You are on page 1of 24

Terbitan Unit Penerbitan Pusat Islam Universiti Selangor BIL 3 : 2011 ( MAC ~ JUN )

Siapa dan di manakah kita??!!

Penaung Datuk Dr. Rosti Bin Saruwono Penasihat Prof. Madya Hj. Zainal Abidin Bin Kidam Tuan Haji Mokhtar bin Haji Ridzwan Editor Ustazah Noor Azzah binti Mohd Yusof Pengarang Ustaz Mohd Fathur Rahman bin Kasdiran Ustaz Abdul Rahman bin Ridewan Ustaz Nurdin bin Darman Ustazah Zahidah binti Muhd Zain Ustazah Noor Azzah binti Mohd Yusof Wartawan & Grafik Encik Mohd Azlizad bin Sulaiman Edaran Ustaz Mohd Sofyan bin Razali Jurufoto Encik Mohd Azlizad bin Sulaiman Penerbit Pusat Islam , Universiti Selangor , Jalan Timur Tambahan , 45600 Bestari Jaya , Selangor Darul Ehsan . Tel : 03 - 3280 5059 / 5140 / 5132 / 5134 Email : pusat_islam@unisel.edu.my FB : PUSAT ISLAM UNISEL

Assalamualaikum Wrt. Wbt. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana mengurniakan kesihatan fizikal dan minda serta nikmat yang tidak terhitung kepada kita. Selawat dan salam buat junjungan mulia Habibullah Rasulullah SAW serta para sahabat dan ahli keluarganya. AlhamdulillahRisalah Ad-Deen dapat diterbitkan bagi edisi Mac sehingga Jun 2011 untuk tatapan seluruh pembaca budiman . Saban hari kita memikirkan tentang komitmen samada anda seorang pelajar, pekerja, majikan, anak, ibubapa ataupun masyarakat. Adakah komitmen itu telah dilaksanakan dengan baik ataupun masih ada yang belum selesai dan mungkin juga anda tidak pasti dengan kerja yang anda lakukan sehingga kini. Bagi sesiapa yang mahu di antara kamu, hendak maju ke depan atau mundur ke belakang. Tiap-tiap diri manusia terikat disebabkan oleh usahanya. (Al-Muddastsir : 37-38) Komitmen itu sendiri saling berkait dengan konsep itqan (bersungguhsungguh). Tanggungjawab merupakan amanah bagi setiap individu. Baik buruk hasilnya bergantung kepada komitmen individu itu sendiri. Kelak kita semua dipertanggungjawabkan atas tindakan dan perbuatan yang dilakukan. Seorang yang itqan itu bijak menggunakan dan mengurus masa dalam melakukan kerja serta mengikut tertib dan peraturan. Selain itu juga sentiasa berikhtiar dan berusaha meningkatkan mutu kerja untuk menghasilkan produktiviti yang cemerlang juga wasatiah (seimbang) dalam urusan dunia dan akhirat. Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu kerja, ia dilaksanakan dengan cemerlang (HR al-Baihaqi) Mukmin yang berjaya adalah mereka yang beriltizam, penuh komitmen dan melaksanakan suruhanNya. Sesungguhnya Allah mengasihi hambaNya yang bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan. Sebagaimana Islam juga membenarkan muslimah untuk keluar berkerja selagi mana tidak mengabaikan tanggungjawab dan tidak melanggar ketetapan syariat. Ini selaras dengan konsep kerja adalah satu ibadah. Antara ciri-ciri mukmin yang berjaya juga adalah mereka yang berpegang teguh dalam mentauhidkan Allah SWT dan mencintai Rasulullah SAW. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra ayat 1 yang bermaksud : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Bukan sekadar mengingati tetapi apa yang lebih penting adalah penghayatan di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj serta Maulidur Rasul. Ianya membuktikan kekuasaan dan kebesaran Allah seterusnya mengingatkan kita agar sentiasa menginsafi diri dan mengelakkan diri dari melakukan kejahatan dan maksiat. Syukur dan sabar adalah kunci kejayaan dan kebahagiaan hidup. Kegagalan umat Islam pada hari ini berpunca dari sikap mereka sendiri yang tidak mengikuti syariatullah dan meninggalkan ajaran Islam. Sesungguhnya seluruh ciptaanNya menepati Sunnatullah dan Allah ingin mendidik kita agar menjadi khalifah yang berjaya mentadbir dan memakmurkan bumi serta mencontohi perjuangan serta peribadi Rasulullah dan para sahabat baginda dalam seluruh aspek kehidupan. Semoga kita tidak putus asa dalam meniti laluan hidup dan sentiasa bersangka baik kepadaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama kita. Insan berkualiti, iman terpatri, mantap jati diri, Insya-Allah dirahmati Salam Mawaddah Noor Azzah Mohd Yusof azzah_yusof@unisel.edu.my ADDEEN BIL.3 - M/S 02

Sidang Redaksi Ad-Deen amat mengalu-alukan sumbangan Fakulti / Institusi / Pusat / Bahagian untuk diterbitkan diruangan Ad-Deen. Sumbangan artikel hendaklah berkaitan dengan urusan keilmuan dan aktiviti universiti. Sila hantarkan bahan - bahan tersebut kepada : Pejabat Editor , Pusat Islam Unisel .

Oleh : Tuan Haji Mokhtar Bin Haji Ridzwan BA (HONS) Syariah & Undang-Undang Azhar Cairo Dip Pendidikan UKM

digerakkan bergerak atau dihidupkan


Assalamualaikum Wrt. Wbt. Syukur ke hadrat Ilahi dan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah dengan izinNya jua kita masih berpeluang menjalani kehidupan yang aman dan sejahtera kerana di sebalik itu ada insan lain sedang meratap hiba kerana kehilangan, kemusnahan dan penderitaan rentetan dari bencana alam yang berlaku. Peristiwa yang berlaku di persekitaran kita banyak memberi pengajaran dan peringatan bahawa sesungguhnya kekuasaanNya melebihi segalanya. Apa yang kita kecapi hari ini tidak akan berkekalan selamanya, ianya sekadar pinjaman dariNya samada kita mensyukuri nikmat yang diberikan. Manakala kesusahan yang kita tempuhi hari ini tidak akan selamanya begitu, kerana d i s e b a l i k k e susahan itu ad a kesenangan sebagaimana yang Dia janjikan. Bentengi diri dengan taqwa serta mendidik diri dengan sifat sabar, redha dan tidak jemu berusaha semoga kita beroleh limpah rahmat dan kasih sayangNya sebagaimana maksud firman Allah SWT dalam surah al-Insyirah, ayat 6-8 : Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh -sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon ( apa yang engkau gemar dan ingini). Muhasabah diri amat perlu untuk menilai kembali apa yang telah kita lakukan lewat usia beredar. Sejauhmana kualiti dan sebanyak mana kuantiti amalan kita sebagai benchmark (penanda aras) kepada hubungan kita dengan Allah SWT (dalam bentuk ibadah) dan hubungan

sesama manusia (dalam bentuk hubungan kemanusiaan) dan dengan alam semesta. Segala yang kita lakukan ada nilainya. Walaupun kehendakNya penentu segalanya, ini t i d a k b e r ma kna kita b erserah segalanya tanpa berusaha. Kita sendiri perlu bergerak atau digerakkan atau dihidupkan bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan serta mengoptimumkan potensi diri yang merangkumi aspek pemikiran, rohani dan jasmani .

Melalui pemahaman ayat al-Quran di atas, setiap manusia itu akan diuji. Kita diberikan pancaindera (pendengaran dan penglihatan) untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan. Dengan keupayaan yang Allah berikan, kita boleh memilih untuk mendapatkan jalan hidayahNya atau jalan kemurkaanNya seterusnya membawa natijah(kesan) kepada diri menjadi seorang yang bersyukur atau kufur. Kita dijadikan sebagai khalifah adalah untuk memakmurkan bumi Allah dengan sebaiknya menggunakan keupayaan jasmani, spiritual dan akal fikiran. Setiap tangggungjawab yang diberikan hendaklah dilakukan dengan seimbang dan tidak mengabaikan tanggungjawab yang lain. Jadilah insan yang bersikap adil pada diri, pada Allah SWT, RasulNya, pada manusia dan juga alam. Dan bertawakkal kepada Allah setelah kita melaksanakan sebagaimana yang telah diamanahkan. Semoga kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhira. InsyaAllah..Wassalam

Bertanggungjawab, amanah, ikhlas, berdedikasi, berdisiplin, bekerjasama, bersih fizikal dan rohani, kesederhanaan dan tekun dalam menyempurnakan tuntutan amanah merupakan nilai-nilai peribadi asas yang perlu ada dalam setiap individu .
Nilai dan etika yang baik akan membantu ke arah kecemerlangan dan berkualiti. Islam sendiri menekankan nilai kualiti dalam sesuatu kerja yang dilakukan. Kualiti menurut Islam adalah hasil sesuatu yang kerja yang ada nilai tambah. Nilai-nilai tambah boleh diperolehi melalui Sunnatullah (tabiat kejadian alam), kebiasaan diri serta melalui pembelajaran. Firman Allah SWT bermaksud : Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur ( dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan). Oleh itu maka k a mi ja d ika n d ia b erkea d a a n mendengar dan melihat. Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan (yang benar dan yang salah maka terserlahlah kepadanya) sa ma d a ia b ersyukur (dengan beriman dan taat) ataupun ia berlaku kufur ( dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka). (Surah al-Insan : ayat 2-3).

ADDEEN BIL.3 - M/S 03

Oleh : USTAZ MOHD FATHUR RAHMAN BIN KASDIRAN

Konsep itqan dalam Islam merujuk kepada maksud sempurna atau konsep profesionalime.
Namun perkataan itqan itu mempunyai konotasi yang lebih luas dan holistik kerana ia bertaut kepada aspek ketauhidan kepada Allah S.W.T. Bagi seseorang insan itu, kesempurnaan menuju matlamat insan diciptakan ialah apabila ia berusaha untuk memenuhi segenap aspek kehidupannya di dunia ini sebagai ibadah kepada Allah S.W.T. sematamata, sebagaimana maksud ayat 56 Surah Az-Zariyat: Dan aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka menyembahKu. KESEMPURNAAN YANG BERIMBANG KERJAYA

Dan jika kesibukan terhadap kerjaya menyebabkan kurangnya masa untuk bersama keluarga dan mendidik mereka, anak-anak bakal membesar dan terdidik dengan acuan di kaca TV, permainan video, internet dan rakan sebaya dalam usaha mereka memenuhi kesunyian akibat kurangnya tumpuan ibu bapa. Apabila anak-anak terlibat dengan pelbagai gejala sosial maka adakah kita masih menuju kesempurnaan dalam pembinaan keluarga yang bahagia dan mithali? Adakah kesempurnaan dalam kerjaya mampu menebus kepincangan keluarga sendiri? Sudah tentu jawapanya tidak. Justeru sebarang usaha menuju kesempurnaan berkaitan sesuatu aspek iaitu perlu berimbang dengan keperluan mencapai kesempurnaan dalam aspek lain agar kita berhasil menuju kesempurnaan dalam kualiti kehidupan secara keseluruhannya. KERJAYA MENURUT ISLAM Islam amat menyukai sebarang usaha ke arah kesempurnan dan mempertingkatkan kecemerlangan di kalangan umatnya. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah S.W.T. amat menyukai apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukan dengan dengan penuh ketekunan (Memperbaiki dan menuju ke arah kesempurnaan). (Hadis riwayat al-Baihaqi) Namun jangan lupa bahawa tuntutan kesempurnaan dan kecemerlangan kerjaya dalam Islam itu sewajarnyalah bersifat holistik yang merangkumi prestasi keimanan, imej, personaliti dan sahsiah. Moral, akhlak dan lainya. Apalah gunanya kita berada dalam prestasi kerjaya yang baik dan memuaskan, tetapi etika hubungan kita dengan Allah S.W.T. dan manusia sangat buruk.

