You are on page 1of 28

Terbitan Unit Penerbitan Pusat Islam Universiti Selangor BIL 4 : 2011 ( JULAI ~ OKTOBER )

Assalamualaikum Wrt. Wbt. Penaung Datuk Dr. Rosti Bin Saruwono Penasihat Prof. Madya Hj. Zainal Abidin Bin Kidam Tuan Haji Mokhtar bin Haji Ridzwan Editor Ustazah Noor Azzah binti Mohd Yusof Pengarang Ustaz Mohd Fathur Rahman bin Kasdiran Ustaz Abdul Rahman bin Ridewan Ustaz Nurdin bin Darman Ustazah Zahidah binti Muhd Zain Ustazah Noor Azzah binti Mohd Yusof Wartawan & Grafik Encik Mohd Azlizad bin Sulaiman Edaran Ustaz Mohd Sofyan bin Razali Jurufoto Encik Mohd Azlizad bin Sulaiman Penerbit Pusat Islam , Universiti Selangor , Jalan Timur Tambahan , 45600 Bestari Jaya , Selangor Darul Ehsan . Tel : 03 - 3280 5059 / 5140 / 5132 / 5134 Email : pusat_islam@unisel.edu.my FB : PUSAT ISLAM UNISEL
Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Kareem Sabda Rasulullah yang bermaksud : Telah datang kepada kamu Ramadhan bulan yang membawa barakah. Allah menyelubungi kamu, lalu Dia menurunkan rahmat serta menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu. Allah SWT memperkenankan doa dalam bulan itu. Allah juga melihat perlumbaan antara kamu dalam bulan Ramadan dan menyampaikan kebanggaan-Nya terhadap kamu kepada para Malaikat; oleh itu hendaklah kamu membuktikan kebaikan kamu kepada-Nya. Sesungguhnya orang yang celaka itu ialah orang yang dijauhkan atau yang diharamkan oleh Allah daripada mendapat rahmatNya. Bulan Ramadan bulan penuh keberkatan dan pengampunan. Kehadirannya amat dinantikan bagi setiap umat Islam. Ia adalah penghulu bagi segala bulan.Dan padanya telah diturunkan Kitab al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia. Di antara sepuluh malam terakhir Ramadan dipilih satu malam yang lebih baik daripa seribu bulan iaitu Lailatul Qadar. Selain itu, bulan Ramadan juga dianggap bulan kesabaran di mana bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum malahan mengekang hawa nafsu serta menahan diri dari melakukan kemaksiatan dan memperelokkan amal dan ibadah seharian. Seharusnya Ramadan dijadikan madrasah penyucian jiwa, memandu diri serta melatih dan memantapkan jiwa agar lebih cekal dalam melakukan amalan yang berterusan pada bulan-bulan seterusnya. Kita menyingkap kembali peristiwa peperangan badar dan pembukaan Kota Mekah pada ketika itu berlaku dalam bulan Ramadan. Rasulullah SAW dan para sahabat membuktikan kecekalan, kesungguhan, keutuhan jati diri dan sabar dalam menegakkan syiar Islam dan taat melaksanakan perintahNya. Semoga kita dapat mencontohi keperibadian Baginda serta para sahabat dalam usaha untuk memperbaiki amalan dan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT. Sebagai permulaan, mulakan setiap hari dengan membaca beberapa ayat al-Quran serta terjemahannya, zikrullah serta beristighfar sambil melakukan pekerjaan. Dengan keikhlasan dan kesungguhan, mudah-mudahan amalan kita diterima Allah, hati kita akan menjadi tenang dan berada dalam petujuk Ilahi. Dan bertitik tolak dari sini juga kita akan meningkatkan rasa kecintaan kepada-Nya. Sesungguhnya mereka yang melakukan ibadah puasa dan membaca al -Quran akan memperolehi syafaat pada hari akhirat kelak. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Puasa dan Al-Quran memberi syafaat kepada para hamba pada hari kiamat. Puasa berkata : Wahai Tuhanku, aku telah daripada makan dan minum serta mengikut syahwat pada siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya. Al-Quran berkata : Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya daripada tidur pada malam hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya. Maka diterimalah syafaat puasa dan al-Quran, lalu para hamba (yang rajin berpuasa dan membaca al-Quran di dunia) masuk ke dalam Syurga. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi al-Dunya, Al-Tabrani dan al -Hakim daripada Abdullah ibnu Umar). Marilah kita bersama-sama menjadikan amalan membaca al-Quran & zikrullah sebahagian daripada budaya kehidupan. Kerana al-Quran itu suatu mukzijat dan apabila kita jadikan al-,Quran sebagai santapan rohani, maka jiwa kita akan ceria, hati tenang dan minda terbuka. Begitu juga akan terbuka luas pintu kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan serta keredhaan Allah di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah Wassalam. Pandu Diri, Latih Jiwa Bentengi Diri, Iman di dada.. Salam Mawaddah
(azzah_yusof@unisel.edu.my)

Sidang Redaksi Ad-Deen amat mengalu-alukan sumbangan Fakulti / Institusi / Pusat / Bahagian untuk diterbitkan diruangan Ad-Deen. Sumbangan artikel hendaklah berkaitan dengan urusan keilmuan dan aktiviti universiti. Sila hantarkan bahan - bahan tersebut kepada : Pejabat Editor , Pusat Islam Unisel .

ADDEEN BIL.4 - M/S 02

Oleh : Tuan Haji Mokhtar Bin Haji Ridzwan BA (HONS) Syariah & Undang-Undang Azhar Cairo Dip Pendidikan UKM

Syukur ke hadrat Ilahi


atas kurniaanNya, Ramadhan yang dinantikan telah tiba, penuh rahmat dan maghfirah untuk kita semua manfaatkannya selagi mana hayat ini. Tiada siapa yang tahu mungkin esok lusa kita kembali ke pangkuan Ilahi, tidak sempat menemui Ramadhan akan datang kerana roh yang berada di dalam jasad ini bukan milik kita. Justeru itu, mari kita rebut peluang yang ada ini untuk memperbaiki amalan seharian dan ibadah kita. Allah mengurniakan ganjaran yang berlipatganda bagi umat Islam yang ikhlas dan bersungguh-sungguh menjalani puasanya dengan amalan-amalan yang mulia. Sesungguhnya bulan Ramadhan di d alamn ya tersi mp an b er b agai hikmah.Jadikanlah Ramadhan kali ini yang terbaik, di mana kita bertambah dekat dan mengingati Allah, bukan bulan ketaatan sementara kepada perintah-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud :

Umar bin Abdul Aziz RA pula pernah berkata : Taqwa bukanlah dengan berpuasa di siang hari , dan bukan juga dengan solat pada malam hari, bukan juga dengan keduaduanya sekali. Tetapi taqwa ialah meninggalkan apa yang telah diharamkan Allah dan melakukan apa yang difardhukan Allah. Setelah ini dapat dilakukan , Allah SWT akan memberikan perkara-perkara yang baik kepada orang itu. Ibnu Juzayy dalam kamus istilahnya berkata dari pengenalan tafsirnya : makna taqwa ialah takut, berpegang teguh kepada ketaatan terhadap Allah dan meninggalkan derhaka terhadap-Nya. Inilah sekalian kebaikan. Untuk memperolehi taqwa dan supaya tidak dilabelkan sebagai Muslim Ramadhan , kita mesti mempunyai keimanan yang kukuh dan mantap berasaskan keyakinan, memahami dengan jelas bahawa Allah Pencipta alam dan kita sebagai hamba -Nya menyerahkan diri sepenuhnya untuk tunduk dan patuh akan segala suruhan dan meninggalkan larangan, sebagai jalan mencapai taqwa. Manakala objektif mendapatkan keampunan , ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah R.A yang bertanya kepada Nab i Muhammad SAW yang bermaksud : Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malam jatuhnya Lailatul Qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan waktu itu? Maka jawab Nabi : Katakanlah : Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini. (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tarmizi). Apa yang kita lihat pada hari ini, adalah menjadi kebiasaan bagi sesetengah umat Islam bilamana hanya banyak beribadah serta berbuat amal kebajikan dan berlumbalumba melakukan amalan sunat tatkala bulan Ramadhan. Ianya hanya perubahan se me ntara bagi

kebanyakan dari kita. Sebaik sahaja Syawal menjelang, semua amalan baik yang dilakukan bertukar dengan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dalam rutin seharian seperti masjid lengang jemaah masjid berkurangan, yang menutup aurat kembali membuka aurat, tidak menjaga tatasusila. Inilah yang dikatakan Muslim Ramadhan dan bukan Muslim Sejati. Jelas di sini mereka tidak memahami dan menghayati Ramadhan dengan sepenuhnya. Allah SWT berfirman :

Bulan Ramadhan yang diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi umat manusia, penjelasan bagi petunjuk dan penentu(al-Furqan) ( Surah al-Baqarah : ayat 185)
Allah menurunkan al-Quran pada bulan berkat ini supaya ia menjadi al-Furqan, pemisah hak dan batil dalam semua amalan dan tindakan kita sepanjang masa. Al Quran merupakan panduan kehidupan, juga cahaya yang menerangi akal, jiwa dan hati manusia. Jadikanlah membaca al -Quran al-Quran sebagai satu budaya, bukan membaca hanya apabila disuruh atau sekadar di bulan Ramadhan. Sesungguhnya Al-Quran & As-Sunnah itu adalah wasiat Rasulullah SAW yang harus dipelihara dan diikuti . Firman Allah yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu ,supaya kamu beroleh taqwa ( surah al-Baqarah : 183)
Objektif atau pun sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini ada dua keutamaan. Iaitu taqwa dan keampunan. Objektif ini jelas disebutkan dalam maksud ayat 183 dari surah al-Baqarah.Perkataan taqwa datang dari perkataan waqiya maknanya memelihara. Iaitu memelihara diri dari kemurkaan Allah dan hukumanNya. Kerana itu perkataan taqwa digunakan untuk menjelaskan perbuatan melakukan sesuatu yang diredhai Allah(halal) dan tidak melakukan apa yang dibenci-Nya (haram). Sewajarnya, berpuasa dapat membantu kita memperolehi taqwa kerana ia meletakkan kita dalam suasana ketaatan kepada Allah.

Kami jadikan kematian dan kehidupan untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya. Melalui Al-Quran manusia mengetahui tujuan dan matlamat hidupnya serta tugasnya sebagai hamba Allah yang memakmurkan bumi ini. (Surah al-Mulk : 2).

ADDEEN BIL.4 - M/S 03

Oleh : USTAZ MOHD FATHUR RAHMAN BIN KASDIRAN

Insan bertaqarrub dijanjikan ganjaran, kedudukan mulia di sisi Allah SWT. Apakah yang di maksu dkan den gan taqarrub dan b a g a i m a n a i a menjanjikan kemuliaan di sisi Allah SWT ??
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

Sesungguhnya hadis ini menjelaskan pentingnya hubungan antara makhluk (hamba) dengan Khaliqnya (tuan/ pencipta). Sebagai hamba, ia sepatutnya patuh dan taat kepada perintah tuannya iaitu Allah. Jika si hamba itu patut dan taat setia, nescaya All a h a ka n me n ya ya n gi d an memuliakannya. Jelaslah Allah amat mencintai setiap hamba-Nya yang sentiasa patuh dan taat kepada segala perintah-Nya iaitu dengan mengerjakan semua amalan wajib, malah ditambah pula dengan bertaqarrub iaitu memperbanyak amalan dianjurkan syariat Islam. Orang mukmin sebegini amat dicintai Allah serta diangkatkan kedudukan mereka di sisi-Nya sehingga mereka sentiasa berada di b awah naungan dan pemeliharaan-Nya. Perjalanan manusia masih jauh. Dunia sekadar satu persinggahan. Bak seorang musafir yang terpaksa singgah di satu persinggahan untuk berehat setelah penat berkelana bagi melepaskan lelah dan untuk mengumpul kembali bekalan dan kekuatan semangat dan fizikal demi meneruskan lagi sakibaki perjalanan yang masih panjang menuju ke destinasi abadi. Begitulah jua hakikat kembara seorang hamba di atas muka bumi ini.Singgah seketika mengumpulkan bekalan iman dan taqwa untuk meneruskan perjalanan menghadap Allah yang Esa. Sebenarnya dalam mendekatkan diri kepada Allah, seseorang itu hendaklah melakukannya secara berperingkat. Ia semestinya dimulai dengan mengerjakan amalan wajib iaitu fardu ain mahupun fardu kifayah kemudian barulah diikuti amalan sunat. Seperti mana orang yang berhutang, sudah tentu ia wajib membayar hutangnya terlebih dulu sebelum ia memberi derma atau sedekah.

Amalan sunat adalah amalan sukarela daripada segala macam ibadat zahir seperti membaca alQuran. Membaca al-Quran ini dikira setinggi-tinggi darjat taqarrub kepada Allah yang boleh dilakukan manusia. Selain itu, Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, k e b e r k a t a n d a n r a h s i a ya n g terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya. Kemuliaan orang mukmin adalah pada solatnya, dan di dalam solat terdapat segala ibadat yang lainnya. ALLAH S.W.T berfirman dalam Al-Quran tentang orang-orang yang berbahagia : Iaitu orang-orang yang beriman dengan yang ghaib, mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang KAMI berikan kepada mereka. (Surah Al-Baqarah, 2 : 3) Setiap individu Muslimin dan Muslimah wajib mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seharusnya memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan membimbing anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun. Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampirkan d iri d e n ga n - N ya, se ka li g us menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa b erhub ungan d engan Tuhannya.

