You are on page 1of 2

Pada kuliah minggu ketujuh ini, En.

Donatus telah mendedahkan kami dengan strategi pengajaran dan pembelajaran sains pendidikan rendah iaitu penyiasatan, eksperimen, demonstrasi dan kejadian bercanggah (Discrepant Event). Sebelum memulakan sesi kuliah, En.Donatus telah melakukan set induksi dengan menjalankan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan Discrepant Event (Kejadian Bercanggah). Aktiviti yang dijalankan secara berpasangan ialah belon dan jarum, meniup kertas dan dirikan kotak mancis. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan berdasarkan tajuk kuliah kami pada hari itu. En.Donatus memberitahu kami bahawa aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan kepada murid sekolah rendah apabila kami mengajar kelak. Ianya juga dapat memperkembangkan kognitif kanak-kanak dan menarik minat mereka untuk mempelajari sains. Ini juga merupakan pengalaman baru bagi saya kerana sebelum ini saya tidak pernah mengetahui tentang discrepant event. Selepas itu, En.Donatus menerangkan dengan kami tentang empat strategi pengajaran dengan berbincang di ruang forum dari Laman Respositori Pengajaran Sains beliau. Banyak yang kami bincangkan di dalam ruang forum ini. Selain itu, ianya dapat menjimatkan masa dan semua soalan kami terjawab. Di samping itu juga percambahan ilmu berlaku secara tidak langsung. Di dalam Laman Respositori Pengajaran Sains, semua nota telah disediakan dan guru pelatih dibenarkan untuk muat turun nota tersebut. Di dalam perbincangan tersebut, banyak persoalan yang ditimbulkan pensyarah mengenai strategi discrepant event dan eksperimen. Selain itu, En.Donatus telah menerangkan bahawa kejadian bercanggah ini merupakan suatu demonstrasi yang direka untuk memperlihatkan suatu situasi atau fenomena yang mempamerkan hasil yang luar biasa. Ianya juga merupakan suatu teknik inkuiri yang dikembangkan oleh Richard Suchman (1962). Kejadian bercanggah ini merupakan strategi pembelajaran berpusatkan murid dan ia boleh digunakan untuk menarik perhatian murid, tetapi objektif utamanya ialah untuk mengajar suatu konsep atau prinsip sains yang penting. Seterusnya, pembelajaran menggunakan discrepant event ini merupakan satu jenis pembelajaran koperatif. Di samping itu, eksperimen juga merupakan satu strategi pengajaran yang baik untuk diaplikasikan kepada murid sekolah rendah. Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen yang dilakukan ialah kemahiran berfikir murid dapat dikembangkan, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Seterusnya guru perlulah memberi peluang kepada murid untuk membentuk eksperimen sendiri, di mana murid sendiri yang merangka cara eksperimen yang boleh dijalankan, data yang boleh diukur, bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka. Aktiviti ini boleh dilakukan secara bersendirian atau secara berkumpulan. Di samping itu juga, sikap saintifik dan nilai-nilai murni dapat diterapkan dalam aktiviti eksperimen ini. Dalam tutorial minggu ketujuh ini, kami diminta untuk melakukan satu demonstrasi yang berkaitan dengan konsep sains yang diajar di sekolah rendah. Demonstrasi ini adalah guru yang menunjukkan langkah-langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid. Kaedah ini melibatkan penerangan guru, pendengaran, penglihatan dan percubaan murid. Demonstrasi ini sesuai digunakan untuk membantu murid menguasai kemahiran manipulatif, merangsang minat murid dan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ke dalam situasi baharu dengan memperkembangkan pemahaman dengan pengalaman baharu.

Strategi yang terakhir ialah penyiasatan, En.Donatus telah menerangkan bahawa penyiasatan saintifik ini ialah suatu kaedah saintifik untuk mencari pengetahuan yang melibatkan mengenalpasti dan menerbitkan formula untuk suatu masalah, pengumpulan data melalui pemerhatian atau eksperimen, membuat hipotesis dan menguji dan mengesahkan (atau menolak) hipotesis itu. Akhir sekali, banyak dapatan baru yang saya perolehi daripada hasil perbincangan saya dengan rakan-rakan serta pensyarah pembimbing. Strategi-strategi ini amat sesuai digunakan untuk menarik perhatian murid untuk mempelajari sains.

You might also like