You are on page 1of 12

Terbitan Unit Penerbitan Pusat Islam Universiti Industri Selangor BIL 1 ( JULAI ) 2010

Topik Sembang Kegilaan Remaja

Membangun Modal Insan Secara Holistik

Pengarah - Hj. Mokhtar

Pembantu Tadbir / Bilal

B. Hj. Ridzwan

- Ustaz Mohd Sofyan Bin Razali


Pembantu Tadbir - Cik Nor Fadhilah

Pegawai HEI/Imam 1 - Ustaz Mohd Fathur Rahman Bin Kasdiran Pegawai HEI/Imam Ustaz - Ustaz Abdul Rahman

Binti Mohd Arshad Bin Tg. Hilmi Suleman

Bin Ridewan

Pembantu Tadbir - En. Tg. Zainal Abidin

Penolong Pendaftar - Encik Nurdin Bin Darman Pegawai HEI Wanita - Ustazah Zahidah

Binti Muhd Zain Yusof

Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam - Ustazah Noor Azzah Binti Mohd

Pembantu Tadbir Agama - Ustaz Mohd Azlizad Bin Sulaiman

Assalamualaikum Wrt. Wbt.


Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Sidang Redaksi risalah Pusat Islam dengan jenama baru Ad-Deen yang lebih menarik dengan menampilkan isu JIHAD ILMU. Sesuai dengan situasi UNISEL sebagai gedung ilmu, yang di dalamnya terdiri dari mahasiswa dan mahasiswi juga staf samada dari pihak pengurusan atau pun akademik. JIHAD ILMU menjadi fokus Risalah Ad-Deen pada kali ini melihat Sunnah merupakan khazanah intelektual umat Islam sepanjang sejarahnya yang panjang. Dewasa ini sebahagian besar daripada sumber ilmu pengetahuan dan peradaban tersebut semakin terbiar dan terabai. Sebahagian umat Islam tidak lagi memanfaatkan jihad ilmu. Sesungguhnya Sunnah menjadi potensi asas dalam pembangunan intelektual dan tamadun

Justeru itu, umat Islam dituntut untuk membangunkan masyarakat berasaskan ilmu, akidah, ibadah kefahaman dan perundangan sesuai dengan ajaran dan panduan yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w ketika mana baginda sedang berada di Gua Hira menerima wahyu yang pertama iaitu Surah al-Alaq dan selepas itu baginda telah dilantik sebagai nabi dan rasul, berjihad menyeru dan mengajak masyarakat Arab Jahiliah ke dalam agama Islam yang dibawa oleh baginda. Semoga kita sama-sama berjihad meningkatkan kualiti ilmu dari masa ke semasa bagi meningkatkan kualiti kehidupan kita sebagai insan yang berilmu, beriman dan bertakwa Allah S.W.T. Insan Rabbani Masyarakat Madani Wassalam.. Tn. Hj Mokhtar bin Hj. Ridzwan Pengarah Pusat Islam UNISEL

Unit Penerbitan Pusat Islam UNISEL M/S 2

Penaung Datuk Dr. Rosti Bin Saruwono Penasihat Prof. Madya Hj. Zainal Abidin Bin Kidam Tuan Haji Mokhtar bin Haji Ridzwan Editor Encik Nurdin bin Darman Penolong Editor Ustazah Noor Azzah binti Mohd Yusof Pengarang Ustaz Mohd Fathur Rahman bin Kasdiran Ustaz Abdul Rahman bin Ridewan Ustazah Zahidah binti Mohd Zain Wartawan Cik Nor Fadhilah binti Mohd Arshad Encik Tengku Zainal Abidin bin Tengku Hilmi Suleman Grafik Encik Mohd Azlizad bin Sulaiman Cetakan & Edaran Ustaz Mohd Sofyan bin Razali Jurufoto Encik Tengku Zainal Abidin bin Tengku Hilmi Suleman Encik Mohd Azlizad bin Sulaiman Penerbit Pusat Islam , Universiti Industri Selangor , Jalan Timur Tambahan , 45600 Batang Berjuntai , Selangor Darul Ehsan . Tel : 03 - 3280 5059 / 5140 / 5132 / 5134 Email :
Sidang Redaksi Ad-Deen amat mengalu-alukan sumbangan Fakulti / Institusi / Pusat / Bahagian untuk diterbitkan diruangan Ad-Deen. Sumbangan artikel hendaklah berkaitan dengan urusan keilmuan dan aktiviti universiti. Sila hantarkan bahan - bahan tersebut kepada : Pejabat Editor ( Penolong Pendaftar ) , Pusat Islam Unisel .