Segala kerja yang kita lakukan sewajarnya bertujuan untuk memperbaiki kerohanian, agar kita dapat kebahagiaan dunia dan akhirat sehingga kerjayanya boleh digolongkan sebagai jihad. JIHAD SEBAGAI MATLAMAT Ruhul jihad dalam bekerja sebagai pra syarat menuju segenap potensi dijalan Allah untuk kebaikan setiap orang. Ruhul Mujahada menuntut kesabaran. Semua ini didukung dengan ketekunan dan berterusan. Ruhul jihad menolak setiap bentuk ketidakcermatan dalam pengurusan waktu yang begitu berharga, dengan tegas pula ia menolak setiap perasaan dan sikap lemah, malas dan tidak serius. Semangat inilah yang seharusnya tidak dirosak dan dilumpuhkan oleh pemikiran dan budaya asing. Maka di sinilah kaum Muslimin harus kembali kepada Islam secara benar, mengambil semangat ruhul Islam yang akhirnya setiap muslim akan mampu mengukir prestasi kerjaya dengan penuh keghairahan, dan kemudian secara pasti akan mengembalikan izzah atau harga diri, sehingga dihormati oleh umat lain. Profil seorang muslim adalah insan yang ramah, tetapi bukan lemah, penyantun bukan penghukum, kreatif bukan pasif, selalu memikirkan prestasi tetapi bukan untuk dirinya. Mudah meminta maaf dan memberi bantuan dan kebijaksanaannya adalah dalam rangka mengakui kurniaan Allah dan menghargai jasa atau prestasi orang lain. Berkat prestasi kerja dan amal serta jihad mereka akan membuahkan hasil yang berterusan dan ganjaran yang setimpal serta kehidupannya didalam lingkungan redha Allah S.W.T

Kesempurnaan adalah matlamat segenap aspek dalam kehidupan insan. Kesempurnaan dalam sesuatu aspek sahaja tetapi mengabaikan aspek lain tidak dapat menghasilkan kecemerlangan yang holistik bagi seseorang insan itu serta insan lain dalam lingkungan pengaruhnya. Bagi mereka yang bekerjaya dan berkeluarga misalnya, kesempurnaan dalam kerjaya melalui dedikasi masa dan tenaga bakal membuahkan hasil dalam bentuk kenaikan pangkat, bertambah pendapatan dan lain-lain ganjaran. Namun jika tuntutan bekerjaya itu mengatasi tanggungnjawab sebagai seorang muslim contohnya solat ditinggalkan kerana terlalu sibuk dengan tugas kerja, adakah kita masih menuju kesempurnaan dalam aspek pembangunan diri sebagai seorang muslim??!

Amin.!!!
ADDEEN BIL.3 - M/S 04

Oleh : USTAZ MOHD FATHUR RAHMAN BIN KASDIRAN

Nilai diri anda akan menjadi lebih mahal apabila anda menyedari pentingnya diri mempunyai kualiti dalam setiap aspek kehidupan. Hanya kerana itu dalam apa cara sekalipum anda perlu meningkatkan dan cuba untuk membina kualiti diri.
Selain dari aspek kualiti Iman yang menjadi tunjang kepada kualiti sesaorang hamba Allah, ilmu adalah menjadi unsur kedua paling penting dalam meletakan seseorang itu berkualiti atau tidak. Lihat sahaja dunia menilai manusia dengan sekeping sijil atau segulung ijazah hanya kerana ingin meletakan seseorang itu mempunyai tanda aras dalam menguasai ilmu pengetahuan. Inilah menjadi prinsip pertama yang Allah S.W.T ajarkan kepada baginda Rasulullah S.A.W. KERJAYA DALAM KEHIDUPAN MUSLIM Al-Quran menyebut kerja dengan berbagai terminologi. Al-Quran menyebutnya sebagai amalun yang mencakupi pekerjaan lahiriah dan batiniah atau Filun dengan penekanan makna pada pekerjaan yang menghasilkan keluaran (output) yang bersifat fizikal. Pekerjaan yang dicintai Allah S.W.T. adalah berkualiti. Al-Quran sebagai pedoman kerja kebajikan, kerja ibadah, kerja taqwa atau amal soleh memandang kerja sebagai kudrat hidup. Samada kehidupan spiritual, intelektual mahupun kehidupan individu dan sosial dalam pelbagai bidang. Al-Quran menegaskan bahawa

hidup ini untuk ibadah. Maka kerja, dengan sendirinya adalah ibadah, dan ibadah dapat direalisasikan dengan kerja dalam segala manifestasinya. Jika kerja adalah ibadat dan status hukum ibadat pada dasarnya adalah wajib, maka status hukum kerja adalah juga wajib. Kewajipan itu pada dasarnya bersifat individual. Atau fardu ain, yang tidak boleh diwakilkan kepada orang lain. Hal ini berhubungan secara langsung dengan pertanggungjawaban amal yang bersifat individual, di mana individulah yang akan dipertanggungjawabkan atas amalan masing-masing. Bagi pekerjaan yang secara langsung memasuki wilayah bagi kepentingan umum, maka kewajipan menunaikannya bersifat kolektif atau kebersamaan yang dikenali sebagai kewajipan Fardhu Kifayah. , iaitu satu pekerjaan yang menjamin keberhasilan secara umum. Setiap orang wajib memberikan konsentrasi secara total sesuai dengan kapasiti masing-masing dan tidak ada toleransi hingga tercapai tahap kecukupan (Kifayah) dalam ukuran kepentingan umum. KUALITI DALAM KERJAYA Pra syarat agar setiap aktiviti kita dianggap ibadah dan berkualiti adalah seperti berikut: 1. Ikhlas, iaitu mempunyai hati yang suci serta tulus dalam kerjayanya dan bermatlamatkan mencari Mardhatillah (mencari keredhaan Allah S.W.T.) Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 207. Bermaksud:

Dan diantara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.
2. Benar, iaitu sesuai dengan tuntutan yang diajarkan oleh agama melalui Rasulullah S.A.W. untuk pekerjaan ubudiyah (ibadah khusus) dan tidak bertentangan dengan suatu ketentuan agama dalam hal muamalat (ibadah umum). Ketika memilih pekerjaan, maka haruslah berdasarkan pada pertimbangan moral, apakah pekerjaan itu baik (amal soleh) atau tidak . Islam memuliakan setiap pekerjaan yang baik, tanpa mendiskriminasikannya, apakah itu pekerjaan otak atau otot, pekerjaan halus atau kasar, yang penting dapat dipertanggungjawabkan di hadapan Allah S.W.T. Pekerjaan itu haruslah tidak bertentangan dengan agama, berguna secara fitrah kemanusiaan untuk dirinya dan memberi impak positif secara sosial dan budaya bagi masyarakatnya.

Setiap pekerjaan ada nilai moral dan kewajarannya. Ia dilakukan bukan semata-mata untuk tujuan kebendaan, tetapi mempunyai tanggungjawab moral. Allah S.W.T menjadikan dunia ini untuk dibangunkan oleh manusia, ditadbir dengan sempurna dan bersunggung-sungguh untuk memenuhi keperluan hidup. Firman Allah S.W.T. dalam Surah at-Taubah yang bermaksud:

ADDEEN BIL.3 - M/S 05

Katakanlah wahai Muhammad, beramallah kamu segala yang diperitahkan. Maka Allah S.W.T dan RasulNya serta orang-orang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah S.W.T.) yang mengetahui perkara-perkara ghaib dan nyata kemudian dia memberi tahu kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.

KEIKHLASAN DALAM KERJAYA Islam telah mengatur etika dan penilaian prestasi kerja didahului oleh keimanan dan ketaqwaan serta berusaha untuk memenuhi keredaan Allah S.W.T. Apa juga pekerjaan yang dilakukan sewajarnya berlandaskan kepada kejujuran dan keikhlasan. Inilah asas paling utama perlu difahami oleh setiap individu yang beriman dengan ajaran Islam. Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Baiyyinah ayat 5 yang bermaksud: Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya, lagi tetap teguh di atas Tauhid, supaya mereka mendirikan solat dan membayar zakat dan yang demikian itulah agama yang benar. Justeru itu, Islam mengajar umatnya bahawa ketaqwaan dan kekuatan iman kepada Allah S.W.T. akan dapat meningkatkan lagi kualiti sahsiah dan imej diri seorang pekerja, tidak kira status mereka samada mereka yang bergelar pemimpin, pegawai, buruh dan sebagainya. Wassalam.

Nota : Imej diri perlu dipelihara sejajar dengan imej keislamannya...

kita menganggap sebagai perkara kecil dan biasa tetapi kita sebenarnya terlupa bahawa dengan tersenyum kita sudah melakukan ibadah. Bersedekah tidak semestinya dengan harta malahan dengan senyuman kita sudah boleh melakukan amalan sedekah. Rasulullah SAW bersabda : Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah. ( HR Tirmizi dan Abu Dzar) SENYUM DARI HATI Amalan senyum itu adalah perkara mudah dan murah untuk dilakukan. Betapa manisnya senyuman yang diberikan jika senyuman itu datangnya dari hati iaitu senyuman yang ikhlas dan kerana Allah. Sudah pasti keikhlasan yang terbit dari hati akan terpancar indah pada raut wajah dan jangan lupa ikhlaskan senyuman itu dan perlu ikhlaskan senyuman itu bukan sahaja pada orang yang disenangi tetapi juga pada orang yang tidak disukai walaupun pada musuh. Kita boleh rujuk sebuah kisah yang ditulis oleh Imam Bukhari mengenai peristiwa Saiditina Aisyah dan Rasulullah SAW.

