengeji, menghukum, datangkan kesusahan pada orang lain Devian jenayah langgar undang-undang Tidak langgar undang-undang namun bertentangan dengan norma-norma masyarakat orang bukan islam minum arak boleh tetapi mabuk tak boleh memandu mabuk langgar undang-undang Tingkah laku devian relatif setengah tingkah laku hisap candu, memakai pakaian mandi, wanita memandu kereta penyelewengan W.I.Thomas definisi situasi definisi situasi yang dibuat oleh masyarakat moral, hukum Pada 60an remaja Amerika hippies meninggalkan rumah orangtua, menggembara, hidup bersama tidak menikah, rambut panjang- merupakan penyelewengan kerana melawan tradisi Amerika, tidak mencerminkan kejantanan, bertentangan dengan kitab injil (Tony Simpson, 1973) Agama Sikh mewajibkan kaum lelaki dalam kalangan umatnya berambut panjang

TEORI- TEORI DEVIAN 1.Teori Biologi a- Abad ke 19 - teori awal pendapat seorang doktor Itali Cesare Lombroso (1836 1909) Lanjutkan teori evolusi Darwin Jenis penjenayah boleh dikesan pada peringkat awal evolusi manusia Mengkaji banduan di penjara ukur kepala, luas bidang dada, tinggi badan, berat badan, bentuk bulu kening, lengkung tulang belakang 1911 buat kesimpulan semua penjenayah mempunyai bentuk fizikal yang rendah, dagu panjang, dahi sempit, telinga dan bibir yang terkeluar Pernyataan tersebut telah disangkal tidak berguna dari kaca mata sains doktor berbangsa Inggeris Charles Goving (1913) penemuannya ciri fizikal penjenayah dan bukan penjenayah tidak berbeza b. Teori abad 20 ahli psikologi dan doktor bangsa Amerika William H. Sheldon (1940) bandingkan tingkah laku jenis anjing yang berlainan dengan tingkah laku manusia yang berkaitan dengan jenis bentuk badan Gemuk rendah endomorph suka bersosial, suka makan, mempunyai falsafah hidup yang mudah Kurus - lemah lembut ektomorph sensitif mudah merajuk, tidak begitu bersosial

Tegap,kuat mesomorph mudah resah, banyak tenaga, tidak sensitif c. Faktor kromosom Biasanya lelaki kromosom x dan Y Perempuan 2 kromosom xx Kadangkala mempunyai kromosom xy berlebihan xxy atau xyy Kajian Price (1966, 67) pesakit di penjara Scotland mereka yang mempunyai kromosom Y berlebihan meningkat dan tingkat kecerdasan menurun Ahli kriminologi lelaki yang mempunyai kromosom Y berlebihan cenderung lakukan jenayah Masalah kepada teori ini lelaki kromosom XYY jarang berlaku, terdapat 1 orang daripada 1500 3000 orang Tidak terdapat dalam kalangan wanita Kelemahan teori biologi -Ciri-ciri fizikal tidak mempengaruhi jenayah penyeleweng - tetapi kesan ciri-ciri tersebut kepada masyarakat Cth: kanak-kanak lelaki yang kurus dan pendek tidak mungkin dipilih sebagai ketua kumpulan biasanya yang dipilih badan besar, tegap Masyarakat memberi reaksi terhadap ciri-ciri fizikal dan reaksi tersebut membentuk tingkah laku kita dan bukannya ciri-ciri fizikal tersebut 2. Teori Psikologi Menurut teori psikologi dan psikiatri penyelewengan adalah hasil daripada fikiran siman dan neurotik atau terganggu Teori Personaliti menekankan kepada pengalaman awal kanak-kanak Pengalaman awal (pahit) pada peringkat kanak-kanak memberi kesan buruk kepada perkembangan persoaliti Teori Psikologi bahawa proses ini tidak dipengaruhi oleh kebudayaan sekeliling 3. Teori Sosiologi Melihat kepada faktor masyarakat dan kebudayaan yang menyebabkan orang dilabel sebagai penyelewengan dan kemudian diberi layanan yang sewajarnya