Assalamulaikum Wrh. Wbt. & Salam Sejahtera Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, ucapan syukur dipanjatkan kehadrat Allah SWT dengan segala puja dan puji setinggi-tingginya yang selayaknya bagi Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW bersama keluarga dan para sahabat baginda. Alhamdulillah, Risalah Ad-Deen telah berjaya diterbitkan. Dengan kemunculan risalah ini diharapkan akan membuka ruang dan peluang kepada warga kampus untuk melontarkan pandangan, menyemarakkan budaya ilmu penulisan, menyuburkan aktiviti amar maruf nahi mungkar dan menggalakan penyebaran maklumat berpusat di institusi masjid sebagai wadah pembangunan ummah. Ahlan wasahlan wa marhaban bikum, kepada Mahasiswa baru yang kini berada di Unisel dan Mahasiswa senior yang telah kembali meneruskan pengajian, selamat berjuang! Inilah medan Jihad bagi para Mahasiswa. Jihad yang menuntut pengorbanan, kesungguhan dan usaha gigih yang berterusan demi sebuah kejayaan. Kebiasaannya segelintir Mahasiswa baru akan menghadapi krisis identiti, manakala sebilangan yang lebih senior masih terperangkap dalam dilema menentukan halatuju matlamat kehidupan. Walaupun petunjuk hidayah telah terbentang di hadapan, namun, onak duri pancaroba kehidupan yang disulami tipu daya nafsu dan syaitan pasti akan menjadi penghalang dalam perjuangan. Justeru, usaha untuk menempah kejayaan bukanlah semudah yang disangkakan. Setiap warga kampus perlu memainkan peranan dalam perjuangan di medan Jihad ini. Amanah yang diberikan akan pasti dipertanggungjawabkan .Pembinaan tamadun tidak akan berjaya tanpa penguasaan ilmu pengetahuan. Ilmu pula tidak akan bermakna jika tidak diamalkan. Mari bersama berjuang meningkatkan ilmu, amal dan iman.

Sekian, Wassalam.. Nordin Darman Editor.

Unit Penerbitan Pusat Islam UNISEL M/S 3

Assalamualaikum Wrt. Wbt.


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurniaNya kerana dengan izinNya jua kita masih dapat menjalani kehidupan seharian dan menikmati anugerahNya di samping melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan sebagai hambaNya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah S.A.W yang dikasihi pemimpin agung sepanjang zaman. Tahniah dan syabas ditujukan khas buat seluruh warga kerja Pusat Islam kerana berjaya menerbitkan risalah edisi pertama tahun 2010 dengan penjenamaan semula menggunakan nama Risalah Ad-Deen. Keluaran kali ini sudah semestinya menampilkan imej baru, pengisian lebih padat serta topik kupasan yang menarik juga aktiviti yang telah dianjurkan oleh Pusat Islam . Dalam edisi pertama ini menyentuh isu berkaitan dengan JIHAD. Sekaligus meraikan kedatangan pelajar-pelajar baru ke UNISEL.. Sebenarnya, perlu kita ketahui bahawa konteks jihad amat luas bukan sekadar di medan perang akan tetapi menuntut ilmu juga merupakan jihad. Allah S.W.T memberi ganjaran dan kedudukan yang tinggi kepada orang yang menuntut ilmu dan mengamalkannya menurut landasan syariat. Di sini saya ingin menyeru kepada semua agar menyemai budaya cintakan ilmu pengetahuan dan rebutlah peluang sepanjang hayat kita. Justeru itu, perlu ada kesedaran sesama kita agar sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu serta menerapkan nilai-nilai murni dalam diri ke arah membentuk modal insan yang seimbang dan cemerlang di masa akan datang, insyaAllah. Diharap paparan edisi kali ini dapat memberi pendedahan mengenai Jihad kepada pembaca. Semoga Risalah Ad-Deen menjadi wadah ilmu memaparkan informasi dari masa ke semasa disamping mempromosikan Pusat Islam UNISEL sebagai pusat ibadah dan pembangunan modal insan. Terima kasih di atas komitmen dan kesungguhan warga Pusat Islam dan semua pihak yang terlibat memberi sokongan. Semoga usaha kita semua diberkati Allah dan mendapat keredhaanNya.

Sekian.. Wassalam..