SenyumanKadangkala

Saiditina Aisyah berkata : Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda : Dia adalah seburukburuk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW : Wahai Rasululah, ketika kau melihat orang itu dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda : Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik? SENYUM PENAWAR DUKA Ketahuilah senyuman itu penawar duka kerana kehebatan kuasa senyuman itu akan mampu mengubati rasa sedih,kecewa dan kesakitan. Reaksi positif ini akan membantu menghilangkan sifat negatif yang ada. Orang yang tabah adalah orang yang mampu tersenyum walaupun sedang diuji dengan dugaan yang hebat. Senyuman adalah anugerah terindah kurniaan Allah, suatu nikmat yang pasti , suatu kemesraan penghubung ukhwah ADDEEN BIL.3 - M/S 06

Oleh : USTAZ ABD. RAHMAN BIN RIDEWAN

" aha suci (Allah) yang telah M menjalankan hamba-Nya (Muhammad s.a.w.) pada suatu malam hari, dari masjidil Haram ke masjidil Aqsa, yang telah Kami berkati sekelilingnya, kerana hendak Kami perlihatk a n k e p a d a n y a t a n d a -t a n d a K a m i . Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha melihat." (Al-Isra': 1)
Setiap kali tiba tarikh 27 Rejab pasti terimbau kembali peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada tahun kesebelas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Rentetan peristiwa itu wajar dihayati kerana ia bukan sekadar mengisahkan perjalanan Rasulullah SAW tetapi adalah pengalaman bermakna dalam kehidupan peribadi Baginda sendiri. Allah s.w.t. telah mengisra'kan (memperjalankan di waktu malam hari) Nabi Muhammad s.a.w. dari masjidil Haram (di Makkah) ke masjidil Aqsa ertinya masjid yang jauh (di Palestin). Dahulunya orang biasa berjalan kaki dari satu tempat ke tempat, ataupun menaiki kuda, keledai, unta dan sebagainya. Perjalanan dari Makkah ke Palestin mengambil masa lebih kurang 40 hari. Ini adalah suatu perjalanan yang jauh, tetapi dengan kuasa Allah telah dilakukan dalam masa yang singkat, hanya dalam beberapa jam sahaja. Bagi orang dahulu, perjalanan yang demikian jauh jika dapat dilakukan dalam masa beberapa jam sahaja adalah suatu hal yang luar biasa dan tidak dapat diterima oleh logik akal mereka. Kerana pada waktu itu belum ada kenderaan yang mereka tunggangi seperti kuda, keledai ataupun unta yang boleh melakukannya. Pada zaman yang serba maju sekarang ini, hal itu telah menjadi perkara biasa, dengan adanya kapal terbang dan kenderaan lain yang laju. Oleh kerana itu mereka yang tidak beriman seperti Abu Jahal dan pengikut-pengikutnya menggunakan peristiwa ini untuk menjatuhkan nama baik Nabi Muhammad S.A.W. dengan menuduh Nabi S.A.W. seorang pendusta dan berbagai tuduhan keji lainnya. Mereka yang beriman dapat menerimanya kerana ia merupakan salah satu tanda dari kekuasaan Allah s.w.t. yang telah pernah diberikan kepada Rasul-rasulnya yang lain seperti Nabi Isa a.s. yang dilahirkan dengan tidak mempunyai ayah malah beliau dapat berkata-kata di waktu bayi, dapat menyembuhkan orang yang sakit, dapat menghidupkan orang yang telah mati dan sebagainya.

Demikian pula Nabi Musa a.s., tongkatnya dengan kuasa Allah telah menjelma menjadi ular yang besar yang dapat menelan dan mengalahkan ular ahli sihir raja Firaun. Malah Nabi Musa dengan tongkatnya dapat membelah lautan untuk menyelamatkan para pengikutnya dari kejaran Firaun dan bala tenteranya. Banyak lagi tanda-tanda kekuasaan dari Allah s.w.t. yang telah diberikan kepada para Rasul yang disebutkan dengan mukjizat dan kepada hambanya yang soleh disebutkan sebagai karamah. Dalam perjalanan dari Baitul Muqaddis, Baginda s.a.w kemudian Mikraj ke langit pertama hingga ke tujuh. Allah memperlihatkan pelbagai kejadian aneh dan pelik kepada Rasulullah SAW sepanjang perjalanan sebagai gambaran balasan kepada hamba-Nya yang berbuat kebaikan dan kemungkaran sepanjang kehidupan di dunia. Antaranya, kepada Nabi s.a.w. telah ditunjukkan seorang tua yang terus menerus menambahkan beban yang sedang dipikulnya. Meskipun ia tidak mampu lagi membawanya tapi masih juga menambah beban yang telah banyak itu sehingga menyusahkan dirinya sendiri. I ni d iumpamakan kepada seseorang yang memegang banyak pekerjaan yang menjadi tanggungjawabnya. Sehingga tidak ada satupun pekerjaan yang dapat ditunaikan dengan baik. Tetapi masih juga menerima tugas baru. Sepatutnya ia hanya menerima tugas yang ia sanggup menyelesaikannya dengan baik. Akan tetapi oleh kerana sifat tamak dan ingin menunjuk-nunjuk atau supaya dikagumi, masih juga menerima tugas yang dia sendiri tidak dapat menunaikan dengan baik. Padahal masih ramai orang lain yang tidak mempunyai pekerjaan atau menganggur, tetapi orang ini tidak diberikan kesempatan tugas itu. Maka terjadilah ketidakseimbangan yang akan merugikan masyarakat dan negara.

Dalam perjalanan tersebut Rasulullah s.a.w. juga telah ditunjukkan suatu kaum yang bertanam sehari dan menuai sehari. Ini diumpamakan kepada orang yang melakukan amal kebajikan yang telah dilipat gandakan Allah pahalanya.
ADDEEN BIL.3 - M/S 07

Nabi s.a.w. juga telah ditunjukkan orang lelaki yang suka memakan makanan yang telah tercemar, telah busuk, sedangkan di sampingnya ada makanan yang bersih dan baik, akan tetapi makanan yang bersih dan masih baik ini tidak dijamahnya. Ini diumpamakan kepada lelaki yang suka berzina. Isterinya sendiri tidak dipedulikan, yang menjadi kesukaannya ialah perempuan pelacur, sehingga akhirnya dia mendapat berbagai penyakit kelamin, penyakit AIDS dan sebagainya sehingga menghancurkan kehidupannya malah keluarganya juga turut terkorban, akibat perbuatan kejinya itu. Masih banyak lagi perumpamaan lainnya, semuanya ini merupakan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. yang ditunjukkan kepada Nabi s.a.w. untuk menjadi contoh teladan kepada umat manusia. Peristiwa paling besar dan penting diterima Baginda s.a.w ketika Israk dan Mikraj ialah perintah Allah supaya umatnya melakukan ibadah solat fardu. Ianya menjadi penghubung manusia kepada Allah, peringatan tentang keagungan-Nya dan tanda kesyukuran hamba-Nya atas nikmat yang dicurahkanNya. Ia merupakan asas bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW: " malan A pertama yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka baiklah segala amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain". (Diriwayatkan oleh al Tabrani di dalamal Awsot juga disebut di dalam Majma' al Zawaid (1/291). Perintah memfardukan solat disampaikan oleh Allah s.w.t secara langsung kepada Nabi Muhammad s.a.w tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril . Solat merupakan amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Ini menunjukkan bahawa solat memiliki kelebihan dan keutamaan berbanding ibadah-ibadah lainnya. Sesungguhnya dengan melazimkan diri menunaikan solat secara sempurna dengan khusyuk kepada Allah, akan menanam di dalam jiwa sifat muraqabah kepada-Nya, bertakwa kepada -Nya, menunaikan perkara yang menjurus kepada keredhaan-Nya, berkata benar apabila berbicara, menunaikan janji apabila berjanji, menunaikan amanah,

bersabar ketika ditimpa kecelakaan dan bersyukur dengan nikmat-Nya.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Maarij ayat 19 hingga 23 : Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan solat. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya.
Seorang hamba yang memelihara solatnya dengan sempurna, tidak akan terleka dalam kesibukan dan urusan sehariannya. Sesungguhnya sesiapa yang memelihara solatnya dengan menunaikannya dengan khusyuk, akan diampunkan dosanya dan dikasihi oleh Tuhannya. Sementara itu, bagi sesiapa yang tidak memelihara solatnya, maka dia diharamkan di dunia daripada memperolehi nikmat keberkatan, taufik dan kebaikan serta akan diazab. Tidak ada alasan bagi siapa pun untuk meninggalkan solat. Jika kita sakit tidak mampu menunaikan dengan berdiri, boleh ditunaikan dengan duduk. Tidak ma mp u d u d u k dibolehkan secara berbaring. Tidak boleh dengan berbaring dibenarkan dengan isyarat. Tidak ada air boleh tayammum, pendek kata ibadah solat mestilah ditunaikan dalam keadaan apa pun juga dan di mana pun kita berada. Kecuali jika timbul sesuatu halangan yang memang telah ditakdirkan Allah seperti tidak siuman (gila), pengsan, tertidur dan sebagainya. Sebelum menunaikan solat kita mesti terlebih dahulu membersihkan diri daripada najis dan mengambil wudhuk. Tempat kita bersujud juga perlu bersih. Ketika mendirikan solat kita hanya menumpukan seluruh perhatian kita hanya kepada Allah s.w.t. Semua yang kita lakukan sebelum dan ketika solat semua itu akan mendidik kita menjadi orang yang bersih, berdisiplin, dan insya-Allah akan menyihatkan rohani dan jasmani kita dengan gerakan-gerakan yang dilakukan ketika solat.

I n s ya -Al l a h j i ka kita rajin me n u n a i ka n ibadah solat dengan teratur dan rapi akan membentuk peribadi yang sihat dari aspek rohani dan jasmani. Solat mengeratkan dan memelihara hubungan manusia dengan Allah s.w.t, baik di kala ditimpa kesusahan mahu pun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah s.w.t sajalah yang mampu memberikan pertolongan dan menghilangkan segala kesedihan serta kesusahan pada diri manusia, sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. telah kehilangan dua insan yang amat berjasa dan sangat baginda kasihi lantaran pergi buat selama-lamanya menghadap ilahi iaitu kewafatan isteri baginda Siti Khadijah dan bapa saudara baginda Abi Talib. Peristiwa ini berlaku sebelum peristiwa Israk Mikraj. Ia memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah s.w.t sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Inilah intisari di sebalik perjalanan Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w.

Banyak lagi peristiwa yang diperlihatkan Allah kepada Rasulullah SAW sepanjang peristiwa mikrajnya ke langit. Semoga kita dapat bermuhasabah diri, merenung, menghayati dengan sebaiknya dan mengambil iktibar daripada peristiwa itu pada bulan Rejab yang mulia....

ADDEEN BIL.3 - M/S 08

Oleh : USTAZAH ZAHIDAH BTE MUHD ZAIN

Belajar di peringkat menengah, kemudian masuk ke universiti. Setelah itu, bekerja dan kemudiannya melakukan double shift antara perkahwinan dan melahirkan anak. Saya teringat kata-kata emak saya ketika saya di usia remaja dan agak liat untuk membantu kerjakerja memasak: "Orang perempuan ni, walau pandai macamana sekalipun, akhirnya masuk dapur juga."
Saya akuinya memang ada benarnya kerana walaupun sudah bekerja dan berkahwin, wanita tetap kena masuk dapur juga. Wanita yang dilahirkan dengan penuh sifat keibuan itu tidak `ralat' untuk memasak dan melakukan kerja-kerja rumah kerana ia merupakan tugas seorang ibu. Dulu lain, sekarang lain..