Terdapat 5 teori sosial mengenai penyelewengan a.Teori Anomie Durkheim - Penerangan tentang penyelewengan Suicide Durkheim (1875) membahaskan bahawa mana-mana manusia yang membunuh diri disebabkan oleh keadaan masyarakat bukan individu -Salah satu keadaan masyrakat ialah anomie satu keadaan yang tidak ada norma atau peraturan dan nilai-nilai serta peraturan tradisional telah tidak dipatuhi oleh ahli-ahli masyarakat - Kajian klasik beliau 1897 di Eropah Durkheim telah membuktikan bahawa kadar pembunuhan diri tinggi pada zaman ekonomi meleset sama dengan zaman kegemilangan ekonomi b.Teori Anomie Merton Teori makro Durkheim telah dipinda oleh Robert K Merton (1938) Beliau percaya bahawa penyelewengan adalah disebabkan oleh jurang antara matlamat sesebuah masyarakat dengan cara-cara yang dipersetujui bai mencapai matlamat tersebut Katakanlah semua orang inginkan kehidupan yang senang. Semua orang sukakan kejayaan. Media massa memberi liputan kepada kejayaan-kejayaan individu. Kalau nak hidup senang mempunyai pendidikan tinggi tidak semua berkemampuan mendapat pendidikan tinggi mencari jalan mudah untuk kaya Menurut Merton orang-orang yang gagal capai matlamat yang ditetapkan masyarakat akan cuba menyesuaikan diri mereka dengan kegagalan tersebut dengan berbagai-bagai cara Beliau membahagikan orang-orang yang gagal ini kepada 4 bahagian a. innovasi - orang yang suka membuat pembaharuan dan cuba mencapai matlamat masyarakat dengan cara penyelewengan, cth : loteri haram, peras ugut, jenayah kolar putih, pemalsuan ijazah b. ritualist berpegang kuat tingkah laku seseorang telah tinggalkan tujuan budaya namun masih tetap berpegang kepada cara-cara yang digariskan masyarakat c. retreatist menarik diri glongan penyeleweng seperti ini merasa berputus asa mengenai matlamat dan cara-cara tingkah laku yang diterima masyarakat seperti penagih dadah d. pemberontak mereka yang cuba membentuk norma dan matlamat baru seperti ahli politik yang radikal, perkahwinan sesama jantina 4. Teori Penyaluran Kebudayaan

a. Sellin (1938) penyelewengan adalah hasil daripada konflik yang terdapat pada norma-norma kebudayaan Menganalisa kenapa terdapat kelompok-kelompok kecil dalam masyarakat yang memunyai pandangan tertentu terhadap undang-undang Kebudayaan kecil seperti gangsterism mempunyai skop yang berlainan daripada masyarakat biasa terhadap polis dan undang-undang Ahli kumpulan gangster mempelajari norma-norma kumpulan tersebut dan akibatnya membentuk personaliti memberontak b.Miller (1958) Mengembangkan lagi idea-idea Sellin kaitan kebudayaan dengan tingkah laku penyelewengan menyatakan di kalangan gangster atau ahli kongsi gelap terdapat satu kebudayaan yang nyata Di kalangan kumpulan tersebut sifat-sifat seperti handal kuat berani melawan polis adalah disanjung tinggi Sellin & Miller menyatakan lencongan adalah hasil daripada seseorang yang cuba mengenalpasti dirinya dengan satu kebudayaan kecil yang mempunyai norma bertentangan dengan kebudayaan besar Soalan, Kenapakah terdapat mereka yang menerima kebudayaan penyelewengan manakala kumpulan lain menolak kebudayaan tersebut? Jawapan Edwin Sutherland (1939) menyatakan segala tingkah laku peyelewengan adalah dipelajari. Kita menerima norma satu-satu kebudayaan apabila kita berbaik dengan ahli-ahli dari kebudayaan tersebut Sekiranya seorang belajar mematuhi undang-undang orang lain akibat pergaulannya dengan pihakpihak tertentu jadi penyeleweng 5. Teori Label Teori interaksi yang menjadi pendekatan utama untuk menjadi penyeleweng Teori label dikemukakan oleh Howard Becker The Outsider (1963) menolak teori-teori psikologi dan sosial yang lain teori-teori tersebut anggap penyelewengan penyakit/masalah yang hanya boleh disembuh melalui proses kawalan oleh masyarakat Penyelewengan terjadi terdapat kelompok-kelompok tertentu dalam masyarakat yang boleh memaksa peraturan kepada kelompok-kelompok lain

