You are on page 1of 33

Definisi al-Qawa'id

Perkataan Al-Qawaid adalah kata jama' dari perkataan al-qaidah . Dari segi bahasa, boleh dilihat dari dua segi, iaitu [i] hissi [ii] maknawi. Dari segi pengertian Hissi, ia beerti asas atau dasar sesuatu , seperti asas / dasar rumah
2

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 127:


Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan ( mem bina) dasar-dasar Baitullah (Kaabah) itu bersama Ismail, sambil keduanya berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada Kami (amalan kami); Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui
3

Firman Allah swt dalam surah al-Nahl ayat 26:


Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang terdahulu dari mereka telah menjalankan rancangan jahat (terhadap ugama Allah dan Rasul-rasulNya); maka Allah binasakan bangunan (rumah-rumah) mereka dari dasar-dasarnya, lalu bumbung (bangunan itu) jatuh menimpa ke atas mereka, dan mereka pula didatangi azab kebinasaan dari arah yang mereka tidak menyedarinya.
4

Dalam bahasa Arab, kalimah Qaidah digunapakai juga pada makna-makna berikut:
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] Pemalas / penyegan Kaki Undang-undang Ibu negeri jalan Contoh teladan Asas

Dari segi Maknawi sepertimana yang dinyatakan oleh Ali Ahmad al-Nadwi dalam bukunya sebagai Maksudnya; Dasar-dasar agama iaitu penyangganya / tiangnya.
6

Pengertian al-Qawaid dari segi istilah. Terdapat 9 definisi yang telah di berikan oleh para ulamak diantaranya;

PENGERTIAN al-QAWAID/QAIDAH MENURUT ISTILAH


1. Al-Subuki dalam al-Asyba Wa al-Nadzair Ketentuan universal yang boleh bersesuain dengan
bahagian-bahagian serta boleh difahami hukumnya dari perkara tersebut

2. Syarah Jamu al-jawami Ketentuan pernyataan secara umum yang memberikan


pengetauan tentang berbagai Hukum dan bahagianbahagiannya.
8

3.

Menurut al-Jurjani:
"Undang-undang secara umum yang dapat diaplikasikan atas semua bahagianbahagiannya.

4.

Abu al-Baqa' al-Kafawi:

"Undang-undang atau peraturan-peraturan secara umum mencakupi atas semua hukum yang merupakan bahagian-bahagian pembahasannya (peraturan umum). "
9

5. Ali Ahmad al-Nadawi di dalam bukunya "al-Qawa'id al-Fiqhiyyah" telah memberikan definisi yang inklusif dan eksklusif (jami dan mani) menurutnya, iaitu:


Maksudnya: "Hukum syari'at tentang undang-undang (peraturan) yang meliputi kebanyakan persoalan yang dari peraturan itu dapat diketahui hukum-hukum persoalan yang berada di bawah cakupannya."
10

6. Subhi Mahmasani
Hukum kulliy yang diaplikasiikan ke atas keseluruhan masalah juziyyah 7. Mustafa Ahmad al-Zarqa Hukum yang secara umumnya terpakai ke atas kebanyakan masalah juziyyah
11

Dari definisi di atas, dapatlah dinyatakan bahawa kaedah fiqhiyyah merupakan kaedah yang memasukkan sekumpulan hukum-hukum syar'iyyah dari berbagai bab yang berbeza-beza.

12

Dengan dimasukkan perkataan "syariyyah", maka tidak termasuk didalamnya hukum yang bukan syar'iyyah. Seperti hukum-hukum Itiqadiyyah, tata bahasa dan sebagainya.
Sedangkan dengan dimasukkan perkataan "aqlabiyyah" pula, menunjukkan bahawa kaedah ini tidak mencakupi semua masalah, ertinya masih ada pengecualian-pengecualiannya.

Dan dengan dimasukkan perkataan "aqlabiyyah tersebut tidak merubah sifat keumuman serta nilai kepentingan kaedah tersebut.
13

Apabila diperhatikan dengan secara cermat, iaitu disebutkan pengecualian-pengecualian tersebut, maka dapat diketahui bahawa para fuqaha' memang sangat teliti, kerana mereka melihat bahawa ada masalah furu' atau bentuk-bentuk pengecualian, (dalam kaedah apapun) yang sesuai dikeluarkan dari batasan kaedah.

14

Keadaan ini sama dengan masalah qiyas dalam usul al-fiqh, dimana ada beberapa masalah furu' yang terkecuali, yang tidak dapat ditempatkan secara baik dalam ketentuan kaedah, khususnya masalah-masalah furu' yang hukumnya lebih dekat kepada maqasid aIsyariah apabila berdasarkan kaedah istihsan dalam merealisasikan terciptanya keadilan, kemudahan, mencapai maslahah dan menolak mafsadah
15

Definisi al-Fiqhiyyah

16

Dari segi bahasa Fiqh: bermaknah, al-ilmu / Faham 221 :Firman Allah dalam surah al-Taubah

71

Dan tidaklah patut orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiaptiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). ( Al-Tawbah : 122)

18

Sabda Rasulullah SAW:


) ( Barang siapa yang dikehendaki baik oleh Allah nescaya diberikan kepadanya kefahaman dalam agama

19

Dari segi istilah al-Fiqh bermaksud: 1.