Itulah hakikatnya dimana semakin ramai wanita yang berkahwin tidak menjadi suri rumah sepenuh masa. Rata-rata di kalangan wanita yang berpendidikan tinggi pula mempunyai kerjaya yang setanding dengan pendidikan yang ada. Terdapat berbagai-bagai alasan mengapa mereka perlu ke luar dari rumah untuk bekerja dan berkerjaya. Antaranya wanita bekerja di luar rumah untuk membaiki ekonomi rumah tangga, Bagi mereka yang mempunyai kelulusan, ilmu di dada perlu dikongsi dan khidmat ditabur kepada masyarakat untuk pembangunan umat dan negara. Ada yang perlu menjelaskan hutang pinjaman pelajaran yang dibuat ketika belajar di institusi pendidikan tinggi. Dengan senario sedemikian, ramai wanita sekarang memilih untuk bekerja. Namun begitu isu hukum wanita bekerjaya dengan bekerja di luar rumah sering menjadi pertikaian. Menurut Ust Zaharuddin Abdul Rahman di dalam buku Untukmu wanita, terbitan Galeri Ilmu, 2009, Islam membenarkan isteri atau wanita bekerja namun ia terikut dengan syarat -syarat sebagaimana yang disebut oleh Prof. Md Uqlah Al-Ibrahim :

1. Terdapat keperluan yang menyebabkan ia terpaksa keluar daripada tanggungjawab asalnya seperti kematian suami, memberikan bantuan kepada kedua ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur tubuhnya, membantu perniagaan suami yang memerlukan banyak kos dan tenaga, mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh masyarakat seperti doktor sakit puan dan sebagainya. 2. Mestilah kerja ini bersesuaian dengan fitrah seorang wanita dan kemampuan fizikalnya. 3. Mestilah keluar bekerja dengan menutup aurat dan sentiasa menjauhi fitnah di tempat kerja. 4. Mestilah kerja itu tidak memerlukannya berdua-duaan dan bercampur secara bebas dengan lelaki yang bukan mahramnya. 5. Mendapat keizinan wali atau suami 6. Mestilah kerjayanya tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggungjawab di rumah terhadap anak serta suami 7. Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada pengumpulan harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki. 8. Mestilah berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecacatan dalam pendidikan anak-anak.
Digalakkan ia dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan bukan selama-lamanya sehingga pencen kecuali jika mempunyai kualiti yang amat diperlukan oleh masyarakat umum seperti guru dan sebagainya.

Di IPT, pelajar perempuan mendominasi kemasukan ke uni versiti berbanding pelajar lelaki, Di sektor pekerjaan, perempuan lebih ramai dari lelaki, Di sekolah, guru perempuan lebih ramai dari lelaki,

ADDEEN BIL.3 - M/S 09

Secara fitrahnya wanita dituntut memberi perhatian utama mereka kepada suami, anak dan keluarga. Walaupun wanita dibenarkan bekerja, namun tidak bererti suami boleh duduk berehat bersama anak di rumah.Suami isteri yang bekerja adalah diterima dalam Islam selagi mana mereka tahu dan bijak merancang pendidikan dan penjagaan anakanak dan tidak menggalakkan bekerja tanpa sebab-sebab mendesak. Kita seharusnya ingat jika bekerja sekadar disandarkan oleh perasaan untuk lebih bermewah dan keseronakan membeli-belah dengan menggunakan duit sendiri, ini tidak diterima oleh Islam. Islam tidak menghalang wanita melakukan perkerjaan sekiranya ia dilakukan untuk keperluan diri, keluarga, masyarakat dan negara malahan Islam menganggap pekerjaan yang dilakukan oleh wanita atau lelaki merupakan suatu ibadah selagi dilakukan dengan niat yang ikhlas dan tidak terkeluar dari landasan dan peraturan Islam.

wanita, peranan sebagai isteri dan ibu amat penting. Walaupun sibuk dengan tugas di pejabat, wanita harus bijak membahagikan masa bersama anak-anak dan suami. Persoalannya, bukan berapa lama kita menghabiskan masa bersama anak-anak dan suami tetapi tentang kualiti masa yang terluang. Sebagai contoh, apabila seorang ibu berjanji untuk bermain, membeli-belah dan bersiar-siar dengan anak-anak, mereka perlu menunaikannya. Selain itu, wanita perlu bijak membahagikan masa untuk mendidik anak-anak tentang nilai murni kehidupan kerana tanpa pengawasan ibu bapa, generasi muda pada hari ini banyak dipengaruhi faktor negatif di persekitaran mereka. Cuba bayangkan keadaan ini pula Lepas pulang dari kerja, anda siapkan diri, kemudian anda bersama anak-anak dan suami untuk makan malam. Selepas makan, anda berkumpul di ruang tamu bersama anak-anak untuk bertanya tentang aktiviti seharian mereka. Kemudian anda menasihati anak-anak dan mengajarnya sedikit sebanyak tentang hal-hal akademik. Kemudian anda memberi pesanan terakhir sebelum masuk ke bilik tidur tentang hari esok. Cukuplah masa yang di ambil itu cuma 1-2 jam sahaja. Kualiti masa yang diluangkan pada anak-anak lebih berharga walaupun hanya sekejap sebagai contoh sekurang-kurangnya luangkan masa beberapa minit untuk menghubungi keluarga dalam sehari untuk bertanya khabar. Secara tidak langsung ia mengeratkan hubungan dan kasih sayang. Ironinya, walau setinggi manapun jawatan yang disandang, kebijaksanaan dalam menguruskan rumah tangga sering menjadi kayu pengukur. Sebagai wanita yang ingin berjaya, keseimbangan antara rumah tangga dan kerjaya perlu diurus dengan bijak. Berikut adalah tip-tip yang boleh kita renungkan dan sebagai panduan ( sumber artikel dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, 2007 Dilema Wanita (Ibu) Bekerja )

1.

Pengurusan Waktu

- Pengurusan waktu adalah strategi penting yang perlu diterapkan oleh para ibu bekerja agar dapat mengoptimumkan peranannya sebagai suri rumah, isteri dan sekali gus pekerja. Untuk itu, terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan: a. Tentukan dan tetapkan tujuan anda dalam bekerja - Apakah yang menjadi motivasi dan tujuan anda dalam bekerja? Apakah untuk mendapatkan income atau lebih berorientasi pada kerjaya. Sesuaikan dengan keadaan dan keperluan anda bersama keluarga. b. Tetapkan keutamaan - Dengan menetapkan keutamaan anda, anda boleh mula menentukan jenis aktiviti untuk memainkan beberapa peranan sekali gus (sebagai isteri, ibu, dan pekerja). Misalnya, meskipun anda bekerja, namun sebaik sahaja pulang kerja anda harus memperuntukkan waktu yang berkualiti sama ada untuk anak mahupun suami. Atur atau susun agenda agar anda dapat mengatur kegiatan secara lebih sistematik dan berkesan. c. Agihkan beberapa tugas (baik tugas pejabat mahupun tugas rumah) kepada orang lain. - Agihkan beberapa tugasan kepada orang lain untuk dapat melicinkan pekerjaan anda dan membuatka anda berupaya meluangkan lebih banyak waktu untuk keluarga.

Dilema wanita bekerja dan pengurusan masa


Apabila keputusan mendirikan rumah tangga selesai, tiba pula saat untuk menimang cahaya mata. Bagi mereka yang baru memasuki alam itu, mungkin agak kelam-kabut di awalnya, namun menjadi lebih mudah selepas seketika malah melihat perkembangan pembesaran anak, segala penat lelah terubat dan lenyap begitu saja. Namun, sebagai seorang wanita yang sudah berkeluarga, tekanan pastinya lebih berat, lebih-lebih lagi jika berkerjaya, baik makan gaji mahu pun bekerja sendiri. Situasi ini sering menjadi dilema kepada wanita samada menumpukan keluarga atau kerjaya. Mereka sering mengalami rasa serba salah sehingga menganggap ia satu beban. Tanggungjawab ini bukanlah satu bebanan dan wanita perlu bijak membuat keputusan mengutamakan keperluan hidup. Wanita yang berkerja sering berjauhan dengan anakanak menimbulkan rasa bersalah, risau serta tidak puas hati dengan apa yang dilakukan. Dalam menangani dilema wanita bekerja, wanita perlu memahami keputusan yang bakal dibuat tentang keutamaan yang perlu diberi antara kerjaya dan keluarga. Sebagai

Kita seharusnya ingat jika bekerja sekadar disandarkan oleh perasaan untuk lebih bermewah dan keseronakan membeli-belah dengan menggunakan duit sendiri, ini tidak diterima oleh Islam.

ADDEEN BIL.3 - M/S 10

2. Pengurusan Keluarga Peranan berganda ini memerlukan komitmen yang tinggi, baik sebagai pekerja/profesional mahupun sebagai ibu. Jika di rumah, seseorang ibu akan dituntut komitmennya untuk memberikan perhatian pada anggota keluarga yang lain, seperti suami dan anak. Bagi pasangan yang mempunyai anak yang besar (remaja), mereka boleh meminta bantuan daripada anak -anak untuk turut membantu mengurus tugas-tugas rumah tangga seharihari. Ajarkan prinsip kerjasama dan tanggungjawab sejak awal pada anak agar mereka terbiasa untuk bersikap berdikari, mempunyai inisiatif dan boleh diharapkan.Jika anak masih kecil, usahakan untuk mendapatkan pengasuh yang baik, bertanggungjawab dan boleh dipercayai ketika anda pergi bekerja. Contohnya : Ibu bapa membahagikan tugasan tertentu kepada anakanak supaya dapat melatih mereka melakukan kerja rumah tanpa mengharap sepenuhnya akan ibu dan ayah. Selain itu, ia dapat memupuk kerjsama dan kepercayaan ibu bapa terhadap anak-anak. 3. Pengurusan Pekerjaan Untuk memperolehi quality time bersama keluarga, anda perlu bersikap lebih efisien dan produktif dalam pekerjaan. Semakin anda tidak efisien dan produktif, semakin banyak pekerjaan yang tertunda dan semakin anda berasa malas untuk menyelesaikannya, hingga memberi kesan negatif hubungan anda dengan keluarga. Meskipun sudah berada di rumah, fikiran anda melayang ke pejabat/tempat kerja, apatah lagi apabila mengingatkan tugas-tugas anda di tempat kerja yang belum selesai Akibatnya, anda stress dan sensitif terhadap anak-anak dan suami. Jadi, pengurusan keluarga yang baik, dipengaruhi juga oleh pengurusan waktu dan produktiviti yang baik di tempat kerja. Seperti yang telah diungkap sebelumnya, jika mungkin, agihkan beberapa bebarapa yang boleh anda berikan kepada orang lain ( konsep teamwork) agar waktu kerja anda lebih efisien dan produktiviti anda pun dapat mencapai tahap maksmimum.

4. Pengurusan Diri Untuk mengatur diri sendiri, anda perlu mengenali diri anda sendiri. Kenalilah, seberapa tinggi tingkat toleransi anda terhadap stress dan hal-hal yang dapat membuatkan anda berasa stress. Hindarkan tindakan-tindakan atau kegiatan yang hanya akan menambah permasalahan, dan ubahlah cara berfikir irrasional yang mengganggu ketenangan hidup anda.

Ciptakan suasana rileks di dalam hati anda dan berfikirlah secara positif agar anda tidak terlalu tegang dan mudah memberi reaksi yang mesra terhadap orang lain. Seringlah bergurau senda, bersenam ringkas, berjenaka dengan anggota keluarga dan teman-teman, untuk melepaskan ketegangan dan kebosanan. 5. Memelihara Sokongan Sosial Memelihara atau memupuk hubungan baik dengan rakan-rakan di sekeliling anda serta pihak atasan amat penting untuk mencegah timbulnya masalah yang tidak perlu. Bahkan, sokongan moral dan emosi daripada rakan-rakan dan pihak atasan berupaya membuatkan anda lebih bersemangat untuk bekerja. Kewujudan atau kehadiran mereka juga dapat berperanan secara positif dalam membantu anda sewaktu menghadapi masalah keluarga. Pengertian dan perhatian mereka membuatkan anda merasa lebih tenang ketika anda meninggalkan pejabat atau menangguhkan tugas kerana masalah-masalah penting dalam keluarga. Tegasnya, anda sahaja yang lebih kenal siapa diri anda yang sebenarnya. Selagi anda bersikap dan berfikiran positif, anda akan berupaya menghadapi apa sahaja dugaan sama ada di tempat kerja mahupun di rumah.

