You are on page 1of 7

KOMPONEN I SOALAN 1B (i) Jelaskan tatacara jika prosiding jenayah dimulakan terhadap guru X.

Berdasarkan kepada kenyataan yang dberikan, guru X telah melanggar peraturan kelakuan Perkara 4(2) iaitu tidak jujur dan tidak amanah dalam menjalankan tugas sebagai pegawai awam. Beliau dituduh tidak jujur dan tidak amanah kerana disyaki membuat tuntutan perjalanan palsu. Huraian di bawah adalah dijelaskan tatacara jika prosiding jenayah dimulakan terhadap guru X. Pegawai perlu memaklumkan kepada Ketua Jabatan serta merta apabila prosiding jenayah dimulakan. (Peraturan 28(3) P.U.(A) 395/1993) Pendaftar Mahkamah atau Penolong Pendaftar Mahkamah hantar surat kepada Ketua Jabatan memaklumkan tentang pertuduhan, tarikh ditangkap dan pegawai dijamin atau tidak. (Peraturan 28(3) P.U.(A) 395/1993) Ketua Jabatan perlu dapatkan laporan daripada Pendaftar Mahkamah dan dihantar kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dengan syornya sama ada pegawai itu patut ditahan daripada kerja. (Peraturan 28(3) P.U.(A) 395/1993) Pihak Berkuasa Tatatertib dengan syor Ketua Jabatan boleh ambil tindakan tahan kerja pegawai tersebut. (Peraturan 28(4) P.U.(A) 395/1993) Jika pegawai disabitkan kesalahan, Pihak Berkuasa Tatatertib berkuasa buang kerja sementara menunggu keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib. (Peraturan 45 P.U.(A) 395/1993) Jika pegawai berjaya dalam rayuan dan dibebaskan oleh mahkamah, dia boleh bekerja dan dibayar emolumen yang tidak dibayar semasa dia ditahan dan digantung kerja. (Peraturan 28(9) P.U.(A) 395/1993)

Tanggungjawab Ketua Jabatan jika Terdapat Sabitan Jenayah: i. Jika disabitkan kesalahan, Ketua Jabatan mohon daripada pendaftar

mahkahmah satu salinan keputusan-keputusan tersebut. Ketua Jabatan pula akan hantar salinan itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang ada kuasa untuk jatuhkan hukuman buang kerja beserta dengan rekod perkhidmatan pegawai itu dengan mengesyorkan sama ada pegawai itu: a. Dibuang kerja atau diturunkan pengkat. b. Dikenakan apa-apa hukuman selain dibuang kerja atau turun pangkat. c. Ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam. d. Tidak dikenakan apa-apa hukuman. Sumber: Modul KISSM IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan.

(ii)

Nyatakan jenis-jenis hukuman yang akan dihadapi oleh guru X jika disabitkan dengan kesalahan tersebut. Amaran. Satu bentuk hukuman yang paling ringan dijatuhkan oleh Pihak

Berkuasa Tatatertib terhadap seseorang pegawai yang disabitkan kesalahannya. Hukuman ini dalam bentuk peringatan bertulis supaya pegawai tersebut tidak mengulangi kesalahan yang disabitkan. Hukuman sebegini perlu direkodkan dalam Kenyataan Perkhidmatan pegawai tersebut. Denda. Satu bentuk hukuman tatatertib dalam bentuk wang tunai yang perlu dibayar kepada Kerajaan oleh pegawai yang disabitkan kesalahannya oleh Pihak Berkuasa Tatatertib. Hukuman seperti ini perlu direkodkan dalam Kenyataan Perkhidmatan pegawai. Tangguh pergerakan gaji. Satu bentuk hukuman tatatertib yang dilakukan kepada pegawai yang disabitkan kesalahan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib. Hukuman ini dalam bentuk penangguhan pergerakan gaji tahunan bagi tempoh tiga bulan, enam bulan, sembilan bulan atau dua belas bulan. Tarikh pergerakan gaji pegawai akan berubah. Turun gaji. Satu bentuk hukuman tatatertib yang dilakukan kepada pegawai yang disabitkan kesalahan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib. Hukuman ini dalam bentuk tiga pergerakan gaji dan tempoh hukuman di antara satu hingga tiga tahun. Dalam tempoh hukuman, pegawai tidak berhak mendapat apa-apa pergerakan gaji dan tarikh pergerakan gaji akan berubah. Turun pangkat. Satu bentuk hukuman tatatertib yang dilakukan kepada pegawai yang disabitkan kesalahan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib. Hukuman ini dalam bentuk penurunan pangkat ke satu gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama. Buang kerja. Satu bentuk hukuman tatatertib yang paling berat dilaksanakan kepada pegawai yang disabitkan kesalahan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib. Hukuman

