You are on page 1of 24

Terbitan Unit Penerbitan Pusat Islam Universiti Selangor BIL 5 : 2011 ( NOVEMBER 2011 ~ FEBRUARI 2012 )

Assalamualaikum Wrt. Wbt. Penaung Prof. Dr. Hj. Anuar bin Ahmad Penasihat Prof. Madya Hj. Zainal Abidin Bin Kidam Tuan Haji Saedal Atas Bin Abd. Ghani Editor Ustazah Noor Azzah binti Mohd Yusof Pengarang Ustaz Abdul Rahman bin Ridewan Ustaz Nurdin bin Darman Ustazah Zahidah binti Muhd Zain Ustazah Noor Azzah binti Mohd Yusof Ustaz Ahmad Tarmizi bin Zakaria Wartawan & Grafik Encik Mohd Azlizad bin Sulaiman Edaran Ustaz Mohd Sofyan bin Razali Jurufoto Encik Mohd Azlizad bin Sulaiman Penerbit Pusat Islam , Universiti Selangor , Jalan Timur Tambahan , 45600 Bestari Jaya , Selangor Darul Ehsan . Tel Email FB Blog : 03 - 3280 5059 / 5140 / 5132 / 5134 : pusat_islam@unisel.edu.my : PUSAT ISLAM UNISEL : unisel-pusatislam.blogspot.com
Pembaca yang dirahmati Allah, Awal Muharram merupakan pembukaan dan permulaan tahun baru hijriah. Ini bermakna kali ini kita meraikan tahun hijrah 1433H. Setiap tahun kita menyambutnya dengan mengadakan berbagai majlis,program yang berkaitan supaya dapat dijadikan iktibar atau pengajaran dalam menempuh kehidupan melalui penghayatan di sebalik peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dan para sahabat. Hari ini ramai di antara kita yang sibuk dengan urusan duniawi sehinggakan terleka dan terlupa seketika apa yang telah kita lakukan dan sudahkah kita menunaikan hak kepadaNya Justeru itu ketibaan tahun 1433H membuka tirai dan lembaran baru episod kehidupan, seharusnya ruang dan peluang yang diberikan oleh Allah SWT ini hendaklah dimanfaatkan sebaiknyakerana apa yang kita kecapi hari ini tidak akan berterusan keadaannya, tidak kekal selamanya bahkan ianya hanyalah pinjaman sementara cuma. Ianya akan berubah mengikut ketentuanNya dan apa yang berlaku luar dari jangkauan manusia. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Sahabat Nabi SAW yang bernama Abu Hurairah R.A yang menekankan gesaan ke arah melakukan amalan baik, iaitu yang bermaksud : Bersegeralah engkau sekalian melakukan amalan-amalan (yang baik) sebelum datangnya tujuh macam perkara .Apakah engkau sekalian menantikan (enggan melakukan dulu) melainkan setelah tibanya kefakiran yang melalaikan, atau tibanya kekayaan yang menyebabkan kecurangan (ingkar), atau tibanya kesakitan yang membinasakan, atau tibanya usia tua yang menyebabkan ucapan-ucapan tidak keruan lagi, atau tibanya kematian yang mempercepatkan lenyap segala hal, atau tibanya Dajjal, maka ia adalah seburuk-buruk makhluk ghaib yang ditunggutunggu , atau tibanya hari kiamat, maka hari kiamat itu adalah lebih besar bencananya serta lebih pahit penanggungannya. (Imam al-Nawawi,Riyadus Salihin Jld.1, bab fi al-mubadarah ila al-khairathadith no.93) Nabi Muhammad SAW menasihati umatnya agar bersegera melakukan kebaikan sebelum datangnya tujuh perkara yang boleh menyebabkan kesukaran untuk melaksanakan kebaikan atau boleh menutup peluang untuk melakukannya. Oleh yang demikian, marilah kita berusaha untuk melakukan kebaikan dan kemaslahatan : 1) ketika dalam kesenangan dan kemakmuran, 2) sebelum kemewahan hidup menjadikan manusia lupa kepada Allah SWT, 3) sebelum penyakit menyerang dan tahap kesihatan merosot , 4) sebelum usia tua dan uzur fizikal mental, 5) sebelum ajal menjemput tanpa sebarang peringatan dan amaran awal, 6) sebelum kedatangan Dajjal yang menyesatkan manusia dan 7) sebelum tibanya hari qiamat yang mebinasakan keseluruhannya Lembaran baru terbentang luas untuk kita semua, ayuh kita muhasabah kembali perjalanan kehidupan ini, termasuklahlah rutin seharian, dari segi pekerjaan, amal ibadah kita. Marilah kita menyusun semula langkah menuju jalan yang satu demi mencapai keredhaanNya. Semoga Allah membantu kita melaksanakan amalan dengan baik dan sempurna serta melakukan perubahan dan penghijrahan ke arah kebaikan tanpa menangguhnangguhkannya. Sesungguhnya Allah telah memberi peringatan yang nyata dari setiap apa yang berlaku, akan tetapi manusia seringkali lalai, ingkar tidak mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku pada mereka yang terdahulu. Beruntunglah bagi mereka yang menunaikan tanggungjawab dan berpesan dengan kebaikan serta beramal soleh..Wallahuaalam
Salam Mawaddah ,

Sidang Redaksi Ad-Deen amat mengalu-alukan sumbangan Fakulti / Institusi / Pusat / Bahagian untuk diterbitkan diruangan Ad-Deen. Sumbangan artikel hendaklah berkaitan dengan urusan keilmuan dan aktiviti universiti. Sila hantarkan bahan - bahan tersebut kepada : Pejabat Editor , Pusat Islam Unisel .


(azzah_yusof@unisel.edu.my)

ADDEEN BIL.5 - M/S 02

Oleh : Tuan Haji Saedal Atas Bin Abd. Ghani

ADDEEN BIL.5 - M/S 03

Oleh : USTAZ ABD.RAHMAN BIN RIDEWAN

Adapun kehidupan di dunia ini tidak terlepas dari dua perkara iaitu dosa dan pahala. Sifirnya mudah, buat baik ganjarannya pahala dan Syurga,manakala buat jahat atau maksiat balasannya dosa dan Neraka.
Sifat taqwa itu ialah mentaati perintah Allah SWT dan meninggalkan larangannya jelas dinyatakan dalam Kitabullah. Pada hari ini, banyak berlakunya perkara maksiat dan kemungkaran. Ini kerana pada akhir zaman , ramai di kalangan umat Islam sendiri yang menjauhkan diri daripada petunjuk Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Perkara-perkara kemungkaran yang berlaku adalah membuka jalan bagi Allah SWT menurunkan azab dunia kepada manusia berbentuk bala bencana sebelum azab seksa sebenar di neraka. Bala bencana itu akan berlaku sekiranya tidak ada orang Islam yang menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kita melihat amalan meninggalkan solat dalam masyarakat hari ini sudah menjadi perkara biasa. Tabiat meninggalkan solat semakin menular dan berleluasa dalam keluarga dan masyarakat. Mereka leka dengan pelbagai urusan hidupnya. Firman Allah SWT mengingatkan, yang bermaksud : Kemudian mereka digantikan oleh keturunanketurunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka). Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikit pun. (Surah Maryam : 59-60). Apabila solat diambil ringan, maka manusia akan mengikut hawa nafsu. Seterusnya tersesat daripada hidayah Allah. FirmanNya lagi :

(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. (Al-Baqarah:7) Justeru itu marilah kita menyelamatkan diri selagi peluang hidup masih ada. Binalah kesedaran dan keinsafan, memperbaiki hubungan dengan Allah SWT dengan mendirikan solat serta memperbaiki seluruh aspek kehidupan kita mengikut syariat Allah SWT. Oleh yang demikian, kita akan terselamat daripada bencana yang diturunkan oleh Allah. Sesungguhnya perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Allah SWT dan ia merupakan satu bentuk kezaliman yang membawa kemudaratan diri dan masyarakat. Mudarat adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada keperluan asas manusia seperti agama , diri, keturunan, akal dan harta. Bukan sahaja mudarat di dunia bahkan di akhirat. Maksiat itu terbahagi kepada dua iaitu maksiat lahiriah seperti merompak, membunuh,berzina dan sebagainya. Manakala maksiat batin itu seperti hasad, tamak, takbur dan sifat-sifat mazmumah yang lain. Perbuatan maksiat akan menyebabkan si pelaku mendapat dosa. Manakala impak dosa amat besar iaitu boleh merosakkan hati, sekaligus membinasakan peribadi seorang Muslim. Dan dosa yang dilakukan boleh menyebabkan berkurangnya fungsi dan kekuatan akal. Usah meremehkan dosa sekalipun kecil kerana dosa umpama debu yang berterbangan menjadi gunung ,keras dan membatu. Setiap dosa yang dilakukan sama ada sedar atau tidak hendaklah diiringi dengan taubat nasuha sebelum hati menjadi keras dan sukar dilentur. Ketika seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, apakah itu dosa? Rasulullah SAW telah menjawab bahawa dosa itu

sesuatu yang meresahkan hatimu. Ini bermaksud bahawa pelaku maksiat akan sentiasa resah dibayangi rasa bersalah terhadap Allah dan juga kepada dirinya sendiri. Manusia dijadikan dengan fitrah semulajadi yang suka kepada kebaikan dan membenci kejahatan. Oleh yang demikian, apabila mereka melakukan kejahatan, mereka sebenarnya melawan fitrah dirinya dan tidak akan tenang sehinggalah mereka benar-benar bertaubat. Menurut para ulama, selain hilang keberkatan rezeki, sukar untuk beribadah, terhijab daripada ilmu bermanfaat, hilang rasa malu, sentiasa diburu oleh rasa waswas, gelisah dan cemas, orang yang melakukan maksiat juga akan terjejas kesihatan tubuh badannya. Orang yang melakukan maksiat akan berasa miskin dalam kekayaan, sempit dalam kelapangan dan sunyi walaupun dikelilingi orang yang mengaguminya. Apabila hati tidak tenang, degupan jantung dan tekanan darah menjadi tidak menentu. Oleh yang demikian maksiat akan memberi kesan kepada tubuh badan manusia secara langsung. Semuanya akan menyebabkan pengaliran darah dan sistem penghadaman terjejas. Dan seterusnya menyebabkan penyerapan vitamin dan pengeluaran antibodi menurun. Akibatnya, sistem saraf tidak berfungsi dengan betul dan seluruh organ tubuh akan sakit.

