You are on page 1of 17

Pengenalan

Tamadun Jepun secara dasarnya tidak terbentuk dengan mudahnya seperti yang kita lihat pada zaman ini. Tamadun Jepun yang berasal daripada keturunan Jimmu Tenno serta berasaskan kepada Shintoisme ini adalah sebuah tamadun yang mengalami suatu evolusi perkembangan tamadun yang panjang serta bersifat kompleks. Bermula daripada zaman Jomon(800sm) yang memperlihatkan ciri-ciri paleolitik , Yoyoi (300sm) pula yang lebih menonjolkan sifat-sifat neolitik Jepun dan akhirnya berkembang ke arah pemodenan semasa zaman Meiji yang bermula pada tahun 1868.1 Namun begitu para sarjana khususnya yang arif tentang perkembangan Jepun sejak zaman awal masih memperdebatkan suatu era penting dalam di dalam tempoh 3000 tahun iaitu tentang pemodenan zaman Jepun pada era Meiji (1868-1912) yang mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial budaya Jepun.2 Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah zaman Meiji yang dianggap sebagai permulaan zaman modenisme Jepun telah berjaya membentuk negara Jepun moden yang wujud kini dengan reformasi oleh Kerajaan Meiji yang memastikan Jepun mencapai kehebatan pada skala yang besar. Namun begitu, persoalannya yang lebih utama ialah sejauh mana pemulihan Meiji itu dapat membawa kesan kepada masyarakat Jepun pada peringkat awal perkembangan zaman Meiji itu sendiri sehinggalah tahun 1920an? Serta sejauh manakah masyarakat Jepun

mampu menyerap arus pembaharuan Meiji yang berpaksikan pemikiran kebaratan serta menyesuaikannya mengikut elemen-elemen kebudayaan tradisi Jepun itu sendiri? Oleh itu, esei akan cuba untuk memberikan suatu penerangan jelas tentang persoalan-persoalan di atas dengan melihat kepada pemodenan politik dan ekonomi pada zaman Meiji dan kesannya terhadap budaya dan pemikiran serta struktur rakyat Jepun itu sendiri.3 Selain itu, esei juga akan turut memperlihatkan impak pemodenan Meiji terhadap rakyat Jepun dengan cuba
1 2

Abu talib Ahmad (2004) Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 2 Ibid 3 W. Scott Morton (2006) Jepun: Sejarah Dan Budaya, diselenggarakan oleh Md Sidin Ahmad Ishak dan diterjemahkan oleh Azhar mad Aros, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm 163

mengetengahkan beberapa perkara penting berkaitan pemodenan Meiji agar memperlihatkan kesannya sehingga tahun 1920an. Tetapi, esei secara asasnya berpendirian bahawa restorasi Meiji telah mewujudkan kesannya secara positif dan negatif terhadap masyarakat jepun sehingga tahun 1920an .

Pemodenan Meiji
Tarikh sebenar kepada pemodenan Meiji secara dasarnya telah dipersetujui oleh para sarjana bahawa permulaan kepada pemodenan Meiji adalah pada tahun 1868. Dengan pemansuhan kekuasaan keshogunan Tokugawa serta perlantikan Maharaja Meiji (1868-1912) sebagai maharaja Jepun yang baru telah membawa kepada pemodenan Jepun melalui tindak tanduk Meiji terhadap politik jepun secara keseluruhannya.
4

Tetapi , tanpa disedari bahawa

terdapatnya satu arus atau penggerak kepada perkembangan yang berlaku dalam isu pemodenan itu sendiri iaitu kemasukan pengaruh barat secara langsung yang mendedahkan kelemahan Jepun dalam menghadapi asakan barat khususnya daripada Amerika Syarikat yang mengambil peluang daripada kelemahan pemerintahan feudalisme keshogunan Tokugawa pada kurun ke 19 . 5 Amerika Syarikat melalui Komodor Mathew C Perry telah berjaya mendapatkan beberapa keistimewaan daripada kerajaan Jepun melalui Perjanjian Kanagawa yang ditandatangani antara Keshogunan Tokugawa dengan Komodor Perry
6

Antara Perincian utama Perjanjian ini adalah seperti menubuhkan sebuah konsul Amerika Syarikat di Jepun, perlindungan kepada kapal kapal Amerika khususnya kapal pemburu paus Amerika serta membenarkan dua pelabuhan Jepun iaitu Shimonoseki dan Hakodate .7 Implikasi perjanjian ini telah memberi kesan besar kepada pihak jepun iaitu pihak Jepun melalui kuasa Keshogunan Tokugawa yang menjalankan dasar tutup pintu sejak 1614 ekoran
4 5