S e s u n g gu h n ya A l l a h berfirman:Sesiapa yang memusuhi wali-Ku (orang yang setia kepada-Ku), maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Tiada seorang pun daripada hamba -Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu lebih Aku cintai daripada ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Di samping itu, hendaklah sentiasa bertaqarrub kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, nescaya jadilah Aku (seolah-olah) sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya; sebagai penglihatan yang ia melihat dengannya; sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Seandainya i a memohon (sesuatu) daripada-Ku pasti akan Aku terima; dan seandainya (pula) ia memohon perlindungan daripada-Ku pasti Aku akan melindunginya. (Hadis riwayat al-Bukhari).
T a q a rr u b b e r ma k s u d mendekatkan diri kepada Allah dengan sentiasa berbakti dan beramal salih tanpa rasa malas. Allah amat menyayangi dan memuliakan orang sentiasa bertaqarrub kepada-Nya.

" Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku. (Toha:14)

ADDEEN BIL.4 - M/S 04

Solat adalah tanda kesyukuran di mana manusia bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepadaNya. Selain itu Ibadat solat menghapuskan dosa. Ini kerana manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu hadis bermaksud:

"Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)
Solat merupakan ibadat yang penting, unik dan istimewa kerana ia satu ibadat yang menghubungkan antara hamba dan pencipta-Nya iaitu suatu perhubungan secara langsung. Dalam kata lain, solat merupakan talian perhubungan atau komunikasi antara hamba dengan Allah Swt. Sesungguhnya, solat adalah suatu ibadat yang tidak membebankan, kerana ia mampu dikerjakan oleh setiap individu. Rasa dibebani atau tidaknya bergantung kepada iman seseorang .Seseorang yang kuat imamnya tidak akan berasa berat untuk mengerjakan solat tetapi sekiranya seseorang itu lemah imamnya, ibadat solat akan berasa berat baginya. Adakah kualiti solatku tadi lebih baik dari sebelumnya" Adakah amalanku cukup sempurna di sisi tuhan ?? adakah ku sanggup berkorban demi agama??? Hanya anda yang tahu jawapannya .... Firman Allah SWT :

"Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirika solat." (Ibrahim:31) "Sesungguhnya berbahagia/ berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (AlMukminun: 1-2)
Sumber : 1. Al-Quran dan Hadis, 2.Ustaz Johari Yaman : Bimbingan, penghayatan dan kesempurnaan solat edisi baru, 3.Utusan Malaysia : Taqarrub kepada Allah faktor utama kejayaan, 4.Abdul Aziz Ismail : Rahsia solat lima waktu.

ADDEEN BIL.4 - M/S 05

Oleh : USTAZ ABD RAHMAN BIN RIDEWAN

Mengimbau kembali laungan


merdeka tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Telah hampir 54 tahun negara kita Malaysia bebas daripada penjajahan tanah dan kerajaan. Tetapi adakah kita benar benar merdeka???....
Kemerdekaan sesebuah negara adalah nikmat dan kurniaan yang

Seorang penyair Arab yang bernama Ahmad Syauqi berkata dalam syairnya : Kekal bangsa kerana mulia akhlaknya, runtuhnya bangsa kerana runtuh akhlaknya Islam amat menitikberatkan kebebasan umatnya yang dapat menyelamatkan diri dari segala bentuk tekanan, paksaan dan penjajahan. Iaitu membebaskan diri dan pemikiran daripada belenggu jahiliah, kekufuran, syirik, kemungkaran dan kemaksiatan yang menjurus kepada keruntuhan akhlak dan kemurkaan Allah SWT. Kemerdekaan atau kebebasan juga bermaksud membebaskan manusia dari cengkaman kekuasaan yang tidak benar dan zalim.

Andaikata kebenaran itu menurut hawa nafsu manusia ,maka pasti binasalah langit dan bumi serta semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka peringatan (untuk) mereka (Al-Quran) akan tetapi mereka berpaling dari peringatan tersebut. (Surah Al-Mukminun :71) Juga firman-Nya :

Allah beri dan tidak semua manusia dapat merasainya. Berapa ramai umat dan bangsa yang mendiami dunia ini sejak dahulu sehingga sekarang tidak berhenti-henti berjuang hanya untuk mendapatkan sesuatu kemerdekaan. Segala-galanya disekat dan dijajah termasuklah kehidupan untuk beragama dan tunduk kepada Allah Taala dengan penuh ketenangan. Berjihad dan berkorban jiwa dan raga bagi mendapatkan kemerdekaan negara dari belenggu penjajahan adalah sifat yang mulia dan disanjung tinggi. Sebagai umat Islam yang berhemah tinggi kita harus menghargai pengorbanan dan jasa pahlawan tanah air samada yang masih hidup atau yang telah gugur di medan perang . Islam itu sendiri membawa mesej kesejahteraan, kedamaian dan keamanan. Maksud- maksud ini semuanya menjurus kepada kemerdekaan. Dari segi istilah kemerdekaan bermaksud kebebasan dan kemampuan melakukan sesuatu tanpa sekatan atau halangan atau kongkongan belenggu oleh sesuatu. Jika diamati maksud istilah ini, maka akan wujud percanggahan maksud dari pandangan Islam.

Dan janganlah kamu mengikuti


orang yang telah Kami lalaikan hatinya dari mengingati Kami, serta menuruti hawa (nafsu)nya, dan semua urusannya menjadi rosak/buruk. ( Surah Al-Kahfi : 28) Berdasarkan ayat-ayat di atas, maka kemerdekaan atau kebebasan yang hakiki tidak mungkin dicapai dengan meninggalkan hukum agama bahkan sebal i kn ya i ni mer upa kan kesempitan hidup dan belenggu yang sebenarnya. Allah SWT telah menegaskan bahawa kebahagiaan dan kebebasan hidup yanh hakiki hanyalah dapat dirasakan oleh orang yang memberi komitmen dengan agama-Nya dan patuh pada hukum-hukum syariatnya. Allah SWT berfirman mafhumnya:

Tetapi senario yang kita berlaku hari ini, kebanyakannya menganggap istilah merdeka itu dianggap sebagai kebebasan dalam kehidupan,boleh memilih dan melakukan apa sahaja dan tidak terkongkong dengan aturan. Oleh kerana kuatnya keinginan ini, mereka tidak lagi menghiraukan hukum agama kerana mereka menganggap agama sebagai belenggu semata.Sesungguhnya perbuatan yang menurut hawa nafsu dan meninggalkan hukum agama akan menjerumuskan diri ke arah kehancuran sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah Taala dalam firman -Nya yang bermaksud :

Barangsiapa yang mengerjakan


amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik (di dunia), dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka (di akhirat) dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. ( Surah An-Nahl: 97).

ADDEEN BIL.4 - M/S 05

Para ulama salaf menafsirkan makna Kehidupan yang baik (di dunia) dalam ayat di atas dengan kebahagiaan (hidup) atau rezeki yang halal dan baik dan kebaikankebaikan lainnya yang mencakupi semua kesenangan hidup yang h ak i ki . ( Li hat T a f si r I bn u Katsir, 2/772). Sebagaimana Taala menjadikan kelapangan dada dan ketenangan jiwa dalam menerima syariat Islam merupakan ciri orang yang mendapat petunjuk dari-Nya, dan kesempitan serta terbelenggunya jiwa merupakan pertanda orang yang tersesat dari jalan-Nya. Allah Subhanahu wa Taala berfirman : Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (menerima agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan keburukan/seksaan kepada orang-orang yang tidak beriman. (Surah Al-Anaam: 125). Oleh yang demikian, melepaskan diri dari aturan-aturan agama Islam dengan alasan mencari kebebasan bererti menjerumuskan diri ke dalam penjara hawa nafsu dan belenggu syaitan yang akan mengakibatkan kesengsaraan dan penderitaan berpanjangan di dunia dan akhirat. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengungkapkan hal ini dengan bahasa yang indah dalam ucapan beliau:Orang yang dipenjara adalah orang yang terpenjara (terhalang) hatinya dari Rabb-nya (Allah) Subhanahu wa Taala, dan orang yang tertawan (terbelenggu) adalah orang yang ditawan oleh hawa nafsunya. (Dinukil oleh imam Ibnul Qayyim dalam kitab Al-Waabilush shayyib minal kalimith thayyib, hal. 67). Justeru itu, hendaklah kita sentiasa berazam untuk membebaskan diri dari sifat-sifat yang

meruntuhkan kewibawaan manusia dan menyelamatkan diri dari terpenjara oleh arahan nafsu dan hasutan syaitan. Sentiasalah kita memohon keampunan daripada Allah Taala agar mendapat keredhaan-Nya dan terlepas dari seksaan api neraka. Inilah erti dan nilai kemerdekaan yang sebenar yang diajarkan oleh Islam. Bagi mengisi kemerdekaan ini maka kita perlu kembali kepada Islam yang terbukti hebat dan adil dalam memuliakan generasi sebelum kedatangan penjajah. Mengingat kembali ungkapan Sayyidina Umar al-Khottob ketika mahu menerima kunci Baitul Maqdis dari Rom sebagai lambang kemerdekaan dengan katanya yang bermaksud : Kita merupakan suatu bangsa yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Maka selagi mana kita mencari kemuliaan selain dari Islam yang telah memuliakan kita, maka selagi itulah kita akan dihina oleh Allah. Hayatilah erti kemerdekaan sebagaimana yang pernah diucapkan oleh panglima Islam Rubie bin Umair ketika menjawab pertanyaan panglima Farsi iaitu Rastam mengenai tentera Islam mahu memerdekakan Farsi, di mana katanya dengan tegas : Allah mengutuskan kami (orang-orang Islam) untuk memerdekakan sesiapa yang mahu di kalangan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan diri hanya kepada Allah, memerdekakan manusia daripada sistem ciptaan manusia yang zalim kepada sistem Islam yang adil, memerdekakan manusia daripada pandangan kehidupan dunia yang sempit kepada keluasan hidup dunia dan akhirat. Lihatlah sekeliling kita, adakah kita telah merdeka? Jika ianya benar, marilah kita bergerak mencapai kemerdekaan yang hakiki !!! Menjadi hamba Allah yang sejati
Rujukan : ~Islam dan Kebebasan, Ustaz Abdullah bin Taslim al-Buthani ~Sistem Masyarakat Islam dalam Al-Quran & As-Sunnah, Dr. Yusof Qardhawi http://www.al-azim.com http:// khutbahku.blogspot.com

PESAKA MERDEKA
Bergalang Tanah Bergadai Pesaka Rebah Bangun Lintang Tiarap Terlentang Minum Embun Meniarap Makan Tanah Bumi Pertiwiku Tetap diperjuang Maruah Agama Setia digalas dipertahan Maruah Bangsa dan negara Dikandung Badan Demi Kedaulatan Negara Merdeka Merdeka dari Penjajahan Minda yang menjarah Merdeka dari Perhambaan Ekonomi yang Memerah Merdeka dari Penindasan Politik yang Serakah Tanahairku Mesti bangkit Mendongak Dagu maju Membina Masa Depan Gemilang dan Maju Membina Negara Munajat Redha dan Restu Aku , Engkau , Kamu Adalah Anak Merdeka...Ayuuuuuh ! Tuntutlah Ilmu Binalah Jiwa Jangan Alpa Usah Leka Amanah Ummah Merdeka Adalah dibahu Kita Amanah Negara Merdeka Adalah dibahu Kita Amanah Nusa Bangsa Adalah dibahu Kita Merdekalah Jiwa Merdekalah Minda Merdekalah Bangsa Merdekalah Negara Merdekalah Kita Merdekakah Kita ? Terbelakah Kita ? Atas Lebar Hamparan Tanah Tumpah Air Insan Merekah Bumi Gersang Tandus Nilai Kasih Sayang Merdekakah Kita ? Terbelakah Kita ? Menebus Maruah Balar Tercalar Angkara Haiwan Berpangkat Bergelar Dada dirobek Jantung dikelar Bahasa diherdik Sesuku Ajar Penguasa Membidik Bohong di Layar Merdekakah Kita ? Terbelakah Kita ?

ADDEEN BIL.4 - M/S 06

Oleh : USTAZ FATHUR RAHMAN BIN KASDIRAN

NUZUL AL-QURAN Sesungguhnya Al-Quran adalah wahyu Ilahi dan Kitab yang terakhir diturunkan paling unggul dan sempurna jika dibandingkan dengan Kitab-kitab sebelumnya. Ia menjadi petunjuk kepada manusia dan menjadi pemisah antara kebenaran dan kebatilan serta menyelamatkan manusia dari kesesatan. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam 17 Ramadhan tahun ke-41 daripada keputeraan nabi Muhammad SAW. Perkataan Nuzul bermaksud turun atau berpindah dari atas ke bawah. Oleh yang demikian Nuzul Al-Quran itu menjelaskan tentang penurunan Al-Quran ke atas Baginda Rasulullah SAW sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat. Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca Al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah Al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata Al-Quran mukjizat akhir zaman atau Al-Quran yang mempunyai mukjizat. Malah inilah sebenarnya kelebihan Al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dikecualikan atau tertinggal di dalam Al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam Al-Quran. Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan Al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai An-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Hal ini telah dijelaskan dalam dalil dalil daripada al-Quran: 1- Ayat 15-16 surah al-Maidah yang bermaksud : Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (Nabi Muhammad) dari Allah dan kitab yang menerangkan (al-Quran). Dengan kitab itulah Allah menunjuki orangorang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, (dan dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus. 2- Maksud ayat 9 surah al-Hadid menyatakan bahawa : Dialah (Allah) yang menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad) ayat-ayat yang terang (al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (Islam). Jelas dari keterangan kedua-dua ayat di atas menunjukkan bahawa fungsi sebenar penurunan al-Quran ke atas manusia, tidak lain adalah untuk menyelamatkan mereka dari terus berada dalam kegelapan dunia yang terpaksa meraba-raba serta tanpa hala tuju hidup yang jelas dan sempurna kepada cahaya Islam, tidak cukup dengan itu, Allah SWT melalui KitabNya itu bertujuan untuk memimpin mereka ke jalan yang benar dengan memberikan kepada mereka petunjuk kebenaran agar mereka ditempatkan ke dalam syurga di akhirat kelak.

