You are on page 1of 50

LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 1


BAB 8
INTEGRASI DAN PERPADUAN
NEGARA
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 2
KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI
Satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara dari semua aspek
seperti fizikal, sosial, ekonomi dan politik tetapi tidak termasuk biologikal.
Integrasi pula melibatkan semua pernyatuan di atas dan termasuk biologikal.
Berbagai proses dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi seperti:
asimilasi
amalgamasi
pluralisme
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 3
SATU PROSES BAGI
MEWUJUDKAN SATU IDENTITI NASIONAL DI
KALANGAN KUMPULAN-KUMPULAN YANG TERPISAH
DARI SEGI KEBUDAYAAN,SOSIAL DAN LOKASI
DALAM SESEBUAH UNIT POLITIK
PERPADUAN NEGARA
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 4
Masalah Perpaduan
Kerajaan telah mengenal pasti negara menghadapi masalah perpaduan yang
ketara apabila tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
Kejadian ini terutama menunjukkan kesan yang ketara akibat dasar pecah
dan perintah yang diamalkan oleh British.
PERPADUAN NEGARA
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 5
MASALAH PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA
PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL ATAU PETEMPATAN
PERBEZAAN TUMPUAN SEKTOR EKONOMI
PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN
FAHAMAN DAN PENGARUH POLITIK
MASALAH EKONOMI
PERBEZAAN KEPERCAYAAN ATAU AGAMA
PENGGUNAAN AKHBAR YANG BERBEZA-BEZA
PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 6
PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL ATAU PETEMPATAN
Dasar pecah dan perintah British telah memburukkan lagi masalah perpaduan. Jarak
sosial serta segregasi antara kumpulan-kumpulan etnik seolah-olah sengaja
diwujudkan dan dikekalkan oleh British demi kepentingan dan keselamatan sendiri.
Tujuan British yang utama ialah untuk mengeksploitasi kekayaan semula jadi Tanah
Melayu; perpaduan negara tidak pernah dititikberatkan. Bagi mencapai tujuan ini.
Kerajaan British telah dengan sengaja menetapkan status dan peranan yang
berlainan bagi kaum-kaum Melayu, Cina dan India. Sebagai contoh, golongan
bangsawan Melayu diberikan jawatan yang lumayan dalam perkhidmatan awam,
sementara orang Melayu kebanyakan digalakan supaya terus menetap di kawasan
luar bandar, Orang Cina pula digalakkan tinggal di lombong-lombong dan di bandar-
bandar manakala orang India di estet-estet. Interaksi antara kaum adalah terhad
pada pergaulan di pejabat dan pasar semasa jual-beli. Ini telah melahirkan sikap
prasangka dan memperkukuhkan keperibadian etnik.
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 7
PERBEZAAN TUMPUAN SEKTOR EKONOMI
Orang-orang Melayu, Cina dan India menjalankan aktiviti ekonomi yang berlainan.
Kebanyakan orang Melayu di luar bandar merupakan petani, nelayan atau penoreh
getah. Sebilangan besar pemuda-pemuda Melayu yang berhijrah ke bandar pada
tahun 1970-an pula memegang jawatan-jawatan yang bergaji rendah atau yang
tidak memerlukan kemahiran. Kebanyakan orang Cina terlibat dalam sektor
perniagaan dan perlombogan manakala sebilangan besar orang India merupakan
buruh di estet-estet. Akibat pada kegiatan ekonomi yang berlainan ini, wujud jurang
pendapatan yang tidak seimbang diantara kaum, dengan majoriti golongan miskin
terdiri daripada kaum Melayu. Ini telah menimbulkan persaingan ekonomi dan
ketidakpuasan di kalangan kumpulan etnik tertentu yang boleh mengancam
perpaduan negara.
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 8
PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN
Sehingga Laporan Razak 1956, tiada terdapat satu sistem pendidikan
nasional di Tanah Melayu. Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan
yang berlainan, iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Umumnya,
setiap golongan etnik menghantar anak-anak mereka ke sekolah rendah
yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Justeru itu, murid-murid
kecuali di sekolah Inggeris tidak berpeluang bercampur gaul dengan murid
dari kumpulan etnik lain. Kurikulum bagi setiap jenis sekolah tersebut adalah
berlainan.