Unit Penerbitan Pusat Islam UNISEL M/S 4

TAKRIF JIHAD Perkataan jihad adalah kalimah Bahasa Arab yang telah diserap ke dalam Bahasa Melayu. Fonatik kalimah ini sangat ringkas dan mudah. Dari sudut bahasa, Jihad berasal daripada kalimah al-Juhd ( (yang bererti keberatan dan kesusahan.. Dilihat dari sudut ini, maka Jihad bererti mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai suatu matlamat atau cita-cita mulia dan ideal, iaitu matlamat dan cita-cita Islam serta mendapat keampunan Allah, keredhaan dan rahmatNya. JIHAD DALAM ISLAM Berdasarkan nas-nas al-Quran, terdapat dua bahagian jihad. Pertama Jihad Agung )( aitu jihad keatas nafsu serta menentang tipu daya syaitan. Kedua Jihad Kecil )) iaitu meliputi bentuk -bentuk Jihad seperti Jihad dengan hati (berdoa) jihad dengan lisan (Nasihat dan tutur kata) atau kalam (penulisan), jihad menuntut ilmu, jihad dengan harta (infak dsb) dan seterusnya jihad dengan tubuh badan dan nyawa. JIHAD MENUNTUT ILMU Dalam satu hadis, Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali. Riwayat at-Tarmizi dan Ad-Darimi Ulamak tersohor Sheikh Dr Yusof al-Qhardawi menjelaskan bahawa pendidikan (tarbiyah) dan pembinaan insan adalah lebih utama dalam melaksanakan jihad. Tarbiyah dan pembinaan yang dimaksudkan ialah pembangunan insan mukmin yang mampu dan sanggup membawa beban dan tugas dakwah, tidak bakhil harta dan jiwa serta teguh dalam menghadapi setiap dugaan dan cubaan yang dilaluinya, demi menegakan kalimah Allah S.W.T.. Ibnu al-Qaiyim menjelaskan bahawa termasuk jihad melalui bidang ilmu ialah dalamn aspek pembabitan kita dalam aspek-aspek perancangan, termasuk menyediakan perancangan berstrategik, pelaksanaan dan sebagainya.

CABARAN MENUNTUT ILMU DIZAMAN ERA MELENIUM Menurut sumber Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi pada hari ini terdapat seramai 5.7 juta orang anak-anak kita sedang belajar di sekolah-sekolah dan seramai 930,000 orang lagi sedang menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta secara formal di seluruh negara. Selain itu terdapat juga orang dewasa dan warga emas sedang belajar secara tidak formal di masjid, surau dan kelaskelas pengajian lain. Tumpuan besar pelajar-pelajar yang mencari dan dahagakan ilmu sebenarnya selari dengan tuntutan Islam. Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl, ayat 43:

Maksudnya: Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu melainkan orang lelaki, yang Kami wahikan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui. Ruang lingkup pendidikan ini amat luas.Ia memerlukan perkhidmatan guru, murabbi dan pendakwah yang ramai. Sheikh Dr Yusof al-Qhardawi seorang tokoh ulama semasa yang amat berpengaruh menyatakan, pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku, ia bertujuan untuk membentuk manusia bagi menghadapi masyarakat yang sering berhadapan dengan kebaikan, kejahatan, kemanisan dan kepahitan. Adalah menjadi satu tanggungjawab kepada semua orang Islam bahawa menuntut ilmu itu sebagai satu kewajipan dan ia digolongkan sebagai suatu usaha jihad. Berdasarkan pengiktirafan Allah di atas, maka sewajarnyalah sebagai seorang hamba yang ingin mencapai kejayaan dunia dan akhirat meletakkan diri ke dalam kelompok jihad menuntut ilmu, ia sebagai satu cita-cita yang cukup murni. Cabaran ini harus diraih dan direbut oleh semua remaja khususnya mahasiswa dan mahasiswi untuk melaksanakan cita-cita murni ini.
Unit Penerbitan Pusat Islam UNISEL M/S 5

Ahli suffah merupakan satu kumpulan sahabat Rasulullah s.a.w yang tinggal di masjid Baginda S.A.W dalam tarbiah Baginda. Tiada satu pengurusan tetap untuk sumber perbelanjaan mereka. Mereka seolah-olah tetamu Rasulullah S.A.W yang hidup hanya dengan apa-apa sahaja yang datang kepada Baginda S.A.W sebagai hadiah ataupun sedekah. Apabila perkembangan Islam telah pesat ternyata peranan ahli suffah sangat penting. Tindakan Rasulullah s.a.w menyediakan tempat di beranda masjid baginda s.a.w untuk satu kelompok yang menjadi ahli masjid merupakan satu tindakan yang sangat berhikmah. Ahli suffah yang juga ahli masjid Rasulullah s.a.w merupakan kumpulan yang paling hampir dengan baginda s.a.w. Mereka yang mula-mula mendengar pengajaran Rasulullah s.a.w. Mereka sentiasa hadir di dalam majlis baginda s.a.w. Mereka mempelajari al-Quran secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. Peranan mereka adalah umpama kutubkhanah yang menyimpan segala macam pengajaran Nabi Muhammad s.a.w. Mereka hanya menceburi satu bidang sahaja dalam kehidupan ini, iaitulah bidang ilmu Rasulullah s.a.w. Dari kalangan mereka terdapat orangorang yang sangat mendalam pengetahuan mereka tentang agama Islam. Khazanah ilmu agama itulah yang memainkan peranan penting sebagai mubaligh yang menyampaikan ajaran Islam kepada kaum Muslimin yang tidak sempat hadir di dalam majlis Rasulullah s.a.w dan juga kepada mereka yang baharu memeluk agama Islam. Ahli suffah, atau ahli masjid Nabi s.a.w pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan golongan yang bekerja di dalam bidang ilmu sepanjang masa. Mereka merupakan gedung ilmu dan juga penyebar ilmu. Al-Quran memberikan perhatian istimewa kepada ahli suffah, ahli masjid Nabi s.a.w, atau ahli ilmu itu. Allah s.w.t memperakui kepentingan sumbangan mereka kepada perkembangan agama-Nya.

Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin Yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), Yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang Yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka Dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai Dengan mendesak-desak. dan (ketahuilah), apa jua Yang kamu belanjakan dari harta Yang halal maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya. ( Ayat 273 : Surah al-Baqarah ) Ahli suffah pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan orang yang tidak memiliki apa-apa dan tidak berkehendakkan apa-apa kecuali Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Mereka dikenali sebagai fakir yang terikat pada jalan Allah s.w.t. Jalan Allah s.w.t bukan semata-mata berperang mengangkat senjata. Memelihara alQuran dan al-Hadis juga merupakan jihad yang besar. Perkembangan Islam yang pesat memerlukan tenaga yang khusus dalam bidang tersebut. Urusan memelihara ilmu agama sangat penting. Jika tenaga khusus itu disalurkan kepada bidang pekerjaan harian maka urusan pemeliharaan ilmu agama akan terjejas, sedangkan ianya sangatlah penting bagi perkembangan agama. Al-Quran menganjurkan agar sebahagian daripada umat Islam tidak keluar berperang. Jihad bagi golongan yang dibenarkan tidak keluar ke medan perang itu adalah memperdalamkan dan mengembangkan ilmu agama. Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). ( Ayat 122 : Surah at-Taubah )

Unit Penerbitan Pusat Islam UNISEL M/S 6

Tuhan telah memberikan garisan pembahagian tugas dalam pembangunan masyarakat dan perkembangan agama. Berperang mengangkat senjata dan berjuang mengembangkan ilmu agama sama-sama mendapat penghargaan dari Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Manusia yang paling hampir dengan darjat Kenabian adalah ahli ilmu. Ahli ilmu menunjukkan kepada manusia apa yang dibawa oleh Rasul. Ahli jihad pula berjuang dengan pedang mereka membawa apa yang dibawa oleh Rasul. Baginda s.a.w juga bersabda yang bermaksud: Pada hari kiamat tinta ulama ditimbang dengan darah syuhada. Ahli Suffah pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan orang-orang yang menyediakan diri mereka semata-mata untuk Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka berfungsi sebagai penyimpan ilmu al-Quran dan Hadis dan juga segala jenis ilmu agama. Mereka memancarkan ilmu-ilmu tersebut ke seluruh pelusuk muka bumi. Jihad yang paling besar adalah jihad mengangkat senjata dan orang yang mati kerananya memperolehi syahid. Pekerjaan yang begitu besar dan mulia dikecualikan daripada ahli ilmu sepenuh masa, apa lagi pekerjaan yang berhubung dengan urusan mengisi perut . Pada zaman Rasulullah s.a.w, golongan yang bekerja khusus dalam bidang ilmu agama itu ditanggung oleh pemerintah, iaitu Rasulullah s.a.w sendiri. Oleh kerana ahli ilmu itu tidak melibatkan diri dalam urusan mencari rezeki, maka mereka tidak dapat mengecapi kemewahan dan kesenangan. Mereka hidup di dalam kefakiran. Mereka fakir pada pandangan dunia tetapi kaya dengan ilmu Tuhan dan Rasul-Nya. Lidah dan pena mereka adalah pedang jihad mereka. Ilmu yang mereka pelajari dan sebarkan itulah darah syahid mereka. Rasulullah s.a.w memperakui bahawa golongan demikian sebagai kumpulan yang paling hampir dengan darjat kenabian.

Kerajaan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w bermula di Madinah. Semakin besar kerajaan Islam semakin besar dan berat tugas yang dipikul oleh Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w dibantu oleh empat orang Menteri Kanan. Mereka adalah Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Siapa pula kakitangan kerajaan yang membantu Rasulullah s.a.w dan Menteri-menteri baginda s.a.w? Mereka adalah ahli suffah yang bekerja sepenuh masa untuk Rasulullah s.a.w. Kebanyakan daripada masa baginda s.a.w dihabiskan di dalam masjid. Pengajaran, perancangan, strategi, polisi, wawasan dan lain-lain keluar daripada Rasulullah s.a.w dan disebarkan oleh ahli suffah. Mereka menyampaikan berita yang Rasulullah s.a.w mahu sampaikan kepada kaum Muslimin. Ahli suffah yang bergerak mempastikan latihan ketenteraan berjalan dengan teratur sebagai persiapan mempertahankan agama dan negara Islam.