ADDEEN BIL.5 - M/S 04

Dunia ini tempat dan persiapan. Allah telah berjanji untuk mengampuni dosa-dosa mereka yang bertaubat secara ikhlas atas kesalahan mereka dan memperbaikinya. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui (Surah Ali-Imran : 135) Menurut Hamka, taubat adalah membersihkan hati, Salah satu cara membersihkan jiwa dari dosa adalah dengan taubat.Prof Madya Dr Musa Fathullah Harun telah menulis berkaitan taubat dan pengertiannya. Firman Allah SWT dalam surah Al-Nisa ayat 17-18, yang bermaksud :Sesungguhnya penerimaan taubat di sisi Allah hanyalah bagi orangorang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya, dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini(sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang pedih. Para mufassirin berkata : Setiap orang yang menderhaka kepada Allah dinamakan jahil, dan perbuatannya itu dinamakan kejahilan. Ini kerana, sekiranya orang yang menderhaka itu menggunakan ilmunya tentang ganjaran dan hukuman yang akan dihadapi, tentunya ia tidak akan berani melakukan dosa dan maksiat. Oleh kerana ia tidak menggunakan ilmunya tersebut, maka ia menjadi seperti orang tidak berilmu. Atas pertimbangan inilah maka orang yang menderhaka kepada Tuhannya dinamakan jahil, sama ada maksiat yang dilakukannya itu diketahui sebagai maksiat atau pun tidak diketahuinya.Ini adalah kerana, ia mungkin mengetahui bahawa perbuatan yang dilakukannya itu adalah maksiat, tetapi dari sudut lain, ia dikatakan jahil kerana tidak mengetahui kadar seksaan atau kadar kesakitan yang akan dideritainya di masa akan datang. Mengenai firmanNya SWT yang bermaksud: Kemudian mereka bertaubat dalam masa dekat, mereka bersepakat bahawa yang dimaksudkan ialah sebelum hadirnya kematian, atau sebelum melihat kematian. Dengan kata-kata lain pintu taubat terbuka bagi manusia selama rohnya masih berada dalam jasadnya.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad daripada Abdullah Bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba selama ia belum ghargharah (sakrat menjelang maut). Allah SWT menamakan masa tersebut sebagai masa yang dekat , kerana: Pertama: Kematian itu pasti datang, dan semua yang datang adalah dekat. Kedua: Untuk mengingatkan bahawa masa umur manusia, meskipun panjang, adalah pendek, yakni dekat. Ketiga: Manusia setiap waktu, mempunyai perasaan kemungkinan didatangi maut, dan setiap yang demikian keadaannya disifati dengan dekat. Imam Fakhr al-Razi berpendapat bahawa yang dimaksud dengan perkataan, dalam masa dekat ialah bahawa ia memulai taubat itu pada masa yang tidak jauh daripada masa melakukan maksiat agar ia tidak termasuk ke dalam golongan orang yang berketetapan hati untuk terus dalam maksiat. Imam Ghazali berkata bahawa firman Allah SWT yang bermaksud :Kemudian bertaubat dalam masa yang dekat, iaitu maknanya dekat dari masa kesalahan atau perbuatan dosa, iaitu dengan menyesali ke atasnya dan menghapus kesannya dengan perbuatan yang baik yang mengiringinya sebelum bertompoknya kotoran di atas hati, yang menjadikannya susah dihilangkan.Kerana itulah Rasulullah SAW bersabda: Ikutilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapusnya. Dan Luqman al-Hakim juga berkata kepada anaknya:Wahai anakku, janganlah engkau mentakhirkan (melewatkan) taubat. Sesungguhnya mati itu datang dengan tiba-tiba (mengejut). Barang siapa yang tidak segera bertaubat dengan menunda-nunda, maka ia berada di antara dua bahaya besar: Pertama : Hatinya akan tertimbus oleh kegelapan daripada perbuatan perbuatan maksiat yang dilakukan, sehingga menjadi kotoran dan tabiat yang tidak dapat dihapuskan. Kedua: Ia mungkin akan disegerakan oleh penyakit atau kematian, sehingga tidak mempunyai kesempatan untuk bertindak menghilangkan kotoran dan tabiat hasil perbuatan maksiat. Taubat bermaksud kembali kepada kebaikan daripada keburukan samada melakukan dosa kecil atau dosa besar dengan memenuhi syarat syarat berikut : Pertama: Meninggalkan maksiat atau dosa dengan segera.

Kedua: Niat atau azam untuk meninggalkannya atau untuk tidak mengulangi kembali kepadanya pada masa akan datang. Ketiga: Menyesali dalam hati ke atas perbuatannya pada masa lampau. Keempat: Penyesalannya itu disebabkan perasaan malu atau takut kepada Allah SWT, bukan kerana yang lain. Kelima: Mengembalikan setiap yang diambilnya secara zalim atau meminta kemaafan daripada orang yang dizalimi atau disakitinya. Setiap orang melakukan kesalahan, apa yang penting ialah memohon keampunan daripada Allah dengan ikhlas dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Allah pasti akan memberi petunjuk ke jalan yang lurus kepada mereka yang benar-benar mahu kembali kepadaNya. Seseorang itu hendaklah bersungguhsungguh memelihara diri daripada dosa iaitu dengan memelihara seluruh anggota daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama. Firman Allah SWT yang bermaksud : Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang sering bertaubat dan orang yang membersihkan diri (Surah al-Baqarah :122) Oleh itu Allah memberi keutamaan dan kemurahan kepada hambaNya yang bertaubat. Bagi mereka yang ingin bertaubat ,terdapat beberapa tip yang boleh membantu. Antaranya : ikhlas dan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah, mujahadah (bersungguh -sungguh) melawan nafsu secara berterusan, banyak mengingati mati dan alam akhirat, mengisi masa dengan melakukan perkara yang bermanfaat, menjauhi perkara-perkara yang menjadi punca ke arah maksiat, menundukkan pandangan dari melihat perkara-perkara maksiat, bergaul dengan orang atau kawan yang baik serta menghadiri majlis-majlis ilmu , banyak berzikir dan berdoa memohon kepada Allah supaya sentiasa di dalam rahmat dan petunjukNya juga diampunkan dosa-dosa yang lalu.

Fahami dan hayatilah firman Allah yang bermaksud : Wahai orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya mereka itu musuh kamu yang nyata. (Al-Baqarah : 208)

ADDEEN BIL.5 - M/S 05

Oleh : USTAZ SAEDAL ATAS BIN ABD. GHANI

Rasulullah

SAW bersabda yang

bermaksud :

lah SAW dan telah menjelaskan di dalam al-Quran :

Di dalam tubuh manusia wujud segumpal darah, jika elok gumpalan darah itu maka eloklah seluruh tubuh. Jika rosak gumpalan darah itu maka rosaklah seluruh tubuh, ketahuilah bahawa segumpal darah itu ialah hati.
Pembentukan peribadi yang mulia dan unggul bermula dari pembinaan hati. Amalan yang soleh itu merupakan buah iman. As-Syahid Sayyid Qutb menjelaskan bahawa iman merupakan dasar hidup yang amat penting untuk membuahkan hasil yang baik dan bernilai dalam seluruh cabang kehidupan. Hati tanpa iman adalah hati yang mati. Mana-mana amalan yang tidak lahir daripada keimanan, maka ianya tidak bernilai di sisi Allah SWT. Islam merupakan satu sistem kehidupan yang syumul, seimbang duniawi dan ukhrawi. Al-Quran & As-Sunnah adalah sumber utama mendalami Islam . Kejahilan tentang Islam menjadikan kehidupan yang tidak bahagia, kebejatan akhlak bila mana peraturan yang paling sempurna ditetapkan oleh syarak tidak dapat dihayati dan dilaksanakan. Firman Allah SWT yang bermaksud : Sesiapa

Sesungguhnya untuk kamu itu Rasulullah sebagai qudwah hasanah (contoh ikutan yang terbaik) bagi mereka yang inginkan pertemuan dengan Allah dan hari kiamat, dan dia banyak menyebut nama Allah (Surah Al-Ahzab : 21)

diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia

Rasulullah SAW adalah utusan Allah, keperibadiannya mulia dan terpuji. Cara kehidupan Rasulullah SAW yang dikatakan sunnah itu merupakan terjemahan daripada wahyu Allah SWT. Ini jelas daripada firman Allah SWT yang bermaksud : Ucapan

Individu muslim merupakan satu susunan binaan yang penting dalam pembinaan sebuah masyarakat. Untuk mendapat binaan yang kukuh, iaitu masyarakat yang mantap dan cemerlang jati dirinya, seharusnya mengikut garis panduan dan tuntutan yang dianjurkan oleh Islam dalam seluruh aspek kehidupannya. Apabila baik peribadi setiap individu itu maka baiklah sesebuah keluarga itu dan apabila baik sesebuah keluarga itu maka baiklah pula masyarakat dan ummah keseluruhannya. Pembentukan peribadi mulia ini jelas dilihat melalui Al-Quran yang menggariskan beberapa faktor penting dalam pembentukan peribadi Muslim seperti yang terangkum dalam surah Al-Asr. Ia merupakan syarat utama bagi menyelamatkan diri dari kerugian dan kecelakaan di dunia dan akhirat. Firman Allah Taala :

(Rasulullah) tidaklah lain, melainkan wahyu yang diwa-

)2((1) )3(
Faktor Pertama : Iman ) ( hyukan kepadanya. (Surah An-Najm : 4) Setiap perlakuan, perbuatan, tutur kata dan diam Rasulullah SAW hakikatnya merupakan wahyu. Baginda adalah utusan Allah untuk membawa ajaran kepada manusia di bumi dan menunjukkan bagaimana menjadi seorang manusia yang taat kepada Allah secara sempurna. Jelas di sini akan kepentingan nilai akhlak dalam Islam sebagaimana sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Sesungguhnya aku
yang merupakan asas pembinaan utama dalam kehidupan manusia. Iaitu keimanan mentauhidkan Allah SWT. Kecelaruan hidup manusia hari ini berpunca daripada kegagalan manusia memahami hakikat mengapa mereka dihidupkan dan kurang memahami bagaimana mengurus kehidupan mereka dengan sempurna. Firman Allah Taala yang bermaksud : Tidakku jadikan jin dan

yang mencari selain daripada Islam sebagai deen (cara hidup), maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak terdiri daripada golongan orang yang rugi (Surah ali
Imran: 85) Allah menggesa kita untuk mencontohi kehidupan Rasulul-

manusia melainkan untuk beribadah kepadaku.(Surah Az-Zariat :56)


ADDEEN BIL.5 - M/S 06

FirmanNya lagi yang bermaksud:

" Sesungguhnya Aku hendak menjadikan manusia itu sebagai k hal i f ah di m uk a bum i ini. (Surah Ali Imran : 30)
Tujuan manusia dijadikan oleh Allah adalah untuk beribadah kepada Nya. Allah menyebut, bahawa Dia menjadikan manusia sebagai Khalifah di muka bumi ini. Ibadah dalam konteks yang luas bukan sekadar kita melaksanakan solat semata-mata, malahan ibadah merangkumi segala aspek perlakuan kita yang sematamata dilakukan demi mencari keredhaan Allah. Apabila kita memahami hakikat ini, insyaAllah setiap Muslim itu boleh menyusun kehidupan mereka dengan lebih baik dan sempurna.

Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya".(Surah Ali
Imran : 187) Tidak sempurna seseorang muslim itu hanya sekadar baik peribadinya sahaja, sempurna keimanannya, betul ibadahnya tetapi ia meletakkan kebenaran itu di tempat yang agak bawah, membiarkan kebatilan berleluasa, kebenaran terpinggir, kemungkaran terserlah sedangkan ia duduk diam tidak cuba untuk bergerak, tidak cuba untuk bersuara, tidak cuba u n t u k b e r j i h a d . I n ga t l a h ! sesungguhnya muslim itu semestinya hidup sebagai tentera kebenaran, beriman dengannya, menyukainya, menolongnya dan mengajak ke arahnya. Ia merupakan asas amal makruf dan nahi mungkar. kepada kesabaran (( iaitu kesinambungan dari syarat yang ketiga. Setelah kita membawa risalah kebenaran semestinyalah kita akan menghadapi segala ujian dan cabaran, ini memerlukan kepada kesabaran yang sebenar-benarnya. Berkata Lukman Al Hakim kepada anaknya : Maksudnya : Wahai anakku, dirikanlah sembahyang, serulah kepada kebaikan dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Allah Taala menggesa hambanya agar sentiasa bersabar serta menguatkan kesabaran di dalam melakukan amal kebajikan, juga di ketika berjihad.Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang-orang

kemenangan).(Surah Ali-Imran :
200) Menurut Ustaz Abdullah Naseh Ulwan, ( )As-Sabr adalah kekuatan jiwa dan rohani yang menjadi benteng kepada individu itu dan membolehkannya menangkis, sebab-musabab yang membawa kepada lemah dan lumpuhnya keazaman, kelemahan diri, serta menyerah kalah. Jesteru itu, kita harus tabah, kukuh dan utuh serta meneguhkan pendirian dalam berhadapan dengan fitnah, godaan, mehnah dan tribulasi. Ibnu Abbas menjelaskan : Sebahagian daripada hakikat Iman itu adalah sabar. Sabar adalah suatu kemestian dan ia merupakan sebahagian daripada Iman, manakala sebahagian yang lain adalah syukur. Sesiapa yang terdedah kepada tribulasi atau mendapat kesenangan, berada dalam kemiskinan atau kekayaan, maka perkara utama yang perlu mereka lakukan ialah bersabar dan redha, seterusnya ia hendaklah bersyukur. Hanya orang mukmin yang sebenar sahaja yang memiliki sifat-sifat ini. Segala urusan mereka adalah baik. Orang-orang yang sabar mendapat ganjaran yang tidak terhitung banyaknya dari Allah Taala manakala orang yang bersyukur bertambah kurniaan dariNya. Bukanlah peribadi mulia itu hanya sekadar menyendiri beribadah, mencari kebahagian akhirat semata dan meninggalkan kehidupan dunia, tetapi mereka yang beramal untuk dua kehidupan dan mengumpulkan dua kebaikan iaitu kebaikan dunia dan akhirat. Maksudnya :"Wahai Tuhan kami,

Faktor Kedua : Syarat yang keduanya ialah beramal soleh ( .) Ia merupakan buah kepada keimanan itu sendiri. Iaitu dengan melakukan perkara-perkara makruf dan meninggalkan kejahatan. Islam menyarankan kita beramal dengan kebaikan () ada setiap apa yang terkandung di dalam al-Quran. Beramal dengan kebaikan itu kunci ketaqwaan kepada Allah SWT dan perasaan khauf (takut) kepadaNya serta melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Faktor Ketiga : Berpesan-pesan
pada kebenaran () ,Kalimah berpesan-pesan itu )(menunjukkan perkara yang dibuat di antara dua belah pihak iaitu setiap individu itu mestilah berpesan-pesan atau mengajak orang lain ke arah kebenaran dan kebaikan dan ia menerima segala pesanan itu. Ini menunjukkan sesungguhnya Al -Quran tidak menggambarkan keadaan mukmin itu melainkan dengan bermasyarakat yang saling memberi dan menerima. Seharusnya kita menyeru masyarakat apa yang diketahui daripada kebenaran dan petunjuk sekiranya kita tidak mahu dikatogarikan sebagai merekamereka yang menyembunyikan apa yang diturunkan oleh Allah Taala yang terdiri dari petunjuk dan keterangan- keterangan sebagaimana firman Allah dalam surah A-li Imran yang bermaksud :

Faktor Keempat : Berpesan-pesan

yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkaraperkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerahdaerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai

berilah kami kebaikan di dunia


ADDEEN BIL.5 - M/S 07

Oleh : USTAZ AHMAD TARMIZI BIN ZAKARIA

KEHIDUPAN di zaman muda atau remaja adalah waktu yang sangat berharga bagi seseorang manusia. Saat yang boleh dikatakan sebagai tempoh peralihan daripada zaman kanak-kanak ke alam dewasa ini pastinya meninggalkan pelbagai kenangan pahit dan manis bagi sesiapa yang melaluinya.
Walaupun jangkamasanya begitu singkat, namun apa yang dilalui atau dialami oleh seseorang pada tempoh itu mampu memberi kesan sepanjang hayat sama ada secara emosi mahu pun fizikal. Justeru itulah, mereka yang berada dalam kelompok ini perlu berhati-hati agar segala tindakan dan perlakuan tidak melampaui batas-batas agama yang boleh mengundang penyesalan selama-lamanya. Ibarat kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Tidak dinafikan, perasaan ingin tahu atau ingin merasai sesuatu seringkali membuat kita lupa akan implikasi yang bakal menimpa. Ini termasuklah perasaan ingin berpasangan atau dengan kata lain ingin memiliki girlfriend atau boyfriend. Budaya berpasangan antara lelaki dan perempuan ini telah menjadi sesuatu yang lumrah bagi golongan muda termasuklah para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Malah ada yang menganggapnya satu kemestian walaupun fokus utama yang sepatutnya diberi perhatian pada waktu ini adalah menuntut ilmu serta menunaikan harapan menggunung para ibu bapa masing-masing. Dalam Islam, hubungan antara lelaki dan perempuan hanya dihalalkan melalui pernikahan yang sah. Ini dijelaskan menerusi Hadis Nabi SAW yang bermaksud :

Satu perkara yang dibimbangi lantaran hubungan atau percintaan yang tidak dibatasi agama ini adalah perkara-perkara yang boleh menjurus kepada maksiat atau lebih berat lagi boleh terjerumus ke kancah perzinaan. Namun berapa ramaikah daripada golongan tersebut yang menyedari hakikat ini? Bagi umat Islam terutamanya, amat sensitif dan merasa jijik jika ditanya sanggupkah menyentuh atau memegang anjing dan babi. Sudah pasti dari mimik muka yang ditunjukkan jelas amat jijik dengan binatang yang diharamkan oleh Islam untuk memakannya itu. Tapi sedarkah kita, menyentuh haiwan tersebut tidaklah sampai mendatangkan dosa sehingga kita terpaksa bertaubat. Paling tidak pun, kita hanya disuruh cuci atau samak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam hukum Fiqh. Justeru, bagaimana pula sikap kita jika diajukan persoalan bolehkah memegang atau menyentuh perempuan atau lelaki yang bukan mahram? Bukankah kita tahu perbuatan tersebut adalah suatu dosa dan haram dilakukan? Dorongan nafsu yang membuak-buak sering menutup rasa malu yang seharusnya ada pada setiap manusia. Di sinilah peranan syaitan yang berterusan menggoda dan menghasut manusia untuk melayani runtunan nafsu yang tiada sempadan. Bermula dengan berpegangan tangan, kemudian diikuti dengan aktiviti ringan-ringan dan akhirnya membawa kepada perbuatan zina yang amat dilarang keras oleh agama. Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Pertubuhan Aqsa Syarif Malaysia yang juga seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam satu ceramahnya di Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam mengingatkan, tidak semua pasangan yang bercinta atau dalam istilah yang lebih popular cinta pandang pertama akan berakhir dengan perkahwinan. Realiti menunjukkan, hanya sedikit yang mungkin akan sampai ke peringkat itu. Sebahagian besarnya akan membina kehidupan dengan cinta pandang kedua atau ketiga dalam hidupnya. Ini mungkin disebabkan oleh tidak serasi atau tidak sesuai atau mungkin juga terpaksa mengikut pilihan keluarga. Inilah yang dikatakan jodoh yang hanya Tuhan lebih mengetahuinya.

"Wahai Pemuda, barangsiapa di antara kamu yang sudah mampu untuk berkahwin, maka kahwinlah, kerana kahwin itu lebih merendahkan pandanganmu dan memelihara kehormatanmu. Barangsiapa yang tidak mampu berkahwin, maka berpuasalah, kerana puasa itu akan menurunkan keinginan syahwat." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

ADDEEN BIL.5 - M/S 08

Cuba bayangkan jika seorang gadis berada pada situasi ini. Setelah bagai nak rak bercinta, berdampingan bebas dengan boyfriend ke sana sini, tiba-tiba ditakdirkan berkahwin dengan lelaki lain. Dan bakal suami itu pula adalah lelaki soleh yang berharap menjadi lelaki pertama yang akan memiliki dan menyentuh perempuan yang akan dikahwininya itu. Begitu juga sebaliknya jika si lelaki yang pernah menjad i bo yfriend perempuan itu juga ditakdirkan mengahwini seorang perempuan yang baik dan solehah. Tidakkah kedua-dua situasi ini dianggap sebagai pengkhianatan kepada bakal suami dan isteri solehah terbabit? Ini kerana, mereka memiliki seseorang yang pernah dimiliki secara tidak sah oleh orang lain. Amat malang lagi jika orang yang dimiliki itu pernah juga disentuh dan dibelai secara tidak halal..!! Menyentuh hal ini, Dr. Hafidzi mengumpamakan keadaan ini seperti seseorang yang ingin memiliki kereta baru tetapi hakikatnya dia memiliki kereta terpakai atau second hand. Tentulah berbeza kereta baru dan kereta terpakai dari segi kualiti, aksesorinya malah prestasi pemanduan yang akan dirasai. Dan sudah tentulah sebagai manusia sudah pasti kita tidak mahu disamakan dengan sebuah kereta. Tetapi itulah hakikat yang perlu kita terima andainya maruah diri yang menjadi lambang kemuliaan manusia tidak dijaga tetapi menjadi bahan jajaan dan tatapan sesiapa sahaja. Berkaitan itu, penulis pernah menjalankan soal-selidik ke atas kira-kira 318 orang mahasiswa yang majoritinya penuntut semester pertama sewaktu mengendalikan program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ). Hasilnya, seramai 33 orang atau 10% daripada jumlah tersebut mengaku pernah melakukan zina. Fakta ini sungguh menyedihkan kerana sebahagian besarnya adalah beragama Islam. Ini belum dikira jumlah mereka yang pernah atau sedang terlibat dengan aktiviti-aktiviti tidak bermoral yang lain seperti minum arak, mengambil

pil khayal, clubbing, melayari web lucah dan lain-lain. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra ayat 32 yang bermaksud;

Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)
Ayat tersebut menjelaskan bahawa zina adalah perbuatan yang sangat keji kerana ia membawa kepada jalan kebinasaan, kehancuran dan kehinaan di dunia dan azab di akhirat. Ini juga ditegaskan oleh Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

Adalah sesuatu yang menyedihkan jika mendengar dan membaca di akhbar-akbar akan perilaku manusia yang memperlihatkan perbuatan yang lebih rendah daripada haiwan seperti dalam isu-isu hamil luar nikah seterusnya membawa kepada kes pembuangan bayi yang berpunca daripada pergaulan bebas dan maksiat. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nur, ayat 2 yang bermaksud :

Wahai golongan Muhajirin! Ada lima perkara buruk yang aku pohon agar tidak menimpa kalian. Antaranya adalah; tidak merebak perzinaan dalam sesebuah bangsa sehingga mereka melakukan dengan sewenang-wenangnya melainkan akan tersebar di kalangan mereka pelbagai penyakit yang belum pernah menimpa umat Islam sebelum mereka.
Justeru, elakkanlah segala unsur hiburan yang merosakkan dan pergaulan bebas yang boleh membuka kepada perlakuan zina.

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya seratus kali sebatan, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duany dalam menjalankan hukuman Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan Hari Akhi rat, sert a hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan itu oleh sekumpulan daripada orang yang beriman.
Marilah kita sama-sama berusaha meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah Allah dengan penuh kesabaran dan menjauhi segala laranganNya. Mudah-mudahan dengan bersabar, berusaha keras dan bertakwa kepada Allah kita akan mendapat balasan baik di dunia dan di akhirat kelak.