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 9
Sekolah Melayu menitikberatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira
manakala kurikulum sekolah Cina dan India adalah berasaskan apa yang terdapat
di negara masing-masing. Ini telah menghasilkan pandangan dunia yang
berlainan serta memperkukuhkan lagi keperibadian etnik di kalangan pelajar Cina
dan India. Tidak terdapat satu bahasa penghantar yang tunggal dalam sistem
sekolah beraneka bahasa. Sekolah-sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan India
menggunakan bahasa tersendiri sebagai bahasa pengantar. Ketiadaan satu
bahasa pengantar yang tunggal sehingga tahun 1970 telah menjejaskan
persefahaman dan perhubungan yang erat antara kaum. Malahan, sistem
pendidikan sebelum merdeka tidak menitikberatkan pencapaian objektif
perpaduan. Kerajaan British tidak berusaha untuk memperkenalkan satu
kurikulum yang dapat membentuk keperibadian dan perwatakan murid yang
diingini bagi memupuk perpaduan.
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 10
FAHAMAN DAN PENGARUH POLITIK
Kewujudan berbagai-bagai persatuan politik, sosial dan ekonomi yang
berasaskan kumpulan etnik telah juga memperkuatkan lagi identiti etnik dan syak
wasangka. Ini adalah kerana persatuan-persatuan tersebut hanya
memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya. Parti-parti politik
perkauman seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud
dikalangan kumpulan-kumpulan etnik atau isu-isu perkauman seperti bahasa,
kebudayaan dan ekonomi bagi memajukan kepentingan politik masing-masing.
Tindakan sedemikian memburukkan lagi masalah perpaduan negara.
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 11
MASALAH EKONOMI
Dalam bidang ekonomi, jelas menunjukkan orang-orang Melayu dan penduduk
asli lain menguasai bidang yang mundur iaitu kerja yang memerlukan banyak
tenaga manusia dan berteknologi rendah sementara pulangan dan gajinya yang
rendah.
Orang Melayu lebih menguasai sektor primer sementara orang Cina menguasai
sektor yang lebih maju.
Justeru itu, ketidakseimbangan pendapatan berlaku dan telah menyebabkan
setiap kaum saling cemburu-mencemburui antara satu sama lain.
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 12
PERBEZAAN KEPERCAYAAN ATAU AGAMA
Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan.
Orang Melayu adalah beragama Islam manakala sebilangan besar orang India
beragama Hindu. Kebanyakan orang Cina pula menganut agama yang
merupakan campuran ajaran Buddha, Lao-tze dan Confucius. Terdapat juga
ramai orang Cina dan India yang beragama Kristian. Tiap-tiap kaum utama
tersebut mempunyai adat resam, bahasa, kesenian dan sistem nilai yang
berlainan. Setiap kumpulan etnik adalah jahil mengenai kebudayaan dan adat
resam kumpulan-kumpulan etnik yang lain. Masing-msing menganggap
kebudayaan mereka sebagai yang terbaik. Perkahwinan campur tidak begitu
meluas. Perbezaan agama dan kebudayaan ini bukan saja menguatkan lagi
sikap prasangka tetapi juga menghalang pergaulan antara kaum yang luas.
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 13
PENGGUNAAN AKHBAR YANG BERBEZA-BEZA
Akhbar berperanan penting dalam menyemarakkan semangat perkauman di
kalangan masyarakat berbagai kaum di Tanah Melayu.
Ini kerana setiap akhbar mengikut bahasa masing-masing memberikan perhatian
secara menyeluruh kepada golongan tertentu sahaja.
Fenomena ini memperkuatkan semangat kecintaan pada tanah air dan kaum
masing-masing sahaja dan menyulitkan mereka untuk memahami bahasa,
budaya dan sensitiviti kaum-kaum lain.