W.G. Beasly(1999) Rise Of Modern Japan, London: George Weidenfield and Nicolson Ltd, hlm 55 Ibid 6 W. Scott Morton (2006) Jepun: Sejarah Dan Budaya, diselenggarakan oleh Md Sidin Ahmad Ishak diterjemahkan oleh Azhar Mad Aros, dan Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm 151 7 Ibid

krisis antara agama Buddha dan Kristian telah dipaksa melalui perjanjian itu untuk membuka pintunya kepada pihak luar.8 Secara tidak langsung, orang Jepun mula menerima pengaruh asing dan terpaksa bertolak ansur terhadap kegiatan bangsa barat di Jepun. Selanjutnya, ia juga secara tersirat telah mendedahkan kelemahan keshogunan Tokugawa lantas membawa zaman Tokugawa ke arah kemerosotan dan akhirnya kekuasaan kembali kepada Maharaja pada 1868 melalui pemulihan Meiji itu sendiri.9 Perubahan ini yang berlaku secara pantas ini telah mengubah sama sekali struktur Jepun khasnya dari aspek politik. Pemansuhan sistem feudal yang bertapak sejak tahun 1185 yang diasaskan oleh Kamakura Yoritomo itu

digantikan dengan suatu bentuk baru pentadbiran serta pengenalan polisi baru yang berasaskan nilai-nilai barat sungguhpun masih mengekalkan sifat kejepunan itu yang akhirnya membentuk apa yang dinamakan sebagai pemodenan dengan acuan Jepun itu sendiri. 10 Dalam membincangkan soal pemodenan ini, terdapat dua fasa penting di dalam pemodenan Jepun itu sendiri . pertama Jepun antara tahun 1868-1888 terdapat penerimaan membuta tuli jepun terhadap pemodenan dan fasa selepas tahun 1888an pula terdapat sikap selektif di dalam pemodenan Meiji terhadap pengaruh barat ekoran daripada kegagalan mengubah perjanjian berat sebelah antara Jepun dengan kuasa barat. 11 Dalam hal ini, isu utama yang berbangkit dalam soal pemodenan Jepun adalah penggerak kepada proses pemodenan itu sendiri. Tambahan pula pemodenan yang ditakrifkan sebagai usaha mengubah corak hidup kepada suatu bentuk baru yang lebih elok telah mendorong tindak tanduk ke arah pemodenan tersebut.12 Dalam hal ini, para sarjana misalnya Morton menganggap bahawa pemodenan telah digerakkan oleh suatu kesedaran dalam kalangan golongan muda Jepun pada masa itu tentang perlunya suatu pembaharuan dijalankan oleh
8

W. Scott Morton (2006) Jepun: Sejarah Dan Budaya, diselenggarakan oleh Md Sidin Ahmad Ishak diterjemahkan oleh Azhar Mad Aros, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm 153 9 ibid 10 Hugh Barton (1970) Japans Modern Century, New York : The Roland Press Company, hlm 79 11 Abu talib Ahmad (2004) Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 178 12 ibid

Jepun demi memastikan bahawa Jepun terselamat daripada kesan-kesan buruk masalah yang berlaku di sekitar Jepun khususnya imperialisme barat. Hal ini tidak menghairankan kerana peristiwa-peristiwa di China seperti kekalahan China dalam perang Candu 1(1839-1842) dan perang Candu 2(1863) sudah pastinya diketahui oleh rakyat Jepun khususnya golongan modernise tersebut lantas menyedarkan mereka bahawa suatu angin perubahan perlu dilakukan terhadap Jepun agar dapat mengawal diri daripada ancaman imperialisme Eropah ke atas Asia Timur yang sedang rancak pada kurun ke 19. Tambahan pula, kegagalan pemerintahan Shogun yang gagal meneruskan dasar hubungan terhad dengan kuasa-kuasa barat pada tahun 1854 telah menambahkan lagi keyakinan mereka bahawa suatu perubahan perlu dilakukan dalam mengatasi kemelut itu dengan cara mengadakan pemodenan Jepun sendiri. Para pegawai baru Jepun yang rata-ratanya berusia di bawah 35 tahun merupakan pegawai yang bukan sahaja terdedah kepada pemikiran barat tetapi juga menerima pengaruh aliran pemikiran zaman akhir Tokugawa seperti Mito, Neo Kungfutzeisme dan sebagainya. Malah mereka juga turut menguasai sebahagian besar sistem politik di awal pemerintahan Meiji.13 Tambahan pula, usaha pemodenan yang digerakkan oleh golongan muda itu pastinya turut mendapat restu daripada Maharaja Jepun sendiri yang merasakan bahawa para pegawai muda yang berjumlah seratus orang ini mampu membantu baginda dalam mengukuhkan kuasa. 14 Sebagai maklumat tambahan , kebanyakan pegawai-pegawai muda yang

menggerakkan ini adalah terdiri daripada puak-puak yang menyokong Maharaja semasa usaha pihak imperial mengalahkan Shogun pada tahun 1867 iaitu Satsuma, Tosu, Chosu dan Hizen . Sikap dan sokongan mereka terhadap Maharaja telah memudahkan lagi proses pemodenan Jepun kerana mereka dididik semasa di peringkat Han(wilayah) sebagai pegawaipegawai tinggi dalam sistem bakufu di Han masing-masing seperti penterjemah, penasihat

