You are on page 1of 1

Pada hari Sabtu 22 Nov 2008, saya telah mengajak kawan saya, Chang Chu Shen bersama pergi

ke sekolah untuk mengumpul sampah yang boleh dikitar semula. Hal ini kerana kami ingin mengurangkan samaph yang ada di sekolah dan juga menyumbang sedikit bagi memelihara alam sekitar yang telah dicemari. Kami etlah sampai di sekolah pada pukul 11.00 pagi dan memulakan aktivit pada 11.30 pagi. Pertama sekali, kami telah menyumbang tenaga dengan mengumpul sebanyak mungkin sampah yang dibuang oleh pelajar di sekolah. Kami telah menggunakan selama 30 minit untuk mengumpul sampah yang boleh dikitar semula. Saya telah menyumbang idea dengan menggunakan sebuah bekas plastik yang besar unutk mengisikan sampah-sarap yang telah dikumpul suapya memudahkan pembawaan. Setelah mengumpul sampah-sarap yang mencukupi, kami telah menempatkan sampah-sarap tersebut di hadapan tandas. Di samping itu, saya telah bekerjasama dengan Chu Shen untuk membahagikan sampah-sarap yang dikumpul kepada tiga jenis iaitu kertas, kaca dan plastik serta tin aluminium. Kami juga telah meluangkan masa untuk mengemaskan kertas yang dikumpul dan mengikatnya. Saya telah menyumbang idae supaya membungkus semua barang dengan beg plastik supaya barang tersebut menjadi tersusun apabila diletakkan ke dalam tong kitar semula. Seterusnya, kami telah meletakkan bungkusan tersebut menurut warna tong kitar semula iaitu warna biru untuk kertas, warna coklat untuk kaca dan warna jingga untuk tin aluminium dan plastik. Dalam aktiviti, saya telah melaksanakan kewajipan secara bertanggungjawab. Saya juga telah melakukan tugasan tersebut dengan rajin sekali. Selain itu, sikap prihatin saya telah menyebabkan beberapa keping kertas yang bercampur dengan kaca diasingkan semula. Semasa menjalankan aktiviti ini, saya telah berjaya mengawal keadaan dan menyelesaikan aktiviti tepat pada masa yang ditetapkan. Aktiviti tersebut juga telah mengajar saya erti kepimpinan kerana telah mengawal gerak eri kawan saya, Chu Shen. Melalui aktiviti kitar semual ini, saya telah sedar bahawa kepentingan kitar semula terhadap alam sekitar. Saya juga telah insaf kerana selama ini tidak mengambil berat dan mengabaikan kitar semula dalam seharian hidup. Di samping itu, saya telah mengambil iktibar melalui aktiviti ini supaya lebih giat dan aktif dalam aktiviti kitar semula pada masa depan. Saya turut telah berubah sikap dan menjadikan aktiviti ini sebagai rutin harian di rumah atau sekolah saya. Laporan disediakan oleh

You might also like