Daripada memikirkan hal-hal yang negatif, merisaukan hal-hal yang belum pasti, lebih baik jika anda sudah mulai stress kerana overload atau keletihan, berehatlah sejenak! Ambillah waktu bersantai untuk melakukan aktiviti yang anda suka, misalnya berenang, membaca buku, bersantai di rumah, mengunjungi teman lama, pergi ke tempat reakrasi - maknanya, menimba tenaga baru.
Dengan tersedianya tenaga baru, maka anda akan lebih mempunyai daya tahan yang kuat menghadapi tekanan yang muncul daripada masalah-masalah di tempat kerja mahupun di rumah.

Nota : Secanttik - cantik Perhiasan adalah WANITA SOLEHAH ADDEEN BIL.3 - M/S 11

Oleh : USTAZAH ZAHIDAH BTE MUHD ZAIN

Abang, tolonglah hantarkan kuih dan nasi lemak ini di kedai seberang. Teriak Mariam pada suaminya. Ah! Aku tak senang, pergilah kau hantar sendiri.Tak lama lagi kita boleh jadi kaya. Ahmad tersenyum sendiri. Mariam tidak kuasa membantah, dia menjinjing bakul dan nasi lemak, berjalan pantas ke kedai seberang.Hari semakin tinggi sedangkan suaminya, masih berlengkar di tempat tidur berangan-angan nak jadi kaya. Tak lama lagi kau tak payah susah -susah jual kuih dan nasi lemak, kalau aku kena nombor ekor kita boleh jadi kaya. Dia tersenyum-senyum memandang isterinya. kalau abang menang pun nak buat apa dengan duit haram tu.Itu duit judi saya tak mahu. Jelas isterinya bersungguh-sungguh. Namun bagi situasi di atas, peranan seorang suami cukup besar dalam membentuk keluarga sakinah. Jika seorang lelaki gagal membimbing keluarganya , maka di situlah kepincangan keluarga akan berlaku. Justeru itu, peranan seorang suami sebagai ketua keluarga amat penting dalam pembentukan keluarga masa kini. Apabila suami dan isteri tahu dan sedar akan tanggungjawab masing-masing, maka pembentukan keluarga sakinah akan tercapai. Sebuah keluarga yang bahagia bukan sahaja dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi nak-anak dan ahli keluarga yang lain. Membina sebuah keluarga bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi untuk membentuk sebuah keluarga yang sakinah . Namun, itulah yang menjadi impian setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Rumahtangga seharusnya menjadi tempat yang tenang bagi setiap anggota keluarga. Tidak kira ke mana pun anggotanya pergi, mereka tetap mahukan ketenteraman di dalam rumah. Alangkah cantiknya jika si ayah menjadi imam dan diikuti isteri dan anakanak. Ayah kemudiannya membacakan doa untuk kesejahteraan keluarga dan diaminkan isteri dan anak-anak. Atau pada waktu cuti selepas solat Subuh, ayah memberikan sedikit tazkirah atau pun sekadar bacaan beberapa potong ayat al-Quran dan hadis. Kemudian, diikuti dengan tadarus beramairamai dan selepas itu saling bersalaman antara satu sama lain.

Tetapi, berapa ramai keluarga di luar sana, ayahnya mampu melakukan tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang menjadikan agama sebagai panduan hidup. Hakikatnya, itulah yang senario dan realiti yang berlaku pada masa kini. Apabila berbicara tentang memperkasakan institusi kekeluargaan, tidak dapat lari daripada hubungan yang sihat antara ibu bapa atau suami isteri. Kerana anak-anak tidak akan berasa selamat andainya ibu bapa sering bertengkar, bergaduh depan anak-anak, melakukan jenayah dan berlaku kecurangan. Rumah bukan lagi tempat yang mendamaikan buat anak-anak, isteri dan suami. Anak-anak lebih suka menghabiskan masa di luar bersama kawan-kawan dan anak -anak gadis pula lebih cenderung mencari kasih sayang dan perhatian daripada teman lelaki. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (al-Rum: 21). Di dalam ayat di atas terdapat tiga elemen utama yang menjadi asas pembentukan sebuah keluarga iaitu As-Sakinah, Al-Mawaddah dan At-Tarahum. As-Sakinah yang dimaksudkan di sini ialah ketenangan jiwa dan kedamaian perasaan di mana keluarga yang tenang dan bahagia di samping ahli keluarganya. Keluarga menjadi tempat kembali ke mana pun anggotanya pergi. Mereka merasa nyaman di dalamnya, dan penuh percaya diri ketika berinteraksi dengan keluarga yang lainnya dalam masyarakat. Al-Mawaddah pula ialah perasaan saling sayang menyayangi iaitu perasaan cinta yang lahir di atas dasar takwa dan keimanan kepada Allah. Apabila pasangan saling menyayangi atas dasar iman maka lahirlah rasa tanggungjawab dan semangat pengorbanan bagi membahagiakan antara satu sama lain. Rumahtangga yang dibina tanpa Al-Mawaddah selalunya akan terdedah kepada kecurangan dan kebencian apabila harta atau kecantikan yang dikejar sudah semakin pudar. At-Tarahum bererti kasihan suami isteri yang lahir dari hati yang ikhlas. Matlamatnya membimbing memandu antara satu sama lain ke belas tulus dan arah

ketundukan kepada Allah di dalam setiap urusan kehidupan. Justeru rumah tangga akan sentiasa diwarnai dengan suasana kehidupan yang penuh dengan kesefahaman yang tinggi. Kesefahaman inilah yang menatijahkan kebahagiaan yang berkekalan. Kesefahaman akan menghalang sebarang anasir yang boleh merosakkan rumah tangga seperti cemburu, buruk sangka dan sebagainya. Kejayaan rumah tangga amat berkait rapat dengan kejayaan ibu bapa mencorakkan anak-anak mereka. We can choose friends. We can choose spouse. But we cannot choose family. Allah knows best, the people around you are the best for you. Sesungguhnya kita perlu mengetahui bahawanya kita mungkin diuji oleh Allah dengan sikap-sikap ahli keluarga , tetapi bagi orang lain pula Allah uji dengan ujian yang berbeza .Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Riwayat Bukhari). Rasulullah menjelaskan pentingnya pengaruh ibu bapa dalam pembentukan peribadi anak-anak supaya terus berada dalam keadaan fitrah atau diibaratkan sebagai kain putih. Anak adalah ibarat kain putih yang boleh dicorakkan pelbagai warna oleh ibu bapa mereka. Kita perlu ingat dan sabar bahawasanya mendidik anak-anak adalah proses yang panjang. Ia memerlukan ilmu, kesabaran dan kemahiran yang tinggi. Sehubungan itu, memiliki keluarga Sakinah adalah impian dan harapan setiap ibu bapa dan anak-anak di mana ia adalah konsep keluarga yang dapat memberikan ketenangan psikologi. Impian ini boleh dicapai dengan semua anggota keluarga terutamanya ibu bapa mengamalkan tanggungjawab mereka dengan ikhlas dan efektif yang berlandaskan budaya keluarga Islam. Secara tidak langsung, boleh mendidik anak-anak menghayati budaya keluarga Islam yang cemerlang, di samping menghindari ahli keluarga ke arah kemungkaran dan keruntuhan akhlak. Dengan itu, lahirlah sebuah rumah tangga yang terhias dengan penuh sakinah atau ketenangan. TEPUK DADA TANYA IMAN.
Sumber : Utusan Malaysia : Utusan Malaysia : Utusan malaysia : Yayasan Dakwah : Islamiah Malaysia keluarga sakinah rancang dengan sistematik Hiasi rumah tangga dengan sakinah Berkahwin pelihara keturunan Sakinah: Bahagia sebuah Keluarga.

ADDEEN BIL.3 - M/S 12

Hijrah Mereformasikan Ummah

Program bermula jam 7.00 pagi pada hari Jumaat 19 November 2010 bertempat di Masjid Umar Abd Aziz, UNISEL anjuran Pusat Islam bersama Jawatankuasa Masjid UNISEL, Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Pentadbiran & Sumber manusia. Penyertaan adalah sebanyak 6 ekor lembu dan seekor kambing. Bayaran penyertaan bagi 1 bahagian qurban adalah RM360. Program ini dijayakan oleh kakitangan dan pelajar UNISEL turut mendapat kerjasama orang Kg. Bestari Jaya dan pihak Jana Niaga. Gotong- royong memasak juga diadakan bermula sejak hari khamis bagi menyediakan bahan-bahan dan persiapan untuk jamuan sebanyak 300 orang . Jamuan selepas solat Jumaat.

~ Pidato di atas disampaikan oleh Y.Bhg. Dato Dr. Sidek Fadzil, Presiden Kolej Dar al-Hikmah pada 30 Disember 2010 di Masjid Umar Abd Aziz UNISEL. Program ini dihadiri seramai 150 orang yang terdiri daripada pelajar dan staf UNISEL. ~ Para hadirin solat maghrib dan isyak berjemaah. Program berakhir jam 9.00malam dan jamuan disediakan untuk para hadirin.

ANUGERAH TOKOH MAULIDUR RASUL (UNISEL) PROF. MADYA HAJI ZAINAL ABIDIN BIN KIDAM Naib Presiden / Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar

~ ~

Program ini diadakan pada hari Jumaat 18 Februari 2011 bersamaan 15 Rabiulawwal 1432H. Sambutan kali ini dimeriahkan dengan perarakan kontinjen yang terdiri dari staf dan pelajar Unisel mewakili setiap jabatan, fakulti dan persatuan pelajar. Perarakan bermula jam 8.30 pagi bergerak dari Masjid Umar Abd. Aziz Unisel menuju ke Dewan Utama. Pihak penganjur telah menjemput Ahli Parlimen Kuala Selangor iaitu Yang Berhormat Dr. Hj. Dzulkefli bin Ahmad bagi merasmikan program sambutan maulidur rasul peringkat Unisel. Seterusnya penyampaian hadiah oleh Presiden & Naib Canselor Unisel, Ybhg. Datuk Dr. Rosti Bin Saruwono kepada pemenang perbarisan dan sepanduk Maulidur Rasul, iaitu Fakulti Sains dan Bioteknologi. Acara berikutnya adalah penyampaian Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 1432H/2011 peringkat UNISEL yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Kuala Selangor kepada Prof. Madya Hj. Zainal Abidin bin Kidam (Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor HEP) selaku penerima anugerah tokoh kali ini.

BIODATA RINGKAS Dilahirkan pada tanggal 7 Mei 1950 di Kuala Pilah. Kemudian dibesarkan di Selangor. Hasil perkahwinan beliau dengan isteri tersayang Puan Samsiyah telah dikurniakan dengan 4 orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Dua daripadanya merupakan doktor perubatan yang berkhidmat di Hospital kerajaan. Mengimbas kembali sejarah pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Rendah Clifford, Kuala Kangsar. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Clifford. Kemudian beliau telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman(STAR) Ipoh, Perak setelah mendapat keputusan yang cemerlang di Tingkatan 3. Tamat tingakatan 6 Atas di STAR, beliau telah melanjutkan pelajaran sehingga Tingkatan 6 Atas. Setelah itu, Prof Madya Hj Zainal menyambung pengajian ijazah awal di Universiti Malaya dalam jurusan Sains Pertanian dengan pengkhususan dalam bidang Ekonomi Pertanian. Usaha gigih menimba ilmu dan pengalaman diteruskan ke peringkat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam bidang kewangan dan pelaburan di University of Wisconsin, Amerika Syarikat. Disember 2008 merupakan saat manis bagi beliau apabila dipilih untuk berkhidmat di Unisel sebagai Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar. Beliau adalah seorang sentiasa peka dengan permasalahan dan isu-isu yang berkaitan dengan siswa dan siswi serta menangani setiap permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Oleh yang demikian, cara pendekatan yang digunakan dan komitmen beliau yang tidak berbelah bahagi membuatkan diri beliau amat disenangi oleh semua siswa dan siswi Unisel. Ini amat sejajar dengan misi Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang menjadikan pengalaman adalah pelajaran yang amat berkesan kepada pelajar dalam usaha melahirkan insan-insan yang cemerlang melalui pembangunan secara holistik. Semoga usaha beliau terus mendapat sokongan dari semua warga UNISEL.