ADDEEN BIL.5 - M/S 09

Oleh : USTAZAH ZAHIDAH BTE MUHD ZAIN

Ayah... ayah ceritalah tentang perihal muslimah sejati! Ina nak jadi Muslimah sejati. Si ayah pun menjawab wahai anakku, seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajah semata-mata tetapi dilihat pada kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik. Wanita adalah yang paling mudah memasuki syurga tetapi wanita jugalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Sabda nabi yang mafhumnya, Wanita yang solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke Syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya. Dalam pepatah Melayu sering terungkap tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia.Itulah sebabnya Rasullulah s.a.w apabila ditanya oleh sahabat mengenai siapa yang mesti diutamakan, Baginda bersabda Ibu mu.... sebanyak tiga kali kemudian baru disebutkan ayah mu. Yusuf Al-Qardawi menekan bahawa Islam menghormati wanita, mengiktiraf keinsanan serta keupayaan untuk memikul tuntutan agama, tanggungjawab, kesaksamaan hukuman dan peluang memasuki Syurga. Itulah antara gambaran kedudukan dan ketinggian martabat wanita dalam Islam.Malah kehebatan dan mulianya wanita di sisi Islam turut dicatat sebagai salah satu nama surah dalam AlQuran iaitu surah Al-Nisa yang membicarakan secara khusus mengenai wanita. Sesungguhnya Allah swt tidak menjadikan nabi di kalangan wanita. Tetapi Allah swt

memuliakan wanita di sisi agama sebagaimana kita melihat pada sejarah tamadun Islam. manusia yang pertama beriman kepada Allah swt selepas Rasulullah saw ialah wanita Khadijah r.anha-.

3. Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan -perempuan melainkan orang yang hina. (Hadis riwayat Ibnu Asakir) 4. Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya) yang mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang disukai. (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim).

Manusia pertama yang syahid kerana agama Allah juga adalah wanita Sumayyah r.anha-.

Selain itu, di dalam hadis Rasulullah s.a.w, banyak yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya, yang bermaksud: 1. Syurga di bawah telapak kaki ibu.

5.

Apakah wanita tidak berasa mulia dengan hadis ini? Mengapa Rasulullah s.a.w memilih perkataan di bawah telapak kaki dan bukan di dalam tangan atau di sisi seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan menghambakan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia t i dak ak an t erbi a r dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya. 2. Orang yang paling baik di antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku.

Mengimbas kembali sejarah kejadian manusia, Adam sebagai manusia pertama di dunia didampingkan dengan Hawa. Zuriat berkembang. Lelaki dan wanita punya hak dan tanggungjawab yang ditetapkan Allah menurut fitrah kejadian mereka. Sebelum kebangkitan Nabi Muhammad SAW iaitu zaman Jahiliyyah, wanita hanya menjadi alat memuaskan nafsu. Kaum lelaki boleh berkahwin seramai mungkin malahan hak dan tanggungjawab diabaikan. Kelahiran bayi perempuan pula dianggap pembawa bencana dan amat memalukan bagi keluarga sehingga mereka sanggup menanam bayi perempuan hiduphidup.

ADDEEN BIL.5 - M/S 10

Kemudian Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW. Berlakulah perubahan dalam struktur masyarakat Arab terutamanya dari aspek sosial berkaitan lelaki dan wanita, rumahtangga dan kekeluargaan. Nabi Muhammad berusaha untuk menyelamatkan kehidupan wanita dan seterusnya mengajar kaum lelaki untuk menghormati dan menghargai anak-anak perempuan, isteri dan juga ibu mereka. Islam, melalui al-Quran telah menjelaskan bahawa hakhak wanita sama seimbang dengan hak-hak lelaki. Malah, Allah s.w.t tidak memandang tinggi manamana gender kecuali orang yang bertaqwa. Maka Tuhan mereka m e m p e r k e n a n k a n permohonannya (dengan berfirman): Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amal orangorang yang beramal di antara k am u , b a i k l e l a k i a t a u perempuan (kerana) sebahagian kamu adalah keturunan sebahagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berpegang dan yang dibunuh, pastilah akan Kuhapuskan kesalahankesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungaisungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik. (Ali Imran: 195) Wanita adalah satu ciptaan Allah yang cukup unik, cukup istimewa... wahai wanita sedarlah bahawa sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam Islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati.

Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu. Seorang wanita akan menjadi mulia dan terhormat dengan perhiasan Islam yang mewarnai kehidupannya. Dia akan menjadi seorang anak yang solehah lagi taat kepada ibubapa serta menjaga maruah diri dan keluarga. Isteri yang taat kepada suami dan hamba yang bertaqwa kepadanya. Oleh yang demikian, j adilah kit a wanita yang menggunakan akal fikiran sebagai pembantu setia dalam merungkai apa jua masalah yang membelenggu diri, bukannya dengan emosi yang tidak terkawal. Buangkan pakaian mazmumah, pakai dan hiasilah dengan pakaian mahmudah, lengkapkan peribadi dengan nilai-nilai murni, hiasi diri dengan ketaqwaan dan ketaatan kepada Yang Esa. Jadilah kita wanita permata dunia, wanita pencorak bangsa! Akhir kata, marilah kita renungkan kata-kata dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman sebagai peringatan : wanita mempunyai peranan yang maha penting dalam kehidupan manusiawi. Sebagai ibu, isteri dan rakan seperjuangan kaum lelaki dalam menegakkan perintah dan larangan di atas muka bumi. Rosaknya kaum wanita membawa seribu satu macam bencana buat dunia.Rosaknya wanita pasti akan meruntuh institusi keluarga dan membawa kehancuran sebuah negara. Wanita boleh menjadi punca dan sumber iman bagi kaum lelaki, boleh juga menjadi sumber dosa dan kebinasaan.
Sumber : Ust Zaharuddin Abd Rahman, 2009, Buku Untukmu wanita. Noorzihan Mohamad Yin, 2007, Mengiktiraf wanita sebagai agen pembangunan. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Umni Mukminah , Minda: Islam memperjelaskan hak, martabat wanita. Zalila Isa, Terima Kasih Islam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Oleh : USTAZAH ZAHIDAH BTE MUHD ZAIN

Alhamdullilah kali ini kita akan berkongsi satu lagi buku yang cukup istimewa buat bakal pengantin, pengantin baru mahupun suami isteri. Secara fitrah, manusia menyukai perkahwinan. Baik mereka yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin. Perkahwinan ibarat sempadan yang memisahkan dunia bujang dan dunia berkahwin. Bagi mereka yang bakal memasuki gerbang perkahwinan, persiapan dibuat sebaik mungkin bagi melakar detik peristiwa bersejarah yang lebih bermakna. Justeru itu, buku ini sesuai untuk para remaja yang bakal mendirikan rumahtangga, yang sudah berkahwin ataupun mereka yang ingin mendalami ilmu pengetahuan mengenai hidup berkeluarga khususnya suami isteri. Buku ini mengupas permasalahan,hukum dan syariat dalam perkahwinan bermula daripada peminangan, walimah, nikah, perhubungan suami isteri, adab-adab, tanggungjawab dalam rumahtangga dan terhadap zuriat. Buku ini juga membincangkan satu b ab khus us B i mb in g an Kurs us Perkahwinan dilengkapi soal jawab agama di mana ia amat sesuai untuk remajaremaj a ya ng b akal mend irika n rumahtangga. Selain itu, keistimewaan buku ini bukan sahaja menjadi panduan lengkap membina rumahku syurgaku bahkan ia boleh dijadikan sebagai hadiah kepada pasangan mahupun kepada sahabat handai. Antara bab yang dibincangkan di dalam buku ini termasuklah: adab isteri cemerlang, adab suami cemerlang, hukum dan syariat perkahwinan, adab berjimak, kehamilan dan adat menyambut kelahiran zuriat serta amalan-amalan seisi keluarga.Secara keseluruhannya buku ini cukup istimewa dan lengkap dengan maklumat dan ilmu pengetahuan lebihlebih lagi buat bakal pengantin baru....memang berbaloi utuk dibaca dan dibeli... ADDEEN BIL.5 - M/S 11

PROGRAM BIRO MUSLIMAT MASJID UNISEL


Biro Muslimat Masjid UNISEL di bawah kelolaan Puan Hajah Fauziah Abd. Rahman dengan kerjasama Pusat Islam UNISEL telah merancang dan berjaya mengadakan beberapa aktiviti untuk warga Muslimah UNISEL. Majlis Khatam Al-Quran Muslimah telah berlangsung pada 19 Ogos 2011 bersamaan 19 Ramadhan 1432H yang lalu bertempat di Dewan Senat, UNISEL. Aktiviti lain yang telah dijalankan adalah Kelas Iqra pada setiap hari Isnin dan Rabu setiap minggu sebagai pengukuhan dan memperbaiki bacaan al-Quran. Ianya berlangsung selama 8 minggu yang bermula pada 6hb Julai 2011 sehingga 24 Ogos 2011. Kelas seterusnya adalah Kelas Bimbingan Al-Quran yang bermula pada 7 September 2011. Kedua-dua kelas ini diadakan di Bilik Syura, Pusat Islam di bawah bimbingan Ustaz Abd. Rahman Bin Ridewan . Selain dari itu Majlis Bacaan Yaasin juga diadakan bermula pada 24 Jun 2011. Ianya diadakan secara bergilir melibatkan semua staf setiap unit, jabatan dan fakulti UNISEL . Aktiviti terkini yang dijalankan adalah Kelas Bahasa Arab Asas pada setiap hari Selasa dan Khamis yang dikendalikan oleh Cik Noor Azzah Mohd Yusof.

Oleh : WARTAWAN PUSAT ISLAM

IHYAK RAMADHAN 1432H /2011M


Pelbagai program telah disusun sempena Ihyak Ramadhan 1432H/2011. Seperti kebiasaannya, setiap hari disediakan iftar (berbuka puasa) di Masjid UNISEL untuk staf dan pelajar. Juadah berbuka puasa yang disediakan adalah hasil kutipan sumbangan dari orang perseorangan atau secara berkumpulan khusus untuk Ihyak Ramadhan. Solat Terawih berjemaaah dilaksanakan pada setiap malam. Manakala Kuliah Ramadhan pula diadakan pada waktu siang selepas Solat Zuhur. Pada 19 Ogos 2011, Majlis Iftar Jamaie bersama pihak pengurusan bermula selepas Solat Asar. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai dari Bank Islam Malaysia Berhad selaku penyumbang untuk asnaf zakat. Majlis berakhir jam 9.30 malam.

PROGRAM IBADAH QURBAN & AQIQAH 1432H Seramai 200 orang peserta di kalangan staf dan pelajar UNISEL, staf Jana Niaga dan penduduk Kg. Bestari Jaya turut serta dalam gotong-royong sempena ibadah Qurban 1432H. Program ini telah berlangsung selama 2 hari. Program ini bermula pada 8hb November 2011 (Selasa) di sebelah petangnya, gotong- royong diadakan di mana seekor lembu sumbangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diqurban dan seterusnya proses melapah dan memotong daging sebagai persediaan masakan untuk jamuan pada keesokan harinya. Hari kemuncak adalah 9hb November 2011 (Rabu), sebanyak 4 ekor lembu peserta qurban dan seekor kambing disembelih untuk agihan qurban.