13 14

Hugh Barton (1970) Japans Modern Century, New York : The Roland Press Company, hlm 82 W. Scott Morton (2006) Jepun: Sejarah Dan Budaya, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm 165

Daimyo dan sebagainya. 15 Kebolehan mereka (pegawai) yang sebahagian telah menerima asas pentadbiran dan pendidikan zaman Tokugawa pastinya telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemerintahan imperial Meiji di Jepun di dalam menggerakkan pemodenan Meiji itu sendiri. Selanjutnya, dalam membicarakan isu pemodenan pemodenan Meiji, politik jepun dalam tempoh

kita wajar melihat kepada perubahan struktur undang-undang dan

perlembagaan jepun. Undang-undang dari segi istilah adalah suatu set peraturan yang diguna pakai dalam mentadbir negara. 16 Pihak Meiji telah merevolusikan institusi politik dan

pentadbiran bagi negara Jepun. Faktor pendorong kepada fenomena Meiji ini kerana Jepun melihat pengaruh Eropah atau barat pada sebagai suatu aspek penting kepada negara Jepun secara keseluruhannya. Sikap pemerintah jepun terhadap perkembangan politik baru serta pengenalan undang-undang baru adalah positif kerana kesedaran jepun khususnya para

pentadbir Meiji bahawa jika sesuatu tindakan tidak diambil di dalam soal pembaharuan politik dan pentadbiran, Jepun bukan sahaja tidak mampu menghadapi kuasa barat, malah Jepun dilihat sebagai sebuah negara yang lemah yang boleh mendedahkan Jepun kepada ancaman imperialisme barat17. Keseluruhannya, objektif pemulihan Meiji oleh negara Jepun sebenarnya di dalam tempoh ini berjuang adalah untuk mempertahankan kedaulatan negara Jepun dan pemulihan Meiji merupakan suatu cara untuk mempertahankan kedaulatan jepun daripada asakan imperialisme barat.18 Perkembangan politik Meiji secara asasnya boleh dikaitkan dengan kebanyakan ahli politik Jepun zaman Tokugawa, sendiri sangat

seperti Tokugawa Ieyayasu(1600-1613)

15 16

Ibid Teuku Iskandar, (1998) Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm 17 Kenneth B Pyle (1996) The Making of Modern Japan second edition, Lexington: D.C. Heath And Company. Ltd, hlm 72 18 Ibid

mengagumi budaya barat khususnya budaya Rangaku dari Belanda. 19 Perhubungan terhad dengan kuasa Eropah ini telah memudahkan Jepun memahami sikap kuasa barat . Tambahan pula, semasa pemerintahan Keshogunan Tokugawa, sudah wujud suatu hubungan baik dengan kuasa barat khususnya Belanda yang menjadi asas utama di dalam membentuk sikap masyarakat Jepun terhadap pemulihan. Kekaguman terhadap barat seperti peristiwa pengeboman Shikoko pada tahun 1862 yang menonjolkan kehebatan teknologi ketenteraan barat ini telah membentuk nilai masyarakat jepun yang melihat barat sebagai lebih hebat berbanding china. Secara tidak langsung, masyarakat Jepun mudah untuk mengadaptasi pengaruh Meiji yang bercorak kebaratan itu sendiri.20 Antara tindakan terawal pihak Meiji adalah dengan menyatukan seluruh negara jepun di bawah suatu kekuasaan pusat yang berteraskan Maharaja di Tokyo. Penyatuan ini menjadi asas kepada pemodenan kerana melalui penyatuan, wilayah dapat dikawal secara langsung lantas menyebarkan idea-idea Meijisme kepada seluruh rakyat Jepun. 21 Meiji turut

memperkuatkan politiknya dengan menubuhkan beberapa dewan perundangan yang berfungsi terus kepada maharaja Jepun seperti Dewan Negara( Dajo Kan) pada tahun 1871 yang berkuasa terhadap perundangan serta pembentukan enam kementerian penting seperti kementerian pelajaran , pertahanan dan sebagainya .22 Di samping itu, Kerajaan Meiji juga turut membahagiakan lagi sistem Dewan kepada tiga cabang penting iaitu dewan kiri yang berkaitan dengan perundangan jepun, dewan kanan yang berkuasa dalam hal ehwal

kementerian-kementerian jepun serta dewan pusat yang berfungsi di dalam hal ehwal peperangan Shinto serta menjaga dua dewan rendah yang lain. Kesan daripada tindakan tersebut sudah pastinya akan membentuk suatu hierarki baru pentadbiran dan secara tidak