ADDEEN BIL.4 - M/S 07

LAILATUL QADAR Firman Allah bermaksud : SWT yang

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah Al-Qard : 1-5) Melalui firman Allah SWT seperti yang dinyatakan di atas menjelaskan hubungkaitnya penurunan Al-Quran serta kehebatan Kitab-Nya dan kemuliaan malam yang disebut sebagai Lailatul Qadar. Pada hari tersebut Jibrail telah datang kepada Rasulullah buat kali p ertama memb awa perutusan iqra (Surah Al-Alaq). Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-Alaq yang bermaksudnya: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (al-alaq:1-5) . Penurunan Al-Quran didahului kalimah iqra iaitu bacalah Di mana membaca itu adalah kunci kepada penerokaan ilmu.

Lailatul Qadar merupakan satu malam di dalam bulan Ramadhan yang dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW iaitu malam penuh keberkatan kebiasaannya berlaku pada malam 10 terakhir Ramadhan. Barangsiapa yang melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di akhir 10 Ramadhan, dia akan berpeluang untuk menemui Lailatul Qadar. Komitmen ke arah itu hendaklah dimulakan sejak awal Ramadhan lagi. Umat Islam digalakkan melakukan Qiamullail dengan beriktikaf di masjid-masjid pada malam-malam 10 terakhir kerana mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Kalimah itikaf bermaksud berhenti atau duduk di dalam masjid dalam jangka waktu yang ditentukan dengan niat untuk melakukan amal ibadah seperti solat-solat sunat, zikrullah, istighfar, tilawah Al-Quran dan doa.

Para Ulama menyatakan bahawa malam-malam yang bermungkinan sebagai malam al-Qadar adalah malam-malam ganjil iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 bulan Ramadhan. Masa berlakunya Lailatul Qadar adalah rahsia Allah SWT supaya setiap umat menghayati 10 malam yang terakhir Ramadhan dengan amal ibadat dan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Penutup Peristiwa penurunan Al-Quran mengandungi hikmah kepada umat manusia. Al-Quran sebagai pedoman kehidupan dan tersimpan pelbagai rahsia ilmu pengetahuan untuk dianalisa, dikaji dan diselidiki dan seterusnya memajukan umat Islam serta membebaskan mereka dari belenggu kelemahan dan penghinaan orang kafir. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amalan dan ibadah dalam meraih keredhaan-Nya pada malam al-Qadar yang penuh keberkatan. Setiap individu Muslim sangat dituntut untuk mencari dan mendapatkan kelebihan Lailatul Qadar. Ianya menjadi sunnah nabi Muhammad SAW dan rebutan salafussoleh untuk mendekatkan diri kepada Allah. Semoga Ramadhan kali ini dapat melatih dan mendidik sekaligus merubah diri kita kep ada suk a me mb aca, mengkaji serta beramal dengan Al-Quran serta meningkatkan rasa ketaqwaan dan lebih mendekati-Nya.. Amin Ya Rabb..
Sumber : 1.Al-Quran, 2.Majalah Solusi : Tafsir Surah al-Qadr ,oleh :Ustaz Zahazan , 3. Ustaz Zain Hashim : Muslim dan AlQuran, 4. http :// halaqah.net :Penurunan Al-Quran

Ini menjadikan amalan kita pada malam tersebut seolah-olah beramal ibadah selama 1ooo bulan bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan. Pada malam itu juga para malaikat rahmat turun beramai-ramai diketuai oleh Jibrail membawa segala rahmat dan keberkatan . Ma la m itu jug a Al lah mentaqdirkan segala urusan , rezeki , ajal dan ketentuan segala perkara lalu diserahkan kepada para malaikat.

ADDEEN BIL.4 - M/S 08

Oleh : USTAZAH ZAHIDAH BTE MUHD ZAIN

Duit! Duit! Di mana kau duit Duit! Duit! Hutangku membukit Zaman ini zaman duit Tak ada duit diri tersepit Tapi jangan jadi hamba duit Nanti musnah diri sendiri..............
Teringat lagu duit yang pernah diputarkan di radio pada zaman 90an yang cukup terkenal dengan penyanyi M.Nasir dan Hattan. Duit bukanlah segalagalanya tetapi hampir segala-galanya memerlukan duit. Mama, RM 50 mana la cukup nak beli barang. Nak beli nasi ayam pun RM 4 belum lagi campur air RM 2 ....Belum lagi sarapan pagi, makanan tengah hari dan malam...tak cukup tu....!!!!!!! ! Duit oh duit !!!!!!!! Itu belum lagi bila tiba musim perayaan....sebelum menjelang raya, kaum wanita terutamanya yang para isteri dan para ibu sudah sibuk menyiapkan senarai barang-barang raya. Dua tiga bulan sebelum raya dah mula window shopping. yang Panjanglah hendak senarai ditukar barang-barang sofa, suami langsir dan bapa gelisah,

Kos

kehidupan

semakin

hari

Dalam

Islam,

kita

digalakkan

semakin meningkat. Ada sahaja barangan keperluan harganya dinaikkan gara-gara kenaikkan harga petrol. Ada orang berasa selesa kalau setiap masa ada RM 50 di poketnya, ada yang selesa dengan RM 100 di poket.Yang nyata , ada ringgit di dalam poket menimbulkan rasa senang, ke mana pun pergi tidak ada masalah.Pendek kata, poket penuh, hati senang, hidup

berbelanja berasaskan beberapa kaedah iaitu barangan yang dibeli adalah barangan keperluan yang menjadi keutamaan. Kedua, perbelanjaan yang dilakukan tidak berlebihan-lebihan dengan kata lain tidak boros. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra ayat 26-27 yang bermaksud:

Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing

tenang !!!!!. Yang menjadi pikir masalah pasal ialah hutang

-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
Tidak salah untuk berbelanja untuk barangan keperluan mahupun membelibelah ketika musim jualan murah ataupun musim perayaan. In kerana, Islam sama sekali tidak menghalang pengguna daripada berbelanja tetapi mereka diajar tatacara berbelanja supaya tidak berlebih-lebihan atau boros. Sikap penting yang perlu diamalkan ketika berbelanja ialah sentiasa sederhana, elakkan pembaziran dan tidak membeli sesuatu yang diharamkan.

apabila tiada duit di poket. Mulalah rasa cuak, terutamanya bila tiba di hujung bulan. Pada asalnya ada RM 100 alih-alih tinggal RM 50 je..Bak kata orang ..bajet sudah lari.

Tepuk dada jangan tanya selera tetapi tanyalah iman. Jangan sampai bagaikan tercekik tulang menanggung beban hutang, ( Mahdzir Md.Isa, 2010, p.71 )
Wang umpama baja; anda perlu mengagihkannya untuk mendapat pulangan yang lebih lumayan, (AKPK) Justeru, bagi mengelak masalah bajet lari, perbelanjaan perlu dilihat kepada keutamaan yang mana keperluan sampingan masih boleh ditangguhkan, maka tangguhkan ia sehingga ada wang lebihan. Beli mana yang penting dahulu.....Ibarat pepatah Melayu, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Sebaik -baiknya berhemah dalam perbelanjaan dan jangan terburu nafsu kerana kita tidak tahu apa menanti di hadapan dan keadaan semakin digunakan. sukar jika dalam keadaan mendesak, tiada wang simpanan untuk

daripada hiasan dalaman rumah seperti sehinggalah rumah..Mulalah mengeluh kepada para panjang, pengubahsuaian

menggeleng kepala....... Dulunya menjadi seorang pelajar senang untuk meminta duit dari ibu ayah.Bila dah berarah ke peringkat alam pekerjaan bermulalah episod berdikari dengan duit sendiri..Duit senang dicari, senang dibelanja tapi susah untuk dijadikan simpanan. Itulah realiti yang berlaku bagi sesiapa yang baru mula berkerja.

ADDEEN BIL.4 - M/S 09

Bagaimana saya boleh bercermat atau berjimat?


Terdapat banyak cara untuk hidup dengan duit yang sedikit dan di bawah adalah beberapa tips yang dapat membantu anda berhemat dengan wang ringgit anda:

Kurangkan perbelanjaan

harian anda dan rangka perbelanjaansebelum anda membeli sesuatu, tanya diri anda:

Guna semula atau Kitar semula jika boleh, jadikan sampah anda baja (yang boleh digunakan untuk menana m sa yur anda sendiri!), usahakan kebun sayur dan tukarkan sampah anda kepada duit! Perabot yang lama diubah suai menjadi baru seperti cat semula ataupun jadikan meja besar lama kepada meja tullis. Anda boleh menggunakan kreativiti ataupun idea baru untuk kitar semula barangan. Jadikan barang bertahan lebih lama perbaiki pakaian, kasut digam semula dan baiki barang sebelum ia tidak boleh dibaiki lagi.

melakukan tawar menawar sebelum berbelanja.

Prihatin dengan barangan anda Bila berbelanja dalam jumlah yang banyak pastikan anda menyusun barangan yang baru dibeli dengan rapi. Ketahui berapa jenis barang dan berapa bungkus yang ada supaya tidak tertinggal atau bercampur dengan barangan orang lain.

1. 2.

Adakah Bolehkah

saya saya

betuldi

1. kredit

Kurangkan penggunaan kad kurangkan kad kredit wang lebihkan utama

betul perlukan ini? mendapatnya tempat lain pada harga yang lebih murah?

tunai.Gunakan kad hanya jika keadaan terpaksa.

3.

Bolehkah

saya

mendapatnya

secara percuma?

(Dipetik dari sumber Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Berita Harian) Berbelanjalah dengan penuh hemat dan berjimat.Kita perlu ingat, setiap perbelanjaan yang dapat dijimatkan pada hari ini amat penting untuk masa depan. Jadilah pengguna bijak dan berhemah dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud:

Simpan sebelum belanja Setiap kali mendapat gaji bulanan, apa yang dulu perlu ialah diutamakan membuat untuk hutang tujuan dan

simpanan pembayaran perbelanjaan. apabila untuk dan atau

kemudian barulah digunakan

Namun, sering kali ramai golongan terus muda menerima saja duit gaji, ia digunakan hutang dilupakan membayar berbelanja simpanan

Cari barang pengganti yang lebih murah beli jenama umum yang perlu mahalm a h a l , me mb e l i - b e l a h semasa ada jualan murah, ataupun menyewa lebih baik daripada membeli !!!!!

sehingga

Mencuba

dahulu

tidak

simpanan dilakukan apabila mempunyai lebihan wang.

salah anda mencuba dahulu sesuatu produk yang lebih mu r a h h a r ga n ya dan bandingkan dengan produk anda gunakan selama ini. Bak kata orang barang murah tidak semestinya tidak berkualiti.

Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) y a n g a p a b i l a membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana antara kedua-dua cara (bo ros dan b akhi l ) itu. (Surah alFurqan,ayat 67)
Marilah kita renungkan dan ingatlah bahawa setiap apa yanng kita belanjakan, pasti ia adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah............ Sumber : Mohd Shukri Hanapi (21/1/2011) Islam utamakan belanja secara berhemah, bukan ikut nafsu. Berita Harian Alzahrin Alias ( 12/3/2011) Tip belanja berhemah, elak jadi hamba duit. Berita Harian Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit . Hidup dengan duit yang sedikit. http://www.akpk.org.my

Kurangkan penggunaan tutup semua lampu apabila tidak digunakan dan gunakan lampu yang jimat tenaga, kurangkan penggunaan hawa dingin, basuh pakaian dengan muatan penuh dan keringkan pakaian di luar (daripada menggunakan mesin pengering) dan tutup semua alatan elektrik apabila tidak digunakan.

Tawar menjual

menawar potongan

pilih harga dan

kedai atau pasaraya yang murah .Anda juga perlu bijak memilih barang

ADDEEN BIL.4 - M/S 10

Penganjuran Training of Trainer

Program Anda Bijak Jauhi Zina adalah khusus untuk


untuk Staf HEP Kampus Bestari Jaya dan Shah Alam bagi menjayakan kempen amar makruf dan nahi mungkar, mencegah lebih baik dari mengubati. Program latihan ini telah berlangsung pada 23- 24 Mac 2011(rabu & Khamis) bertempat di Bilik Syura Pusat Islam,Unisel. Seramai 17 peserta terlibat dalam latihan tersebut. Puan Yusnani daripada Raudatus Sakinah Master Training & Consultancy telah berkongsi tentang visi dan misi kepada para peserta. Seterusnya Bro. Mohd Syamil Yusuff mengendalikan bengkel kemahiran penggunaan dan membina bahan bermultimedia di dalam persembahan ABJZ;Sony Vegas. Pada hari kedua latihan para peserta telah didedahkan bagaimana membina bahan multimedia menggunakan Powerpoint 2007 dan penggunaannya dalam program ABJZ. Slot diteruskan dengan pembentangan Modul ABJZ kepada para peserta. Program latihan ini berakhir jam 7.00 petang.

Pusat Islam Universiti Selangor dengan kerjasama pihak Lembaga Zakat Selangor telah menganjurkan sesi kaunter bergerak zakat kepada warga Unisel pada 6hb 2011( Jumaat) bersamaan 2 Jamadilakhir 1432H bertempat di hadapan Masjid Umar Abd. Aziz, Unisel. Kaunter mula dibuka jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. Program ini merupakan inisiatif yang baik, membuka peluang kepada warga Unisel menjelaskan zakat pendapatan juga boleh mengajukan apa jua pertanyaan atau kemusykilan berkaitan zakat. ( Gambar Disebelah )

Kuliah Maghrib dijalankan pada setiap hari bermula pada 25hb Mei 2011. Tajuk kuliah yang disampaikan berkaitan dengan Bimbingan Al-Quran dibawah kelolaan Ustaz Abd. Rahman Bin Ridewan, manakala Kekeluargaan Islam( Tn. Hj. Mokhtar Bin Hj. Ridzwan), topik Imam Muda( Ustaz Mohd Fathur Rahman B. Kasdiran) dan Ustaz Sofyan Razali bagi bab Fathul Qarib . Slaid powerpoint sebagai bahan bantu penyampaian lebih berkesan.

