You are on page 1of 7

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING KEMAHIRAN MEMBERI TINDAK BALAS

David Jaibi, Mohd Khairul Patolga, Mohd Solehan Sedik, Ghouse Raqib Ibrahim

KEMAHIRAN MEMBALAS (RESPONDING)


Membalas kata-kata merupakan suatu kelebihan kepada manusia. Dengan membalas kata-kata, manusia dapat mewujudkan hubungan yang baik antara satu dengan lain. Tujuan utama seseorang bertindak balas ke atas kata-kata orang lain adalah untuk menggalakkan penglibatan masing-masing di dalam perbualan itu. Secara umumnya kemahiran membalas terdiri daripada Kemahiran penstrukturan Dorongan minima Kemahiran mendengar Contoh : Klien Kaunselor Klien Kaunselor : Saya nak bincang masalah keluarga saya : Hmmm silakan :Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam hidup saya. : (angguk).

1. KEMAHIRAN PENSTRUKTURAN
Matlamat Penstrukturan untuk menyediakan nada dan struktur sesi perundingan yang bakal dilaksanakan. Antara perkara-perkara yang disentuh adalah seperti berikut:

Peranan kaunselor Mendengar, memahami dan membantu perkara yang dibawa oleh klien untuk dirundingkan. Peranan klien Menceritakan dengan bebas dan memilih tajuk perundingan (tajuk adalah pilihan klien kecuali klien yang dirujukkan enggan memilih tajuk perundingan.

Jangka masa Lama masa disediakan untuk perundingan ialah 30 minit atau 45 minit.
Etika Peraturan dan perkara-perkara rahsia akan tetap dirahsiakan oleh kaunselor.

2. DORONGAN MINIMA
Ishammuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan melakukan mendorong minima;

kaunselor memberi perhatian menolong penerokaan kendiri klien supaya klien terus bercakap mempengaruhi arus perbualan

Dorongan Minima antara contoh dorongan minima ialah seperti menganggukkan kepala, menggunakan separa bahasa contohnya dengan berkata: Mmm! Mmm! , Hmm! Hmm!, menunjukkan wajah yang tenang dan memberikan senyuman (jika perlu). Tujuannya adalah :- memberangsangkan klien untuk terus bercerita, menunjukkan kaunselor mendengar dan menunjukkan kaunselor faham dan mengikut apa yang sedang diperkatakan oleh klien.

3. KEMAHIRAN MENDENGAR
MENDENGAR :- Isi kandungan yang diperkatakan. - Perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan perasaan yang dinyatakan. MENDENGAR ISI Memahami tema perbincangan: - Memberikan tumpuan secara fizikal dan mendengar segala petanda yang dilahirkan oleh rasa hati klien. - Memerhatikan klien dan menyediakan diri untuk memahami klien. MENDENGAR PERASAAN Perasaan ialah emosi yang dialami pada satu-satu situasi yang dapat digambarkan dengan perkataan dan tingkah laku. - Tindak balas secara lisan dan bukan lisan. - Tingkah laku tanpa lisan seperti kedudukan tubuh badan, anggukkan, pandangan mata, waja dan penggunaan separa bahasa. - Kemahiran lisan yang asas iaitu refleksi.

KEMAHIRAN MEMBERI TINDAK BALAS

Penampilan diri Ekspresi muka Kontak Mata Cara duduk dalam sesi kaunseling Pergerakan tangan dan kaki Senyuman Nada suara

SEKIAN . . .

You might also like