Pmerhatian perlakuan, percakapan dan bahasa
Keputusan ujian penglihatan dan pendengaran
Laporan perubatan
Laporan pertemuan dan konferen dengan ibu bapa
Rekod intervensi
Rekod kehadiran ke sekolah
Dalam pelaksanaannya aktiviti saringan mungkin merupakan sebahagian daripada prosesrujukan. Pada umumnya
rujukan ini dibuat oleh guru kelas atau ibu bapa yang melihat prestasiyang sangat rendah dan perlakuan yang tidak sesuai dalam bilik darjah. Dalam merujukseseorang pelajar untuk tujuan saringan , guru perlu menjelaskan sesuatu masalah sacaraspesifik. Contohnya, dalam melaporkan kelemahan pelajar dengan hanya menjelaskan
“mempunyai prestasi yang rendah terutama dalam bacaan “ adalah tidak memadai. Laporan ini
akan lebih membantu sekiranya guru menjelaskan seperti berikut:Ahmad mempunyai tahap kebolehbacaan yang paling rendah dalam kelas berdasarkanprestasinya dalam bacaan secara kumpulan. Ahmad menghadapi kesukaran menyebutgabungan suku kata terbuka dan tertutup dan menyebut perkataan
–
perkataan yang
mengandungi ………
UJIAN DIAGNOSTIK
Merupakan ujian yang digunakan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapipelajar dan mengesan punca-punca yang menyebabkan masalah itu berlaku. Maklumat ujianini digunakan sebagai asas merancang penggunaan kaedah, aktiviti, dan bahan yang khususuntuk membantu pelajar mengatasi kesulitan pembelajaran yang dialami.Ujian diagnostik merupakan satu jenis ujian formatif. Penggunaan ujian ini berasaskan rasionalbahawa kelemahan pelajar mempelajari sesuatu aspek kemahiran asas berpunca daripadakecelaruan pentafsiran panca indera terutama sekali deria penglihatan dan pendengaran yangmengakibatkan kecacatan pengamatan pelajar terhadap ransangan pembelajaran.Ujian diagnostik dapat memberikan maklumat mengenai aspek kelemahan pelajar secaraindividu. Tumpuan ujian adalah untuk mengukur kelemahan prestasi pelajar dalam sesuatukemahiran dan masalah yang dihadapinya. Selalunya ujian ini dibina untuk mengukur secaramendalam masalah pembelajaran pelajar bagi membolehkan guru merancang aktivitipemulihan yang sesuai kepada pelajar berkenaan. Contoh ujian diagnostik ialah ujian bacaan