You are on page 1of 3

Iman yang paling utama adalah sabar dan memaafkan (HR Bukhari)

Hadis ini mengajak kita untuk sentiasa bersabar dengan apa jua ketentuan yang telah ditakdirkan ke atas diri kita. Kerana setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. Seandainya kita diuji dengan rasa iri hati orang lain terhadap kita adakah kita perlu juga membalasnya dengan rasa iri hati juga? Tentulah tidak,kerana Allah menyukai orang yang memberi kemaafan dan Allah sendiri Maha Pemaaf. Sebaik-baik perbuatan adalah memaafkan serta membalas perbuatan yang buruk dengan kebaikan. Memberi kemaafan dapat memadam api dendam dalam hati manusia serta dapat menambah rasa bahagia di dalam hati. Sabar ialah apabila kita mampu menahan diri daripada apa yang kita sukai dan mengekang diri dari mengikut hawa nafsu. Dan sabar yang terpuji adalah sabar yang tidak disertai perasaan marah,keluh kesah serta putus asa.Sebaliknya sabar perlu disertai dengan rasa tawakal dan keyakinan kepada Allah s.w.t. Apabila diuji dengan sebanyak mana pun ujian,kita perlu berserah diri kepada Allah serta bertawakkal kepadaNya dengan disertai usaha untuk memperbaiki diri agar Allah memberi jalan keluar dari ujian yang diberiNya.


Kata-kata yang baik adalah sedekah (Hadis Riwayat Bukhari)

Tidak semua orang diberi kelebihan oleh Allah melalui harta dan wang ringgit. Tetapi tidak bermakna orang yang tidak berharta itu tidak berpeluang mendapat ganjaran bersedekah. Sedekah bukan sekadar memberi duit dan harta,malahan sedekah juga boleh dilakukan melalui nasihat serta amar maaruf (yakni mengajak kepada kebaikan). Orang yang memberikan nasihat dengan ikhlas kerana Allah s.w.t juga akan diberi ganjaran pahala seperti bersedekah. Mengeluarkan kata-kata yang baik dengan niat untuk membawa kebaikan kepada orang lain juga adalah sedekah. Mengelakkan diri dari berkata yang sia-sia juga sedekah. Oleh itu,di dalam bulan ramadhan yang penuh keberkatan dan bulan yang digalakkan kita untuk bersedekah,saya mengajak rakan-rakan untuk sama-sama mendidik diri untuk mengucapkan

kata-kata yang baik,moga-moga Allah memberi ganjaran pahala buat kita semua. Sekian,terima kasih.

akan

You might also like