Ilmu mereka adalah percikan ilmu nabi-nabi. Rohani mereka adalah cermin jernih yang menerima pancaran cahaya kenabian. Golongan seperti ini akan dihantarkan Tuhan dari masa ke masa pada setiap zaman. Tugas mereka adalah memperbaiki kerosakan yang berlaku pada ilmu agama, terutamanya dalam perkara akidah.

Ahli suffah yang mengatur pembuatan senjatasenjata perang seperti baju besi dan pedang. Ahli suffah juga menggerakkan kaum Muslimin mempersiapkan unta dan kuda mereka supaya apabila diperlukan semuanya berada dalam keadaan siap sedia. kehadiran ahli suffah atau ahli masjid Nabi s.a.w itulah yang memudahkan Rasulullah s.a.w mentadbir negara Islam dari dalam masjid baginda s.a.w. Ketika bilangan tentera Islam masih sedikit, ahli suffah ikut serta berperang. Jadi, ahli suffah adalah satu kumpulan yang sangat aktif bekerja untuk Allah s.w.t dan Rasul-Nya tanpa gaji. Apa yang Rasulullah s.a.w berikan itulah bahagian mereka bagi menyara kehidupan mereka. Mereka redha dengan yang demikian. Mereka lebih suka nama mereka tidak dikenali kerana mereka tidak mencari nama dan kebesaran. Apa yang mereka cari hanyalah keredhaan Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Semoga Allah memberi kita taufiq dan hidayah untuk mencontohi kehidupan mereka dalam menuntut ilmu. (Rujukan : Hayatus Sahabah dalam Bab Semangat dan Kesungguhan Terhadap Ilmu)

Unit Penerbitan Pusat Islam UNISEL M/S 7

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga, berpagarkan duri sebagai bentengnya.Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita, ketahuilah betapa indahnya menuntut ilmu demi tuhan yang Illahi........
Apabila disebut perkataan jihad apakah yang terlintas difikiran kita? Bagaimana pula wanita boleh berjihad ? Perlukah wanita berjuang hingga ke titisan darah untuk berjihad? Ketahuilah sebenarnya jihad mengandungi berbagai-bagai bidang. Hakikat jihad menurut syara ialah seorang muslim menyerahkan tenaganya untuk mempertahankan dan menyebar agama Islam bagi mencapai keredaaan Allah . 'Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim. Wanita perlu mengambil peluang menuntut ilmu dan seharusnya melipatgandakan usaha serta berjihad untuk mempertingkatkan pencapaian dan mutu ilmu pengetahuan demi masa depan dan agama. Melihat pada senario yang berlaku pada masa kini ramai pelajar baik lelaki ataupun perempuan menganggap bahawa mereka ini menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan sijil-sijil yang melayakkan mereka mendapat tempat di pasaran kerja pada masa hadapan. Namun hakikatnya, semua ini merupakan satu perkara yang merugikan mereka jika tanggapan sebegini tidak dikikis. Justeru itu, niat menuntut ilmu perlulah jelas dan tidak hanya berdasarkan kepentingan tertentu semata-mata.Di dalam Islam keutamaan ilmu adalah kerana dengan ilmu, manusia mampu mengenal Allah , mengerti tujuan sebuah kehidupan, pendirian manusia boleh sama ada berubah atau semakin teguh, mampu memahami agama dari asasnya sehingga ke cabang-cabangnya. Dengan ilmu, umat Islam akan mampu beramal dengan sempurna dan juga umat Islam akan memahami perintah dan pesanan Nabi serta para ulamanya. Bagi seorang Muslimah yang jelas niat dan matlamat dalam menuntut ilmu, apabila kejayaan dicapai, maka mereka akan meletakkan kembali kejayaan itu 'datang dari Allah SWT'.Mereka juga akan mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari sebagai jihad dalam kehidupan harian dan seterusnya memperlihatkan contoh yang baik sebagai Mukminah Solehah di dalam menunaikan amanah Allah s.w.t bagi membangun dan mempertahankan ummah. Bagi wanita berjihad menguruskan rumahtangga dan mendidik anak-anak sebagai Rijal Al Ummah di masa akan datang, berjihad mencari ilmu pengetahuan dan berjihad untuk beramal adalah kemestiannya. Begitu juga dengan menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran serta memperjelaskan hakikat keEsaaan Allah juga merupakan sebahagian daripada jihad. Oleh sebab itu, marilah kita memperbetulkan niat menuntut ilmu dan marilah kita berjihad untuk memperjuangkan agama Islam. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali" Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darim
Unit Penerbitan Pusat Islam UNISEL M/S 8