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 14
PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU
Pendudukan Jepun 1942-45 telah mengakibatkan permusuhan antara orang
Melayu dengan orang Cina. Layanan Jepun yang lebih baik terhadap orang
Melayu telah mengakibatkan kemarahan dikalangan orang Cina. Jepun telah
mengambil orang Melayu untuk menjadi askar dan polis. Sebahagian dari
pasukan Jepun yang menyerang Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu
(pertubuhan komunis yng dikuasai oleh orang Cina) terdiri daripada orang
Melayu. Ini telah mengukuhkan lagi permusuhan perkauman Melayu-Cina.
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 15
Peristiwa 13 Mei 1969 atau 513 merupakan kemuncak manifestasi masalah
perpaduan kaum di Malaysia. Peristiwa pertelingkahan kaum ini yang telah
mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan harta benda mempunyai perkaitan
yang rapat dengan Pilihanraya 1969. Semasa kempen pilihanraya 1969, ahli-ahli
politik telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan bahasa
kebangsaan, kedudukan istimewaan orang Melayu dan hak kerakyatan orang
bukan Melayu. Tindakan sedemikian telah meningkatkan perasaan perkauman dan
syak wasangka.
PERISTIWA 13 MEI
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 16
Parti Perikatan mengalami kekalahan teruk dalam Pilihanraya 1969. Jumlah
kerusi yang dipegang olehnya dalam Dewan Rakyat telah merosot daripada 89
pada tahun 1969. Kerajaan Perikataan telah hilang majoriti dua pertiga dalam
Dewan Rakyat telah merosot daripada 89 pada tahun 1964 kepada 66 pada tahun
1969.
Kerajaan Perikatan telah hilang majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti
Gerakan, DAP dan PPP memenangi 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat
sementara PAS memenangi 12 kerusi.
Sebab serta-merta Peristiwa 13 Mei 1969 ialah perarakan kemenangan parti-parti
politik. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP telah menghina orang
Melayu semasa berarak di jalan-jalan raya Kuala Lumpur. Parti UMNO pula
mengadakan perarakan balas pada 13 Mei 1969. Akibat perasaan emosi yang
tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak, rusuhan kaum meletus pada
hari tersebut.
PERISTIWA 13 MEI
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 17
KESAN PERISTIWA 13 MEI
DASAR EKONOMI BARU
RUKUN NEGARA
MAJ. PERUNDINGAN NEGARA
JAB. PERPADUAN NEGARA
MAJLIS GERAKAN NEGARA
DARURAT
KESAN DARIPADA
PERISTIWA 13 MEI
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 18
PENGISYTIHARAN DARURAT
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan ahli jemaah menteri yang lain
telah menasihati YDPA untuk mengisytiharkan darurat.
Ia berkuatkuasa serta merta di hari yang sama dengan rusuhan tersebut.
Melalui Ordinan Darurat yang pertama, YDPA diberi kuasa yang luas ke atas
hal keselamatan awam, pertahanan dan ketenteraman awam, perbekalan dan
perkhidmatan.
Apabila Ordinan Darurat yang kedua diisytiharkan, kuasa eksekutif
Persekutuan yang sebelum ini dipegang oleh jemaah menteri diberikan kepada
Timbalan Menteri iaitu Tun Abdul Razak yang akan mengetuai sebuah gerakan
dan bertindak atas nasihat Perdana Menteri.
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 19
MAJLIS GERAKAN NEGARA
Akibat daripada rusuhan yang berlaku, darurat telah berkuatkuasa pada 16 Mei
1969. Semua kerajaan berparlimen telah digantung.
Semua kuasa pentadbiran dipusatkan di bawah Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dan
pemimpin-pemimpin politik yang lain seperti Tun Dr. Ismail, Datuk Hamzah, Tun
Tan Siew Sin dan Tun Sambathan..
Pegawai-pegawai kanan kerajaan terdiri daripada Tan Sri Abdul Kadir
Shamsuddin,Tan sri Ghazali Shafie, Pegawai polis dan tentera seperti Tengku
Osman Jiwa dan Tan Sri Mohammad Salleh dan Leftenan Jeneral Datuk Ibrahim
Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 20
Fungsi-fungsi utama MAGERAN:
' mengembalikan keamanan dan undang-undang negara.
^ Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna.
Mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh
negara.
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 21
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN MAJLIS MUHIBBAH
NEGARA
JPN ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing
rakyat ke arah perpaduan negara. Jabatan ini diketuai oleh Tan Sri Ghazali
Shafie.
JPN juga berperanan mendraf satu ideologi untuk negara dan ideologi ini dikenali
sebagai Rukunegara.
MMN diwartakan pada 18 Julai 1969 untuk memulihkan kepercayaan dan
keyakinan antara kaum, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela.
Pada 1 Januari 1972, MMN dan JPN digabungkan dan menjadi Kementerian
Perpaduan Negara .
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 22
MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA
~ Telah ditubuhkan pada 29 Januari 1970 dengan Tun Abdul Razak sebagai
Pengerusi.
~ Ahli-ahli majlis ini terdiri:
Menteri -menteri yang menganggotai MAGERAN.
Kerajaan-kerajaan Negeri.
Parti-parti politik.
Sabah dan Sarawak.
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 23
Kumpulan-kumpulan agama.
Badan-badan profesional.
Perkhidmatan awam.
Kesatuan sekerja dan persatuan majikan.
Wartawan.
Persatuan guru-guru.
Kumpulan minoriti
Fungsi utama Majlis tersebut ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta
mencari jalan menyelesaikan masalah-masalah masyarakat berbilang kaum.
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 24
Bertindak sebagai penasihat pada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang
berkaitan dengan perhubungan kaum.
Hasil utama perbincangan Majlis Perundingan Negara ialah Rukun Negara dan
Dasar Ekonomi Baru
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 25
DASAR-DASAR PENDIDIKAN
Sebelum kemasukan British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan negara adalah
secara informal.
Pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam memulakan sistem pendidikan
formal dengan cara membina sekolah-sekolah pondok.
Sekolah ini mengajar pelajaran-pelajaran agama seperti bacaan al-quran,
Tajwid, Tafsir Al-Quran, Hadis, Fiqah dan Tauhid.
Selepas kemasukan British, beberapa sistem pendidikan di Tanah Melayu
diperkenalkan.
Akibat dasar pecah dan perintah, sistem pendidikan antara kaum di Tanah
Melayu juga terpisah.
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 26
SEKOLAH RENDAH
Berbagai Sukatan Pelajaran
Sekolah Agama
(Pondok)
Sekolah Aliran
Inggeris
Sekolah Vernakular
Melayu
Sekolah Vernakular
Cina
Sekolah Vernakular
Tamil
Sistem Pendidikan di Tanah Melayu di Zaman Penjajahan Inggeris
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 27
Madrasah
Sekolah Aliran
Inggeris
Sekolah Cina
Berbagai Sukatan Pelajaran
PELAJARAN MENENGAH
Sistem Pendidikan di Tanah Melayu di Zaman Penjajahan Inggeris
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 28
PENDIDIKAN DI SABAH
PENDIDIKAN DI SARAWAK
DASAR-DASAR PENDIDIKAN PADA TAHAP AWAL
DASAR-DASAR PENDIDIKAN PERINGKAT KEDUA
DASAR-DASAR PENDIDIKAN
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 29
LAPORAN RAZAK 1956
Tujuan-tujuan utama laporan ini ialah
1. Menyediakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
2. Melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa Tanah Melayu
3. Menyediakan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan
4. Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, bertoleransi, liberal dan
progresif.