19 20

Ibid W. Scott. Morton(Morton (2006) Jepun: Sejarah Dan Budaya, diselenggarakan oleh Md Sidin Ahmad ishak dan diterjemahkan oleh Azhar Mad Aros, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm 158 21 Ibid 22 Ibid, hlm 165

langsung akan dapat memulihkan pentadbiran serta mewujudkan kecekapan dalam pemerintahan Jepun kerana setiap kementerian dan dewan dalam pentadbiran Meiji telah dikhususkan kepada pengkhususan tertentu dan sudah pastinya dapat mengelakkan pertindihan tugas yang boleh mengganggu gugat sistem pentadbiran jepun.23 Perkembangan utama dalam sistem politik Jepun adalah dengan pengenalan sistem kabinet yang seakan-akan seperti sistem kerajaan di Eropah. Sistem kabinet Jepun telah diwujudkan pada tahun 1885.24 Sistem kabinet di negara Eropah telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan sistem kerajaan dan Meiji di Jepun melihat sistem kabinet ini berjaya mengekalkan kestabilan jepun bagi tempoh jangka panjang. 25 Dalam mengkaji soal ini, kita boleh merujuk kepada sikap orang jepun terhadap maharaja jepun. Orang jepun menganggap bahawa Maharaja Jepun adalah daripada keturunan Dewa Amaterasu iaitu Dewa Matahari mengikut kepercayaan klasik jepun.26 Mereka menganggap bahawa Maharaja Jepun adalah suci (Kami) serta berada dalam kedudukan yang tinggi dalam hierarki masyarakat Jepun. 27 Persoalan utama para pegawai jepun adalah tentang kedudukan maharaja dalam sistem kabinet Jepun. Dalam isu ini, masalah utama adalah dengan mewujudkan kabinet, mereka bimbang bahawa maharaja tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran kerana kebanyakan sistem beraja Eropah yang cuba diadaptasi oleh Jepun, Raja hanyalah bersifat ceremonial dan kabinet lebih banyak membuat keputusan berbanding dengan raja itu sendiri. 28 Raja adalah lambang semata-mata. Mengikut sistem Eropah khususnya sistem British adalah suatu yang tidak relevan serta tidak sesuai dengan pandangan masyarakat jepun terhadap keagungan Maharaja jepun dan akan menimbulkan isu di kemudian hari.
23 24

Hugh Barton (1970) Japans Modern Century, New York : The Roland Press Company , hlm 88 Ibid

25 26

Ibid.hlm 151 Abu Talib Ahmad (2004) Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 7 27 ibid 28 W. Scott Morton (2006) Jepun: Sejarah Dan Budaya, diselenggarakan oleh Md Sidin Ahmad ishak dan diterjemahkan oleh Azhar Mad Aros, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm 178

Penyelesaian isu ini hanya dapat diatasi oleh Ito Hirobumi iaitu seorang ahli politik Jepun telah mencadangkan agar sistem Jerman digunakan dalam pentadbiran jepun29 Kemuncaknya adalah pada tahun 1885 iaitu dengan penubuhan sistem kabinet sebenar dan pada tahun 1889 iaitu perlembagaan Meiji yang menjadi asas pemerintahan moden jepun yang digunakan sehingga tamatnya perang dunia kedua pada Ogos 1945.

Pemodenan Meiji dan Ekonomi


Kajian selanjutnya akan difokuskan kepada kepentingan ekonomi dalam pemodenan Meiji. Antara perkara yang boleh diambil kira dalam menganalisis tentang pemodenan Jepun di bawah kekuasaan Meiji adalah tentang peranan yang dimainkan oleh sektor ekonomi dalam perkembangan pemodenan Meiji itu sendiri. Sememangnya kepentingan ekonomi amat penting dalam pengukuhan Meiji kerana ekonomi adalah asas penting dalam sesebuah negara serta menjadi paksi kepada keutuhan negara. Ekonomi juga sebagai alat bagi mencapai

kemakmuran negara. Tambahan pula, maksud ekonomi merujuk kepada suatu kajian tentang usaha manusia dalam soal pengagihan sumber yang terhad.30 Dalam hal ini, pihak Meiji telah menjadikan ekonomi sebagai suatu alat untuk mempertahankan negara serta

mengaktifkan peranan mereka (kerajaan) dalam industri keseluruhannya 31 Malah turut menjadi faktor penentu dalam kejayaan pemodenan Meiji yang dilaksanakan mulai tahun 1868 sehingga tahun 1912. Antara langkah utama kerajaan Meiji dalam pembentukan ekonomi baru bagi jepun ialah dengan mengadakan arahan kepada para Daimyo agar bertindak dengan memulangkan

29

Ito semasa di Eropah, beliau telah berjumpa dengan Otto Von Bismarck serta mempelajari sistem pemerintahan Eropah melalui Albert Von Stein. Beliau berada di sana selama enam minggu pada tahun 1882. 30 Teuku iskandar, (1998) Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm
31