ADDEEN BIL.5 - M/S 12

Majlis Perpisahan Pengarah Pusat Islam


Pada 29 September 2011 (Khamis) telah berlangsung satu majlis perpisahan Pengarah Pusat Islam iaitu Tuan Hj. Mokhtar Bin Hj. R i d z w a n y a n g menamatkan kontrak perkhidmatan setelah 7 tahun bertugas di Pusat Islam Universiti Selangor sejak tahun 2005 - 2011. Penamatan perkhidmatan beliau adalah untuk memberi peluang kepada pengganti beliau meneruskan perjuangan memantapkan lagi Pusat Islam dan menjadi pemangkin pembentukan modal insan. Pemangku Presiden UNISEL, Y.Bhg Prof. Hj. Anuar B. Hj.Ahmad dan Timbalan Naib Canselor HEP , YBhg. Prof.Madya Zainal Abidin Bin Kidam dijemput memberikan kata-kata aluan dimajlis bermakna tersebut. Turut diraikan di majlis tersebut adalah mantan staf Pusat Islam yang terdahulu di atas khidmat bakti sepanjang mereka bertugas di Pusat Islam.

ADDEEN BIL.5 - M/S 13

Episod Siapakah yang Pekak


Seorang pensyarah yang hampir bersara amat risau dengan isterinya yang semakin lama semakin hilang pendengaran. Pada suatu hari dipanggil isterinya lalu berkata :

Episod Gelagat Biri-biri


Seorang guru bertanya soalan matematik kepada muridnya. Guru : Kalau awak ada enam ekor biri-biri, tibatiba seekor melompat lalu terus terjatuh ke dalam gaung. Berapa ekor biri-biri yang tinggal? Murid : Kosong.

Suami

: Awak ni semakin tua semakin pekak. Cuba awak ke dapur dan menjawab bila saya memanggil awak.

Isterinya yang akur dengan perintah suami lalu bersegera ke dapur . Suaminya pun memanggil beberapa kali. Oleh kerana tiada sahutan dari isterinya, si suami lantas ke dapur dan berkata dengan nada marah. Suami Isteri : Betul tak saya cakap. Saya panggil tapi awak langsung tidakmenyahut. : Tapi tiga kali abang panggil, tiga kali saya jawab.

Guru : Mungkin awak tak berapa faham . Kita cuba sekali lagi (sambil menggunakan jari untuk meghitung). Kalau awak ada enam ekor biri-biri, tiba-tiba seekor melompat pagar dan terus terjatuh dalam gaung. Berapa ekor biri-biri yang tinggal? Murid : Tiada yang tinggal.

Guru : Awak ni memang tak tahu matematik. Tinggal lima ekor biri-biri lah! Murid : Tapi saya rasa cikgu tak tahu pasal biri-biri. Kalau seekor biri-biri melompat, yang lain semuanya ikut melompat! Iktibar : Herd instinct adalah satu ungkapan yang lahir dari sifat biri-biri yang suka mengikut-ikut. Ia merujuk kepada sifat negative seseorang yang sentiasa mengikut perkembangan tanpa usul periksa dan akhirnya terbabas.

MORAL : Sesekali cerminlah diri sendiri terlebih dahulu. Jangan hanya pandai menyalahkan atau melihat kelemahan orang lain sahaja.

Episod Si Jahil
Seorang pemuda yang baru memperolehi lesen memandu telah memulakan perjalanan yang pertama dalam hidupnya dengan memandu sendiri keretanya. Apabila pemuda ini hampir sampai ke Endau tiba-tiba seorang polis trafik telah menahannya. Polis Trafik :Encik memandu terlalu perlahan dan menyebabkan kenderaan-kenderaan lain di belakang encik Bergerak perlahan. : Tapi sign board tadi menunjukkan angka 10 jadi saya bawalah kereta ini dengan kelajuan 10 km/j. : OhSign board tu sebenarnya menunjukkan untuk ke Endau cuma tinggal 10km sahaja. : Ooobegitu, jadi masa saya lalu kat sign board yang angka 300 tu maknanya jarak untuk ke Endau 300km la ye. bukan 300 km/j. : Betul tu enciksila bagi IC dan lesen memandu

Pemuda

Polis Trafik Pemuda

Polis Trafik

Iktibar : Peluang yang diperolehi ketika dalam tempoh pembelajaran dan pengajian perlu dimanfaatkan dengan baik bagi menyuburkan ilmu pengetahuan seberapa yang boleh. Jika tidak, kita akan berhadapan dengan pelbagai masalah selepas tamat pengajian lantaran tidak memahami perkara-perkara utama tertentu. ADDEEN BIL.5 - M/S 14

MENYEMAI BENIH KEKUATAN

MEMACU KEBERANIAN
2) Kenapakah kita didatangkan? Tidak Kami ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah (kepada Kami). (Surah Az-Zariyat : 56) Dan ada antara mereka yang berdoa, Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka. Mereka itulah yang memperoleh bahagian daripada apa yang mereka kerjakan, dan Allah itu maha cepat perhitungan-Nya. (Al-Baqarah : 201-202) 3) Ke manakah kita akan pergi? Sesungguhnya Allah itu amat mencintai mereka yang sering bertaubat, dan mereka yang membersihkan diri. (Surah Al-Baqarah : 222) Sesungguhnya kami menghidupkan dan mematikan, dan hanya kepada Kamilah tempat kembali. (Surah Qaf : 43) Manusia yang unggul peribadinya adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri individu Islam yang sebenar menurut kehendak al-Quran dan as-Sunnah dalam seluruh aspek kehidupan. Untuk menjadi manusia yang unggul perlu membina kekekuatan diri. Kekuatan diri bukan dilihat dari sudut fizikal semata bahkan ia melibatkan dalaman diri (jiwa manusia) yang berkait rapat dengan hati dan iman seseorang individu. Mengenal al-Khaliq (Pencipta) kepada manusia adalah kunci kepada kekuatan diri. Kerana kekuatan mutlak itu datangnya dari Allah SWT. Dialah yang memberi petunjuk kepada manusia untuk memperolehi kekuatan. Kekuatan ini memberanikan diri untuk menghadapi cabaran, menjadi Muslim dan Muslimah yang kuat jiwanya. Adapun cabaran, ujian dan masalah itu adalah petunjuk, teguran dan didikan dari Allah SWT kepada manusia. Sedikit kisah untuk paparan bersama : Dua biji benih pokok bunga Keembung telah disemai sebelah menyebelah di sebuah taman bunga yang subur tanahnya.

Oleh : USTAZAH NOOR AZZAH MOHD YUSOF

Manusia dilahirkan dengan


fitrah semulajadi, diciptakan dengan sifat-sifat yang tersendiri. Kita sebenarnya adalah makhluk yang istimewa. Tanda istimewanya kita apabila Nabi Adam a.s itu diciptakan, Allah memerintahkan para malaikat dan iblis sujud kepada Nabi Adam a.s sebagai tanda hormat. Firman Allah SWT bermaksud : Dan ingatlah ketika Kami berkata kepada para malaikat, sujudlah kamu kepada Adam, mereka semua bersujud kecuali iblis yang membantah (Surah Taha :116) . Justeru kedatangan kita ke dunia ini adalah kedatangan yang mulia. Dan kehidupan ini satu anugerah buat kita. Sesungguhnya Kami ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik penciptaan. (Surah At-Tin :4). Bagaimanakah kita dapat memahami erti kehidupan dan merasakan anugerah dari Allah? Jawapannya ada APABILA KITA MENGENALI DIRI iaitu berdasarkan 3 persoalan penting yang berikut : 1) Dari manakah kita datang? Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu daripada saripati yang beasal dari tanah. Kemudian Kami menjadikannya daripada nutfah (air mani) yang tersimpan di dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikannya segumpal daging, dan daripada segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkuskan dengan daging, kemudian Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Maha Suci Allah yang merupakan sebaik-baik pencipta. (Surah Al-Mukminun :12-14)

Biji benih pertama berkata, "Aku mahu bercambah dan tumbuh membesar! Aku mahu akarku tertanam sedalam-dalamnya di dalam tanah sehingga melepasi kerak bumi. Aku mahu kuntuman bungaku mekar sehingga dapat kurasai kehangatan cahaya matahari dan menggembirakan si anak gadis apabila melihatku". Biji benih kedua pula berkata,"Tidak! Aku takut. Jika aku tumbuh membesar, aku tak tahu apa yang akarku akan tempuhi di dalam kegelapan tanah. Jika bungaku mekar berkembang, para siput akan menggigit aku! Anak-anak kecil akan memetik aku! Tidak! Tidak! Tidak...! Aku tidak sanggup. Lebih baik aku menunggu waktu dan masa yang lebih selamat". Maka, biji benih kedua itupun menunggu waktu yang selamat untuk bercambah. Tiba-tiba kedengaran bunyi kokokan ayam dari jauh. Semakin lama semakin dekat bunyi tersebut. Ternyata ayam tersebut sedang mencari makan. Sambil mengais-ngais tanah, ternampaklah ayam tersebut akan biji benih kedua tersebut lalu dimakannya.

ADDEEN BIL.5 - M/S 15

Sewajarnya kita perlu berani menghadapi cabaran. Sesuatu yang besar bermula dari impian yang besar. Sesuatu yang remeh bermula dari pemikiran yang lemah. Justeru kita perlu berfikiran besar dan positif untuk melangkah maju. Pemikiran yang kecil dan negatif akan mematikan cita-cita sepertimana yang berlaku pada biji benih yang kedua. Hakikatnya, cabaran yang datang itu adalah peluang mendapat didikan dan proses pembelajaran kehidupan, yang datangnya dari Allah SWT untuk membangunkan diri. Lalu sebagai manusia janganlah memandang rendah terhadap keupayaan diri. Apa jua yang kita hadapi sebenarnya mematangkan cara kita berfikir dan bertindak di masa akan datang. Penulis dan motivator yang terkenal Ustaz Pahrol Mohd Juoi (Solusi 2010, Isu No.25) menyatakan bahawa masalah ialah anak tangga kehidupan. Manusia berkembang dan berkemajuan dengan melangkah anak tangga masalah demi masalah dalam hidupnya. Ini adalah syllbuss pelajaran yang tidak boleh mengelakkan diri. Kita akan menghadapi syllbuss yang sama melalui peristiwa, manusia dan situasi yang berlainan. Justeru itu, jangan takut menzahirkan cara hidup Islam yang bagaikan bunga mekar di taman. Jangan takut menempuhi liku kehidupan dengan menambah iman di dalam hati yang bagaikan tumbuhnya akar di dalam tanah...sekiranya perasaan takut itu telah menguasai, maka diri akan hancur ditelan zaman. Dunia ini bagi manusia hanya igauan sementara dan sekadar persinggahan. Sekiranya kita terjatuh, carilah kekuatan melaluiNya.. Allah amat mengenal manusia. Apabila berlaku masalah dan cabaran, atau dugaan serta ujian, manusia akan menjadi lemah. Tetapi adakah manusia mengenali Allah !!??... Manusia itu fitrahnya memerlukan pegangan iaitu akidah yang mantap membentuk keyakinan dalam meneruskan kehidupan. Sesungguhnya hanya pada ALLH SWT tempat pergantungan kita . Dan Allah di atas segala sesuatu. (Surah Ali Imran : 165). Tanpa petunjuk-Nya manusia akan merasa kosong, menjadi songsang, tidak mempunyai hala tuju, dan menuju kehancuran.