ADDEEN BIL.3 - M/S 13

~ 29 & 30 Januari 2011 ( sabtu dan ahad) Pusat Islam UNISEL telah menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan Siri Ke- 6 bertempat di Dewan Senat, Tingkat 3 Bangunan Canselori, Kampus Bestari Jaya selama 2 hari bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Kursus ini adalah anjuran bersama Pusat Islam dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan yuran penyertaan sebanyak RM75 sahaja. Berbanding tahun lepas Pusat Islam mengenakan yuran penyertaan sebanyak RM 80 namun untuk tahun ini Pusat Islam memberi promosi potongan RM 5 kepada warga Unisel. ~ Program ini telah berjalan lancar dengan kehadiran peserta seramai 116 orang. Tujuan utama diadakan kursus ini adalah untuk memudahkan pasangan yang belum mempunyai sijil kursus kahwin serta memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai peranan dan tanggungjawab selepas berkahwin.Sepanjang kursus ini, pelbagai slot ceramah telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran peserta yang sanggup untuk hadir selama dua hari. ~ Kursus Pra Perkahwinan anjuran JAIS ini meliputi 8 slot di mana penceramah merupakan orang yang berpengalaman dalam setiap bidang mereka. Seperti contoh, Tuan haji Aluwi Bin Parman merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang yang sanggup turun untuk memberi ceramah kepada peserta. Beliau merupakan penceramah yang cukup berseloroh serta tidak lokek untuk berkongsi pengalaman.Tidak lupa juga pencermah-penceramah lain yang dijemput oleh JAIS untuk kursus ini seperti Ustaz Hashim bin Mohamad, Ustaz Rifat Basya bin Halik Bassah, Encik Safrudin bin Sahalan, Ustaz Kahpi bin Ngiso, Ustazah Norshadatulnizma bte Misnun, Ustaz Azhari Bin Asmaon dan Ustaz Zainal Abidin bin Mohd Yusof.

Oleh : USTAZAH ZAHIDAH BTE MUHD ZAIN

Saya amat menyarankan buku ini kerana ia cukup relevan kepada kita semua termasuklah saya sendiri. Menariknya buku ini ia mengulas setiap topik berkaitan cara pengurusan wang secara bijak dan berhemah disusuli dengan fakta serta ayat-ayat al-quran sebagai pengingatan dan pengajaran kepada kita. Konsep penulisan buku ini cukup ringkas dan sesuai untuk semua peringkat umur baik yang tua mahupun muda kerana ia padat dengan pelbagai maklumat serta pengalaman beliau mengendalikan permasalan kewangan di kalangan individu muslim.Buku ini juga mengambil kira isu keberkatan dalam harta malah sebagai panduan kita untuk memilih pelaburan yang sesuai untuk masa depan serta persediaan untuk persaraan. Bagi yang ingin berkahwin seharusnya membaca buku ini kerana ia juga ada membincangkan persediaan sebelum dan selepas berkahwin dari sudut pengurusan kewangan. ~ Antara topik perbincangan yang menarik :- Merancang kewangan dalam fasa kehidupan - Ayuh Diet belanja ! - Polisi takaful hantaran kahwin era terkini - Pelaburan saham vs saham akhirat - Post Mortem hutang kad kredit - Sudahkah menulis wasiat - Sediakan polisi takaful untuk anak bakan lahir - Survival dalam keadaan serba- serbi mahal.

Judul : KEMANA WANG ANDA Penulis : Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir Terbitan : Galeri Ilmu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah. Di sini saya ingin berkongsi sebuah buku yang bagus untuk dibaca oleh semua individu muslim, lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru mula bekerja dan ingin melangsungkan perkahwinan. Bagi mereka yang tercaricari ilmu pengurusan kewangan peribadi yang belatarbelakangkan masyarakat Malaysia dan berteraskan syariah. Buku yang ringkas dan padat inilah jawapan kepada anda di mana buku ini ditulis oleh Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir yang merupakan seorang perunding kewangan Islam di Hijrah Wealth Management. Beliau pernah diwawancara di Rancangan Bijak Wang (TV3) dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini. Isi kandungan buku ini bukan saja lengkap dengan info tetapi juga memberi maklumat bagaimana mengurus pendapatan dengan berhemah.Sebagaimana berapa ramai dari kita yang berpendapatan besar dan punya status tetapi masih lagi menghadapi kesukaran menyimpan dan banyak berhutang.

Selamat membaca !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


ADDEEN BIL.3 - M/S 14

Baca.. Jawab .. dan Analisa..


Mari luangkan sedikit masa untuk menjawab soalan-soalan yang berikut. Caranya mudah sahaja. Ambil sehelai kertas dan tuliskan jawapannya. Sila jawab dengan jujur. Di sebalik jawapan tersebut tersirat makna yang melambangkan keperibadian anda yang sebenarnya.. Selamat mencuba...!!!
~ Bayangkan anda sedang berada dalam situasi yang berikut: Anda berada di dalam hutan. (1) nyatakan dengan siapa anda berjalan? Anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci. (2) nyatakan bilangan kunci itu(dari 1-10 anak kunci) Anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan. Pada fikiran anda (3) adakah rumah itu berpagar? (4) pintu rumah tu terbuka atau tertutup? Kemudian anda masuk ke rumah itu dan menuju ke ruang tamu. Di situ anda ternampak sebuah meja. (5) apakah bentuk Segiempat / Segitiga) Di atas meja ada pasu (6) Berapa banyak air dalam pasu itu? (Penuh / Setengah / Kosong) (7) Pasu itu diperbuat daripada apa? (Kaca / seramik / tanah liat/ logam / plastik / kayu) Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda ternampak sebuah taman. Tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti. (8) Apa ukuran kotak peti itu? (kecil / sederhana / besar) (9) kotak peti itu diperbuat daripada? (cupboard/ kertas / kayu / logam) Tidak jauh dari taman, anda ternampak sebuah jambatan... meja itu? (Bulat/ Oval /

(10) jambatan diperbuat daripada apa? (logam / kayu / rotan) Di seberang jambatan, ada seekor kuda. (11) Apakah warna kuda itu? (putih / kelabu / coklat / hitam) TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan: (i) lari dan bersembunyi di dalam kotak peti? (ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan? (iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi? 2- Seterusnya jawab pula soalan berikut bagi mengetahui sejauh mana ketulusan sahabat-sahabat anda. Soalannya mudah iaitu : Anda diminta menanam pokok jambu. Ada 4 tempat pilihan ...Yang mana anda pilih? 1- tepi sungai 2- halaman rumah 3-tepi/tengah padang 4-belakang rumah/tepi dapur datang.... tak jauh

ADDEEN BIL.3 - M/S 15

Oleh : USTAZAH NOOR AZZAH MOHD YUSOF

Di sini saya ingin kongsikan dengan para pembaca sebuah kisah yang terkandung di dalamnya beberapa babak.
Babak 1 : Saya sedang berjalan di sebuah lorong dan terdapat sebuah lubang yang dalam di tengah-tengah lorong tersebut. Saya terjatuh ke dalamnya. Saya mengambil masa yang lama untuk keluar dari dalam lubang itu. Tetapi apa yang terjadi bukanlah salah saya. Babak 2 : Saya berjalan di lorong yang sama sekali lagi. Dan sekali lagi saya terjatuh ke dalam lubang yang sama. Dan seperti sebelumnya, saya mengambil masa yang lama untuk keluar dari dalam lubang itu. Apa yang terjadi adalah salah saya. Babak 3 : Saya berjalan di lorong yang sama sekali lagi. Dan sekali lagi saya terjatuh ke dalam lubang yang sama. Ianya menjadi satu kebiasaan. Apa yang terjadi sudah tentu disebabkan oleh kesalahan saya sendiri. Saya keluar dari lubang itu dengan segera. Babak 4 : Saya berjalan di lorong yang sama sekali lagi dan terlihat lubang yang dalam di tengah-tengah lorong itu. Saya berjalan di tepi lubang itu. Babak 5 : Saya berjalan di lorong yang lain.

Di sebalik apa yang berlaku, ada hikmah (kebaikan) yang tersirat. Babak terjatuh ke dalam lubang di pertengahan lorong adalah perumpamaan bagi diri kita yang telah terjebak melakukan dosa dan memudaratkan diri tanpa disedari. Ini salah satu bentuk ujian dan masalah yang Allah beri untuk menguji keimanan kita. Manakala lorong itu sebagai jalan kehidupan. Ujian yang datang sebenarnya memberi ruang kepada kita berfikir dan muhasabah diri. Apa yang berlaku dapat membuka akal dan minda untuk melihat setiap ujian Allah sebagai tanda kasih sayang Allah terhadap hambaNya. Bukan sebaliknya atau Allah tidak adil kepada segelintir hambaNya terutama mereka yang dibebani dengan ujian kesusahan dan kesempitan hidup. Sebagaimana firman Allah dalam kitabNya yang bermaksud : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; Kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orangorang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (surah al-Ankabut : ayat 2-3) Jalan mana yang hendak dituju?? Tiada manusia yang sempurna, justeru itu kadang kadang kita leka dan alpa. Lalu apa yang terjadi disebabkan kecuaian kita. Betul ke tindakan yang aku lakukan? Setiap kita tidak terlepas melakukan kesilapan, akan tetapi perlukah kita terus melakukan perkara dan kesalahan yang sama berulang kali sedangkan kita mengetahui dosa dan akibatnya serta memudaratkan diri juga orang lain. Adakah kita tidak kesal dan seterusnya merasa gembira melakukannya. Sekiranya hal ini berlaku, situasi ini adalah seperti yang digambarkan dalam babak 3. Ini adalah tanda-tanda bahawa diri semakin jauh dari rahmatNya. Raihlah hidayahNya sebelum terlewat. Pintu taubat sentiasa terbuka buat hambaNya. Allah sentiasa memberi kepada hambaNya yang memohon kepadaNya. Sebagai manusia ada saatnya kita akan terjatuh. Itu bukan persoalannya tetapi yang utama adalah kita perlu berusaha untuk mendapatkan hidayahNya serta

tekad untuk merubah diri menjadi lebih baik.. Belajar memperbaiki kesilapan lalu dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku seperti yang dipaparkan dalam babak 4 dan seterusnya berpindah ke babak ke 5 iaitu memilih jalan baru bagi membina kehidupan lebih bermakna. Di sinilah bermulanya perjalanan kehidupan di mana kita amat memerlukan rahmat Allah agar dapat membantu dan memandu kita menempuhi hari- hari yang seterusnya. Mohonlah kepadaNya agar kita sentiasa bersama cintaNya dan beroleh redhaNya. Takdir dan Usaha Dan kehidupan kita saling berhubung dengan takdir. Sebagai umat Islam kita wajib beriman dan percaya kepada takdir samada yang baik atau yang buruk. Menolak takdir akan mencacatkan keimanan kerana ianya salah satu rukun iman . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan telah merancang sesuatu yang terbaik untuk kita. Kita hendaklah menerima ketentuanNya dan ada kebaikan yang tidak kita ketahui di sebaliknya . Walaubagaimana kita tidak boleh berserah kepada takdir semata tetapi juga dituntut untuk berusaha. Di sini saya juga ingin kongsikan sekali lagi serba sedikit hubungan takdir dengan kehidupan ini melalui tulisan Syed Alwi Al-Atas dalam bukunya yang bertajuk Bila Allah Menduga Kita. Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah dan pada masingmasing terdapat kebaikan. Raihlah apa yang bermanfaat bagimu , minta tolonglah kepada Allah dan jangan bersikap lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu, jangan berkata Andai saya berbuat begini pasti akan begitu.Tapi katakanlah ,Allah telah mentakdirkannya dan apa yang dikehendaki pasti terjadi. Kerana sesungguhnya kata seandainya membuka perbuatan syaitan. ( Hadis Riwayat Muslim) Kata kata Nabi SAW menekankan 3 langkah sebagai perisai dalam kehidupan kita,iaitu : 1. Raihlah apa yang bermanfaat bagimu walaupun hanya sedikit daripada anda terus kehilangannya. 2. Mintalah pertolongan dari Allah. 3. Menangani dugaan dengan membina kekuatan diri.