W. Scott Morton (2006) Jepun: Sejarah Dan Budaya, diselenggarakan oleh Md Sidin Ahmad Ishak dan diterjemahkan oleh Azhar Mad Aros, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm 166

kembali tanah mereka kepada maharaja. Serta memusatkan kuasa serta menyatukan wilayah di bawah kekuasaan Maharaja. yang di pusatkan di Edo ( Tokyo) . Usaha memusatkan kuasa penting bagi mengawal ekonomi Jepun serta mengekalkan kestabilannya pada masa panjang. Kerajaan Meiji juga dapat memastikan sumber-sumber penting khususnya hasil pertanian berada dalam genggaman mereka yang boleh dimanfaatkan bagi membiayai pemulihan Meiji.32 Tindakan ini dijalankan oleh Kid Koin di chosu dan Okubu Toshimachi di Satsuma yang berjaya memujuk daimyo mereka agar menyerahkan tanah kepada Maharaja pada tahun 1869. Selanjutnya, dari sudut ekonomi, pihak kerajaan Meiji telah cuba menetapkan dan menyusun semula cukai cukai mengikut kesesuaian semasa negara jepun pada waktu itu. Meiji telah bertindak menghapuskan beberapa cukai yang dijalankan semasa zaman feudal serta menghapuskan pengharaman aktiviti jual beli tanah yang dianggap oleh kerajaan Meiji sebagai tidak sesuai lagi dijalankan serta merugikan Kerajaan dari banyak segi. 33 Perubahan penting yang dilakukan adalah pada tahun 1873, cukai tanah dibayar dengan berdasarkan wang , bukan lagi menggunakan hasil tanaman. 34 Perubahan impak ini telah memberikan impak penting terhadap penguasaan ekonomi dalam kalangan masyarakat jepun kerana apabila cukai ditentukan oleh wang, secara tidak langsung perkembangan ekonomi dapat bergerak dengan lebih rancak lagi kerana wang merupakan alat yang mudah digunakan bagi menjalankan aktiviti ekonomi. Pastinya melalui kaedah ini, memberikan keuntungan kepada kerajaan. Secara tidak langsung , kerajaan Meiji mendapat hasil dengan segera melalui cukai lantas mendapat faedah ekonomi seperti yang diharapkan. 35 Selanjutnya, dalam membicarakan soal pemulihan Meiji dan ekonomi, tidak dapat tidak usaha untuk memperoleh sumber ekonomi adalah menjadi nadi utama dalam pembaharuan
32 33

Ibid W.G. Beasley (1999) Rise Of Modern Japan, London: George Weidenfield and Nicolson Ltd, hlm 62 34 Abu Talib Ahmad (2004) Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 184
35

ibid

Meiji. Antara tindakan yang berkaitan dengan pemodenan Meiji adalah dengan melalui usaha menghubungkan bandar-bandar jepun dengan kemudahan asas seperti jalan raya , kereta api dan sebagainya.36 Dalam hal ini , usaha yang dijalankan sebenarnya mempunyai dua konotasi penting. Misalnya, dari sudut lain ia mampu membuka peluang ekonomi kepada Jepun dalam jangka masa panjang kerana dengan kemudahan asas yang sempurna pastinya kegiatan ekonomi dapat dijalankan secara cekap dan efisien serta memberikan keuntungan dalam tempoh jangka panjang. Di samping itu, ia juga turut berkaitan dengan usaha pertahanan khususnya bagi menggerakkan tentera bagi mengawal sebarang penentangan dalam negeri.
37

Oleh sebab itulah pada tahun 1872, sebagai contoh telah menjadi tahun asas pembinaan

infrastruktur utama iaitu Jalan kereta api menghubungkan Tokyo dengan Yokohama serta pembinaan telekomunikasi telegraf di seluruh bandar di Jepun pada tahun 188038. Perindustrian dan industri secara keseluruhannya telah membawa kesan kepada pemodenan jepun. Kesedaran jepun tentang perlunya usaha untuk mencapai tahap perindustrian tertinggi dalam kerangka ekonomi Jepun era Meiji harus dicapai demi kemakmuran negara secara keseluruhannya. Dalam isu ini, Jepun semasa Meiji telah cuba untuk membina asas perindustrian Jepun. Dalam hal ini, secara tidak langsung Kerajaan Meiji cuba untuk membawa Jepun ke arah revolusi Industri.39 Kerajaan telah memutuskan untuk campur tangan serta membabitkan diri dalam industri secara keseluruhannya. Misalnya, pada tahun 1874, Kerajaan Meiji telah mengambil alih Lombong Arang Batu British di Hizen serta mengambil alih lapan buah lombong yang lain. Selain itu, Ito Hirobumi semasa menjadi Menteri Industri dari tahun 1870-1878 telah mengadakan Industri kain bulu biri-biri bagi
36 37

Ibid.hlm 185 W. Scott Morton (2006) Jepun: Sejarah Dan Budaya, diselenggarakan oleh Md Sidin Ahmad Ishak dan diterjemahkan oleh Azhar Mad Aros, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm 174 38 Menjelang tahun 1900, terdapat hampir 5000 batu jalan kereta api. Menurut Morton, pada mulanya pembinaan kereta api adalah di bawah tanggungan Kerajaan dan usaha persendirian pihak swasta. Tetapi, atas dasar nasionalisasi pihak kerajaan Jepun telah memonopoli sistem pengangkutan kereta api pada tahun 1906.
39