Adakalanya Allah memberi teguran dan petunjuk kepada kita seorang,dari itu kita menyahut seruanNYA dan menjana kekuatan secara individu. Bukan di atas dorongan orang lain. Kesedaran ini yang merubah diri sendiri. Seterusnya, Allah datangkan petunjuk melalui keluarga dan orang-orang yang terdekat dengan kita supaya kita perlu menjadi lebih kuat. Petunjuk Allah juga diberikan melalui keadaan sekeliling kita, dunia , harta benda dan lain-lain. Kita seharusnya sedar akan petunjuk yang Allah berikan dan seterusnya membina kekuatan dan menjadi perisai diri. Apabila kita merasa takut kepada Allah dan kemurkaan-Nya, ini bermakna hati kita masih hidup. Hati umpama bejana iman kepada Allah SWT. Rosaknya hati maka punahlah keimanan yang menjadi tunjang kekuatan manusia.

Maka untuk menjadi orang yang kuat dalam mendepani cabaran-cabaran hidup, cabaran itu perlu ditempuh apabila terpaksa ditempuh,biarpun amat menyakitkan dan memeritkan kerana pengakhirannya adalah kekuatan. Sebagaimana kata-kata Luqman al-Hakim : Janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah engkau langsung memuntahkan sahaja pahitnya sesuatu barang, kerana manis itu belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan. Usah rasa tidak selesa dengan cabaran kerana cabaran sentiasa memberikan kekuatan. Hanya orang yang lemah yang menganggap cabaran itu melemahkan. Selain peluang, ia adalah satu pengalaman yang tidak ternilai harganya, tidak terjual di manamana melainkan hanya ada pada orang yang mengalaminya sendiri. Semakin kesusahan itu datang mengetuk, semakin ia membentuk jati diri. Sekiranya segala usaha telah dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang timbul masih menemui jalan buntu, maka kembalilah kepada niat asal kita. Sekiranya niat asal kita kerana yang satu hanya Allah semata, maka apa yang berlaku adalah kehendak Allah, hati dan perasaan kita lebih tenang lantaran sandarannya hanya kepada Allah Yang Maha Mengetahui dan Berkuasa. Apa jua yang berlaku semua di dalam pengawasan Allah walaupun ianya luar daripada kawalan manusia. Alangkah baik sekiranya dapat melihat dengan matahati kita apa yang tersembunyi di sebalik yang berlaku. Hidup ini perlu dilihat dari perspektif yang berbezabeza. Seringkali manusia selalu menyalahkan Allah kerana tidak kasih lantaran pelbagai ujian yang diberi. Akan tetapi kita sebenarnya yang gagal melihat dan menilai kebaikan yang terselindung . Andai kepayahan , kesusahan itu dilihat sebagai kemudahan, kesenangan yang tersembunyi di mana-mana, hati kita akan lebih bersangka baik. Mengenali Ilahi Mengenali Diri dengan matahati memerhati memahami menghayati mengingati Insya-Allah dirahmati ADDEEN BIL.5 - M/S 16

Sesungguhnya petunjuk yang terakhir adalah MAUT dan alam selepasnya. Akan tetapi ketika itu kita sudah hilang kekuatan dan tidak mampu berbuat apa pun kerana sudah terlambat. Marilah kita memperkasa diri melalui kekuatan jiwa iaitu memiliki keimanan yang utuh, melaksanakan amal ibadah menghiasi diri dengan akhlak mulia. Manusia sememangnya hanya menginginkan kesenangan. Setiap yang payah tidak mahu dilakukan. Sehinggakan ramainya manusia mencari kesenangan melalui jalan yang tidak sepatutnya. Tabiat kemahuan yang inginkan kesenangan sepanjang masa telah menimbulkan sikap takut cabaran atau lemah menghadapi cabaran.

Oleh :Mujahid Unisel (mujahidjr91@yahoo.com)

Ya Bunayya, Irkab Maana. Bermaksud: Wahai anakku, naiklah bersama kami. Itulah bicara Nuh kepada anaknya. Surah Hud ayat 42 mencatatkan kisah ini. Saat banjir kilat lagi besar berlaku sebagai hukuman kepada kaumnya. Anaknya terkapai-kapai ditenggelami air, sedang Nabi Nuh dan mereka yang beriman dengannya sudah selamat di atas bahtera. (Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir. (Surah Hud : ayat 42) Tetapi Sang Anak yang kufur kepada Allah, menolak pelawaan ayahandanya. Bahkan dalam keadaan terkapai-kapai itu masih bongkak lantas: Anaknya menjawab: Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air. (Surah Hud : ayat 43) Nabi Nuh sayu berkata: Hari ini tidak ada sesuatu pun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya. Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan. (Surah Hud : ayat 43) * * * Irkab Maana !! (naiklah bersama-sama kami). Apakah yang dimaksudkan dengan suruhan tersebut?

Jawapannya adalah untuk : Menjadi Hamba Ilahi Sejati. Itulah bahtera keimanan dan ketaqwaan yang menghasilkan kekuatan, yang akan membantu kita melayari kehidupan ini dengan kesejahteraan dan keamanan. PEGANGLAH KUNCI BAHTERA Semestinya, kita perlukan kunci untuk membuka pintu bahtera ini. Kuncinya adalah dengan beriman kepada Allah SWT dan RasulNya. Kita naik saksi bahawa Allah Rabbul Alamin (Pentadbir) seluruh alam semesta dan kehidupan kita, dan kita juga naik saksi dengan keyakinan tiada goyahnya bahawa Muhammad itu Rasulullah Habibullah. Dengan kunci inilah kita membuka bahtera kekuatan, menaikinya, dan melayari kehidupan ini dengannya. DI DALAM BAHTERA INI Di dalam bahtera ini ada ketenangan, ada kebahagiaan, ada kelapangan. Semuanya bergabung menjadi satu makna yang mampu kita ungkap di dalam satu perkataan Kekuatan. Saat badai menerjah, bahtera keimanan dan ketaqwaan inilah menjaga kita dan meyakinkan bahawa segala-galanya akan selamat, dan apa yang berlaku kepada kita adalah yang baik-baik sahaja. Walaupun pada awalnya kelihatan seperti sebaliknya. Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah AlBaqarah: ayat 216) Saat kelemahan menyelimuti diri, keresahan mengikat hati, bahtera keimanan dan ketaqwaan memberikan hati kita motivasi, lantas menjadikan kita kondusif menjalani kehidupan.

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang -orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (Surah Ali-Imraan : ayat 139) Saat kita ketakutan dan merasa ingin berputus asa, bahtera ini memberikan semangat, menghilangkan segala keraguan lantas membuatkan kita berdiri tanpa gentar. Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehinahinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah At-Taubah: ayat 40) Di dalam bahtera ini ada kekuatan, untuk kita melayari kehidupan dengan penuh tabah dan gagah. Tiada musuh mampu menggentarkan kita. Tiada badai mampu menenggelamkan kita, tiada taufan yang mampu merobohkan kita. Kita selamat di dalam bahtera ini, dengan keselamatan yang nyata.
ADDEEN BIL.5 - M/S 17

BAHTERA INI TIDAK STATIK Bahtera ini bergerak, seiring perjalanan kehidupan kita. Sebab itu kita tidak sekadar memegang kunci bahtera dan melaung-laung bahawa kita adalah ahlinya. Tidak dan tidak. Bahkan, kita lah pengemudinya bahtera ini. Sebagai pengemudi kita memanggil lebih ramai orang lagi untuk menaiki bahtera kekuatan ini.Tidak sekadar mengaku sebagai ahli bahtera, kita juga menunjukkan sahsiah ahli bahtera ini. Lantas akhlak kita diarah untuk dijaga. Lantas tutur kata kita turut digesa periksa. Ahli bahtera bukan pengotor. Sedangkan dia adalah seorang yang pembersih. Ahli bahtera bukan pembazir. Sedangkan dia adalah seorang yang berjimat cermat dan hanya membelanjakan pada sesuatu yang perlu. Ahli bahtera bukan yang berakhlak buruk. Sedangkan dia adalah yang mempunyai peribadi yang bersih. Ahli bahtera bukan pembohong. Sedangkan dia adalah seorang yang jujur. Ahli bahtera bukan malas. Sedangkan dia adalah seorang yang rajin. Sahsiah diiringi fikrah. Bukan semata-mata fikrah yang dicanangkan. Tetapi sahsiah islamiah yang dipraktiskan di dalam kehidupan yang sebenar, itu adalah apa yang benar-benar membuatkan ahli bahtera ini kuat dan terselamat. MENUJU SELAMAT DESTINASI YANG

PENUTUP Sungguh kisah Nuh dan anaknya memberikan kesan. Huluran tangan telah diberikan Namun keangkuhan si anak telah membinasakan diri, membuatkan diri terkorban. Bukankah perintah Allah itu jelas. Di saat banjir melanda, Allah memerintahkan agar yang beriman kepadaNya menaiki bahtera. Jika tidak, akan binasa ditelan banjir. Apakah pengajaran peristiwa tersebut? disebalik

Bahtera Kehidupan
Bila manusia tak mampu menjual dirinya maka pasti sulit akhirnya, duhai manusia betapa kerdilnya dirimu di hadapan Allah Yang Mulia. Luka di hati tak dapat diubati oleh ubat dunia, luka dunia sebaliknya dapat disembuhkan oleh Dia Yang Maha Bijaksana, Apakah musuh yang nyata bagi manusia? di kala sekarat manusia hanya lupa pada dirinya. Siapa yang dapat menolong lupa pada diri manusia? tak ada satu pun bila bukan Allah Azza wa Jalla. Bahtera bukan satu-satunya yang dapat memuat manusia, sekali berlabuh pasti hanya lekas berada di ujung dunia. Akankah bahtera kehidupan manusia mengantarkan ke hadirat Tuhannya? hanya Dia yang menentukan nasib umat manusia. Duhai anak Adam yang penuh durhaka, sudahkah dirimu berubah laksana bahtera yang berlabuh di dermaga? Sulit bagimu jika tak ada kata tulus dalam terjaga hatinya, sipunya keburukan hanya dapat tertawa akan dua dusta, bohong dan tawarnya yang hampa. Bila sudah begitu adanya akan lari ke mana? abu sulit kembali jadi kayu yang sama bentuknya. Segera bergegas adalah jawabnya, Bila akan menuju Allah Azza wa Jalla.
ADDEEN BIL.5 - M/S 18

Allah menghendaki kita taat dan patuh kepadaNya. Menjadikan seluruh kehidupan ini sebagai ibadah dengan menjauhi laranganNya dan melaksanakan perintahNya. Tetapi apa yang telah kita lakukan? Adakah kita menyahut seruanNya? Atau kita berkata kepada Allah sebagaimana si anak berkata kepada Nuh: Aku ingin berenang ke gunung yang tinggi. Di sana aku akan selamat. Gunung manakah yang lebih tinggi daripada Allah SWT? Di ceruk dunia manakah yang mampu menyelamatkan kita daripada Allah SWT? Tidakkah kita memerhatikan? Sesungguhnya, bahtera kekuatan keimanan dan ketaqwaan berada jelas di hadapan kita. Sudahkah anda bersedia untuk menjadi salah seorang penumpangnya? Apakah anda bergerak ke arahnya? Atau membiarkan bahtera itu berlayar begitu sahaja? Wahai sahabatku yang disayangi!!.. ayuh kita menaiki bahtera ini agar dapat terus berlayar dalam meraih redha dan cintaNYA Wassalam...