Apa yang anda fikirkan setelah membaca babak-babak tersebut?? Di babak manakah anda berada sekarang?
Kenapa kita diuji?? Sebenarnya babak-babak kisah yang saya bawakan di atas adalah sebuah analogi yang berkait rapat dengan kehidupan manusia. Kehidupan adalah satu perjalanan yang panjang. Bermacammacam jalan yang akan kita lalui. Tidak semuanya lurus, mungkin berliku. Dan kita sebagai manusia tidak dapat mengagak apa yang berlaku pada kehidupan kita pada masa akan datang. Setiap babak menggambarkan perjalanan kehidupan kita. Sebagai hambaNya kita wajib beriman dengan qadak dan qadarNya.

ADDEEN BIL.3 - M/S 16

Seringkali apabila ujian menimpa kita, sedikit sebanyak akan membuatkan diri kita merasa lemah disebabkan situasi dan sikap yang muncul dalam diri ketika menghadapi ujian. Lemah disebabkan situasi adalah diluar kemampuan kita untuk memilihnya contonya seperti kehilangan harta benda dan kehilangan ahli keluarga. Manakala lemah disebabkan sikap sepenuhnya berada dalam ruang lingkup pilihan kita. Kita mampu memilih,samada dengan bersikap lemah atau kuat. Sikap anda pilihan anda, tanggungjawab anda sepenuhnya , Firman Allah SWT yang bermaksud :Tiada suatu bencana yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum kami menciptakannya sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(surah al-Hadid :ayat 22) Sesungguhnya Allah tidak menetapkan kebaikan atau keburukan pada seseorang melainkan kerana keadilan dan pengetahuan yang dimilikiNya.Jika Allah menetapkan hidayah pada diri seseorang,itu merupakan ganjaran ke atas keupayaan seseorang itu dalam mendekatkan diri kepada Allah. Manakala ketika Allah menetapkan kesesatan pada orang lain, ianya semata-mata kerana orang itu sendiri memang mahukannya sepertimana firmanNya yang telah termaktub di dalam surah as-Shaff : ayat 5,maksudnya : maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq. Kekeliruan terhadap takdir dalam kehidupan juga perlu diperbetulkan oleh kaum muslimin agar tidak menyalahkan ketetapan Allah. Sememangnya semua yang berlaku di dunia ini takdir dan ketentuanNya tetapi bukan bermakna tidak ada sebab di sebalik ketetapan itu dan ini juga bukan bererti manusia tidak boleh berusaha menghindarinya. Pernah suatu ketika Umar bin Al-Khattab r.a memimpin sidang pengadilan dan bertanya kepada seseorang telah tertangkap ketika mabuk. Kemudian Umar r.a bertanya kepadanya mengapa melakukan perbuatan dosa itu, lalu orang itu menjawab Yan g sa ya la ku kan ini merupakan takdir dariNya. Mendengar jawapan itu, Umar r.a turun dari tempatnya dan menghampiri orang itu. Ketika tiba di hadapannya, Umar r.a menamparnya dengan kuat dan orang itu terkejut dan merasa sakit. Orang itu juga tertanya-tanya mengapa Umar r.a memukulnya seperti itu. Lalu Umar r.a mengatakan kepadanya : Itu juga takdir!. Oleh yang demikian, orang itu tidak lagi mampu membantah tindakan dan perkataan Umar r.a. .Sayidina Umar r.a memang sengaja memberi pengajaran kepada orang itu yang mahu melepaskan diri dari kesalahannya dan cuba melemparkan kesalahan kepada Allah yang menurutnya

takdir Allah yang menyebabkan dia jadi pemabuk. Adakah kita sebagai muslim hanya diminta untuk mempercayai takdir tetapi tidak perlu berusaha??? Jawapannya, tidak. Ini adalah kerana Islam sendiri menggalakkan umatnya untuk bekerja keras dan bersungguh-sungguh. Beriman kepada takdir tidak seharusnya menghalang seseorang dari berusaha semaksimum yang termampu. Allah dan rasulNya memerintahkan kita untuk beramal, berusaha dan berdoa. Sesungguhnya amal itu tidak sia-sia, Allah akan melihat dan mengiranya di akhirat kelak. Maksud firman Allah SWT : Dan katakanlah, Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan(Surah at-taubah: ayat 105) Seseorang itu akan merasa tenang apabila memahami kekuasaanNya dalam menetapkan ketentuanNya dan perintahNya kepada manusia. Kita sebagai manusia hanya diperintah untuk bekerja dan berusaha , manakala hasilnya itu kita kembalikan urusan tersebut kepada Allah. Jika Allah berkehendak, tentu apa yang kita rancangkan akan berhasil. Oleh itu, seseorang yang beriman tidak akan risau tentang hasil pekerjaannya. Cukup baginya berusaha secara bersungguhsungguh sahaja. Sekiranya apa yang diusahakan itu belum berhasil , maka ianya tidak akan membuatnya sedih dan berputus asa kerana dia tahu semua itu merupakan hak dan kekuasaan Allah SWT. Berusahalah dan pilihlah yang terbaik Jelaslah di sini apa yang dapat kita simpulkan bahawa kehidupan ini hanya perjalanan sementara, selagi mana masih bernyawa, kita tetap ada peluang untuk membuat pilihan dan keputusan dalam menentukan hala tuju kehidupan. Kita hanya ada dua jalan pilihan iaitu jalan kebenaran menuju keredhaan Allah atau jalan ke musnahan dan kemurkaan Allah. Kadangkala kita memilih jalan yang salah walaupun di hadapan kita terbentang jalan yang betul. Ada juga yang telah memilih jalan yang betul tetapi terkandas di pertengahan jalan. Semuanya bergantung pada kekuatan diri untuk melakukan perubahan.. Berani bertindak dalam merubah kelemahan yang ada agar kehidupan lebih baik di masa akan datang. Bagaimana pula dengan masa-masa yang telah diisi dengan kemaksiatan (semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa diri kita) Permulaan kehidupan itu adalah peluang. Manakala pertengahan kehidupan itu adalah perjalanan di mana kita perlu lebih menghargai hari-hari yang mendatang dan meminta keampunan kepada Allah SWT atas segala kekurangan dalam mengisi hari-hari yang telah berlalu. Penghujung kehidupan itu adalah destinasi, iaitu setiap yang hidup

pasti akan mati. Ianya merupakan pintu penutup bagi segala peluang dan waktu dalam membuat keputusan serta menentukan pilihan. Kemudian seluruh perbuatan dan tindakan kita akan dipertanggungjawabkan dan dihitung olehNya. Jika kita sudah berada di pertengahan perjalanan menuju Allah SWT, maka kita sangat memerlukan keampunanNya agar Allah SWT mengampuni keterlanjuran kita tatkala menghabiskan banyak usia yang telah lalu tanpa ketaatan kepadaNya. Hanya dengan keampunan terhadap keterlanjuran yang lalu, dapat membantu kita merasa tenang dan dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT di hari-hari yang mendatang. Selagi usia masih berbaki dan kematian masih belum mengunjung tiba, maka hargailah perjalanan ini. Andai memilih untuk tidak menghargainya, bererti anda memilih untuk menzalimi dan tidak menghargai diri sendiri. Kehidupan ini simbol hubungan kita dengan Allah SWT. Berjalanlah di jalan kehidupan menuju keredhaan Allah SWT, nescaya kita dapati Allah SWT akan lebih mendekati kita. Tidak perlu takut untuk memulakan langkah biar pun agak lewat. Berbaik sangka kepada Allah SWT, lalu mulakan perjalanan dan teruslah berjalan sampai masa yang telah ditetapkan. Akhirnya pasti Sebagai hamba Allah kita perlu yakin dengan jaminan Allah bahawa akan ada kesenangan selepas menempuhi segala kepayahan dan cabaran. Maka untuk Berjaya menempuhinya ia perlu kepada kesabaran. Barulah datang kemanisan iman. Allah menganugerahkan akal agar dapat digunakan untuk berfikir dan mengolah penyelesaian dari tiap permasalahan yang dihadapi. Dengan kemampuan yang dianugerahkanNya, usaha dan tawakal padaNya pasti kita mampu melalui semua rintangan dalam jalan kehidupan yang dilalui dengan positif. Jadi tidak ada alasan untuk kita takut dan berprasangka buruk bahawa Allah akan menjerumuskan kita kepada sesuatu yang buruk dan membuat aniaya terhadap diri kita. Kesedihan dan menyalahkan takdir tidak akan membuat keadaan menjadi lebih baik bahkan merasa seperti dihimpit beban yang berat. Sekiranya berlanjutan akan akan menyebabkan kita merasa putus asa. Padahal tidak ada sesiapa yang patut berputus asa dari rahmat Allah melainkan seseorang yang kafir dan sesat. Justeru itu, usaha dan doa kita mungkin akan menjadikan sesuatu lebih baik di masa kan datang. Allah sentiasa ada bersama kita dalam apa jua keadaan yang kita lalui. Dia yang mengaturkan kehidupan ini. Sesungguhnya orang mukmin tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia sebagai pencarian kehidupan.. yang abadi sesungguhnya di akhirat kelak!!