10

tujuan pakaian pegawai kerajaan dan anggota tentera. Tambahan pula, pihak kerajaan Meiji turut memberikan pinjaman kepada industri tertentu seperti industri mesin, perkapalan dan sebagainya. Kesan langsung daripada bantuan kerajaan ini telah membentuk suatu kebaikan kepada jepun buat masa panjang iaitu berlakunya perkembangan sektor industri hasil usaha kerajaan Meiji dalam bidang ekonomi itu sendiri. Malah usaha ini telah membebaskan Jepun daripada sistem ekonomi feudal kepada suatu gaya ekonomi baru berdasarkan perindustrian yang setaraf dengan negara-negara barat menjelang kurun ke 20.40 Kesan Pemodenan Meiji Sehingga Dekat 1920an. Esei sebelum ini telah memperincikan Pemodenan Meiji dengan memberi tumpuan kepada aspek pemodenan politik dan ekonomi. Pada bahagian ini, tumpuan adalah kepada kesannya kepada rakyat Jepun keseluruhannya sehingga dekat 1920an. Dalam aspek cara hidup, masyarakat Jepun telah mula mengamalkan suatu cara hidup berasaskan kebaratan. 41 Dalam mengkaji isu ini, kita harus merujuk kepada cara pengaruh luar itu masuk ke dalam sesebuah negara. Pengaruh luar secara dasarnya masuk ke dalam sesebuah negara dan

berakar umbi ke dalam masyarakat melalui peranan agama, intelektual, perdagangan dan penggunaan bahasa.
42

Meiji

turut membawa sama sekali pengaruh barat ke dalam

ketamadunan Jepun dan masyarakat jepun kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Antara bukti jelas yang boleh diperhatikan ialah penggunaan rambut gaya barat yang menggantikan gaya rambut gaya samurai yang dianggap ketinggalan zaman . Di samping itu, terdapat juga masyarakat Jepun yang memakai Haikara iaitu kolar tinggi yang sememangnya menjadi

40

W. Scott Morton (2006) Jepun: Sejarah Dan Budaya, diselenggarakan oleh Md Sidin Ahmad Ishak dan diterjemahkan oleh Azhar Mad Aros, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm 177
41 42

Ibid Ibid. Hlm17

11

budaya di barat khususnya dalam kalangan bangsawan. 43 Keadaan ini memperlihatkan tentang kewujudan suatu budaya baru dalam masyarakat Jepun kesan daripada pemodenan Meiji. Masyarakat Jepun telah keluar daripada kepompong cara berfesyen lama ala jepun dan digantikan oleh suatu bentuk gaya berasaskan kebaratan. Tindakan mengenakan pakaian ala barat ini berlaku kerana kesediaan masyarakat jepun untuk menerima perubahan yang berlaku dalam masyarakat mereka kesan daripada pemodenan Meiji. Tanpa kawalan kerajaan Meiji sekalipun, Perubahan tetap akan berlaku khususnya berkaitan dengan cara pengadaptasian fesyen pengaruh barat itu sendiri.44 Selain itu, dalam kalangan golongan bangsawan Jepun semasa era Meiji, terdapat kecenderungan terhadap majlis-majlis keramaian berasaskan barat. Majlis seperti ini yang diwarnai dengan persembahan muzik barat dan adalah suatu perkara yang diberikan perhatian khususnya dalam kalangan bangsawan, fenomena ini bukan sahaja berlaku pada zaman Meiji semata-mata , malah berterusan sehingga kini. 45 Keadaan ini memperlihatkan bahawa masyarakat jepun pada era Meiji dan Taisho sudah menjadi suatu masyarakat yang berubah serta terbuka di dalam mengadaptasikan pengaruh barat yang diterapkan Meiji sebelum ini lantas mengubah gaya hidup rakyat jepun khususnya dari sudut fesyen itu sendiri. Kesan langsung pemulihan Meiji juga boleh dilihat daripada sikap masyarakat Jepun terhadap imperialisme oleh jepun terhadap negara-negara sekitarnya. Pemodenan Meiji yang berteraskan kepada pembangunan politik dan ekonomi serta berteraskan kepada falsafah memakmurkan negara melalui kekuatan tentera telah mula mengubah sikap masyarakat

Jepun terhadap imperialisme. Masyarakat jepun khususnya dalam kalangan ahli politik jepun berpendapat bahawa kedudukan negara jepun akan lebih tinggi bersama-sama kuasa barat

43

W. Scott Morton (2006) Jepun: Sejarah Dan Budaya, diselenggarakan oleh Md Sidin Ahmad Ishak dan diterjemahkan oleh Azhar Mad Aros, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm 171 44 Ibid 45 Hugh Barton (1970) Japans Modern Century, New York : The Roland Press Company. Hlm 240

