You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUANKU JAAFAR 2, SEREMBAN

KERTAS KERJA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE 54 PERINGKAT SEKOLAH 2011


1 MALAYSIA : TRANSFORMASI BERJAYA, RAKYAT SEJAHTERA

TARIKH : 18 OGOS 2011

TEMPAT DATARAN PERHIMPUNAN SK. TAMAN TUANKU JAAFAR 2, SEREMBAN

DISEDIAKAN OLEH : GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

KERTAS KERJA PELANCARAN PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN 2011 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUANKU JAAFAR 2, SEREMBAN.

1.0 TUJUAN / RASIONAL : Internship ialah satu program latihan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek yang telah dilaksanakan selari dengan rutin dan amalan budaya di sekolah. Pada peringkat ini, guru pelatih perlu menimba pengalaman dengan bimbingan mentor untuk melaksanakan projek yang diberikan. Selain itu, program ini mampu menambah keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru permulaan yang berpengetahuan luas. Oleh itu, kertas kerja ini diharap mendapat kelulusan daripada pihak Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2, Seremban.

2.0 PENGENALAN : Bersesuaian dengan sambutan bulan kemerdekaan, amalan menghayati erti kemerdekaan seharusnya dijadikan budaya murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2, Seremban. Oleh itu, majlis pelancaran Program Bulan Kemerdekaan akan diadakan pada hari Khamis bertarikh 18 Ogos 2011. Majlis pelancaran ini bertujuan untuk melancarkan sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan diharap dapat digarapkan keseluruhannya untuk menjadikan semua warga SKTTJ2 menjiwai semangat kecintaan pada negara. Aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan bagi mengisi aktiviti yang boleh memupuk sifat cintakan negara dalam kalangan murid-murid di sekolah ini

3.0 OBJEKTIF : 3.1 Menerapkan sifat cinta akan negara dan rasa bersyukur atas nikmat kemerdekaan telah Malaysia kecapi dalam kalangan murid-murid Sekolah

Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2, Seremban. 3.2 Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema sambutan kemerdekaan. 3.3 Menambah pengetahuan murid tentang sejarah kemerdekaan negara hasil daripada penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

4.0 SASARAN PENYERTAAN Semua guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2, Seremban, Negeri Sembilan.

5.0 TARIKH DAN TENTATIF PROGRAM : Pelancaran Program Tarikh Masa Tempat : 18 Ogos 2011 ( Khamis ) : 7.40 - 8.40 pagi : Dataran Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2 , Seremban.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang pelancaran tersebut : 7.40 pagi - Ucapan aluan Pengerusi Majlis Bacaan Doa Ucapan Perasmian oleh Guru Besar Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke 54 Slot nyanyian lagu-lagu patriotik secara beramai-ramai. 8.40 pagi - Bersurai

6.0 ANJURAN : Pelatih IPG Kampus Raja Melewar, Seremban dengan kerjasama Panitia Kajian Tempatan serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2, Seremban.

7.0 ANGGARAN KOS Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Tepung Sticker bendera Malaysia Pam angin kaki Plastik sampah Plastisin *Double side (1cm) *Kad Manila *Binding Tape (2cm) Perkara Kuantiti 4 2 1 1 2 1 3 3 Jumlah Besar RM Kos (RM) 10.00 2.00 14.00 2.00 2.00 3.00 1.50 10.50 44 .50

*6,7,8 diambil daripada Pusat Sumber Sekolah.

8.0 AHLI JAWATANKUASA Rujuk Lampiran 1

9.0 PENGISIAN ILMU i. Mengemukakan kertas kerja cadangan untuk melaksanakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 54 peringkat sekolah. ii. Berbincang dengan guru pembimbing dan guru yang terlibat dengan majlis perlancaran. iii. Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 54. iv. Mengusulkan cadangan tentang gimik yang telah dibincangkan bersama dengan guru pembimbing.

v. vi. vii.

Menyediakan bahan-bahan untuk membuat gimik pada majlis pelancaran. Memastikan kelancaran semasa majlis pelancaran itu berlansung. Memastikan keadaan dan kebersihan dataran perhimpunan selepas tamat majlis perlanjaran

10.0

PENUTUP

Adalah diharapkan program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan.

Disediakan oleh,

................................................ (AYUNI BINTI ABD.RAHMAN) Guru Pelatih, IPG Kampus Raja Melewar, Seremban

Disediakan oleh,

................................................ (SYARIFH NORDIA EDAYU BT SYED MOHAMAD) Guru Pelatih, IPG Kampus Raja Melewar, Seremban

Disemak oleh ,

................................................ (PUAN INTAN ZARINA BINTI RAKIMULLAH) Guru Pembimbing Internship, Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2, Seremban

Disahkan oleh,

.............................................. (PUAN HAJAH NOOR SEMARLI BINTI ALIAS) Guru Besar, SK Taman Tuanku Jaafar 2, Seremban

s.k :

1) Panitia Kajian Tempatan SK. Taman Tuanku Jaafar 2, Seremban. 2) Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SK. Taman Tuanku Jaafar 2, Seremban. 3) Pengerusi AJK Sambutan Bulan Kemerdekaan 2011 SK. Taman Tuanku Jaafar 2, Seremban. 4) Mentor guru pelatih. 5) Guru Besar SK.Taman Tuanku Jaafar 2, Seremban.

You might also like