Topik Sembang
3. Topik berkaitan dunia sukan Bila orang tanya saya apa topik paling best untuk dibincangkan semasa bersama kawan kawan, saya akan jawab cerita bola sepak. Kalau tuan tuan puan puan yang mengajukan soalan tersebut pada saya, jawapan saya sudah pasti bercerita tentang pasangan terutama awek awek. Sesuai dengan tajuk bukan? Teruna dara. Ehem! Ehem! Sudah menjadi kepastian bagi kita, apabila bertemu kawan kawan tak kira di mana jua asalkan ada masa dan ruang mesti ada topik yang hendak dibincangkan. Topik yang dimaksudkan mungkin yang telah dirancangkan dan mungkin juga topik yang terlintas dalam fikiran kita. Kejadian ini berlaku apabila bertemu kawan kawan lama yang sudah lama tidak bersua muka. Berbalik pada tajuk kita kali ini, topik utama yang menjadi kegilaan remaja untuk dibincangkan ketika bersama kawan kawan. Bila bercakap tentang isu ini sudah semestinya banyak benda yang boleh dikongsikan bersama kawan kawan tetapi di sini saya ingin menulis hanya untuk lima topik utama sahaja. Yang selebihnya tuan puan boleh tambah bersama kawan-kawan nanti. 1. Topik berkaitan kehidupan seharian Bercerita dan berkongsi tentang kehidupan seharain dengan kawan kawan memang manis. Kehidupan seharian yang saya maksudkan termasuklah khabar dan aktiviti seharian mereka. Topik ini lagi manis sekiranya bersembang dengan kawan yang sudah lama kita tak jumpa. Menang banyak benda yang boleh dikongsikan. 2. Topik berkaitan gosip Saya rasa semua orang suka akan topik ini. Setuju atau tidak? Itu terpulang pada anda. Biasalah manusia, memang tak dapat dipisahkan dengan gosip. Lagi lagi remaja sekarang yang mudah terpengaruh dengan keadaan semasa. Gosip di sini kalau nak di bahaskan memang tak akan habis. Gosip scandal menjadi kegilaan bagi remaja terutama mereka yang tengah mabuk bercinta. Kisah curang, u jump i jumpa hangat diperkatakan dengan kawan kawan. Bila bercakap tentang sukan sudah semestinya orang akan fikir tentang bola sepak. Untuk lebih spesifik bola sepak eropah iaitu epl lagilah sekarang musim world cup. Memang tidak dinafikan, masa yang diluangkan di kedai mamak tidak mencukupi untuk bercerita satu persatu tentang bola sepak. Kadang kadang topik ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati apabila kawan anda bercerita yang bukan bukan mengenai pasukan kegemaran anda. Perlu ingat, bola sepak boleh menyebabkan kawan menjadi lawan. Lelaki atau perempuan? Yang mane sesuai bercerita tentang topik ini. Semuanya sama, apa yang kita lihat sekarang ini remaja perempuan pun dah ramai bercerita tentang bola sepak, siapa idola mereka dan siapa pemain yang paling kacak pada pandangan mereka. 4. Topik berkaitan bisnes Dunia sekarang, bukan sahaja mereka yang bekerjaya sahaja suka bercakap mengenai topik ini semasa bersama kawan kawan, malahan para remaja juga gemar meluangkan masa bersama sama untuk berbincang tentang topik ini. Sepanjang pemerhatian saya, sudah ramai remaja masa kini suka berdikari. Berdikari bermakna dapat menguruskan diri sendiri tanpa bantuan orang lain. Untuk memastikan perkara ini berjalan dengan lancar, bisnes adalah jalan terbaik bagi remaja untuk memajukan diri sendiri. Kawan kawan adalah orang yang paling dekat untuk mendapatkan sesuatu pendapat tentang perkara yang mereka lakukan itu. MLM adalah bisnes yang paling ketara para remaja lakukan sekarang. 5. Topik berkaitan pasangan (pakwe dan awek) Kisah cinta memang tak dapat dipisahkan dengan kehidupan remaja. Bila berjumpa kawan kawan, mesti topik ini tidak dilupakan. Setuju? Kalau setuju anda adalah salah seorang daripada mereka yang suka sembang mengenai cinta. Mana taknya, lepak kedai mamak dengan tujuan asal untuk menonton bola sepak dan disebabkan seorang awek lalu depan mata topik tadi terus bertukar. Dan dari saat ini, bermulalah debat sehinggakan mereka yang tiada teman lelaki/perempuan pun mengaku mempunyai pasangan bagi mengelakkan mereka ditertawa kawan kawan. Dunia oh dunia!
Unit Penerbitan Pusat Islam UNISEL M/S 9