ADDEEN BIL.4 - M/S 11

Oleh : USTAZAH ZAHIDAH BTE MUHD ZAIN Judul Buku : Indahnya Hidup Bersyariat (Modul Fardhu Diri, Keluarga & Masyarakat Sepanjang Hayat Pengarang : Dato Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid Terbitan : Telaga Biru Sdn. Bhd. (2009) Alhamdulillah, kali ini kita akan berkongsi maklumat satu lagi judul buku yang saya kira ianya sebagai ensiklopedia asas bagi setiap individu. Buku ini juga sesuai untuk panduan asas bagi seisi keluarga, merupakan sebuah buku fardhu ain dan fardhu kifayah yang disusun mengikut tahap perkembangan individu dari peringkat kanak-kanak,alam remaja,dewasa, hidup berkeluarga, muamalat, bermasyarakat dan akhirnya menghadapi kematian. Saya sukakan buku ini kerana pendekatan yang digunakan lebih berkesan dan mudah difahami. Di mana sebahagian teks disampaikan dalam bentuk rajah, carta, peta minda dan jadual. Juga disertakan gambar-gambar berkaitan teknik tayamum, solat dan solat orang sakit, cara memandikan dan mengkafankan jenazah, cara pemakaian ihram, gambar susunan imam dan makmum dan pelbagai lagi berkaitan dengan isi kandungan yang dibincangkan. Manakala persembahan buku menarik dan bewarna-warni. Buku ini boleh digunakan sebagai modul dalam halaqah keluarga. Isi kandungannya terdiri daripada 7 bab dan 308 halaman kesemuanya , iaitu : Bab 1 : Syariat Kelahiran, Bab 2 : Pendidikan Awal Kanak-kanak , Bab 3 : Syariat Berkaitan Remaja , Bab 4 : Fardu Ain Asas , Bab 5 : Munakahat (Hukum Perkahwinan), Bab 6 : Syariat Dalam Bermasyarakat dan Bab 7 : Syariat Sunat Harian Sepanjang Masa. Setiap bab mengandungi sub topik dan dibahaskan lebih jelas. Selain itu, turut dimuatkan adalah adab berdoa, amalan membaca al-Quran, istighfar, selawat dan zikir serta himpunan doa dan zikir untuk amalan seharian juga mengubati penyakit. Keseluruhannya, anda wajar untuk memiliki buku ini. Memang berbaloi, anda beli pasti tidak rugi!!...

COOKIES, CHOC & CRAFT FELT


Pihak kami menerima tempahan coklat, biskut dan kraf felt.

FROZEN FOOD & COOKIES


~Dapatkan pelbagai produk makanan dari kami iaitu : 1) Pau Goreng Frozen - RM4.00 (8 biji) 2) Karipap Frozen - RM4.50 (10 biji) 3) Choc Chips Cookies - RM 3 / paket - RM 26 sebalang ~Juga menerima tempahan makanan (tidak lebih 200 orang) harga boleh dirunding.. Berminat?! Segala pertanyaan dan pesanan boleh hubungi : Hafiza (017-3143228) atau email : binafsha_27@yahoo.com.my

Kami menawarkan harga yang berpatutan bagi homemade choc yang diperbuat daripada dark choc, milk choc dan white choc dengan pelbagai pilihan filling iaitu oren, nenas, strawberi, bluberi, peanut butter, oreo crumb, karamel, kismis dan badam. Harga bergantung kepada: 1.Kuantiti tempahan, 2. Packaging/box, 3. Jenis & size .

Boleh dapatkan juga : - Biskut batik RM 30 (ukuran 1 loyang) Cornflake Coklat Badam - RM27 ( 60 biji) Biskut Makmor - RM26 (50 biji) Biskut Coklat Badam Rangup RM29 (50 biji)

Tempahan untuk kraf felt juga diterima .Harga produk kraf felt bergantung kepada harga pasaran. Harga ditentukan mengikut saiz , bentuk dan material yang digunakan. Boleh memilih design yang diingini dan kami akan membuat mengikut permintaan pembeli. Antara hasil produk produk dari felt :

1. Coin Purse, 2. Pensil case, 3. Signage Room, 4. Brooch, 5. Keychain, 6. Tissue Folder, 7. Pendrive Case, 8. Felt Patch/Felt T-Shirt, 9. HP Case / spectacle case, 11. Purse, 12. Pillow, 13. External hard Disk case dan lain-lain.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh call / sms email ke : nazmy_uk78 @yahoo.com atau tempahan boleh call / sms di talian :

di talian : 012 6343413 atau

012 6343413 atau email ke : nazmy_uk78 @yahoo.com

ADDEEN BIL.4 - M/S 12

Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas tanpa mengambil masa yang lama.. OK? Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda..... Anda sudah bersedia? Sila lihat ke bawah Soalan Pertama: Anda menyertai satu perlumbaan.. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa? Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua! Cuba jangan lihat ke atas semula untuk soalan seterusnya. Sekarang jawab pula soalan kedua, tetapi jangan mengambil masa yang terlalu lama seperti soalan pertama, OK ? Soalan Kedua: Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah) Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir? Adakah anda pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya.. Soalan Ketiga: Soalan bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil ataupun kalkulator. Cuba lah... Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 ... Campur lagi 1000 Campur lagi 20 ... Campur lagi 1000 Campur lagi 10 ... Berapakah jumlah semuanya? Lihat bawah untuk jawapan Adakah Jawapan jawapan sebenar anda 5000 ? adalah 4100.

Baiklah Cuba jawab soalan bonus: Seorang bisu pergi ke mini market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan menggayakan lakonan memberus gigi, dia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai. Akhirnya dia berjaya membeli berus gigi itu. Seterusnya, seorang buta pergi ke mini market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya....? Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati, dia hanya buta bukan bisu... Mudah sahaja.. Apa yang Anda Fikirkan..!!? (Tujuh Keajaiban Dunia) Sekumpulan pelajar kelas geografi sedang mempelajari "Tujuh Keajaiban Dunia". Di awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan "Tujuh Keajaiban Dunia" ketika ini. Walaupun ada beberapa yang tidak tepat dan bersesuaian, sebahagian daripada mereka memperolehi senarai yang berikut : 1) Piramid 2) Taj Mahal 3) Tembok Besar Cina 4) Menara Pisa 5) Kuil Angkor 6) Menara Eiffel 7) Kuil Parthenon Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas jawapannya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai masalah dalam menyiapkan senarainya. Gadis pendiam itu menjawab, "Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak." Kemudian pensyarah itu berkata, "Baiklah , katakan kepada kami apa yang kamu telah senaraikan dan mungkin kami dapat membantu memilihnya." Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, "Saya fikir "Tujuh Keajaiban Dunia" adalah, 1) Dapat melihat; 2) Dapat mendengar; 3) Dapat menyentuh; 4) Dapat menyayangi; Dia ragu sebentar, dan kemudian meneruskan kata-katanya lagi 5) Dapat merasakan sesuatu; 6) Dapat tertawa; 7) Dan Dapat menyintai Ruang kuliah tersebut sunyi seketika. Apa yang anda fikirkan???!!! Mungkinkah anda ada senarai pilihan yang lain atau anda bersetuju dengan senarai jawapan yang dikemukakan oleh pelajar tersebut??!!... Anda boleh menghantar maklumbalas atau memberi ulasan ke email kami di : pusat_islam@unisel.edu.my

Jika anda tidak percaya ,sila gunakan mesin kira-kira..!! Mungkin anda boleh menjawab soalan yang akhir ini dengan betul Soalan Keempat: Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nena , 3. Nini, 4. Nani . Apakah nama anak gadisnya yang terakhir? Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah. Namanya Mary. Baca semula soalan..!!

ADDEEN BIL.4 - M/S 13

Seorang guru sufi datang kepada seorang muridnya yang kelihatan murung sejak akhir-akhir ini.

"Kenapa kamu selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu? " si Guru bertanya. "Guru..sejak akhir-akhir ini hidup saya penuh masalah. Terlalu sukar bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tidak ada penghujungnya," jawab si murid. Si Guru tersenyum mendengar penjelasan si murid . "Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah ke mari. Biar saya perbaiki suasana hatimu itu."

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di kerongkongnya, Si Guru bertanya kepadanya, "Bagaimana rasanya?" "Segar, cukup segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan telapak tangannya.

Oleh : USTAZAH NOOR AZZAH MOHD YUSOF

PERJUANGAN KESABARAN

MENUNTUT

Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya.

Hidup adalah perjuangan, anda akan menempuhi berbagai halangan, rintangan dan ujian, untuk menguji sejauhmana tahap keimanan diri. Dalam perjuangan memerlukan kesabaran. Barangsiapa yang diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur,dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar,m aka bagi m ereka keselamatan dan mereka tergolong dalam orang-orang yang memperolehi hidayah. (HR al-Baihaqi) Sebagaimana kisah yang telah kita baca di atas, setiap masalah pasti ada jalan keluarnya, kesucian hati adalah penentunya. Islam amat mementingkan persoalan hati kerana hatilah penentu buruk baik sesuatu perkara. Kita dapat memahami bahawa kesabaran, kejayaan dan kebahagiaan seseorang individu itu berkait rapat dengan kekuatan jiwa atau kalbu. Jiwa yang diumpamakan seperti gelas atau pun seperti danau. Oleh yang demikian apa ingin disampaikan adalah berkisar HATI dan kesan-kesannya dalam kehidupan individu Sabar itu datangnya dari hati dan keimanan seseorang yang membuahkan sifat redha, tenang, teguh dan yakin. Sabar itu terlalu sukar dan amat berat. Sabar itu masalah hati, dengan solat kita dapat memperbaharui hati dan dapat terus berhubung dengan Allah meningkatkan kembali kesabaran kita dan meneguhkan keimanan. Sikap inilah yang akan melahirkan kekuatan jiwa, tidak kecewa, sedih, putus asa dan lain-lain. Yakin dengan takdir Allah juga akan menjadi sumber kekuatan luarbiasa di mana dia terus berusaha, menggilap potensi yang ada dan bekerja keras. Orang inilah yang memiliki nilai diri yang amat tinggi. Musibah yang datang dihadapi dengan tenang kerana yang terjadi dengan kehendak-Nya jua. Ti a d a k e r a gu a n k e r a n a t e l a h berusaha,Allah jua yang menentukan. Tiada penyesalan tentang masa lalu, dia meyakini dengan masa kini yang ditempuhi dan berani menghadapi hari esok. La haula wala Quwwata illa biLLah. Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Kekuatan itu dari Allah, dan Dia yang memberikan kekuatan pada diri kita.

Si murid pun bergerak perlahan tanpa semangat. Dia melaksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.

"Terasakah rasa garam yang kamu tebarkan tadi?" "Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi.

"Cuba ambil segenggam garam dan masukkan ke dalam segelas air itu," kata Si Guru. "Setelah itu cuba kamu minum airnya sedikit." Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini terkejut kerana meminum air yang masin. "Bagaimana rasanya?" tanya Si Guru. "Masin dan perut saya menjadi mual," jawab si murid dengan wajah yang masih terkejut.

Si Guru hanya tersenyum memerhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

Nak, kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum.

Si Guru tergelak melihat wajah muridnya itu, "Sekarang kamu ikut saya." Si Guru membawa muridnya ke danau yang berhampiran di tempat mereka.

"Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau."

Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa masin di mulutnya masih belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tidak dilakukannya. Rasanya tidak sopan meludah di hadapan mursyid, itu yang difikirkannya.

"Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kamu alami sepanjang kehidupanmu itu sudah ditentukan oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah."
Si murid terdiam, mendengarkan.

"Sekarang, cuba kamu ambil sedikit air danau itu dan minum airnya" kata Si Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, berada di pinggir danau.

"Tapi Nak, rasa `masin' dari penderitaan yang dialami itu bergantung kepada besarnya 'qalbu'(hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu menjadi sebesar danau."

