You are on page 1of 1

Kajiselidik untuk pesakit dan ahli keluarga pesakit.

1. Bagi pendapat awda, apakah kencing manis? 2. Bagaimana dan dimanakah awda mendapati bahawa awda telah menghidapi penyakit kencing manis? Kencing manis apakah yang awda hidapi: 1 atau 2?

3. Bagi pendapat awda, apakah penyebab-penyebab penyakit kencing manis sekarang ini? Adakah ianya sesuatu yang boleh dihindari? Jika ya, bagaimana? 4. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi bagi penghidap penyakit kencing manis? - Adakah menghidap penyakit kencing manis boleh merubah personaliti seseorang? - Adakah awda merasakan awda cukup berpengetahuan bagi menangani kencing manis? 5. Dari segi apakah mengidap penyakit kencing manis boleh melibatkan orang luar seperti keluarga dan kawan-kawan?

6. Dari segi apakah mengidap penyakit kencing manis boleh mengubah cara kehidupan awda? Apakah pengubahsuaian dari segi kehidupan seharian yang telah awda lakukan? 7. Adakah awda telah membuat pengubahsuaian dari segi kehidupan seharian awda: dari segi pemakanan dan aktiviti aktiviti seharian? Adakah awda tekad dengan perubahan yang telah dibuat?

8. Adakah awda lebih menyukai perubatan secara tradisional atau perubatan moden? Adakah awda merasakan bahawa cara perubatan tersebut boleh menyembuhkan kencing manis? Kepada orang yang baru sahaja mendapati bahawa ianya telah menghidap penyakit kencing manis, adakah mereka akan melakukan sesuatu untuk menyembuhkannya atau mereka akan membiarkannya?

You might also like