Ya. Bahtera ini akan membawa kita ke satu destinasi pelabuhan (perhentian) yang aman sejahtera berkekalan. Iaitu membawa kita ke Syurga Allah SWT. Kekuatan dari bahtera ketaqwaan dan keimanan ini meresapi ke dalam ruh kita , membuatkan kita terus tabah menjalani kehidupan dan pancarobanya, pahit getir kesukaran yang dilalui, hingga akhirnya kita merasai kemanisan iman yang memandu kita ke SyurgaNya. Berjayalah bagi orang yang beriman dan sabar Adakah kita bersama-sama mereka yang menaiki bahtera ini ataupun sebaliknyaMari kita renungkan sejenak

Olahan : USTAZ NURDIN BIN DARMAN

PENDAHULUAN Doa bermaksud memohon atau meminta. Ia merupakan senjata yang kuat yang digunakan oleh seorang Muslim dalam mencari kebaikan dan menolak kemudaratan. Ianya juga umpama ubat yang mujarab bagi melawan, meringankan atau menghilangkan penyakit.

1. Terburu-buru dan berputus asa. Nabi SAW bersabda : Doa salah seorang daripada kamu akan diperkenankan oleh Allah asalkan sahaja seseorang itu tidak terburu-buru lalu ia mengatakan : Aku telah berdoa, tetapi doaku belum diperkenankan. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 2.Menggunakan rezeki sumber yang haram daripada

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Barangsiapa di antara kalian, telah dibukakan pintu doa, pasti dibukakan pula baginya pintu rahmat. Sesungguhnya doa itu bermanfaat terhadap apa yang terjadi atau pun yang belum terjadi, maka hendaklah kalian berdoa.
DOA TANDA KETAATAN Dalam apa jua keadaan sekalipun, kita digalakkan berdoa kepada Allah SWT. Berdoa merupakan bukti ketaatan, kepatuhan, tawakkal setelah berusaha, serta merendah diri kepada Allah SWT. Apa jua yang kita lakukan adalah di atas keizinanNya jua. Adapun kekuatan dan keupayaan manusia adalah terbatas. Allah Yang Khaliq (pencipta) manusia dan maha berkuasa. Oleh yang demikian kita mohonlah pertolongan dari Allah SWT serta menyerahkan urusan hanya pada-Nya. Mereka yang tidak berdoa adalah termasuk di dalam golongan orangorang yang sombong kepada Allah SWT. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Ghafir, ayat 60 yang bermaksud : Dan Tuhanmu

Begitu juga dengan persoalan bilakah doa kita akan dimakbulkan? Sesungguhnya ia adalah hak Allah SWT kerana Dia Maha Mengetahui masa yang paling sesuai dan baik untuk diberikan kepada kita. Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri bahawa telah bersabda Nabi SAW : Tidak ada seorang Muslim yang membaca doa di mana tiada pada doanya itu hal yang menimbulkan dosa dan memutuskan silaturahim, melainkan Allah pasti akan memberikan kepada orang itu dengan doanya salah satu dari tiga macam. Adakalanya Allah segera memperkenankan doanya. Adakalanya doanya itu dijadikan oleh Allah sebagai simpanan pahala di akhirat. Dan adakalanya Allah memalingkan dan menghindarkan sebarang kejahatan (bala dan bencana) daripada orang itu sesuai dengan doanya. Berkata sahabat : Kalau begitu lebih baik kita memperbanyakkan doa! Nabi SAW bersabda : Allah akan memperbanyakkan pemberian-Nya. (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim) Oleh yang demikian, tiada ruginya kita berdoa, melainkan kita semakin hampir kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT merindui ratapan dan rayuan hamba-Nya yang berdoa, mengharap rahmat-Nya dan mencintai-Nya. HIKMAH DOA Allah melewatkan waktu terjawabnya doa itu kerana kebaikan dan mempercepatkannya akan membawa kemudaratan. Rasulullah SAW bersabda : Seorang hamba itu akan sentiasa dalam kebaikan selagimana dia tidak tergesa-gesa (untuk memohon supaya cepatnya doa terkabul); dia berkata : Sesungguhnya aku telah

berdoa tetapi belum dimakbulkan. (diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Yala dan al-Thabarani; sahih li ghairih). Mungkin juga doa masih belum terkabul disebabkan dosa atau kekurangan dalam adab berdoa yang kita tidak sedari. Mungkin juga disebabkan syubhah (keraguan) dalam benda yang kita makan atau sebab-sebab lain. Adapun antara adab-adab berdoa seperti berikut ; 1. Membuka doa dengan hamdalah dan pujian bagi Allah SWT dan selawat ke atas Nabi SAW. 2. Mengakui dosa sebagai tanda patuh dan mengabdikan diri kepada Allah SWT. 3. Berdoa dengan niat yang tulus dan yakin akan dikabulkan serta berharap. 4. Berwudhuk, menghadap kiblat dan mengangkat tangan ketika berdoa. 5. Merendahkan diri, khusyuk serta suara berbisik dan lembut dalam doa. 6. Memilih waktu- waktu yang mustajab dalam berdoa seperti selepas solat, antara azan & iqamat, sepertiga malam terakhir, hari jumaat, hari arafah, saat hujan turun dan ketika sujud. 7. Tidak mendoakan keburukan untuk diri, keluarga dan harta. 8. Tidak bersajak dalam doa. Kita digalakkan berdoa ketika sujud kerana ketika itu kita paling hampir kepada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW : Suasana yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya. Disebalik doa itu tersingkap makna hubungan dan rahsia antara seseorang hamba itu dengan Allah. Teruslah memohon dan berharap kepada Allah kerana Dia tidak pernah menyalahi janjiNya. Semua yang terjadi, Allah jua yang berhak memilihnya. ADDEEN BIL.5 - M/S 19

berfirman : berdoalah kepadaKu, akan ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahku (berdoa kepadaku) akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina.
Ada ketika manusia sering berputus asa apabila doanya tidak dimakbulkan. Perlu diingat, ada beberapa faktor yang boleh menjejaskan atau menghalang doa dikabulkan Allah, iaitu :

Kita perlu sentiasa memeriksa niat agar kita tidak terlepas pandang kotoran yang melekat padanya. Mungkin sekarang tidak, tetapi lam a-kelam aan kita mungkin boleh menjadi orang yang sombong atau berasa berilmu hingga melihat orang lain seperti tidak berada di tahap kita.
Niat memainkan peranan penting dalam sesuatu perlakuan. Tanpa niat , perlakuan tidak akan timbul. Biar apa pun perlakuan kita ,sedar atau tidak ia dimulakan dengan niat. Cuma kita tidak sedar akan keberadaannya. Mungkin bagi kita, niat adalah satu ucapan. Mungkin ada juga yang menyatakan niat adalah lintasan hati atau boleh jadi apa yang dirasa di dalam hati. Biar apa pun keadaan dan caranya, ia tetap niat. Begitu juga niat yang baik, tetapi seringkali memakan diri. Saya pernah ditanya tentang hal ini, Mengapa kadangkala niat yang baik ,akhirnya membawa keegoan yang tinggi dalam diri seseorang? Mungkin selama ini kita terlepas pandang kaitan niat dengan nafsu dalam melaksanakan tindakan. Sebagai contoh, kita berniat baik untuk mengajarkan sesuatu perkara yang baik kepada seseorang. Tetapi kita mungkin alpa dalam menilai nafsu yang ada dalam niat baik kita. Kita mungkin terlalu bercita -cita tinggi dalam menjadikan seseorang itu baik hinggakan perlakuan kita dipenuhi ego.

Kita menasihati orang untuk berbuat baik dengan harapan mereka akan berubah ke arah lebih baik. Kita memberi nasihat bersungguhsungguh supaya perubahan berlaku. Namun, jika orang yang dinasihati tidak mendengar, kita menjadi emosi. Maka di situlah letaknya ego. Kita lupa bahawa kita perlu melakukan apa sahaja untuk membawa transformasi yang baik. Akan tetapi harus diingat bahawa keputusan atau hasil itu tetap hak milik mutlak Allah SWT. Saya pernah ditanya, Mengapa orang bukan Islam bersetuju dengan Islam, tetapi tidak mahu masuk Islam? Inilah titik ego halus yang sudah terlepas pandang. Kita menasihati orang kerana kemahuan kita, bukan kerana kasih sayang. Kasih sayang sentiasa akan timbul dari jiwa yang tenang yang sentiasa mengingati Allah dengan jiwanya. Satu kisah yang kita dengar pernah dihuraikan oleh al-Ghazali mungkin dapat memberi gambaran tentang niat yang dilihat baik, tetapi sebenarnya membawa kemusnahan diri. Pada zaman Bani Israel ada seorang ahli ibadah yang begitu tekun beribadah hinggakan sebahagian kehidupan hanya untuk berbakti kepada Allah SWT. Sebagai abid, dia begitu menjaga hubungannya dengan Allah SWT dan sesama insan. Pada suatu hari, dia mendapat tahu masyarakat kampungnya menyembah sepohon pokok yang dianggap keramat. Mengetahui hal itu, emosinya menjadi marah. Lalu dia berniat untuk menebang pokok tersebut. Diambilnya kapak, lantas keluar untuk menghapuskan kekufuran. Niatnya yang begitu baik dan murni menimbulkan keresahan pada Iblis. Di pertengahan jalan, dia bertemu iblis yang menjelma menjadi seorang lelaki tua. Iblis bertanya, ke mana dia hendak pergi dengan membawa kapak. Ahli ibadah menjawab dengan penuh emosi. Aku mahu ke sana untuk menebang pokok yang disembah masyarakat setempat. Aku akan tebang pokok itu! Iblis cuba memasang strategi agar ahli ibadah itu membatalkan niatnya. Iblis pun berkata Mengapa bersusah-payah mahu menebang pokok itu hingga kamu sanggup meninggalkan ibadah kamu kepada Allah SWT? Tanpa menghiraukan kata-kata iblis, ahli ibadah meneruskan perjalanannya. Dia nekad mahu menebang pokok yang menyesatkan manusia. Dek kerana kedegilannya, berlakulah perkelahian antara dia dengan iblis. Namun kerana tekad yang begitu kuat, iblis dapat dikalahkan dengan mudah.

Alah Dengan Tawaran Iblis


Setelah kalah, iblis mula menggunakan pendekatan diplomasi yang diharapnya dapat membuatkan ahli ibadah membatalkan niatnya. Katanya Allah SWT tidak mewajibkan kamu menebang pokok itu, tidak pula mewajibkan kamu mencegah masyarakat menyembah pokok tersebut. Ini adalah kewajipan serta tugas para Nabi dan Rasul, sedangkan kamu bukan dari golongan tersebut. Biar apa pun kata iblis, ahli ibadah tersebut tetap juga dengan pendiriannya. Ini membuatkan iblis berasa sangat marah. Lalu dia menggunakan kekerasan untuk memastikan kegagalan misi ahli ibadah tersebut. Namun iblis tetap gagal. Melihatkan kekerasan hati ahli ibadah yang benar-benar nekad, iblis mula membuat tawaran. Iblis menawar ahli ibadah satu keberhasilan atau keuntungan yang berterusan kerana dia seorang yang miskin dan tidak berharta. Iblis memujuknya supaya menerima tawaran tersebut.