ADDEEN BIL.4 - M/S 14

KEKUATAN HATI (QALBU) Sebagaimana pesan Si Guru kepada muridnya dalam kisah di atas bahawa sebesar mana pun masalah yang dihadapi semuanya bergantung pada kekuatan hati. Jadikan jiwa sebesar danau

KEKUATAN HATI, JIWA MEMBUAHKAN KESABARAN. Kekuatan,kebahagian dan kejayaan manusia bukan diukur melalui fizikal dan kelengkapan material semata, akan tetapi ianya terbina daripada gabungan antara kemampuan fizikal (jasad) dan kemantapan spiritual (roh). Kesepaduan dan keseimbangan antara kehebatan jasmani dan rohani akan meninggikan nilai martabat dan harga diri seseorang itu. Imam Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menjelaskan bahawa aspek roh di dalam diri manusia itu merangkumi istilah al-qalb (kalbu), al-nafs (jiwa) dan al-`aql (akal fikiran). Al-Ghazali menggunakan keempatempat istilah iaitu roh, kalbu, jiwa dan akal bersifat rohaniah yang terdapat di dalam diri manusia dan merupakan jati diri , intipati atau hakikat sejati diri manusia. Menurut al-Ghazali lagi, aspek kerohanian yang istimewa inilah yang menyebabkan manusia dilantik seb agai khali fa h untuk melaksanakan syariat Allah di atas muka bumi ini. Unsur rohaniah inilah yang menghidupkan jasad manusia, juga berfungsi memberikan ciri kehebatan serta keunggulan manusia. Dalam jasad manusia ada sebentuk hati yang menentukan peribadi kita. Seperti mafhum hadis Rasulullah SAW : Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging, bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya, dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! Iaitulah Qalbu (hati).( HR Bukhari Muslim). Qalbu itu sendiri bermaksud berubah-ubah. Begitulah sifat qalbu,kadang-kadang rasa benci,putus asa, dendam. Kadang-kadang rasa kasih,sabar, pemaaf. Semua yang berlaku berkaitan dengan iman yang boleh bertambah dan boleh berkurang. Sekiranya hati kita bersih, maka baik lah perilaku, jika kotor hati kita maka buruklah perangai kita. Ada 3 peringkat hati seseorang manusia : 1. Hati paling rendah yang mempunyai nafs al-amarah iaitu mempunyai kecenderungan memuaskan syahwat, mudah marah, tamak haloba, sombong, bongkak, suka dipuji, takutkan kesusahan dan mudah kecewa sehingga menyalahkan Allah kerana terbeban dengan masalah yang dihadapi. Allah SWT berfirman yang bermaksud : Dan aku tidak melepaskan hawa nafsunya, kerana nafsu itu menyuruh berbuat kejahatan kecuali siapa yang disayangi Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Yusuf : ayat 53)

2. Nafs al-Lawwamah iaitu nafsu dari hati yang menasihati diri akan kefanaan dunia. Firman Allah SWT yang bermaksud : Aku bersumpah dengan hari kiamat dan aku bersumpah dengan jiwa al-lawwamah iaitu yang amat menyesali dirinya. (Surah al-Qiamah : 1-2). Hati ini jika sentiasa digilap dengan tasbih, istighfar dan zikrullah lama-kelamaan akan mencapai tahap nafs al -mutmainnah 3. Nafs al-Mutmainah iaitu hati yang tenang damai. Firman Allah dalam surah al-Fajr : ayat 27-30 mafhumnya : Wahai (nafs) jiwa yang tenang(suci), kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai (Tuhan). Maka termasuklah kamu dalam golongan hamba -hambaKu. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga. Hati yang mempunyai nafs al-mutmainnah sentiasa tenang menghadapi ujian kerana merindukan kesenangan di akhirat. Orang yang memiliki hati ini yakin dengan janji Allah, tenang ketika menghadapi masalah. Sebagaimana dalam surah Insyirah ayat 5-6 : Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan, Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan. Di mana setiap kali diuji, mereka teringat janji-janji Allah berdasarkan hadis Qudsi (Riwayat Bukhari) yang bermaksud : Aku sediakan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga, tidak pernah dirasakan oleh hati.

itumenutupi hatinya. Jika sudah tertutup dengan banyak bintik hitam, hati yang ibarat cermin itu tidak mampu lagi digunakan untuk bercermin,oleh yang demikian kepekaan hatinya akan lenyap daripada dirinya. Maka dia tidak lagi mampu mengenali dosa, semakin jauh tersesat, berterusan melakukan dosa-dosa besar dan menjadikan dia jauh dari rahmat Allah Adapun hati itu ada 3 jenis keadaan, iaitu : 1. Hati yang bersih; akan merasa resah gelisah dan bersalah bahawa dia sudah melakukan dosa. Mudah sensitif dengan gerak geri laku perbuatannya. 2. Hati yang sakit; tidak akan merasa sensitif terhadap dosa dan kesalahan yang dilakukan. Walaupun masih sedar berbuat salah tetapi menangguhkan taubat dan istighfar. 3. Hati yang mati; hati yang gelap dan hitam diselebungi dosa, terus tersesat dengan melakukan dosa berterusan , halal dan haram tiada bezanya. Yang manakah gambaran hati kita yang sebenarnya???

MEMBERSIHKAN HATI Kekuatan hati atau jiwa datangnya dari iman yang teguh. Manakala iman yang teguh itu datangnya dari hati yang bersih. Dengan hati yang bersih menjadikan seseorang itu bersifat redha, tenang, bersyukur dan yakin dengan ketentuan-Nya. Bagaimana untuk menyucikan kekotoran dan karat yang ada dalam hati kita?

Rasulullah SAW menganjurkan kita memperbaharui iman bertujuan untuk menyucikan hati, mengikat qalbu(hati) manusia kepada Allah kerana setiap dari kita sering melakukan kesalahan samada disedari atau tidak. Rasulullah SAW bersabda maksudnya : Perbaharuilah iman kamu, Baginda ditanya : Bagaimana kami boleh memperbaharui iman kami,Beliau menjawab : Perbanyaklah mengucapkan kalimat Laa Ilaha IllaLLah. (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Rasulullah SAW mengingatkan kita dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah R.A berkata : Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan suatu dosa terbentuklah bintik hitam di dalam hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosadosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam pada hatinya sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah di dalam Kitab-Nya: Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang mereka usahakan telah menutup hati mereka.( Surah al-Mutaffifin :14). (Hadis Riwayat al-Baihaqi).

Melalui solat, istighfar,doa dan zikrullah,membaca al-Quran, memelihara perintahNya dengan sebaiknya, maka hati manusia menjadi lunak, lembut dan sentiasa berhubung dengan Allah SWT serta mendapat pertolongan dari-Nya. Ini telah dijelaskan melalui maksud Firman Allah SWT : Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Surah Muhammad : 7) Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat.(Surah al-Baqarah:45) Semoga kita memperolehi kekuatan jiwa dengan membersihkan hati dan menjaganya selalu. Sedetik kita mahu kembali ke pangkuan Allah, Allah akan sambut kita dengan kasih sayang-Nya Wallahu Aalam.

Imam al-Ghazali pernah berkata, bahawa hati(qalbu) itu ibarat cermin. Ketika seseorang itu melakukan dosa atau maksiat, maka ada satu titik menodai hatinya. Semakin banyak dosa, semakin banyak titik

ADDEEN BIL.4 - M/S 15

Oleh : http://al-muwahhidun.blogspot.com ami persembahkan nasihat ini untuk saudara-saudara kami khususnya para pemuda dan remaja muslim. Mudah-mudahan nasihat ini dapat membuka mata hati mereka sehingga mereka lebih tahu tentang siapa diri mereka sebenarnya, apa kewajiban yang harus mereka tunaikan sebagai seorang muslim, agar mereka merasa bahawa masa muda ini tidak selayaknya untuk diisi dengan perkara yang boleh melalaikan mereka dari mengingati Allah S.W.T sebagai penciptanya, agar mereka tidak terus-menerus bergelimang ke dalam kehidupan dunia yang fana dan lupa akan negeri akhirat yang kekal abadi. Wahai para pemuda muslim, tidakkah kamu menginginkan kehidupan yang bahagia selamanya? Tidakkah kamu menginginkan jannah (syurga) Allah subhanahu wataala yang luasnya seluas langit dan bumi? Ketahuilah, syurga Allah S.W.T itu diperolehi dengan usaha yang sungguh-sungguh dalam beramal. Syurga itu disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa yang mereka tahu bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara, mereka merasa bahawa gemerlapnya kehidupan dunia ini akan menipu umat manusia dan menyeret mereka kepada kehidupan yang sengsara di negeri akhirat selamanya. Allah S.W.T berfirman:


Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku. (Adz Dzariyat: 56) Beribadah kepada S.W.T dengan menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Itulah tugas yang harus dijalankan oleh hamba Allah. Allah segala semua utama setiap

Ibadah yang Benar Dibangun di atas Ilmu Wahai para pemuda, setelah kamu mengetahui bahawa tugas utama kamu hidup di dunia ini adalah untuk beribadah kepada Allah S.W.T semata, maka sekarang ketahuilah bahawa Allah S.W.T hanya menerima amalan ibadah yang dikerjakan dengan benar. Untuk itulah wajib bagi kamu untuk belajar dan menuntut ilmu agama, mengenal Allah S.W.T, mengenal Rasul-Nya shallallahu alaihi wasallam, dan mengenal agama Islam ini, mengenal mana yang halal dan mana yang haram, mana yang haq (benar) dan mana yang batil (salah), serta mana yang sunnah dan mana yang bidah. Dengan ilmu agama, kamu akan terbimbing dalam beribadah kepada Allah subhanahu wataala, sehingga ibadah yang kamu lakukan benar-benar diterima di sisi Allah subhanahu wataala. Betapa banyak orang yang beramal kebajikan tetapi ternyata amalannya tidak diterima di sisi Allah subhanahu wataala, kerana amalannya tidak ditegakkan di atas ilmu agama yang benar. Ketahuilah, menuntut ilmu agama merupakan kewajiban bagi setiap muslim, maka barangsiapa yang meninggalkannya dia akan mendapatkan dosa, dan setiap dosa pasti akan menyebabkan kecelakaan bagi pelakunya...Wallahu taala


Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (Ali Imran: 185) Untuk Apa Kita Hidup di Dunia?

Dalam beribadah, kita dituntut untuk ikhlas dalam menjalankannya, iaitu dengan beribadah semata-mata hanya mengharapkan redha dan pahala dari S.W.T. Jangan beribadah kerana terpaksa, atau kerana pengaruh terhadap orang-orang di sekitar kita. Apalagi beribadah dalam rangka agar dikatakan bahawa kita adalah orang-orang yang alim, kita adalah orang-orang soleh atau berbagai bentuk pujian dan sanjungan yang lain. Umurmu Tidak Akan Lama Lagi Wahai para pemuda, jangan sekali-kali terlintas di benakmu: "beribadah nanti saja kalau sudah tua, atau selagi masih muda, gunakan untuk foya-foya." Ketahuilah, itu semua merupakan rayuan syaitan yang mengajak kita untuk menjadi teman mereka di Neraka.

Wahai para pemuda, ketahuilah, sungguh Allah subhanahu wataala telah menciptakan kita bukan tanpa ada tujuan. Bukan pula memberikan kita kesempatan untuk bersenang-senang sahaja, tetapi untuk meraih sebuah tujuan mulia. Allah S.W.T berfirman :

alam bishshowab..

ADDEEN BIL.4 - M/S 16

Oleh : TUAN HJ.MOKHTAR BIN HJ. RIDZWAN

Jati diri atau huwiyah iaitu ciri-ciri yang


membezakan nya dari yang lain. Dalam konteks melayu, yang membezakannya dari lain-lain termasuklah agamanya, bahasanya dan budayanya,akan hilang jati diri melayu apabila tidak lagi beragama Islam, tidak lagi berbahasa melayu dan tidak lagi menghayati nilai-nilai budaya melayu.

Nilai Kemanusiaan untuk memberi kesedaran dan kepekaan terhadap maruah, kehormatan dan harga diri . Manusia adalah khalifah Allah di muka bumi dan generasi muda perlu diselamatkan dari gejala dehumanisasi (penghakisan nilai-nilai kemanusiaan). Gejala Dehumanisasi adalah hilang rasa keperihatinan dengan bermacam gejala yang tidak siha dan perkara mungkar yang berlaku. Nilai Akhlak Mulia adalah teras pembentukan insan kamil dan ianya menjadi Sunnah Nabi yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia umatnya. Generasi hari ini seolah-olah telah kehilangan teladan dan idealism iaitu meneriama kebobrokan dan kebejatan sebagai hal yang normal. Nilai Ilmu: Islam menerapkan nilai ilmu dalam budayanya dan seterusnya memulakan tradisi keintelektualannya dalam mengangkat martabat orang-orang berilmu, beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Peranan Nilai dalam Konteks Jati Diri

Nilai Keadilan iaitu dalam erti ketepatan dan keseimbangan, meletakkan sesuatu pada tempatnya, memberikan hak kepada yang berhak adalah nilai teras yang selari dengan ajaran al-Quran. Firman Allah dalam surah anNahl ayat 90 bermaksud : Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu bersikap adil, ihsan, membiayai kerabat, juga melarang kejahatan , kemungkaran, dan kedurhakaan, dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pengajaran. Nilai Persaudaraan: Persaudaraan dalam bahasa arab disebut ukhuwwah semangat kekeluargaan berasaskan kesatuan aqidah (iman) adalah nikmat yang tidak ternilai.

Nilai Agama sebagai sumber kekuatan, sumber nilai dan teras jati diri dalam membentuk khaira ummah ( Umat Terunggul) dan menjadikan al-Quran & as-Sunnah sebagai sumber nilai sesuai dengan implikasi dan tuntutan tauhid.

Jati diri perlu diperkasakan bagi melahirkan insan yang Rabbani, yang kuat aqidahnya, kuat amal ibadahnya, dengan kualiti taqwanya, dapat menghadapi ujian besar dan cabaran yang mendatang.

ADDEEN BIL.4 - M/S 17

Olahan : USTAZ NURDIN BIN DARMAN

Barangsiapa

diberi

petunjuk Allah SWT, maka tidak ada satu pun kekuatan yang dapat menyesatkannya. Dan Barangsiapa yang disesatkan oleh Allah SWT, maka tidak ada kekuatan pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya. Allah Azza wa Jalla telah memuliakan kita semua dengan Al-Quran yang berisi khabar umat-umat sebelumnya ataupun sesudahnya dan memberi keputusan di antara mereka. Al -Quran adalah pemisah antara yang haq dan yang batil. Tidaklah seorang yang sombong meninggalkannya kecuali Allah swt mematahkannya.