12

sekiranya jepun menjadi suatu kuasa imperialisme penting bagi Asia timur. 46 Hal ini juga turut dikaitkan dengan perlembagaan Meiji yang menonjolkan kesetiaan kepada maharaja serta sifat niponism yang mendorong masyarakat jepun menjadi keras di medan peperangan serta sanggup berbuat apa sahaja demi kepentingan negara dan maharaja . Hal ini juga turut dikaitkan dengan corak pendidikan jepun yang berteraskan patriotisme dan berteraskan kepada sistem nilai jepun. Oleh itu, Kesan daripada proses pendidikan jepun pada zaman meiji , telah menjadikan rakyat jepun lebih bersifat imperialis khususnya dalam kalangan ahli politik dan pegawai tentera jepun .47 hasil daripada perubahan dan pemodenan Meiji telah menyebabkan Jepun mula menjalankan imperialisme di Asia Timur antara tahun 1895-1920 dengan melihat kepentingan strategik negara jepun sebagai pemangkin kepada kejayaan imperialisme Jepun lalu menjadi kebanggaan rakyat Jepun itu sendiri .48 Kesannya rakyat Jepun melihat bangsa lain sebagai bangsa yang amat rendah nilainya berbanding orang Jepun. Misalnya, Rakyat Jepun seperti Kolonel Suzuki pernah menganggap bahawa bangsa Korea adalah hina dan tidak wajar diberikan kebebasan. Pegawai jepun serta golongan kapitalis Jepun juga turut

melayan bangsa Korea yang dipaksa bekerja di jepun sebagai bangsa kelas kedua dan tidak dapat menikmati hak-hak kemanusiaan seperti bangsa jepun.49 Tindakan ini banyak berpunca daripada sikap pendidikan Meiji yang berteraskan kesetiaan kepada Maharaja serta menonjolkan sikap Nipponese yang tinggi telah menyebabkan rakyat Jepun mempunyai nilai-nilai kebangsaan yang fanatik terhadap Jepun. Sikap ini juga turut ditonjolkan terhadap China dan jepun melihat bahawa China bukan lagi sebagai role model tetapi merupakan

46 47

ibid Hugh Barton (1970) Japans Modern Century, New York : The Roland Press Company. Hlm 241 48 Kenneth B Pyle (1996) The Making of Modern Japan second edition, Lexington: D.C. Heath And Company Ltd, hlm 135 49 Abu Talib Ahmad (2007) Pendudukan Jepun Dan Asia Tenggara( 1941-1945), dalam Siri Syarahan Umum Perlantikan Profesor, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia , hlm 12

13

musuh utama yang mesti ditamadunkan oleh Jepun. 50 Malah, istilah Shiina oleh masyarakat Jepun yang merujuk kepada yang menghina juga menonjolkan sikap masyarakat Jepun terhadap China yang dianggap sudah ketinggalan zaman berbanding dengan Jepun yang dianggap sudah moden bagi kawasan Asia Timur. Pemodenan Meiji sungguhpun telah menyebabkan masyarakat Jepun memandang hina terhadap bangsa lain serta berfikiran imperialis , tetapi dari sudut yang lain khususnya daripada aspek kesenian , masyarakat jepun era Meiji dan era Taisho (1912-1945) telah banyak berubah dari sudut kesenian. Kesenian masyarakat Jepun pada era ini adalah sangat berpaksikan kepada kebaratan dan pemodenan Meiji yang bersifat tolak ansur terhadap perubahan modenisme itu telah membuatkan rakyat Jepun meniru corak kesenian daripada barat.
51

Antaranya dari sudut kesenian, Para pelukis jepun telah mengubah cara mereka

melukis daripada menggunakan berus China kepada penggunaan pensel yang diasaskan oleh Kawakami Togai pada tahun 1868. Beliau sebagai seorang lulusan luar negara yang dihantar oleh kerajaan bagi mendalami sistem lukisan barat khususnya Belanda telah diarah untuk memperkenalkan sistem pelajaran kesenian di sekolah kerajaan. 52 Kejayaan usaha awal beliau telah menyebabkan beliau berjaya memberikan impak kepada kesenian jepun,.