Kelompok yang berkuasa menentukan apakah yang dianggap sebagai penyelewengan dan apa pula yang tidak Penyelewengan bukanlah dinilai dari segi kesan atau akibat tingkah laku tersebut terhadap orang lain Menurut ahli sosiologi tindakan melabel seseorang sebagai penyeleweng akan membawa kepada kenyataan Apakah kesan label terhadap seorang? Menyebabkan stigma iaitu satu cap atau tanda buruk yang telah dilekatkan kepada orang yang menyeleweng Mereka yang dianggap sering menyeleweng akan menerima stigma tersebut Masyarakat juga akan mengelakkan interaksi dengan orang menyeleweng, menghukum, memulau Terdapat 3 jenis interaksi yang dikaitkan dengan melabel a. Streotaip Memberi gambaran sepenuhnya mengenai seseorang berdasarkan maklumat yang sedikit Orang yang muka masam sombong, kurus kedekut Masyarakat majemuk streotaip berdasarkan ras b.Tafsiran restrospektif Identiti seseorang ditukar dengan sekelip mata apabila menyeleweng Rakyat biasa membunuh, merogol pembunuh, perogol Tingkah laku baik sebelumnya tidak ditonjolkan lagi tingkah laku yang membuktikan kenapa dia patut dianggap penyeleweng c. Perundingan Proses interaksi yang berlaku antara di antara orang yang dilabel menyeleweng dengan pegawai undang-undang jenis keputsan atau hukuman yang dibuat oleh pihak berkuasa bergantung kepada proses perundingan 6. Teori konflik Dikenali juga sebagai teori kriminologi Dikemukakan oleh ahli-ahli sosiologi Taylor, Walton, Young (1973) menolak kesemua teori biologi, psikologi, sosial

Tumpuan kepada keadaan masyarakat Soalan-soalan yang dikemukakan kenapakah hanya separuh sahaja undang-undang yang dikuatkuasakan? Kenapakah pula hanya setengah orang yang melanggar undang-undang ditangkap dan yang lain tidak Menurut teori sosial kawalan sosial perlu untuk mengekalkan nilai dan susunan masyarakat . Ia mengandaikan kebanyakan orang mempunyai set nilai yang sama dan menerima susunan masyarakat yang sedia ada pandangan fungsional ini tidak dipersetujui oleh ahli-ahli teori konflik Mereka menyatakan tidak semua orang dalam masyarakat mempunyai nilai , norma dan tingkah laku yang sama Nilai, norma tingkah laku dari sokongan masyarakat yang berkuasa mengatasi dan menindas golongan bawahan Segala undang-undang dan peraturan dikatakan digubal untuk menjaga kepentingan kelas-kelas tertentu Mereka menegaskan kelompok yang berkuasa mempunyai hak untuk melaksanakan kepercayaan bagi kepentingan mereka sendiri

Kejadian-kejadian tingkah laku penyelewengan Teori jenayah dikemukakan oleh Edwin H.Sutherland menurutnya sebab-sebab berlaku jenayah adalah seperti berikut 1.Tingkah laku jenayah adalah dipelajari melalui proses interaksi simbolik dengan rakan sebaya 2.Pengaruh sahabat karib sangat kuat bagi mempelajari tingkah laku jenayah 3. Penjenayah merasakan akan mendapat keuntungan daripada melakukan jenayah 4. Penjenayah telah mempelajari teknik untuk melakukan jenayah Jenis-jenis jenayah Ahli sosiologi pula mengelaskan jenayah mengikut bilamana jenayah itu dilakukan dan apakah pula pandangan masyarakat terhadap kejadian jenayah tersebut 1.Jenayah ganas rompak, bunuh, rogol, tidak dikenali, cuba dapatkan wang/barang