~ Adapun diantara dalil-dalil dari hadis-hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.(HR al-Bukhari) Orang yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan setara dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan alif laam miim satu huruf akan tetapi alif satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf.(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Amalan-amalan baik yang kekal adalah ucapan, La ilaha illallahu, Subhhanallahi, Allahu akbar, al-Hamdulillah, wa la quwwata illa billahil aliyyil-azim.Lalu beliau bersabda ,Seseorang yang mengucapkan (ucapan di atas), dosa-dosanya pasti diampuni , meskipun dosa-dosanya seperti buih di laut. Seorang pembaca Al-Quran sebaik-baiknya dalam keadaan berwuduk dan hendaklah mengagungkan Allah di dalam hati ketika membacanya seolah-olah sedang berbicara dengan Allah SWT serta memahami apa yang dibaca. Kerana di dalam al-Quran tersimpan berbagai rahsia dan keajaiban yang tidak terhitung. Dan sesungguhnya zikir yang bermanfaat adalah zikir yang meninggalkan kesan di dalam hati dan berasa tenang. Perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid,berselawat ke atas nabi dan beristighfar serta digalakkan membaca al-Mathurat. Apa yang terjadi pada umat Islam hari ini amat mend uk acitakan. Kebanyakan mereka sibuk mengejar urusan duniawi sehingga mengabaikan keperluan ukhrawi. Sewajarnya kita menyeimbangkan amalan seharian kita iaitu wasatiah dalam kehidupan (kehidupan di dunia untuk bekalan ke akhirat dan sebagai jambatan ke Syurga). Khalifah Umar pernah menyatakan 3 tanggungjawab seorang bapa terhadap anaknya iaitu: 1)me mberikan nama yang baik 2)mengajarkan mengaji 3) mencarikan ibu yang baik untuknya Adakah anda tidak malu tergagap -gagap untuk membaca Al-Quran di hadapan bapa mertua kita kelak dan mungkin saja al-Fatihah pun kita masih tidak mampu untuk membacanya dengan lancarBagaimana sekiranya anak-anak anda yang masih kecil yang belajar mengaji dengan ustaz lebih l a n c ar se b u ta n d a n b a c aa n n ya berbanding anda? Mari kita renung kembali

Barangsiapa mencari petunjuk selain Al-QurAn, maka Allah swt menyesatkannya. Al-Quran adalah tali Allah yang teguh dan zikir yang bijaksana serta jalan yang lurus. Allah SWT telah memerintahkan kita untuk membaca Al-Quran dan memperbanyakkan zikir memperingati-Nya. Penjelasan tentang kelebihan dan keutamaannya terdapat dalam banyak ayat Al-Qur'an dan hadith-hadith Rasulullah SAW. ~ Diantaranya firman Allah swt yang bermaksud: Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.(Surah Al-Isra : 9) Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. (Surah Al-Israk : 82)

~ Di antara ayat-ayat Al-Quran yang menyebutkan tentang keutamaan zikir adalah sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan Sesungguhnya mengingat Allah lebih besar pahalanya dari ibadah yang lain." (Al-Ankabut : 45). "Oleh kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, maka Aku ingat (pula) kepadamu." ( A l - B a q a r a h : 1 5 2 ) . ~ Manakala Hadith - hadith yang menerangkan kelebihan zikir ini terlalu banyak di antaranya adalah seperti berikut: Tiadalah duduk sesuatu kaum (kumpulan) itu di dalam suatu majlis yang mana ada zikrullah (mengingati Allah) di dalamnya melainkan (disebut) akan para Malaikat mengelilingi dan rahmat meliputi mereka, dan mengingati mereka termasuk orang (yang dekat) disisi-Nya. (HR. Muslim) Orang yang mengingati Allah di antara orang-orang yang lalai adalah seperti orang yang hidup di antara orangorang yang telah mati.(HR Ahmad)

Apa yang harus anda lakukan???


ADDEEN BIL.4 - M/S 18

KEISTIMEWAAN AL-QURAN Di sini ingin dikongsikan bersama antara keistimewaan al-Quran supaya kita dapat memperbaiki amalan dan istiqamah membaca al-Quran dan memahami isi kandungannya serta mengamalkannya : Al-Quran merupakan cahaya yang menerangi akal, jiwa dan hati manusia serta panduan kepada sistem kehidupan manusia. Ia menjawab persoalan yang sentiasa terpahat dalam pemikiran manusia mengenai dirinya sendiri sejak sekian lama iaitu dari mana ia datang, apakah tujuan hidup dan ke mana ia akan pergi. Kenapa kehidupan ini adanya hidup dan mati. Al-Quran menjawab kesemua persoalan tersebut. K e i s t i m e w a a n al-Quran sebagai kitab yang l e n g k a p , s e mp u r n a, t id a k mengandungi sebarang kecacatan dan adil . Sebagaimana keadilan Allah kepada hamba-hambanya tanpa mengira pangkat, keturunan, warna kulit, lelaki ataupun wanita. Al-Quran menerangkan serta meletakkan asas-asas umum yang diperlukan oleh manusia. Sebenarnya objektif al-Quran adalah untuk membentuk manusia. Oleh yang demikian, tuntutan al-Quran ialah menyuruh manusia berfikir, memahami, membuat penelitian serta mengetahui tujuan dan sebab sesuatu perkara yang berlaku dan dijadikan. Firman Allah, maksudnya: "Dan sesungguhnya kamu mengetahui kebenaran berita al-Quran setelah beberapa waktu." (Sad: Ayat 38) Melalui pemahaman isi kandungan al-Quran, kita lebih mengenali dan mendekati Allah, sesama manusia dan alam. Di mana sepatutnya umat Islam bukan sahaja membaca semata-mata t e t a p i j u g a h e n d a k lah tadabbur (memerhati, memikir dan menghayati) dan melaksanakan perintah yang terkandung dalam ayat-ayat alQuran dan kemudian baru berpindah ke ayat lain. Apabila para sahabat mendengar al-Quran terkesan penghayatannya dalam jiwa mereka. Pernah Saidina Umar bin Abdul Aziz mengulangi ayat22-24 surah al-Saffat sepanjang malam sehingga waktu subuh sambil menangis kerana terkenang jikalau dia termasuk antara orang yang dihumban ke dalam api neraka akibat melakukan kezaliman di atas dunia ini. Al-Quran diturunkan untuk diamalkan, bukan diturunkan untuk menghias dinding-dinding rumah, bukan diturunkan untuk dibaca kepada orang-orang mati tetapi diturunkan untuk menjadi panduan bagi orang yang hidup. Al-Quran diturunkan untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya Ilahi.

Firman Allah, maksudnya: "Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri kepada Allah." (An-Nahl: Ayat 89) Al-Quran merupakan kitab yang mudah dan senang diingat. Firman Allah, maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami memudahkan al-Quran untuk diingati, maka adakah orang mahu mengambil pelajaran." (Al-Qamar: Ayat 17) Ramai di kalangan umat Islam hari ini yang Buta al-Quran bukan sekadar tidak tahu membaca sepertimana dalam pengertian umum tetapi maksud buta al-Quran yang kita alami kini ialah kehilangan ilmu pengetahuan yang berteraskan al -Quran dan al-Sunnah. Kita tidak memanfaatkan segala dimensi-dimensi ilmu yang ada pada al-Quran seperti ilmu kemasyarakatan, ilmu jiwa dan ilmu akhlak. Oleh itu, kaum Muslimin perlu menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan ilmu pengetahuan yang tepat tentang pandangannya terhadap insan, kehidupan dan kewujudan manusia serta pandangannya yang sesuai dengan kehidupan sosial manusia dan fitrah semulajadi manusia yang diciptakanNya. Pengabaian perkara ini yang mengakibatkan gersangnya pemikiran dan perspektif al-Quran dalam realiti kehidupan kita. Lalu ramai yang memilih jalan yang songsang dan mengamalkan pemikiran barat sebagai jalan kehidupan yang diyakini mampu memberi kebahagiaan.

Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya daripada Allah dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah memimpin orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan." ( Al-Ma'idah: Ayat 15-16)

Firman Allah, maksudnya: "Ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan barakah supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran." (Sad: Ayat 29)
Bagaimana kita hendak mendapatkan keberkatan daripada Kitab al-Quran sekiranya tidak mengamalkan suruhan dan petunjuk yang terkandung di dalam al-Quran?

Tepuk dada tanyalah iman


ADDEEN BIL.4 - M/S 19

Olahan : USTAZ NURDIN BIN DARMAN

1. Apabila isteri atau suami marah-marah : Maksudnya : Ya A l l a h , T u h a n b a g i N a b i Muhammad! Ampunkanlah segala dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan lindungilah aku dari fitnah yang menyesatkan.

5. Doa Pengasih (Buat Suami) Hadis Riwayat Muslim yang bermaksud : Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini menyintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku. 6. Doa untuk zuriat mendapatkan Tips Penting Bagi Orang Berpuasa
Perkara-perkara Sunnah Ketika Berpuasa

Segera berbuka ketika telah masuk waktunya Membaca doa berbuka Berbuka dengan mendahulu kan buah kurma Melambatkan makan sahur (berhenti 10 minit sebelum masuk waktu subuh) Mandi hadas besar sebelum terbit fajar Membanyakkan sedekah Membanyakkan amalan sunnah seperti membaca al- Quran, berzikir, dan solatsolat sunnah seperti Tarawih & lain-lain Iktikaf di dalam masjid

2. Doa anak untuk ibubapanya : Maksudnya : Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka pernah memeliharaku sewaktu aku masih kecil. 3. Doa dan penawar agar dapat menjauhi maksiat . Surah al-Mukmin ayat : 3 yang bermaksud : Ya Allah yang mengampunkan dosa,Yang menerima taubat, Yang berat azab-Nya, Yang melimpahlimpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia. Amalkan doa selepas solat dan sebelum tidur.

Surah Ali Imran ayat 38 yang bermaksud : Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku seorang anak yang baik di sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa. Surah Al-Anbia ayat 89 yang bermaksud : Ya Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (tanpa anak) dan Engkau sebaikbaik yang mewarisi. 7. Selawat Syifa ( P e n g u b a t a n / Kesembuhan Penyakit) Maksudnya : Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang menjadi perawat segala hatinya dan ubatnya,yang menjadi penawar semua badan dan penyembuhnya, yang menjadi penerang segala pandangan(mata). Juga limpahkanlah rahmat kepada kaum keluarganya dan para sahabatnya sekalian.

Perkara- perkara yang Makruh ketika Berpuasa

Berkumur-kumur berlebihan Mencuba/ merasa makanan Berbekam, bertanam cacar atau bersuntik Bersiwak (menggosok gigi selepas tergelincir matahari)

Adab - adab Ketika Berpuasa

Jangan banyak meludah Jangan membuang waktu dengan berbual kosong Menjauhkan diri dari melihat perkara yang sia-sia. Elakkan dari mendengar perkara yang haram Jangan mengeluarkan kata-kata yang lagha; (mencarut, marah-marah, memaki hamun dan sebagainya) Mengawal anggota dari melakukan perbuatan maksiat

4. Doa dipermudahkan urusan Hadis Riwayat Ibnu Hibban No. 2427 yang bermaksud: Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau mengkehendaki.

jika berlaku perkara-perkaradi atas, katakan Sesungguhnya saya/

kami berpuasa

ADDEEN BIL.4 - M/S 20

Cinta adalah tanggungjawab..Perkahwinan selalunya dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan dengan tanggungjawab. Cinta bukan kata-kata. Cinta adalah tanggungjawab. Bila kita katakan kepada seseorang, Aku cinta padamu, samalah seperti kita berkata, Aku ingin bertanggungjawab ke atasmu.Sebab itu jangan percaya kalau ada orang berkata, Aku tidak punya apa-apa, aku tidak punya kerja, aku tidak punya rupa, aku tidak punya harta untuk mencintaimu. Yang ada hanya rasa cinta yang mendalam. Awas! Penuturnya besar kemungkinan seorang pembohong. Jika benar dia cinta, dia mesti mencari segala keperluan dan kelengkapan untuk bertanggungjawab ke atas kekasihnya. Cita-cita cinta yang suci ialah perkahwinan. Dua kekasih mengharapkan ikatan disahkan oleh agama dan adat menerusi perkahwinan. Maka berlangsunglah akad nikah, dengan bersaksikan wali dan para saksi. Termeterailah perjanjian dan berlakulah perpindahan tanggungjawab daripada seorang mertua kepada menantu. Kini suamilah menjadi pembela, pelindung, pemimpin yang bertanggungjawab atas keperluan zahir dan batin isteri yang baru dinikahinya. Bayangkan betapa indahnya saat pertemuan dua mempelai yang dipertemukan atas keredhaan Allah serta restu ibu bapa dan masyarakat. Tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Dalam perlaksanaan rumah tangga Islam sudah ada tip-tip tertentu yang jika diamalkan akan mengekalkan lagi suasana bulan madu itu. Antara tip itu ialah isteri sentiasa mengekalkan perasaan malu di hadapan suami, isteri dan suami sentiasa berhias dan memakai haruman,pandangan kasih oleh suami, pandangan cinta oleh isteri,adab serta seni-seni dalam hubungan intim suami isteri, dan banyak lagi yang ditulis dalam kitab-kitab hadis dan tulisan ulama silam. Dan dalam ruang yang begitu luas inilah cinta sebagai tindakan atau perbuatan (Love is a verb) itu benar -benar menjadi kenyataan. Benarkah cinta sebelum berkahwin lebih indah? Mungkin ramai yang akan menjawab, Ya,memang benar. Walaupun tidak disuarakan, tapi ramai yang mengiyakan secara diam-diam. Jika demikian realitinya, perkahwinan memang sesuatu yang merugikan. Untuk apa berkahwin jika ia

akan mengakhiri dunia romantik serba indah alam percintaan? Cuba kita renungkanhakikatnya cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan dan lesen seperti cinta selepas perkahwinan. Ruangnya begitu terhad untuk melahirkan dan membuktikan kecintaan. Ini kerana Allah melarang zina malah perbuatan yang boleh menghampirinya. Bergaul bebas, berkhalwat, memandang dengan nafsu, bersenda gurau dan sebagainya adalah dilarang. Walhal cinta sebelum perkahwinan sangat terdedah kepada perbuatan menghampiri zina samada secara lisan atau perbuatan,disengajakan atau tidak. Ketika itulah cinta mula dinodai oleh nafsu. Fitrah hati (cinta dan kasih sayang) sudah bertukar menjadi kehendak biologi (seks) semata-mata. Masa bercinta mungkin warna sebenar (true colours) pasangan kita tidak Nampak ketara. Dia rela mengikut selera, minat dan jalan hidup kita atau kita juga rela mengikutnya. Tetapi setelah berumahtangga, semakin ketara kelemahan dan kekurangannya. Bagaimana hendak mengekalkan cinta? Apakah umpama bulan yang dipuja dari kejauhan tetapi botak dan berlopak di mata angkasawan? Kata bijak pandai, sesuatu akan berakhir mengikut bagaimana ia bermula. Mukadimah(permulaan) banyak menentukan natijah(hasil).Untuk mengekalkan rasa cinta sampai ke hujung (hujungnya di syurga), ia mesti diperkukuh dari pangkalnya. Perkahwinan yang dimulakan dengan percintaan, tetapi disempurnakan dengan tanggungjaiwab. Dan sebaik-baik cinta ialah cinta yang didasarkan oleh tanggungjawab. Sebab itu ramai ahli psikologi mendefinisikan cinta sebagai rasa ingin bertanggungjawab kepada seseorang! Janganlah hendaknya cinta dan rumahtangga dibina hanya untuk memenuhi kehendak fisiologi dan biologi. Atau mengejar status sosial dan material semata. Marilah muhasabah apakah cinta kita diasaskan di atas tapak cinta Allah? Jika sebarang cinta diasaskan di atas cinta ini, insyaAllah cinta itu akan kekal. Bagaimana kita boleh memastikan cinta itu benar-benar diasaskan kepada cinta Allah? Cuba nilai, apakah kita lalai atau taatkan perintah Allah? Bagaimana dengan solat? Bagaimana dengan al-Quran? Bagaimana dengan hak-hak yang dipertanggungjawabkan ke atas kita sebagai manusia? Sudahkah kita tunaikan amanah itu?