ini dalam bentuk penyingkiran pegawai dari perkhidmatan awam. Pegawai yang dijatuhkan hukuman ini akan hilang semua faedah persaraan. Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. www.jpa.gov.my

KOMPONEN I SOALAN 2A Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan aspek nilai-nilai peribadi asas yang sepatutnya diamalkan oleh penjawat awam bagi meningkatkan integriti dalam Perkhidmatan Awam. Amanah. Seseorang pegawai awam perlu amanah dalam menjalankan tugas atau dengan erti kata lain menjalankan tugas dengan jujur seperti yang telah diarahkan oleh pegawai atasan. Sebagai contoh, seorang pegawai awam seperti guru perlu amanah dalam menguruskan hal kewangan pelajar, amanah dalam menunaikan tugas sebagai seorang guru seperti mengajar, masuk ke kelas pada masa yang ditetapkan dan amanah dalam menguruskan rekod-rekod peribadi dan kemajuan murid. Bertanggungjawab. Seseorang pegawai awam perlu bertanggungjawab atau mempunyai akauntabiliti penuh terhadap tugas yang telah diamanahkan. Sebagai contoh, seorang guru perlu menunaikan tanggungjawab kepada diri sendiri, murid dan ibu bapa, rakan sekerja dan sekolah. Semua tanggungjawab guru ini perlu dipenuhi dan perlu memastikan semua tanggungjawab telah dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, seorang guru perlu bertanggungjawab dalam mendidik dan mengajar murid, bertanggungjawab dalam mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa, bertanggungjawab dalam membentuk budaya kerja yang baik dengan rakan sekerja dan bertanggungjawab dalam mematuhi budaya sekolah dan melaksanakan visi dan misi sekolah. Ikhlas. Seseorang pegawai awam seperti guru perlu ikhlas dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan tanpa mengharapkan sebarang bentuk ganjaran daripada murid ataupun ibu bapa. Sebagai contoh, seorang guru tidak boleh meminta bayaran tambahan jika seseorang murid mahu berjumpa guru untuk bertanyakan topik yang murid tersebut tidak memahaminya. Guru perlu ikhlas dalam mendidik murid supaya guru tersebut dapat mengajar dalam suasana yang tenang, ceria dan bersungguh-sungguh.