Misalnya pada tahun 1889, telah tertubuh sekolah pertukangan Tokyo yang menumpukan kepada bidang seni dan pertukangan. Penubuhan sekolah seni juga merupakan asas penting dalam membawa kesan ke atas orang Jepun kerana orang Jepun mula berminat kepada seni baru berasaskan barat dan bidang kesenian baru ini dilihat sebagai suatu role model penting di dalam pemikiran masyarakat Jepun kerana ini menonjolkan bahawa mereka adalah Tamadun moden yang berbeza berbanding dengan golongan lain di Asia. 53Pada tahun 1920 pula, sudah wujud sistem filem dan drama Jepun yang berpandukan corak filem yang diambil
50 51

Abu Talib Ahmad (2004) Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm 268 ibid 52 Ibid.hlm 269 53 W.G. Beasley (1999) Rise Of Modern Japan, London: George Weidenfield and Nicolson Ltd.hlm 125

14

dari barat. Ketika rakyat china masih lagi menghadapi konflik dalaman, rakyat Jepun sudah merasai kehebatan seni baru 1920an.54 Perkembangan penting bagi masyarakat jepun sehingga tahun 1920 adalah terbentuknya masyarakat kelas bandar yang bekerja didalami sektor perindustrian baru serta mewujudkan budaya korporat orang Jepun melalui Zaibatsu . Kewujudan masyarakat industri di jepun adalah berpunca daripada galakan kerajaan Meiji terhadap perkembangan industri melalui dasar-dasar membantu industri di jepun serta campur tangan di dalam sektor-sektor tertentu. Misalnya pada tahun 1920, dianggarkan seramai 1-6 juta rakyat jepun bekerja di bandarbandar perindustrian seperti di Tokyo, Yokohama dan Osaka. 55 Perkembangan ini adalah kesan terhadap masyarakat Jepun hasil daripada pemodenan Meiji kerana sebelum berlakunya proses pemulihan, masyarakat Jepun khususnya masyarakat zaman Tokugawa sebahagian besar adalah masyarakat pertanian yang dikawal oleh sistem feudalisme Jepun. Polisi ekonomi dan matlamat Meiji yang ingin menjadi negara yang hebat setanding dengan kuasa-kuasa Eropah turut menyumbang kepada berlakunya perkembangan perindustrian. Dengan galakkan dari kerajaan terhadap ekonomi melalui bantuan kepada bidang ekonomi dan infrastruktur awam telah mengubah struktur masyarakat jepun. Kesan terhadap yang boleh memperkembangkan seninya sehingga tahun

masyarakat jepun ialah, sebahagian besar penduduk jepun lebih banyak terlibat di dalam industri moden serta tinggal di bandar-bandar besar lalu mengakibatkan masyarakat jepun mengalami perubahan struktur sosial yang berbeza berbanding dengan zaman sebelumnya.56

54 55

Abu Talib Ahmad (2004) Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.hlm 271 W.G. Beasley (1999) Rise Of Modern Japan, London: George Weidenfield and Nicolson Ltd.hlm 125 56 Ibid

15

Kesimpulan.
Esei sebelum ini telah membincangkan secara panjang lebar pemodenan Meiji serta kesannya kepada rakyat Jepun sehingga tahun 1920. Oleh itu, esei ini telah merumuskan bahawa pemodenan Meiji secara asasnya telah digerakkan oleh desakan daripada golongan muda jepun sekitar pertengahan kurun ke 19 untuk mempertahankan kedaulatan Jepun daripada mengalami imperialisme barat lantas menyebabkan berlakunya perubahan terhadap politik dan ekonomi Jepun sesuai dengan suasana kemodenan semasa kurun ke 19 dan awal abad ke 20 yang akhirnya telah memberi berbagai-bagai kesan negatif dan positif terhadap rakyat jepun sehinggalah tahun 1920. Oleh itu, esei merumuskan bahawa, pihak Meiji telah berjaya melakukan suatu pembaharuan politik dan ekonomi semasa proses pemulihan itu sehingga berjaya menaikkan semangat imperialisme masyarakat jepun yang ditonjolkan di dalam proses imperialisme di Korea dan China. Selanjutnya, pemodenan secara umumnya turut berjaya mengubah persepsi orang-orang jepun terhadap seni dan mengubah pandangan mereka kepada suatu bentuk nilai seni baru berasaskan barat. Kemuncaknya adalah wujudnya masyarakat baru Jepun yang berorientasikan industri kesan daripada pemodenan ekonomi jepun semasa era Meiji itu sendiri.

16

Bibliografi. Abu Talib Ahmad (2004) Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abu Talib Ahmad (2007) Pendudukan Jepun dan Asia Tenggara ( 1941-1945), dalam Siri Syarahan Umum Perlantikan Profesor, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia. Hugh Barton (1970) Japans Modern Century, New York : The Roland Press Company. Kenneth B Pyle (1996) The Making of Modern Japan second edition, Lexington: D.C. Heath And Company. Robert F. Hackett (1965), The Meiji Leaders And Modernization: The Case Of Yamagata Aritomo, dalam Changing Japanese Toward Modernization, Diselenggarakan oleh Maris. B Jansen, Princeton: Princeton University Press. Teuku Iskandar, (1998) Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. W. Scott Morton (2006) Jepun: Sejarah Dan Budaya, diselenggarakan oleh Md Sidin Ahmad Ishak dan diterjemahkan oleh Azhar Mad Aros, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya. W.G. Beasley (1999) Rise Of Modern Japan, London: George Weidenfield and Nicolson Ltd.

17

You might also like