Jika tidak, itu menunjukkan cinta kita sudah tersasar. Sekali-sekala terjadi di dalam rumahtangga iaitu pertembungan kehendak Allah dengan kehendak suami atau isteri, yang mana satu didahulukan? Jika didahulukan kehendak pasangan, sah itu petanda cinta telah tersasar. Hakikatnya inilah yang banyak berlaku dalam alam rumah tangga kini. Dan inilah punca ramai pasangan suami dan isteri berpisah sekalipun di kalangan pasangan yang saling cinta mencintai. Berpisah bukan kerana mereka tidak cinta, tetapi cinta mereka telah meminggirkan cinta Allah. Cinta yang meminggirkan cinta Allah adalah rendah mutunya dan tidak tahan diuji. Cinta hanya semata-mata berasaskan fitrah, adalah cinta kelas bawah. Cinta jenis ini dikurniakan secara semulajadi (fitrah) oleh Allah kepada semua manusia, yang Islam dan bukan Islam, malah binatang pun mendapatnya. Sebaliknya cinta yang disandarkan kepada Allah mampu mengekalkan cinta malah boleh menambah rasa cinta walaupun perubahan fizikal. Justeru tapak cinta itu di hati bukan di mata.

Tegasnya, cinta yang berdasarkan fitrah semata-mata akan runtuh dipukul badai alam rumah tangga. Ketika itu perkahwinan akan menjadi pusara percintaan. Sebaliknya cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan. Mungkin sekali-sekala bergolak jua tetapi atas dasar ibadah, tanggungjawab, cinta dapat dibina semularumah tangga akan dipacu ke arah cinta selamanya, di syurga!

ADDEEN BIL.4 - M/S 21

Oleh : USTAZAH NOOR AZZAH MOHD YUSOF

Syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan bertemu kembali Ramadhan penuh barakah.
Ramadhan ialah bulan mulia penuh keberkatan terhimpun di dalamya rahmat Allah, dihapuskan dosa-dosa hambaNya yang berpuasa dengan penuh keimanan dan taqwa semata-mata mencari keredhaanNya . Rasulullah SAW menjelaskan tentang kemuliaan Ramadhan dengan sabdanya yang bermaksud : Bulan Ramadhan adalah bulan yang Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya, dan aku telah mensunatkan bagi kamu berdiri dan beribadah pada malamnya. Sesiapa yang berpuasa dan mendirikan solat Qiam disertai keimanan dan kerana mengharapkan keredhaan Allah, nescaya keluar dosa-dosanya sehingga dia seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya. ( Riwayat Ibnu Khuzaimah daripada Abu Hurairah r.a) Bulan ramadhan juga adalah bulan yang cukup istimewa sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh atTabrani yang bermaksud : Kemuncak segala bulan ialah bulan Ramadhan dan kemuncak segala hari ialah Jumaat. Jika hamba-hamba Allah mengetahui apa yang ada dalam bulan Ramadhan, sudah tentu mereka bercita-cita supaya masa bulan Ramadhan berpanjangan selama setahun. Kedatangan bulan Ramadhan adalah suatu simbolik dan penuh keistimewaan kepada umat Islam serta pada bulan ini juga berlaku peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu Pembukaan Kota Makkah dan Kemenangan umat Islam dalam peperangan Badar al-Kubra. Mungkin sebahagian daripada kita tidak mengingati atau pun tidak pernah mengetahui peristiwa tersebut. Kali ini kita akan sama-sama menyelusuri perjalanan peristiwa ini untuk kita hayati dan ambil iktibar disebaliknya. Mudah-mudahan kita dapat jalani ibadah Ramadhan dengan penuh rasa keikhlasan, ketaqwaan dan kesyukuran. InsyaAllah

PERISTIWA 1 : PEPERANGAN BADAR AL-KUBRA Firman Allah dalam ayat 123 surah Ali Imran yang bermaksud: " Sesungguhnya Allah telah membantu kamu dalam peperangan Badar sedangkan kamu ketika itu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukuriNya" Peristiwa peperangan Badar al -Kubra yang merupakan tapak kemenangan Islam dalam melebarkan penguasaan seterusnya. Peperangan Badar al-Kubra ini telah berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah , bersamaan 624M di mana pada tahun ini juga Allah mewajibkan berpuasa sebulan Ramadhan. Badar adalah sebuah tempat perhentian dan lintasan yang terletak di jalan utama dari Madinah atau ke Jeddah. Ia juga terletak di barat daya Madinah, berjarak 148km dari Madinah. Di sinilah terjadinya peperangan antara kaum muslimin dan kaum musyrikin Mekah. Peristiwa ini berlaku apabila Rasulullah s.a.w sendiri yang mengetuai pasukan tentera Islam seramai 313 orang telah menuju ke Badar bertujuan untuk menyekat qafilah perniagaan Quraisy pimpinan Abu Sufian bin Harb yang baru pulang dari Syam menuju ke Mekah. Jumlah tentera Islam tidak begitu r a ma i k e r a n a p a d a as a l n ya merupakan suatu operasi dalam menyekat qabilah tersebut dan Rasulullah s.a.w sendiri tidak meramalkan akan berlakunya suatu peperangan terbuka yang besar dan bersejarah. Oleh itu ramai di kalangan sahabat tidak menyertai gerakan ini. Malangnya kemaraan tentera Islam telah diketahui oleh Abu Sufian melalui pengintip yang telah ditugaskannya lalu dia memerintahkan agar wakil qafilah untuk meminta bantuan daripada Kafir Quraisy di Mekah. Di samping itu Abu Sufian telah melalui jalan lain iaitu melalui pantai sehingga mereka berjaya menyelamatkan diri daripada bertembung dengan tentera Islam. Setelah itu dia menghantar utusan untuk bertemu Abu Jahal bagi menyatakan bahawa mereka telah selamat dan tidak memerlukan bantuan tentera lagi tetapi Abu Jahal dengan sombongnya menyatakan : " Demi Allah! Kita tidak mahu pulang sekarang sehingga kita sampai di Badar. Kita berpesta di sana selama 3 hari, kita sembelih unta. Minum arak dan menyanyi sehingga seluruh bangsa arab mengetahui perhimpunan dan kedatangan kita. Maka kehebatan kita terus menerus dapat dilihat oleh mereka ". Kemudian Rasulullah s.a.w telah mengetahui tentang qafilah Abu Sufian telah berjaya menyelamatkan diri di samping bala tentera kafir Quraisy yang besar iaitu seramai 1300 orang dan lengkap bersenjata telah tiba di Badar. Oleh itu tentera Islam tidak boleh mengelak lagi daripada bertempur kerana jika mereka berundur bererti kafir Quraisy akan mendapat kemenangan moral dari segi politik dan tentera serta mendapat kedudukan yang kuat di Semenanjung Arab dan memungkinkan mereka bermaharajalela sesuka hati. Walaupun dengan jumlah yang sedikit dan kelengkapan yang tidak mencukupi namun semangat jihad demi mempertahankan Islam terus membara dalam diri tentera Islam. Selepas itu Rasulullah s.a.w telah membentuk 2 pasukan pengintip dalam meninjau kekuatan musuh. Pada malam itu Allah menurunkan hujan sebagai pertolongan kepada tentera Islam dan bencana kepada tentera musuh. Kemudian tentera Islam telah membina markaz di sebuah tempat yang terletaknya mata air paling dekat dengan musuh di mana di situ mereka telah membina kolam disamping menimbus tempat-tempat air yang lain. Dengan cara ini musuh akan keputusan bekalan air.

ADDEEN BIL.4 - M/S 22

Kemudian Saad bin Muadz telah mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w : " Wahai Rasulullah! Saya cadangkan agar dibina tempat perlindungan untuk menjamin keselalamtan Rasulullah. Biar kami bertempur dengan musuh. Jika Allah mengurniakan kemenangan kepada kita dan kita dapat mengatasi musuh maka itulah yang sangat kami k e h e n d a k i . S e k i r a n ya Al l a h mengkehendaki berlaku sebaliknya maka engkau tetap berada dalam keadaan selamat di tempat itu. Engkau boleh terus bersama dengan orang-orang yang masih ada dan mereka juga kasih kepadamu seperti kami juga. Jikalau engkau mahu meneruskan lagi peperangan, mereka sekali-kali tidak akan meninggalkanmu dan terus mempertahankanmu dengan sama-sama berjihad bersamamu". Lalu para sahabat membina tempat untuk Rasulullah s.a.w di satu tempat yang tinggi yang membolehkan baginda memerhati ke arah medan pertempuran. Pada malam Jumaat 17 Ramadhan itu tentera Islam diberikan ketenangan oleh Allah di mana mereka dapat tidur dengan nyenyak kerana keesokan harinya mereka akan bertempur dengan musuh Allah itu. Pada pagi Jumaat 17 Ramadhan, kedua-dua belah pihak bersedia untuk b erp erangan d i mana Rasulullah s.a.w sendiri telah menyusun barisan tentera dengan susunan yang kemas dan rapi. Selepas itu Rasulullah s.a.w telah mengangkat tangan memohon pertolongan Allah. Antara doa baginda ialah yang bermaksud :

Pertempuran bermula dengan Rasulullah s.a.w meminta agar Ubaidah bin Harith, Sayyidina Hamzah dan Sayyidina Ali mara ke hadapan untuk menentang tiga pemimpin Quraisy yang telah mencabar tentera Islam. Ketiga-tiga pahlawan Islam telah berjaya membunuh musuh mereka di mana kemenangan ini merupakan kemenangan awal dalam menyemarakkan lagi semangat jihad. Selepas itulah berlakunya pertempuran di mana pada peringkat pertama tentera Islam mengambil tindakan bertahan di mana tentera musuh berjaya dilumpuhkan dengan kehilangan banyak jiwa. Dalam saat yang genting ini Rasulullah terus bermunajat kepada Allah sehingga kain yang disangkut dibahunya terjatuh di mana Sayyidina Abu Bakar yang melihat perkara ini terasa begitu sedih dan berkata kepada Rasulullah : " Cukuplah wahai nabi Allah! ". Allah mengabulkan doa baginda dengan menghantar tentera malaikat. Pada peringkat kedua tentera Islam mula mengambil tindakan menyerang di mana serangan ini turut dibantu oleh tentera daripada kalangan malaikat di mana antara yang dapat disaksikan ialah bagaimana terputusnya kepala dan tangan

musuh tanpa dapat dilihat sesiapa yang memancungnya. Seorang tentera Islam yang sedang mengejar musuh tiba-tiba terdengar pukulan cemeti dari atas dan terdengar suara pahlawan berkuda. Seorang sahabat lagi dapat melihat bagaimana kepala musuh terp utus seb elu m p ed ang n ya mengenai batang tengkuk musuh itu. Iblis yang menyerupai dirinya sebagai Suraqah bin Malik merasa gementar apabila melihat penyertaan malaikat. Dia terus lari dan terlanggar Al-Harith bin Hisyam sehingga rebah. Apabila ditanya mengapa dia cuba lari lalu dia menyatakan bahawa dia nampak apa tidak mampu dilihat oleh tentera kafir dan dia begitu takut kepada Allah yang amat pedih siksaanNya. Kemudian dia lari sekuat hatinya dan mencampakkan dirinya ke laut. Abu Jahal sendiri berjaya dibunuh apabila Muadz bin Amru telah merempuh lapisan lembing dan tombak yang mengelilingi Abu Jahal sehingga dia berjaya menetak di tengah betisnya. Tiba-tiba Ikramah anak Abu Jahal menetak ke leher pemuda itu lalu terkena tangannya sehingga hampir putus dan hanya tergantung dikulitnya sahaja. Dia meneruskan serangan terhad ap Ab u J ahal d engan mengheret tangannya yang terkulai di mana ketika terasa sakit lalu dia memijak tangan itu dengan kakinya supaya putus. Kemudian Muadz berjaya menetak Abu Jahal sehingga hampir maut. Abdullah bin Masud yang mencari-cari Abu Jahal telah menjumpainya lalu terus memancung lehernya di mana kepalanya telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menyatakan bahawa inilah dia Firaun umat ini.Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Anfal yang b e r m a k s u d : " Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankannya bagimu. Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang b e r t u ru t - tu r u t " ADDEEN BIL.4 - M/S 23

" Ya Allah! Wahai Tuhanku, tunaikanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, kurniakanlah apa yang dijanjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, jika Engkau binasakan pasukan kecil ini maka Engkau tidak akan disembah lagi di bumi selepas ini ".