DASAR-DASAR PENDIDIKAN PERINGKAT KEDUA
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 30
LAPORAN RAZAK
Pelajaran Sekolah Rendah
Sukatan Mata Pelajaran Yang Sama
Sekolah Rendah Kebangsaan
Bahasa Melayu
sebagai
Bahasa Pengantar
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
Bahasa Inggeris
Cina
Tamil sebagai
Bahasa Pengantar
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 31
Pelajaran Sekolah Menengah
Sukatan Mata Pelajaran Yang Sama
Sekolah Menengah Kebangsaan
Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Pengantar
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan
Bahasa Inggeris
sebagai Bahasa Pengantar
LAPORAN RAZAK
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 32
LAPORAN RAHMAN TALIB 1960
~ Selepas pilihan raya tahun 1959, sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul Rahman Talib
telah ditubuhkan untuk mengkaji semula syor-syor dalam Laporan Razak. Syor-syor Penyata
Rahman Talib akhirnya telah digubal menjadi Akta Pelajaran 1961
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 33
SYOR-SYOR LAPORAN RAHMAN TALIB
1.Bahasa Melayu dijadikan sebagai pengantar di sekolah-sekolah dan universiti
2.Pelajaran percuma untuk sekolah rendah kebangsaan
3.Kelas peralihan untuk murid-murid sekolah vernakular
4.Jemaah Nazir Persekutuan diadakan
5.Pelajaran vokasional diperkenalkan
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 34
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 digubal berdasarkan Laporan Razak 1956
dan Laporan Rahman Talib 1960.
Matlamat utama dasar ini ialah untuk mewujudkan persefahaman dan
perpaduan di kalangan rakyat.
Antara strategi-strategi yang digunakan:
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 35
1. Menyediakan kurikulum yang sama kandungannya
2. Mewajibkan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar
3. Menggunakan buku teks berbahsa Melayu
4. Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknikal
5.Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR)
6.Menyediakan pendidikan menengah mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM)
7. Penggunaan satu peraturan jadual waktu yang sama untuk semua sekolah
8. Penggunaan satu sistem peperiksaan yang sama.
9. Penggunaan sistem penggal persekolahan yang sama.
10 Penggunaan sistem pentadbiran dan peraturan sekolah yang sama.
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 36
SISTEM PENDIDIKAN ANEKA JURUSAN
Dimulakan pada tahun 1965 menggantikan Sekolah Pelajaran Lanjutan.
Digubalkan berdasarkan Laporan Aminuddin Baki.
Di antara matlamat Pendidikan Aneka Jurusan ;
1. Menaikkan umur berhenti sekolah kepada 15 tahun.
2. Memberi persediaan kepada pelajar untuk menjawat pekerjaan yang sesuai.
3. Mengeluarkan tenaga manusia berkemahiran untuk memenuhi sektor pertanian dan
perindustrian.
4. Menyediakan pelajaran aneka jurusan bermula dari Tingkatan 4.
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 37
Pada peringkat awal terutama sebelum tahun 1971, sebahagian besar program
pembangunan ekonomi negara bertumpu pada usaha untuk menggalakkan
pertumbuhan ekonomi yang diukur melalui Keluaran Dalam Negara Kasar dan
pertambahan dalam pendapatan perkapita.
Dilancarkan pada tahun 1970 bertujuan membetulkan ketidakseimbangan ekonomi
yang wujud di antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara.
Bertujuan memupuk perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan peluang-
peluang ekonomi yang saksama di kalangan semua rakyat Malaysia
DASAR EKONOMI BARU
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 38
DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata iaitu:-
mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan menambah
pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua
rakyat tanpa mengira kaum
menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
O STRATEGI DAN PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN:-
Pembasmian kemiskinan mengikut kawasan luar bandar dan kawasan
bandar.
Pembasmian kemiskinan mengikut negeri
Pembasmian kemiskinan dengan penyediaan keperluan asas dan mutu
kehidupan
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 39
O PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT
Peningkatan dalam pendapatan dan menyusun kadar kemiskinan mengikut kaum
Penyusunan semula corak gunatenaga
Penyusunan semula hakmilik dalam sektor Syarikat
Pencapaian-pencapaian lain
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 40
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Idea untuk mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan timbul hasil dari
gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.
Digubal untuk menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan
mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 41
PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
1.Kebudayaan Rakyat Asal Rantau
Malaysia berkongsi sejarah kebudayaan dengan beberapa negara ASEAN
seperti Indonesia, Filipina dan lain-lain.
ASEAN boleh dilihat sebagai satu perikatan yang mengukuhkan hubungan
kerjasama dan memupuk pembentukan identiti dan keperibadian kebudayaan.