Sabda Rasulullah s.a.w: "Peumpamaan orang-orang yang beriman itu pada kasih-sayang, rasa belas dan ikatan sesama mereka adalah umpama satu jasad,sekiranya satu anggota jasad merasai kesakitan maka yang seluruh jasad juga akan turut merasai sakit." Tentang sikap para pemimpin Arab dan umat Islam pada hari ini yang bermuka-muka dan berjabat tangan dengan Presiden Bush, rukuk serta sujud kepada polisi luar Amerika Syarikat, saya ingin menyebut tentang apa yang pernah dinyatakan oleh Syeikh Dr. Muhammed Mahmoud Seyam, mantan Imam dan Khatib Masjid al-Aqsa yang kini menetap di Yaman. Kata beliau: "Saya tidak menganggap mereka itu sebagai sebahagian dari tubuh umat (Islam). Kerana Allah S.W.T telah menegaskan di dalam al-Quran; "Wahai orangorang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang -orang Yahudi dan Nasrani menjadi teman-teman rapat (mu); sebahagian mereka adalah pelindung bagi sebahagian yang lain. Sesiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pelindung (teman rapat), Maka Sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Surah al-Maidah: 51) Jadi mereka (pemimpin-pemimpin itu) adalah termasuk dalam golongan mereka (musuh-musuh) dan bukan sebahagian daripada umat ini. Kerana itu, keterikatan kita dalam tubuh umat Islam ini mestilah dibina dengan dua kalimah syahadah. Apabila memahami nilai persaudaraan ini, kita perhatikan sabda Rasulullah s.a.w: "Jadilah kamu semua sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim (yang lain). Janganlah dia menzaliminya, dan janganlah mengabaikan dia apabila dia memerlukan pertolongan, dan janganlah memperkecilkannya.." (Hadis riwayat Imam Muslim) Pada hari ini, secara tidak langsung umat Islam telah bersikap zalim, bersekongkol dengan Amerika Syarikat untuk menekan rakyat Palestin khususnya bagi negara-negara umat Islam yang bersempadan. Kita tidak memberikan pertolongan apabila mereka mengharapkan pembelaan daripada kita. Malah terdapat golongan dalam masyarakat muslimin yang memperlekeh perjuangan rakyat Palestin menentang regim Yahudi dengan mengejek; 'setakat baling batu apa yang dapat?'. Kesemua ini menunjukkan bahawa kita telah jauh dari petunjuk Nabi s.a.w dalam hadis di atas. Di penghujung hadis sahih tersebut, Rasulullah s.a.w menegaskan: "..setiap muslim terhadap muslim yang lain, haram menumpahkan darahnya, merampas hartanya dan menjatuhkan maruahnya."

Kepada Mahasiswa UNISEL.. Umat Islam diikat dengan perjanjian dan ikrar dua kalimah syahadah. Dengan ini, kita telah pun memeterai satu akuan sumpah untuk saling memelihara darah, harta dan kehormatan di antara satu sama lain. Menurut satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, dan mereka mengerjakan solat serta memberi zakat. Maka sekiranya mereka melakukan perkara itu, terpeliharalah darah (nyawa) mereka dan harta benda mereka daripadaku kecuali dengan hak Islam. Dan perhitungan mereka adalah atas ketentuan Allah." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari) Berdasarkan hadis di atas, kita sebagai umat Islam perlu mengetahui bahawa seluruh umat Islam yang sama -sama mengucapkan dua kalimah syahadah berada dalam satu keterikatan yang mengikat mereka saling bergandingan dan memikul tanggungjawab memberikan bantuan ketika saudara-saudara Islam ditimpa musibah dan ancaman terhadap nyawa, harta-benda dan maruah mereka. Mahasiswa UNISEL yang dihormati.. Umat Islam di Palestin adalah saudara-saudara kita yang sama-sama mengucapkan dua kalimah syahadah. Sepanjang penindasan yang berlaku semenjak tahun 1948 dengan kemasukan kaum Yahudi ke bumi Palestin dan menyebabkan sebahagian penduduknya yang menjadi pelarian, apakah peranan kita dalam menjalankan tanggungjawab dua kalimah syahadah ini? Sehingga kini, angka pelarian telah mencecah lebih 9 juta orang. Sementara kematian dan pembunuhan pula masih berlaku hari demi hari Dalam hal ini, umat Islam perlu kembali memikul tanggungjawab mereka mendokong saudara-saudara mereka yang memerlukan sokongan dan bantuan. Sama ada dari segi material dan spiritual. Sekurang-kurangnya ialah dengan tidak mendampingkan diri dengan musuh-musuh Allah yang menindas saudara-saudara kita di mana sahaja di atas muka bumi ini.

Unit Penerbitan Pusat Islam UNISEL M/S 10

PROGRAM JAMBORI AMAL ISLAMI MAPPIS


Program Jambori Amal Islami MAPPIS anjuran bersama Kerajaan Negeri Selangor dengan Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS) dan Universiti Industri Selangor (UNISEL) telah diadakan pada 4, 5 dan 6 Jun 2010 bersamaan 21, 22 dan 23 Jamadilakhir 1431H. Program 3 hari ini berlangsung di Universiti Industri Selangor. Perasmian pembukaan dilancarkan oleh YB. Dr. Hjh. Halimah Ali pada 4 Jun 2010, jam 8.00 malam bertempat di Masjid Unisel dengan dihadiri oleh semua sekolah yang mengambil bahagian dan warga Unisel yang terlibat. Jumlah penyertaan adalah sebanyak 18 buah sekolah dari seluruh Negeri Selangor antaranya, adalah Sek. Men. Islam Al Amin, Sekolah Islam Puchong dan Sek Men Hira Jeram. Program terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Amal Islami dan Acara Sukan. Antara pertandingan Amal Islami ialah Tilawah Al-Quran, Azan, Hafazan dan Nasyid. Manakala Acara Sukan pula badminton, pingpong dan Sepak takraw. Majlis penutupan Jambori Amal Islami dilaksanakan oleh YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato Abdul Khalid Ibrahim dan turut menyampaikan hadiah kemenangan kepada semua sekolah yang berjaya.