PERISTIWA 2 : PEMBUKAAN KOTA MAKKAH PEMBUKAAN kota Makkah antara peristiwa besar dalam sejarah Islam yang berlaku pada Ramadan, tahun ke-8 hijrah. Pembukaan kota Makkah dilihat sebagai kejayaan penting dalam peribadatan dan perkembangan syiar Islam kerana di sini terletak kiblat orang Islam, iaitu Kaabah. Allah SW T b erfir man yang bermaksud: Sesungguhnya Kami sudah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata. Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salahmu yang lalu dan yang terkemudian dan men ye mp u rn a ka n n i km a t - Nya kepadamu serta menambahkanmu hidayah ke jalan lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuhnya dan sehebat pertolongan (yang tidak ada tolok bandingnya). (Surah al-Fath, ayat 1-3) Tanggal 18 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah bersamaan Januari 630 M, Rasulullah bersama 10,000 kaum Muslimin bertolak dari Madinah menuju Makkah untuk membebaskan Makkah. Peristiwa bebasnya kota Makkah terkenal dengan sebutan Futuh Makkah. Pembukaan kota Makkah menandai sebuah era baru di dalam Islam, setelah sebelumnya kaum Muslimin selalu disiksa, ditindas, bahkan terakhir dikepung oleh pasukan Ahzab (sekutu) selama berminggu-minggu di Madinah. Latar belakang Mengikut catatan sejarah, setelah Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani pada tahun keenam hijrah (628 M), Islam berkembang dengan meluas. Peristiwa pembebasan Makkah berlaku disebabkan oleh pengkhianatan pihak Quraisy terhadap perjanjian Hudaibiyah. Hal ini disebabkan oleh masyarakat Quraisy yang berasa iri hati. Peristiwa ini berlaku apabila Bani Bakr dalam naungan Quraisy menyerang Bani Khuzaah dalam naungan Islam pimpinan Rasulullah SAW. Serangan Bani Bakr dibantu pihak kafir Quraisy. Tindakan ini menimbulkan kemarahan orang Islam kerana dengan pertolongan itu,

pihak Quraisy telah melanggar p e r j a nj i a n H u d a i b i ya h ya n g dipersetujui mereka. Serangan itu juga menyebabkan hampir 20 orang daripada Bani Khuzaah terbunuh. Oleh kerana serangan itu dibantu pihak Quraisy, maka Amru bin Salim bersama rakannya daripada Bani Khuzaah bergegas ke Madinah untuk memberitahu dan meminta bantuan daripada Rasulullah SAW. Apabila pihak Quraisy mendapat tahu Bani Khuzaah meminta pertolongan Rasulullah SAW, mereka begitu menyesal lalu menghantar Abu Sufian bin Harb bertemu Baginda untuk merayu dan memohon maaf namun, Rasulullah SAW dan sahabat tidak menghiraukannya. Dengan keputusan itu, beliau pulang dengan perasaan hampa dan kecewa ke Makkah. Oleh kerana perjanjian Hudaibiyah dilanggar pihak Quraisy, maka Rasulullah SAW menyiapkan angkatan Muslimin dengan jumlah mencecah hingga 10,000 orang berangkat ke Makkah. Keberangkatan Rasulullah SAW dan sahabat ke Makkah dapat dijangka oleh pihak Quraisy. Rasulullah juga telah mengutus Abbas bin Abdul Mutalib untuk berunding dengan Abu Sufyan. Kemudian Abu Sufyan telah menyeru kaum Quraisy agar tidak mengganggu pasukan muslim.Untuk memasuki kota Mekah Rasulullah memerintahkan tentera Islam supaya berpecah kepada empat kumpulan dan memasuki Mekah melalui empat penjuru. Mereka juga diminta supaya tidak melakukan kekerasan atau pembunuhan kecuali apabila terpaksa. Namun, pertempuran hanya berlaku di selatan Mekah dan telah mengorbankan dua orang tentera Islam dan tiga belas orang masyarakat Quraisy. Setelah memasuki Mekah, Rasulullah melakukan tawaf, me n ci u m Haj ar As wa d d an memusnahkan berhala yang terdapat di sekeliling Kaabah. Baginda juga memasuki Kaabah dan mencuci dinding Kaabah dengan air zam-zam. Selain itu, baginda memaafkan dan membebaskan penduduk Mekah yang pernah menentang Islam. Dan dalam peristiwa ini juga Abu Sufyan telah menyatakan keislamannya di hadapan Rasulullah SAW.

Selama 19 hari Rasulullah berada di Mekah, dalam tempoh tersebut ramai yang telah memeluk agama Islam antaranya Hindun binti Uthbah iaitu isteri Abu Sufyan yang pernah berbuat keji terhadap jasad Saidina Hamzah di medan Uhud. Tanggal 6 Syawal tahun 6 Hijrah , Rasulullah meninggalkan Mekah menuju ke Madinah bersama 12,000 orang.

ADDEEN BIL.4 - M/S 24

KESIMPULANNYA : Para pembaca yang dirahmati Allah, berdasarkan peristiwa peperangan Badar al-Kubra dan pembukaan Kota Mekah yang telah diketahui,terdapat beberapa keistimewaan dan iktibar yang kita boleh teladani iaitu : Kepentingan strategi dan tindakan serta mesyuarat yang dilakukan sebelum melakukan sesuatu perkara. Semua dilakukan secara terancang dan tersusun. Kita seharusnya me nco nto hi kep i mp inan Rasulullah SAW yang jauh b ezan ya d e nga n kepimpinan pada hari ini. Doa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Rasulullah me nj e la s ka n ke ut a maa n berdoa iaitu menjadi pemangkin dan teras sebelum sesuatu tindakan dibuat bertujuan mendapatkan keredhaan Allah SWT Taala. Di samping mengamalkan sifat sabar walau menghadapi dugaan yang amat getir. Kerana keikhlasan dan ketaq waa n kepadaN ya, mereka telah membuktikannya dengan kecekalan dan semangat yang jitu dalam memerangi musuh Allah serta menegakkan syiar Islam tanpa rasa gentar. Dan situasi ini tidak menghalang umat Islam daripada terus berpuasa sebagai pelengkap rukun Islam. Sama juga keadaannya kepada kita di mana peperangan yang kita hadapi hari ini adalah jihad melawan hawa nafsu dan membebaskan diri dari dibelenggu oleh anasir jahat yang melalaikan dan merosakkan umat Islam . Apa yang penting adalah kesungguhan dan ketahanan membentengi diri dari tewas kepada hasutan syaitan. Justeru jadikan bulan Ramadhan ini sebagai permulaan dalam pemurnian jiwa dan memperbaiki amal ibadah seterusnya dimantapkan lagi amalan ibadah pada bulan-bulan selainnya sehingga menjadi rutin harian.

Perasaan antara al-Raja iaitu terla l u men g har ap d an al-Khauf iaitu takut mestilah sentiasa kita sematkan dalam hati agar kita tidak terlalu yakin bahawa segala amalan kita samada solat, puasa, sedekah dan amalan soleh yang lain memang telah diterima oleh Allah sehingga kita tidak berusaha untuk memperelokkannya dan kita juga tidak boleh merasa terlalu takut segala amalan tadi sentiasa ditolak sehingga timbul perasaan malas untuk beribadat sehingga kita terus hanyut dengan maksiat. Kita mesti berada antara keduanya iaitu antara takut dan mengharap agar segala amalan kita tidak dilakukan sambil lewa serta ia dilakukan dengan penuh keyakinan dan i k h l a s s a m b i l mengharap ianya diterima oleh Allah. Kerjasama dalam pasukan atau kumpulan merupakan faktor kejayaan.Jumlah bilangan yang sedikit bukan ukuran bagi kekalahan. Saling melengkapi dan patuh serta hormat pada pemimpin patut dicontohi. Mengadakan rundingan yang baik dan mengamalkan akhlak yang terpuji di antara sesama Muslim dan juga bukan Muslim. Hal ini menjadi contoh ikutan yang baik, seperti di dalam peristiwa pembukaan Kota mekah, ramai orang Quraisy yang memeluk agama Islam. Budaya saling bermaaf-maafan perlu kita terapkan dalam diri.

Melakukan sesuatu kerana niat dan matlamat hanya kerana Allah semata-mata dan meninggikan syiar Islam, bukan untuk meraih nama, pangkat dan habuan duniawi. Mengemukakan idea yang bernas ketika mengadakan sesuatu perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian seperti yang dilakukan oleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar bagi menyelesaikan isu tawanan perang. Selain itu sanggup menerima pandangan dari orang lain walaupun orang yang memberi pandangan tidak setaraf dengan kita. Dalam erti kata lain tidak memperlekeh dan menolak bulat-bulat cadangan yang diberikan.

Banyak lagi iktibar yang kita boleh pelajari dari peristiwa ini Semoga kita dapat mengamalkan dan mencontohi akhlak Rasulullah dan sahabat Baginda yang terpuji..InsyaAllah.. Sumber Rujukan :
http://halaqah.net http://riadhulwardah.blogspot.com Berita Harian Online (3/8/2010) Ramadhan Al-Mubarak Terbitan JAMIYAH & PIMPINAN, Shah Alam Selangor (September 2009). Atlas Dakwah Nabi Muhammad SAW susunan oleh Hasan Al-Banna, Syigma Publishing,Indonesia.( 2010) www.ibnubarqi.blogspot.com(Penasihat PMRAM, Saudara Khairul Anuar Ismail)

ADDEEN BIL.4 - M/S 25

Oleh : USTAZAH NOOR AZZAH MOHD YUSOF Soalan 1 : Bagaimanakah cara wuduk dan bersuci bagi orang sakit? Jawapan : Wajib ke atas orang yang sakit berwuduk dan bersuci dengan air, iaitu berwuduk kerana hadas kecil dan mandi kerana hadas besar. Sekiranya orang yang sakit itu takut penyakitnya akan menjadi semakin teruk apabila terkena air atau pun anggota wuduknya berbalut kerana luka atau disimen, maka dia hendaklah bertayamum sama ada untuk hadas kecil atau hadas besar. Sekiranya dia tidak mampu bertayamum dengan sendiri maka hendaklah meminta bantuan daripada orang lain. Cara cara bertayamum dengan menepuk kedua-dua belah tapak tangan di atas debu yang bersih kemudian menyapu ke muka. Bersihkan baki-baki debu yang terdapat di tangannya dan tepuk di atas debu yang baru. Tapak tangan kiri menyapu tangan kanan,sementara tapak tangan kanan menyapu tangan kiri. Wajib ke atas orang yang sakit membersihkan badannya daripada najis-najis, memakai pakaian yang bersih dan suci serta solat di tempat yang suci. Apabila dia tidak mampu, maka hendaklah dia bersolat dalam keadaan itu saja dan solat di atas alas yang didudukinya.Solatnya sah tanpa harus mengulanginya. Terdapat beberapa dalil al-Quran dan hadis berhubung masalah ini. Antaranya : Maksud firman Allah SWT yang bermaksud : Tidak dijadikan hukum-hakam yang menyusahkan kamu semua dalam mengamalkan agama. (Surah al-Hajj:78) Firman Allah yang bermaksud : Sebenarnya Allah inginkan kemudahan dalam semua perkara kepada kamu dan sama sekali tidak ingin menyusahkan kamu.(Surah al-Baqarah :185) Sabda Rasulullah SAW : Maksudnya : Apabila aku perintahkan sesuatu perkara kepada kamu semua, lakukanlah menurut kemampuan kamu(HR Bukhari dan Muslim) Soalan 2 : Apakah hikmat dan kelebihan berwuduk dalam Islam? Jawapan : Berwuduk mengajar dan mendidik kita supaya beramal dengan kebersihan, wuduk juga dapat menghapuskan kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh seseorang. Ini jelas seperti pesanan Nabi Muhammad dalam hadis yang bermaksud : Sesiapa yang berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya, segala kesalahan akan keluar daripada badannya termasuk dosa dari bawah kuku-kukunya. Soalan 3 : Apakah itu tayamum, konsep dan praktikal penggunaannya bagi orang-orang Islam yang berada di Malaysia? Jawapan : Tayamum ialah menyapu debu daripada tanah yang suci ke muka dan dua tangan ke siku dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Ia merupakan ganti bagi wuduk dan mandi hadas apabila seseorang yang hendak mengerjakan solat tidak bertemu air kerana kemarau atau putus bekalan air atau juga uzur disebabkan sakit tidak boleh terkena air dan boleh menyebab mudarat dan bahaya pada diri atau pada anggota wuduk. Selagi seseorang itu masih uzur dan tidak boleh menggunakan air ataupun memang tidak ada air, maka selama itulah dibolehkan bertayamum tanpa wajib diqadakan solat itu. Soalan 4 : Apakah syarat-syarat tayamum? Jawapan : Antara syarat-syarat tayamum adalah : 1. Kerana tiada air 2. Kerana tidak boleh menggunakan air kerana mendatangkan mudarat. 3. Perlu berusaha mencari air dahulu. 4. Menggunakan debu tanah yang suci. 5. Kerana keperluan air hanya bagi minuman dirinya dan binatang yang dihormati. 6. Sudah masuk waktu solat. Soalan 5 : Sekiranya kita bertayamum, adakah tanah itu boleh digunakan semula dan betulkah ia boleh digunakan untuk sekali waktu sembahyang sahaja? Jawapan : Tanah tersebut boleh digunakan untuk kali kedua dan seterusnya sekiranya debu-debu yang telah disapu ke anggota tidak gugur di atas tanah tersebut. Sekali tayamum adalah untuk sekali sembahyang fardu tetapi (sekali tayamum tersebut) boleh digunakan untuk beberapa solat sunat.
Sumber rujukan : Soal Jawab Remeh-temeh tentang Taharah(Bersuci),tapi anda malu bertanya...Telaga Biru,Kuala Lumpur.( September 2008) Dato Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian(Edisi Kemas Kini) Bersama Ishak Din & Abu Hasan Din,PTS Millennia, Selangor.(2009)

ADDEEN BIL.4 - M/S 26

You might also like