2.Jenayah Profesional sebagai satu kerjaya, mengkhusus dalam jenayah tertentu, merancang 3. Jenayah harta benda berhadapan mangsa atau tidak 4. Jenayah kolar putih diperkenalkan oleh ahli kriminologi A.S. Edwin Sutherland 1940an dulu Kajian ke atas 70 syarikat-syarikat besar 900 kes-kes tuduhan penipuan, rasuah, penyalahgunaan wang simpanan hal biasa di kalangan ahli perniagaan tetapi jarang dikesan atau di bawa ke pengadilan 5. Jenayah tanpa mangsa tidak melibatkan mangsa atau pihak kedua kecuali orang yang terlibat dengan jenayah tersebut Amerika Syarikat 1973 pengguguran merupakan jenayah sekarang sah di sisi undang-undang Arak, judi, zina hukum berat di negara-negara islam 6. Jenayah negara genocide pencucian etnik

Sebab-sebab peningkatan kadar jenayah 1. Komposisi umur dalam jumlah penduduk telah berubah ramai penduduk golongan muda 19 25 th terlibat jenayah ganas 2. Kesan urbanisasi yang kian pesat penumpuan penduduk pada pusat metroplitan dan kawasan sekitarnya kadar jenayah lebih tinggi di bandar berbanding luar bandar 3. Banyak barangan yang boleh dicuri atau dirompak kawalan sosial yang kurang berkesan 4. Mangsa jenayah melapor ke polis 5. Golongan minoriti mengharapkan peningkatan taraf sosial dengan cara mudah menyebabkan peningkatan kadar jenayah 6. Kadar pengangguran dan kemiskinan meningkat Bunuh Diri Tindakan mengambil nyawa diri sendiri secara sengaja dan sukarela Pembunuhan diri Emile Durkheim Suicide 1897 kelaskan Suicide kepada 3 kategori a. Pembunuhan diri egoistik berlaku apabila tingkah laku tidak normal tidak dapat di kawal oleh masyarakat. Individu tidak mengambil berat tentang masyarakat atau komuniti

b. Pembunuhan diri altruistik perasaan tanggungjawab terhadap masyarakat Seppuku atau Harakiri askar-askar Jepun pada masa perang Dunia Kedua dipandang tinggi c. Pembunuhan diri anomie disebabkan oleh kegagalan masyarakat untuk mengawal tingkah laku ahliahlinya contoh ekonomi meleset harga pasaran saham jatuh bunuh diri tidak sanggup menderita atau hadapi kenyataan hidup telah berubah Kawalan Sosial Talcott Parsons (1951) Tujuan memperbaiki tingkah laku menyeleweng Kawalan Sosial Formal Terdiri daripada organisasi dan peraturan yang ditubuhkan untuk menentukan segala undang-undang dan peraturan itu dipatuhi polis, penjara, hospital sakit jiwa Tujuan Kawalan Sosial Formal a. Balasan kepada orang yang bersalah setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan - amaran b. Hukuman ke atas penjenayah c. Memulihkan bentuk program rawatan, latihan Cara-cara Kawalan Sosial 1. Pengasingan pisahkan dengan masyarakat terdapat usaha pulihkannya banduan di penjara 2. Insulasi menghadkan hubungan orang yang menyeleweng dengan orang lain tetapi mengasingkannya terus dengan masyarakat setelah pulih kembalikan semula ke masyarakat hospital sakit jiwa Tampoi, Tanjung Rambutan 3. Pemulihan setelah melalui program pemulihan penyeleweng bersedia kembali ke pangkuan masyarakat pusat pemulihan akhlak diajar kemahiran, agama

Kawalan Sosial Tidak Formal Berlaku dalam kelompok kecil kritikan, ejekan, sindiran, memulau (Crossbie, 1975) Cara-cara Kawalan Sosial Tidak Formal 1. Ganjaran sosial persetujuan kelompok naik pangkat Tujuan supaya patuh kepada nilai atau norma kelompok 2. Kawalan negatif hukuman, asing, pulau, kritik

3. Pujukan kembali ke pangkal jalan

You might also like