Menggambarkan banyak persamaan dalam bahasa yang berasaskan rumpun
bahasa Melayu
Kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada kebudayaan kebangsaan.
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 42
2. Penerimaan Unsur-unsur Kebudayaan Lain
Kebudayaan terbentuk melalui interaksi antara manusia
Kebudayaan adalah produk sejarah dan interaksi sosial
Sentiasa berubah dan diwarisi dari satu generasi ke generasi yang berikutnya
melalui proses penyerapan dan penyesusian yang berterusan.
Kebudayaan Malaysia melambangkan gabungan pelbagai budaya (Cina, India,
Arab, Barat)
PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 43
3.Islam Menjadi Unsur Utama dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Institusi keagamaan merupakan institusi sosial yang banyak mempengaruhi
tindak tanduk sosial
Agama Islam sebagai agama rasmi menjadi unsur yang penting dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan
PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 44
O Diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 merupakan ideologi kebangsaan negara kita.
O Perlu bagi menimbulkan semangat dan identiti yang sama dan dapat
mengeratkan perpaduan negara memandangkan rakyat akan mempunyai
fikiran, perasaan dan nilai-nilai yang sama.
RUKUN NEGARA
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 45
O Prinsip-prinsip Rukun Negara ialah:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
O Untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu serta sebuah
masyarakat Malaysia yang adil, demokratik,liberal dan progresif.
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 46
MAKSUD PRINSIP RUKUN NEGARA
' Semua rakyat Malaysia mengakui bahawa kuasa Tuhan melebihi sebarang kuasa
lain.
Islam merupakan agama Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh dianuti dan
berpegang teguh pada agama akan mempunyai peribadi dan sifat-sifat yang baik.
Pegangan agama juga dapat memandu tindakan seseorang untuk berbuat baik dan
menghindari perbuatan jahat dan mengenali dosa dan pahala.
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 47
^ Menekankan bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah lambang perpaduan negara
kerana Malaysia mengamalkan pemerintahan bercorak Raja Berpelembagaan.
Rakyat mestilah taat setia kepada baginda dan negara.
Kesetiaan adalah suatu semangat kebangsaan yang boleh menyatupadukan rakyat.
Prinsip ini juga bertujuan melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan sanggup
berkorban untuk negara demi keamanan dan kemajuan.
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 48
Menghendaki rakyat menghormati dan mematuhi Perlembagaan yang merupakan
undang-undang teringgi dalam negara.
Melindungi hak rakyat serta menjamin kemakmuran dan perpaduan negara dan
seseorang rakyat tidak boleh menyoal kesetiaan rakyat yang lain berdasarkan
keturunan kaum.
Aspek-aspek utama dalam negara perlu dipatuhi sebagaimana yang dinyatakan
dalam Perlembagaan Malaysia adalah;
Konsep Raja Berpelembagaan
Kedudukan kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Agama Islam
Hak asasi rakyat terjamin
Kewarganegaraan
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 49
Keadilan dalam masyarakat dijamin oleh undang-undang.
Setiap rakyat tidak kira kaum atau agama adalah sama rata di sisi undang-
undang.
Rakyat mesti mematuhi dan menghormati undang-undang negara.
Jika kedaulatan undang-undang dipertahankan, masyarakat dapat terus
membangun dan anggotanya dapat hidup dalam aman dan harmoni.
LAN 1003 Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA
Cosmopoint Copyright Reserved 2002 50
I Prinsip kelima - rakyat Malaysia harus bertolak ansur, bertimbang rasa dan
berkelakuan baik.
Pengamalan prinsip ini boleh membawa pada perhubungan yang harmoni dalam
masyarakat kita.
Kesopanan dan kesusilaan ini juga berkaitan dengan tutur kata seseorang dan
prinsip ini dapat menjamin bahasa yang lembut dan perbuatan yang halus untuk
menjamin hubungan baik sesama kaum terus kekal.
Pembentukan masyarakat berbilang kaum yang harmoni dapat dilahirkan sekiranya
setiap individu dalam masyarakat boleh berpegang teguh pada prinsip kelima ini.

You might also like