ADDEEN BIL.5 - M/S 20

Iblis berkata Aku akan memberi kamu dua dinar setiap hari. Dengan itu kamu boleh menggunakan satu dinar bagi keperluan nafkah dan satu dinar lagi untuk bersedekah kepada fakir miskin. Wang itu akan aku letakkan di bawah bantal kamu setiap pagi. Tanpa disedari ahli ibadah itu, pujuk rayu iblis telah menyusup masuk ke dalam benak mindanya. Abid mula membayangkan wang yang bakal diperolehi dan mengenangkan dirinya dapat beribadat lebih tekun tanpa memikirkan wang. Maka dia dia membuat keputusan untuk tidak meneruskan niatnya. Dia kembali ke rumah untuk beribadah seperti biasa. Seperti yang dijanjikan iblis, terdapat dua dinar di bawah bantalnya pagi hari pertama dan kedua. Ahli ibadah cukup berlapang dada kerana wang yang diperolehnya begitu mudah dan dia merasakan dia akan dapat melakukan ibadah dengan lebih tekun. Namun, hal itu tiadak berlaku pada hari ketiga. Dia mula rasa kecewa kerana dipermainkan. Dia berasa dimungkiri lalu mengambil kapak dan keluar untuk menebang pokok tersebut. Dia pergi dalam keadaan begitu marah. Dalam perjalanan ke pokok tersebut, dia bertemu kembali iblis yang menyerupai lelaki yang menahannya beberapa hari lepas. Ahli ibadah memarahi iblis. Mereka bertengkar hebat sehingga berlaku pertempuran fizikal. Anehnya, kali ini ahli ibadah dapat dikalahkan dengan begitu mudah. Melihat ahli ibadah sudah dapat ditewaskan dengan mudah, iblis memberi amaran agar dia tidak meneruskan niat untuk menebang pokok berkenaan. Seandainya dia berdegil, iblis tidak teragak-agak untuk menghapuskannya. Mereka kemudian berbalah hingga terfikir oleh ahli ibadah tersebut untuk bertanyakan sesuatu yang bermain di fikirannya. Mengapa kamu amat mudah mengalahkan aku sedangkan dalam dua pergaduhan sebelum ini kamu dapat mengalahkan aku dengan mudah? Apa yang kamu hairankan? Bukankah pergaduhan pertama dan kedua kerana niat kamu ingin menebang pokok supaya dapat menghindarkan masyarakat dari sesat dan engkau begitu ikhlas melakukannya.

Namun kali ini, kamu kalah kerana niat kamu bukan lagi kerana Allah SWT, tetapi demi memenuhi tuntutan nafsu. Kamu ingin menebang pokok itu kerana marah apabila aku tidak memberi wang yang aku janjikan. Kamu aku kalahkan kerana niat kamu, kata iblis.

Renung Kembali Niat Diri


Cerita ini menjelaskan betapa halusnya permainan yang ada dalam episod niat itu sendiri. Kita kelihatan mahu mengubah masyarakat agar kembali kepada kehidupan asas iaitu yakin sepenuhnya kepada Allah SWT. Namun pada masa yang sama kita tidak perasan bahawa niat kita dikotori nafsu duniawi yang halus, tetapi cukup merosakkan. Kita mungkin melakukannya kerana bercita-cita tinggi untuk menjadi orang yang dihormati atau kita melakukannya supaya kita mempunyai gelaran tertentu. Hal itu tiada siapa yang mengetahui dan tiada siapa yang berhak menghakimi melainkan kita dan Allah SWT. Saya menulisnya supaya kita sama-sama merenung kembali niat kita yang kelihatan baik, tetapi memakan diri sendiri kerana permainan nafsu yang dipacu syaitan. Kita perlu melakukan atas niat yang murni kerana Allah SWT. Kita perlu sentiasa memeriksa niat agar kita tidak terlepas pandang kotoran yang melekat padanya. Mungkin sekarang tidak, tetapi lama-kelamaan kita mungkin boleh menjadi orang yang yang sombong atau berasa berilmu hingga melihat orang lain seperti tidak berada di tahap kita. Ini adalah strategi halus. Apa yang perlu kita lakukan adalah kembali kepada Allah SWT secara total dan kasih sayangNya akan menyelamatkan kita dari permainan yang cukup halus ini.
Tulisan oleh : Dr. Azhar Hj.Sarip, ILUVISLAM,Jun 2010.

TUAN HJ. SAEDAL ATAS BIN ABD GHANI PENGARAH PUSAT ISLAM NO.TELEFON: 03-3280 5035 EMAIL: saag62@yahoo.com

USTAZ ABD RAHMAN BIN RIDEWAN PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM / IMAM 2 NO.TELEFON: 03-3280 5059 EMAIL: arah5885@yahoo.com.my

EN. NURDIN BIN DARMAN PENOLONG PENDAFTAR NO.TELEFON: 03-3280 5140 EMAIL: nurdin@unisel.edu.my, udeen02@yahoo.com

CIK ZAHIDAH BINTI MOHD ZAIN PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM NO.TELEFON: 03-3280 5132 EMAIL: zahidahmdz@gmail.com, zahidahmd2@unisel.edu.my

CIK NOOR AZZAH BINTI YUSOF PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM NO.TELEFON: 03-3280 5132 EMAIL: azzah_yusof@unisel.edu.my, nazmy_uk78@yahoo.com

EN. MOHD AZLIZAD BIN SULAIMAN PEMBANTU TADBIR AGAMA NO.TELEFON: 03-3280 5134 EMAIL:ijad2708@yahoo.com

USTAZ MOHD SOFYAN BIN RAZALI PEMBANTU TADBIR / BILAL NO.TELEFON: 03-3280 5059 EMAIL: ibnuansar@yahoo.com

ADDEEN BIL.5 - M/S 21

Oleh : USTAZAH NOOR AZZAH MOHD YUSOF PENDAHULUAN Manusia adalah hamba Allah yang dijadikan untuk mengabdikan diri dan patuh kepada penciptaNya dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud : Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi kecuali akan datang kepada Tuhan yang bersifat ar-Rahman sebagai seorang hamba. (Surah Maryam : ayat 93) METODOLOGI AL-FALAH bahagia dunia dan Akhirat kearah melahirkan keluarga yang Cemerlang iaitu beriman dan bertaqwa kepada Allah. 3. MASYARAKAT untuk mewujudkan masyarakat yang mempunyai Roh Islam dan semangat perjuangan yang tinggi dalam menaikkan martabat bangsa ke arah kemajuan yang sebenar. Al-Falah menjadi benteng masalah sosial. 4. NEGARA untuk melahirkan sebuah negara yang berjaya dari semua aspek kehidupan samada ekonomi, sosial dan pentadbiran. 2. Orang-orang yang tidak mahu bercakap sesuatu perkara yang tidak berfaedah. 3. Orang-orang yang mengeluarkan zakat hartanya. 4. Orang-orang yang memelihara kehormatannya (tidak berzina). 5. Orang-orang yang memelihara amanah dan mengembalikan kepada yang hak. 6. Orang-orang yang menepati janji. 7. Orang-orang yang tetap memelihara solat iaitu menunaikan solat tepat pada waktunya. PENUTUP Kemajuan dan pembangunan yang dibentuk oleh Islam selaras dengan syarat- syarat untuk mencapai al-Falah iaitu : Kesepaduan & Kesatuan Rohani. Keutamaan nilai-nilai rohani dan akhlak dalam mencorak dan menentukan aspek kebendaan perlu dititikberatkan . Allah SWT telah memberi peringatan tentang kebinasaan yang akan berlaku disebabkan perbuatan -perbuatan manusia itu sendiri sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud : telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (terjadinya yang demikian) kerana Allah ingin mereka merasakan sebahagian dari balasan perbuatanperbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Surah Ar-Rum : ayat 41) Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Mukminun, ayat 1-11 iaitu menerangkan ciri-ciri orang mukmin yang mendapat kemenangan (al-Falah). Mereka adalah orang-orang yang berhak mendapat ganjaran Syurga Firdaus serta kekal di dalamnya, iaitu : 1. Orang-orang yang khusyuk di dalam solatnya. Khusuk ialah tenang hatinya dalam solat dan takut kepada Allah SWT serta memahami apa lafaz yang dibaca dalam solat. ADDEEN BIL.5 - M/S 22

Ia selaras dengan pandangan al-Quran bahawa kehidupan manusia di dunia ialah satu ujian dari allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut ayat 1-3 yang bermaksud : Alif, Laam, Miim . Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan). Dan Demi sesungguhnya ! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka ,maka (dengan ujian yang demikian), Allah mengetahui orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan mengetahui tentang orang-orang yang berdusta (dengan jelas dan nyata). AL-FALAH DALAM KEHIDUPAN INSAN Iaitu merangkumi aspek : 1. DIRI sebagai khalifah di bumi Allah yang mempunyai tanggungjawab menyeru umat Islam ke arah kebaikan. Nabi Muhammad SAW adalah sebaikbaik ikutan. 2. KELUARGA - untuk melahirkan institusi Kekeluargaan yang Berjaya,

HIERARKI HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH SWT DALAM KONTEKS KEIMANAN MENCAPAI AL-FALAH

Oleh : USTAZAH NOOR AZZAH MOHD YUSOF 1. Kebiasaan solat berjemaah, selepas imam membaca al-Fatihah maka makmum akan ucapkan Ameen. Apa makna Ameen itu?

2. Apa yang patut kita buat jika terlupa rakaat masa solat. Berhenti dan solat semula ke?

3. Ketika imam sedang sujud atau tasyahud, apa yang perlu dibuat oleh makmum yang baru?

JAWAPAN :
1. Ameen bermaksud kabulkanlah. Ia disebut selepas membaca Fatihah. Ini kerana di akhir surah Fatihah ada doa agar ditunjukkanlah kita ke jalan yang lurus. Jalan yang lurus ialah jalan bagi orang yang telah mendapat nikmat dan keredhaan Allah dan bukannya jalan orang yang dimurkai Nya dan orang yang sesat. Besar sungguh pengertian doa dalam Fatihah. Oleh kerana itulah disebut Ameen. Bahkan lafaz Ameen diulang-ulang dalam setiap doa. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : Apabila imam berkata Ameen maka samasamalah mengaminkan bersamanya. Sesungguhnya sesiapa yang berbetulan Ameennya dengan Ameen para malaikat, maka diampunkan dosanya yang telah lepas. (Riwayat Tirmizi) 2. Konsepnya mudah sahaja apabila terlupa dalam solat iaitu hendaklah yakin. Contohnya sekiranya terlupa bilangan rakaat samada tiga atau empat rakaat. Cuba ingati semula susur galur solat untuk mempastikan bilangan yang yakin. Jika tidak dapat, maka ambillah rakaat yang paling sedikit iaitu tiga rakaat. Maksud sabda Nabi Muhammad SAW : Apabila seseorang kamu syak dalam solatnya lalu dia tidak tahu berapa rakaatkah yang telah dia solat sama ada tiga rakaat atau empat rakaat, maka buanglah syak dan binalah atas apa yang dia yakini. Kemudian sujudlah dua kali sujud sebelum salam. (Riwayat Muslim) Jadi tidak perlulah untuk menghentikan solat lalu memulakan solat baru. Jangan pula diambil bilangan rakaat yang banyak. Kalau diambil bilangan rakaat yang banyak lalu pada hakikatnya kurang, maka solat itu tidak sempurna. Tetapi kalau diambil bilangan rakaat yang sedikit lalu pada hakikatnya sudah terlebih, itu tidak mengapa. 3. Tidak dinafikan ada orang yang menunggu hingga imam berdiri semula barulah dia takbir ihram. Macamana kalau imam tidak akan bangun untuk rakaat yang seterusnya. Sebaiknya ialah terus mengikuti apa yang dibuat oleh imam selepas makmum habis bertakbir ihram. Jika imam sedang sujud, maka teruslah sujud. Jika imam sedang tasyahud, maka teruslah tasyahud. Jika imam sedang duduk di antara dua sujud, maka ikutlah perbuatan imam. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW :

Terjemahannya : Apa yang kamu dapat maka solatlah. Apa yang kamu tertinggal maka sempurnakanlah.
ADDEEN BIL.5 - M/S 23

You might also like