You are on page 1of 2

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

perancang bandar & wilayah

PERANCANG BANDAR DAN WILAYAH


Pembukaan dan pembangunan sesuatu kawasan seperti bandar-bandar baru dan kawasankawasan penempatan memerlukan perancangan, susun atur serta pelan yang sistematik. Ini bertujuan mengelakkan sesebuah kawasan yang dibangunkan itu mendatangkan masalah dalam jangka panjang seperti kesesakan, pencemaran serta pembangunan persekitaran yang tidak teratur. Mereka yang terlibat secara langsung dengan tugas yang berat lagi mencabar ini ialah jururancang bandar dan wilayah. Apakah sebenarnya tugas sebagai jururancang bandar wilayah? Pekerjaan ini merangkumi penyediaan pelan-pelan pembangunan yang memandu arah dan corak pembangunan. kawasan-kawasan bandar, wilayah atau kawasan luar bandar. Mereka juga terbibat dalam penyediaan pelan-pelan tempatan yang lebih terperinci yang sangat diperlukan kawalan pembangunan. Selain itu, sebagai perancang mereka bertanggungjawab menterjemah dasar dan aspirasi kerajaan ke dalam pembangunan penempatan supaya selesa di diami rakyat. Dalam menjalankan tugasnya seorang jururancang dibantu oleh pembantu teknik dalam kerja-kerja seperti melukis dan mewarna pelan, membuat kajian tapak, mengumpul dan memproses data serta lain-lain kerja berkaitan. Kursus perancangan bandar dan wilayah yang ditawarkan di universiti dan institusi pengajian tinggi tempatan bertujuan melatih dan mengeluarkan jururancang bandar dan wilayah yang diperlukan negara. Selain itu, ia bertujuan membentuk dan memperkembangkan suatu rangka pendidikan yang sesuai dengan keperluan dan aspirasi negara pada masa kini dan akan datang. Semasa pengajian pelajar akan didedahkan berkaitan bidang ini termasuk teori perancangan, prinsip dan amalan, undang-undang, teknik-teknik perancangan, mereka bentuk terta pengetahuan asas perancangan. Pengajian ini juga menitikberatkan tentang kefahaman yang berkaitan perancangan seperti aspek geografi, alam sekitar, ekonomi, kejuruteraan, ukur tanah, pengurusan serta sains asas. Pelajar tidak perlu bimbang dengan peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian di bidang ini. Ini kerana lulusannya mempunyai peluang kerjaya yang baik di mana jangka pelajar boleh bekerja di jabatan atau agensi kerajaan termasuk Perbadanan Pembangunan Bandar, Dewan Bandaraya, majlisiailis perbandaran, Perbadanan Pembangunan Bandar, serta Lembaga Kemajuan dan Pembangunan Wilayah. Selain itu lulusan di bidang ini boleh berkhidmat dengan firma-firma swasta di bidang perancangan dan pelaburan harta benda. CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Meminati bidang mi Meminati mata pelajaran matematik ~rajaan Kemahiran melukis Memiliki daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi Berminat dalam keija-keija merancang Boleh bekerja di Juan pejabat atau di lokasi

Manmohan Singh /03/08/2010

muka surat 1/2

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

perancang bandar & wilayah

SYARAT MENCEBURI BIDANG INI Pelajar-pelajar yang berminat menceburi kerjaya ini sebagai jururancang bandar dan wilayah, perlu memiliki ijazah di bidang ini sama ada dan universiti/IPT dalam atau luar negara. Selain itu, sebagai satu kerjaya bertaraf profesional, ijazah yang diperoleh itu perlu mendapat pengiktirafan dan pihak Jabatan Penkhidmatan Awam dan Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP). TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN Pada masa ini Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan kursus ini di peringkat integrasi di bawah Fakulti Alam Bina. Tempoh pengajian di UTM ialah antara 3 hingga 4 tahun. Pengajian di peringkat diploma ialah tiga. Selepas tiga tahun sekiranya pelajar lulus cemerlang, pelajar akan ditawarkan ke peringkat sarjana muda untuk tempoh setahun lagi. Integrasi ialah satu program sepaduan antara diploma dan sarjana muda. Manakala Universiti Teknologi Mara (UiTM) di bawah Fakulti Seni Bina, Perancangan Ukur menawarkannya di perinngkat sijil, diploma dan sarjana muda. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawarkan program ini di peringkat sarjana muda Politeknik Kementenian Pendidikan menawarkan kursus ini tetapi hanya di peringkat sijil. Di UiTM, tempoh pengajian ialah 2 tahun bagi peringkat sijil dan 3 tahun di peringkat diploma. Tempoh pengajian peringkat sarjana muda pula ialah dua tahun selepas memperoleh diploma. SYARAT KEMASUKAN YANG DIPERLUKAN UTM dan UiTM mengambil pelajar lepasan SPM dan SPMV. UTM mengenkan syarat iaitu pelajar perlu lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian dalam mata pelajaran yang di tetapkan termasuk bahasa Melayu dan matematik. Mereka yang mendapat kepujian bahasa Melayu akan di beri keutamaan. Syarat untuk melanjutkan pengajian ke UiTM adalah mengikut peringkat pengajian. Di peringkat sijil, pelajar perlu lulus bahasa Melayu, bahasa Inggeris, matematik dan kepujian dua mata pelajaran lain. Di peringkat diploma, pelajar perlu lulus SPM serta lulus bahasa Melayu dan Inggeris, kepujian matematik dan kepujian tiga mata pelajaran lain. Selain itu, pelajar yang pernah memiliki sijil Perancangan Bandar dan Wilayah dari UiTM atau politeknik Kementerian Pendidikan juga boleh memohon ke peringkat diploma. Manakala bagi pelajar yang berminat meneruskan pengajian ke peringkat ijazah, perlulah lulus Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah dari UiTM atau UTM. Bagi mengikuti pengajian ini di UIAM, calon perlu lulus SPM/SPMV pangkat satu dan mendapat enam keepujian termasuk bahasa Inggeris, matematik, fizik dan pendidikan Islam untuk ditawarkan ke peringkat matrikulasi. Selepas lulus, calon akan meneruskan pengajian ke peringkat sarjana muda.

Manmohan Singh /03/08/2010

muka surat 2/2

You might also like