Ilmu yang berhubungan dengan hukum hakam syariyyah berhubungan amaliyyah diambil dari dalil-dalil secara tafsiliyyah (Imam Syafii)

2.

Menurut al-Jurjani


20

Ilmu yang menerangkan hukum-hukum syara yang amaliyyah yang di ambil daripada dalil-dalilnya secara terperinci , iaitu suatu ilmu yang diistinbatkan melalui ijtihad yang memerlukan analisa dan pengamatan

21

[3]

Ibn Khaldun

Ilmu yang dapat mengetahui segala hukum Allah yang berhubung dengan segala perbuatan mukallaf, sama ada ia wajib, haram, sunat, makruh dan harus (diistinbatkan) dari al-Quran dan alSunnah serta dalil-dalil yang ditegaskan berdasarkan syara', bila dikeluarkan hukum-hukum tersebut dengan jalan ijtihad maka dinamakan atau dikatakan fiqh.
22

Apabila diperhatikan definisi di atas, jelas bahawa makna al-fiqh berkisar pada rumusan berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Fiqh merupakan bahagian dari syari'ah Hukum yang dibahas mengcakupi hukum amali Objek hukum pada orang-orang mukallaf Sumber hukum berdasarkan al-Quran atau al- Sunnah dan ijma Dilakukan dengan jalan istinbath atau istidlal melalui ijtihad.
23

DEFINISI QAWAID AL-FIQHIYYAH (Kaedah Fiqh) Menurut Bahasa


Bahasa: Dasar-dasar berkaitan hukum Istilah: Prinsip-prinsip fiqh bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandung hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya, al-Adah muhakkamah maksudnya: Adat diakaui (boleh jadi hukum) Asas-asas atau pokok-pokok yang bersifat kulli dalam bentuk nas-nas atau teks-teks perundangan yang ringkas yang merangkum hukum-hukum yang disyaratkan secara umum mengenai atau tentang perkara-perkara yang tergolong di dalam lingkungannya
24

DEFINISI QAWAID AL-FIQHIYYAH (Kaedah Fiqh)


Kaedah-Kaedah hukum bersifat kulliyyah yang diambil
daripada dalil-dalil kulli (al-Quran dan al-Sunnah) yang menjadi asas kepada kaedah-kaedah yang sekaligus dapat disesuaikan dengan berbagai juziyyah dari pada maksud-maksud syarak. Kaedah-kaedah fekah dalam undang-undang Islam yang menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang kaedah-kaedah hukum, skopnya, adalah perbuatan mukallaf dan obyeknyahukum sayarak

25

Mustafa al-Zarqa telah membuat kesimpulan kepada pengertian al-Qawaid alFiqhiyyah sebagai:
"Dasar-dasar fiqh ( prinsip-prinsip fiqh ) yang umum ( kulliy ) digubal dalam bentuk nas nas ( teks ) undang-undang yang ringkas dan mencakupi beberapa hukum syara yang umum mencakupi masalah-masalah yang termasuk di bawah perbahasannya.
26

Jika kaedah-kaedah usuliyyah dicetuskan oleh ulama usul, maka kaedah-kaedah fiqhiyyah pula dicetuskan oleh ulama fiqh.
Walau bagaimana pun kaedah-kaedah tersebut sentiasa berkaitan, tidak dapat berdiri sendiri. Kaedah usuliyyah memberikan panduan bagaimana metodologi pengkajian hukum dari sumber asalnya, sedangkan kaedah fiqhiyyah merupakan perlaksanaan dari kaedah usuliyyah tersebut.
27

Qawaid fiqhiyyah disebut juga kaedah syariyyah yang berfungsi memudahkan mujtahid mengistinbatkan hukum yang bersesuaian dengan tujuan syara dan kemaslahatan manusia

28

Keistimewahan Qaidah Fiqhiyyah ialah teksnya dibentuk dalam beberapa kalimah yang ringkas dan padat dengan lafaz umum, tetapi maknanya luas dan mencakupi cabang-cabang masalah yang terperinci.

29

Walau bagaimanapun Qaidah Fiqhiyyah tidaklah merangkumi kesemua masalah kerana terdapat pengecualian bagi masalahmasalah tertentu kerana sebab-sebab tertentu.
30

Oleh sebab itu, para fuqaha tidak mengharuskan para hakim ketika membuat penghakiman bergantung atau berpegang sepenuhnya kepada mana-mana Qaidah kulliyyah sahaja tanpa merujuk kepada nas yang

31

Qawaid Fiqhiyyah, walau bagaimana bernilai dan diguna pakai dalam perlaksanaan hukum, ia tetap mempunyai banyak masalah yang dikecualikan.
32

Qawaid Fiqhiyyah boleh di anggap sebagai Dasatir fi altafqih ( beberapa peraturan dan cara bagi menajamkan kefahaman fiqh) tetapi bukan sebagai nas mutlak kepada sesuatu

33

You might also like