PROGRAM SEKOLAH SAHABAT UNISEL 2010 (SSU10) DENGAN KERJASAMA JABATAN PELAJARAN SELANGOR
Program Sekolah Sahabat Unisel 2010 (SSU10) telah diadakan pada 7 - 9 Jun 2010 bersamaan 24 26 Jamadilakhir 1431 H, bertempat di Unisel, Kampus Bestari Jaya. Program ini sertai oleh 10 buah sekolah dari Negeri Selangor, dan setiap sekolah menghantar 40 orang peserta bagi mengikuti program ini. Antara pengisian program yang dijalankan adalah Ice Breaking oleh Dekan Fakulti Sains Sosial Prof Dr. Zaidi Mohd Hajazi, Study Skill bersama pakar motivasi Smart Learning, Kuliah Subuh/ Maghrib dan Program Qiyamullail. Secara Keseluruhan program berjalan dengan baik dan lancar, Semua peserta berpuas hati terhadap program yang dianjurkan dan berharap dapat diteruskan sebagai program tahunan. Majlis diakhiri dengan Majlis penyampaian Sijil Penyertaan dan Penghargaan SSU10 oleh Prof Dr. Hj. Anuar Hj. Ahmad di Dewan Utama Unisel kepada semua peserta yang terlibat.

Sekalung penghargaan khas buat :


- Cik Nor Fadhilah binti Mohd Arshad ( 21.12.2009 - 23.6.2010 ) Kerana melanjutkan pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia. - En. Tg. Zainal Abidin bin Tg. Hilmi Suleman ( 21.12.2009 - 2.7.2010) Bertukar ke Unit Pembangunan UNISEL

di atas komitmen yang diberikan selama berkhidmat di Pusat Islam kami mengucapkan

Unit Penerbitan Pusat Islam UNISEL M/S 11

Pada kita derita itu pada gagalnya peperiksaan laparnya perut pada makanan putusnya cinta pada kekasih pujaan jauhnya ibu ayah dari dakapan juga habisnya duit dalam bekalan Pada mereka derita itu Apabila rumah kediaman digesel trak Harta benda serba serbi dirompak Maruah keluarga dipijak-pijak Anak bini dicincang oleh manusia tak berotak Tanah air Islam diinjak-injak Irama kita Adalah suara Siti yang merdu Atau muzik rock yang bingit melegakan Atau suara nasyid yang mendayu-dayu Irama mereka Bulddozer yang menghiasi setiap pagi Ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

Sungguh sukar kita berada di tempat mereka Kita masih tak sanggup Menerima ujian sedemikian mereka Berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara Berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik Adalah Buat selama-lamanya Tanggisnya kita di dunia adalah kerana Gagalnya kita dalam ujian Putusnya cinta atau geramnya pada manusia tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat Membunuh musuh Allah Kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta Pada kekayaan melimpa ruah pada umur yang panjang agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi pada syahid tanpa henti pada perjumpaan teragung dengan Ilahi tercinta Siapakah kita berbanding mereka?!

Dimaklumkan untuk terbitan akan datang, Risalah Ad-Deen akan membuka ruang Soal Jawab Agama. Justeru, warga kampus yang mempunyai kemushkilan bolehlah mengemukakan persolan kepada pihak kami melalui email pusat_islam@unisel.edu.my Sempena kehadiran yang dirindui, Ramadhan Al-Mubarak, pada bulan hadapan, sukacita pihak kami mengalu-alukan sumbangan dana untuk mengadakan pelbagai program Semarak Ibadah yang akan dianjurkan sepanjang bulan mulia ini. Segala sumbangan boleh disalurkan kepada Imam Masjid Unisel, Ustaz Mohd Fathur Rahman bin Kasdiran selaku Penyelaras Program IhyaRamadhan 2010.

Pihak kami juga menawarkan ruangan iklan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mempromosikan barangan, produk dan perkhidmatan mereka.

Pusat Islam ,
Universiti Industri Selangor , Jalan Timur Tambahan , 45600 Batang Berjuntai , Selangor Darul Ehsan .

Tel

: 03 - 3280 5035 /5059 / 5140 / 5132 / 5134

Email :

You might also like