Berdedikasi. Berdedikasi bermaksud seorang penjawat awam perlu bekerja tanpa rasa jemu terhadap bidang tugas yang telah diamanahkan, bersedia menjalankan tugas dengan hati yang terbuka dan sentiasa mengharapkan kejayaan dalam setiap tugas yang diamanahkan. Sebagai contoh seorang guru perlu berdedikasi dalam mengajar walaupun matapelajaran atau topik yang diajar telah diulang-ulang selama beberapa tahun. Seorang guru yang berdedikasi perlu menunjukkan dedikasi yang tingi terhadap pengajaran dan pembelajaran, budaya kerja, murid, ibu bapa dan sekolah. Berdisiplin. Disiplin bermaksud mengikuti peraturan dan mematuhi kod etika yang telah ditetapkan oleh majikan. Pegawai awam seperti guru perlu menunjukkan disiplin yang tinggi terhadap tugas sebagai contoh mematuhi peraturan waktu bekerja, mematuhi peraturan ketrampilan diri seperti memakai pakaian yang mencerminkan seorang guru, potongan rambut yang sesuai serta menunjukkan tingkah laku yang sopan pada setiap masa. Berdisiplin bermaksud tingkah laku baik yang seharusnya diamalkan pegawai awam seperti guru dan lain-lain. Bekerjasama. Bekerjasama bermaksud sikap saling tolong menolong dan saling bantu membantu dalam melaksanakan sesuatu kerja. Seorang pegawai awam seperti guru perlu menerapkan elemen kerjasama ini dalam budaya kerja mereka. Sebagai contoh, guru perlu bekerjasama dengan murid bagi mewujudkan suasana dan interaksi pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan berkesan. Guru juga boleh mewujudkan kerjasama dengan guru-guru lain dalam menjayakan aktiviti sekolah. Dengan wujudnya hubungan kerjasama yang baik maka kerja tersebut dapat diringankan dan kualiti kerja yang dihasilkan lebih tinggi. Selain itu, guru juga boleh bekerjasama dengan ibu bapa bagi mencari idea dan menyelesaikan masalah disiplin pelajar yang timbul di sekolah. Bersih. Bersih bermasud bersih dari segi rohani dan bersih dari segi fizikal. Bersih rohani bermaksud seorang pegawai awam contohnya guru perlu membersihkan jiwa dari sebarang penyakit-penyakit rohani seperti dengki, tamak, gila kuasa dan pendendam. Seorang guru yang baik harus membuang sifat dengki terhadap rakan sekerja, tidak tamak dalam menjalankan tugas dan bekerja dengan hati yang rela serta berfikiran terbuka. Definisi bersih fizikal pula bermaksuh menjaga kebersihan diri seperti

memakai pakai yang bersih dan menjaga kesihatan diri supaya seorang guru dan penjawat awam selesa didekati oleh murid dan masyarakat. Tekun. Sinonim kepada perkataan tekun ialah rajin. Seorang pegawai awam seperti guru perlu rajin dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dan bekerja dalam keadaan ceria dan menyeronokkan tanpa sebarang tekanan. Seorang guru perlu rajin dalam mencari idea-idea baru untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, rajin dalam beribadah dan rajin dalam memberi kerjasama kepada kawan-kawan sekerja yang memerlukan. Ketekunan dan kerajian dalam bekerja akan memastika seseorang guru menyiapkan segala kerja yang diberikan siap dalam tempoh masa yang ditetapkan dah hasil kerja tersebut mempunyai nilai kualiti yang tinggi. Sederhana. Definisi sederhana dalam nilai peribadi asas merujuk kepada sederhana dalam bekerja dan berehat, berbelanja, berpakaian dan pertuturan. Seseorang pegawai awam seperti guru perlu sederhana dalam bekerja sebagai contoh tidak bekerja tertalu kuat sehingga mengabaikan tanggungjawab lain seperti menunaikan ibadah dan menjaga kesihatan diri. Oleh yang demikian seseorang guru juga tidak boleh mengambil kesempatan di atas sifat sederhana ini dimana tidak melaksanakan tanggungjawab secara bersungguh-sungguh tetapi perlu besederhana dalam bekerja tanpa melakukan sesuatu yang boleh memberi kesan negatif kepada diri dan emosi. Seorang guru juga perlu besederhana dalam bertutur kata supaya tidak wujud elemen-elemen riak dan meninggi diri. Pertuturan dan komunikasi yang baik akan memberi keselesaan kepada orang lain. Adil. Adil bermaksud seorang pegawai awam perlu mengamalkan sikap berkecuali kepada masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Sebagai contoh, seorang guru perlu memberikan layanan yang sama rata kepada semua murid dari kaum lain seperti Melayu, Cina dan India dalam aspek pengajaran dan pembelajaran tanpa wujud sebarang sikap bias. Keadilan dan kesamaan hak yang diberikan oleh guru akan mewujudkan iklim dan kondusif di dalam kelas seterusnya menjadi pemangkin kepada membina masyarakat yang bersatu padu di Malaysia. Sumber: Daut Darus (Fasilitator KISSM)

You might also like