ADDEEN BIL.3 - M/S 17

Oleh : TUAN HJ.MOKHTAR BIN HJ. RIDZWAN

Manusia dijadikan oleh Allah dengan penciptaan yang terbaik iaitu melalui kesepaduan roh, akal dan jasad. Justeru itu manusia dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk memimpin dunia ini sebagai khalifah. Firman Allah SWT yang bermaksud : Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik- baik kejadian. (Surah al-Tin : ayat 4)
Kesepaduan ini merupakan elemen penting untuk dibangunkan supaya manusia dapat berperanan sebagai khalifah. Pe mbang unan R oh sal ing berhubungkait dengan manusia itu sendiri, mengenali siapa dirinya, dari mana asalnya dan ke mana akhirnya. Roh dan jiwa orang yang beriman akan sentiasa dipandu oleh dua asas utama. Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin mendedahkan 12 saluran yang digunakan oleh syaitan untuk menguasai jiwa dan pemikiran manusia iaitu :-

Manakala Pembangunan Akal Manusia adalah melalui budaya ilmu iaitu dengan mempelajari, memahami, me n gh a ya t i s e r t a b e r kewa j i p a n menyampaikan ilmu Allah yang amat luas. Firman Allah SWT yang bermaksud :

Seterusnya Pembangunan Jasad manusia menyentuh dasar Islam yang menganjurkan umatnya berusaha dan bekerja dengan segala potensi diri yang dimiliki bagi mencari sumber yang halal bagi keperluan kehidupan seperti makanan,tempat tinggal dan pakaian. Islam menekankan konsep mukmin yang kuat lebih baik dari mukmin yang lemah. Tujuan pembangunan manusia adalah untuk menyempurnakan peranan manusia di dunia ini iaitu :-

Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang didatangkan ilmu kepadanya dengan beberapa darjat. (al-Mujadalah : ayat 11).
Islam mewajibkan umatnya mempelajari ilmu untuk meningkatkan martabat diri insan itu sendiri.

Menjadi hamba Allah yang sentiasa beriman kepada Allah dan menyembahNya dengan melaksanakan Ibadah. Menjadi khalifah Allah yang memakmurkan ala mini dengan kebaikan dan menjauhi kemungkaran yang dimurkai Allah SWT. Menjadi insan (hamba Allah) yang bahagia, hidup di dunia dan akhirat

Nafsu marah dan syahwat Hasad dengki, tamak keduniaan Kekenyangan makan dan minum Kegemaran menghias diri dan Rumahtangga Bersikap terburu-buru dan meninggalkan berhati-hati Keinginan mengampu Mabuk harta dan wang ringgit Kedekut dan takutkan kemiskinan Taasub (fanatik) kepada sesuatu aliran fahaman Perbuatan memikirkan Zat dan Sifat-sifat Allah dan perkara-perkara lain tanpa ilmu pengetahuan dan di luar kemampuan akal. Sifat mementingkan diri sendiri Berprasangka buruk terhadap kaum muslimin

(merujuk kepada konsep al-Falah) Sekiranya metodologi ini iaitu penerapan nilai-nilai tersebut dipatuhi dalam setiap usaha pembangunan masyarakat, maka Allah akan membantu kea rah mencapai al-Falah itu. Sebaliknya jika metodologi ini tidak dipatuhi maka alKhusran (kerugian) akan berlaku dalam setiap kehidupan manusia dan masyarakat. Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan (ingatlah) tatkala Tuhanmu memaklumkan : Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. (Surah Ibrahim : ayat 7) Skop Pembangunan Manusia dari perspektif Islam merangkumi :-

Pembangunan Individu Pembangunan Keluarga Pembangunan Masyarakat Muslim Pembangunan Negara

ADDEEN BIL.3 - M/S 18

Oleh : USTAZ ABD. RAHMAN BIN RIDEWAN

Manusia tidak jatuh ke dalam cinta, dan tidak juga keluar dari cinta. Tapi manusia tumbuh dan besar dalam cinta.
Cinta setiap insan berbeza sudut pengertiannya. Tidak ada yang salah, tapi tidak ada juga yang sempurna penafsirannya. Kerana cinta selalu berkembang, ia seperti udara yang mengisi ruang kosong. Cinta juga seperti air yang mengalir ke dataran yang lebih rendah. Tapi ada satu yang dapat kita sepakati bersama tentang cinta. Bahawa cinta, akan membawa sesuatu menjadi lebih baik, membawa kita untuk berbuat lebih sempurna. Mengajarkan pada kita betapa besar kekuatan yang dihasilkannya. Cinta membuat dunia yang penat dan bising ini terasa indah, paling tidak dapat kita nikmati dengan cinta. Cinta mengajarkan pada kita, bagaimana caranya harus berlaku jujur dan berkorban, berjuang dan menerima, memberi dan mempertahankan. Teringat kisah Tajmahal yang indah di India, di setiap jengkal marmar bangunannya terpahat nama kekasih buah hati sang raja disebabkan cinta. Cinta adalah hati yang selalu berharap dan mewujudkan dunia dan kehidupan yang lebih baik. Dan Islam tidak saja mengagungkan cinta tapi memberikan contoh konkrit dalam kehidupan seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah tercinta. kisah tentang totalitas cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burungburung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara yang terputus-putus memberikan nasihat,

`Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang teduh menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Uthman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. Rasulullah akan meninggalkan kita semua, desah hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir usai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan tangkas menyambut Rasulullah saat turun dari mimbar. Saat itu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu, jika mungkin. Matahari kian tinggi, tapi pintu Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. Bolehkah saya masuk? tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, Maafkanlah, ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, Siapakah itu wahai anakku? Tak tahulah aku ayah, sepertinya ia baru sekali ini aku melihatnya, tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan .Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. dialah malakul maut, kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tak ikut menyertai. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah? Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuat Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. Engkau tidak senang mendengar khabar ini? Tanya Jibril lagi. Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?

Jangan bimbang, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: Ku haramkan syurga bagi siapa sahaja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya, kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Tampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini. Lirih Rasulullah mengadu. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril menyisihkan muka. Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril? Tanya Rasulullah pada Malaikat penyampai wahyu itu. Siapakah yang tega, melihat kekasih Allah direnggut ajal, kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. Uushiikum bis solati, wa

maa malakat aimaanukum, peliharalah solat dan kasihanilah orang-orang lemah di antaramu.
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

Ummatii, ummatii, ummatii.. Dan, akhirnya kembalilah Rasul tercinta menghadap Allah .
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Apakah bukti cinta kita kepadanya jika jawapan kita adalah : MampuTepuk dada tanyalah iman kita

Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua hal pada kamu semua, sunnahku dan Al Quran. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama aku.

ADDEEN BIL.3 - M/S 19

Sajak Taubat Hati Selangkah demi selangkah kaki aku turutkan Entah ke mana haluan yang akan aku tuju Hati yang kosong ini ku bawa jua Penuh kelukaan, penuh kesakitan... KAU biarkan aku dengan dugaan yang maha hebat Hanyut aku dalam kesedihan Tembok kekecewaan mula mengukuh di hati Yang terhampar di hadapanku hanya rasa putus asa... Entah bila sahaja aku hampir tersungkur Tiba-tiba jiwaku pula bagaikan tersentak Deras air mata mula membasahi pipi Rasa keinsafan mula membekas di lubuk hati Ya Allah betapa aku terlupa akan kekuasaanMu KAU yang maha berhak menguji hamba-Mu Ampuni aku atas segala khilaf dan dosaku Tunjukkanlah hatiku jalan kebenaran...

ADDEEN BIL.3 - M/S 20

Olahan : USTAZ NURDIN BIN DARMAN


memberi makan dan minum kepadaku. Dan apabila aku sakit, Dia-lah Yang menyembuhkan aku. Dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali). Dan Yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat." (Surah Asy- Syu'araa'; 26: ayat 78 -82). Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud : "Aku bangga dengan orang mukmin, sesungguhnya Allah SWT tidaklah menetapkan suatu keputusan, kecuali akan berakibat baik kepadanya." (HR Ibnu Hibban dari Anas) Pasrah adalah suatu sikap yang menyatukan antara syukur dan sabar. Adalah sukar untuk pasrah jika menghilangkan salah satu daripadanya. Contohnya, sabar tanpa syukur akan hanya membuatkan kita resah gelisah apabila kesembuhan tidak diperolehi setelah puas berusaha. Manakala syukur tanpa sabar akan membuat kita terlalu cepat bergembira atas kesembuhan yang masih sedikit dan membuatkan kita sering lupa dan tidak istiqamah. Justeru, dalam menghadapi situasi apapun kita seharusnya tetap dalam keadaan syukur dan sabar. Sabar menghadapi ujian dengan tetap mensyukuri nikmat-nikmat lain yang tetap Allah SWT berikan pada kita. Jika prinsip ini sudah menjadi pegangan, maka ubat hanyalah pelengkap sahaja. Maka, apapun yang ditetapkan Allah SWT kepada kita itu pasti baik adanya. Allah SWT tidak pernah memberi sesuatu di luar kesanggupan kita dan setiap sesuatu itu pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Jangan pernah berputus asa dari rahmat Allah SWT kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan dan sesudah kesulitan pasti ada kemudahan yang mengikutinya.

Allah SWT telah menjelaskan keutamaan syukur dan sabar melalui firman-firmanNya :
Dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar...(Surah an-nahl : ayat 96) Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu... ( Surah al-Baqarah : ayat 152)

Dalam Ihya Ulumuddin menerangkan bahawa sabar itu adalah cahaya yang menerangi jalan yang akan ditempuhi. Dengan kesabaran, laluan yang sukar dapat dilalui dengan baik. Ibnu Abbas pernah berkata , Ada tiga tingkatan sabar di dalam al-Quran , iaitu : 1) sabar ketika melaksanakan perintah-perintah Allah , 2) sabar ketika menjauhi larangan- larangan Allah, 3) sabar terhadap musibah yang menimpa. Manakala syukur dapat diungkapkan melalui hati, ucapan dan seluruh anggota tubuh. Syukur melalui hati adalah menyembunyikan kebaikan dari pengetahuan orang lain dan sentiasa mengisi hati hati dengan zikir. Manakala dari segi ucapan dapat diungkapkan rasa syukur itu dengan kalimah kalimah tahmid, takbir dan tasbih kepada-Nya. Menggunakan nikmat dan kurniaanNya untuk beribadah kepadaNya, mematuhi segala perintahNya dan menjauhi laranganNya adalah kesyukuran melalui perbuatan. Jika dapat kita lihat, kesabaran itu sebenarnya memotivasikan diri supaya tabah dan cekal dalam mengharungi apa jua keadaan dan mengawal diri tidak bertindak di luar batasan. Sementara sifat syukur pula mengukuhkan lagi rasa kecintaan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Kedua- dua sifat ini mempunyai hubungkait yang mendalam, keindahannya hanya dapat dirasai apabila ianya diterjemahkan dalam kehidupan seorang mukmin yang berlandaskan paksi keimanan kepadaNya. Ingin saya kongsikan bersama pembaca tentang satu keajaiban yang berkaitan dengan sifat syukur dan sabar . Dipetik dari Buku SEFT for Healing, Success, Happiness and Greatness karya Ahmad Faiz Zainuddin hal. 72, terdapat satu teknik penyembuhan yang disebut Sedona Method.

Di mana, untuk sembuh dari berbagai macam penyakit, perlu dengan ikhlas dan pasrah. Menerima keadaan seadanya dengan penuh syukur dan sabar. Malah terapi ini telah berkembang luas khususnya di dunia barat. Cerita ini berkisar pada tahun 1952 tentang Lester Levenson dalam usia menjangkau 42 tahun, telah menderita penyakit fizikal dan psikologi kronik. Dia telah menderita penyakit komplikasi yang sangat parah. Hingga suatu hari doktor yang merawatnya menyarankan agar Lester dibawa pulang ke rumah dan menunggu saat ajal menjemputnya dengan tenang. Kejayaan dalam kerjaya dan kewangan ternyata tidak memberinya kebahagiaan. Dalam situasi yang sedemikian, Lester kemudian menerima dengan rela keadaan dirinya. To letting go of all any inner limitation. Dia pasrah dengan sepasrah-pasrahnya dan mempersiapkan diri untuk menerima apa saja yang akan terjadi nanti. Justeru dengan kepasrahannya itu, keajaiban terjadi. Lester sembuh dari penyakitnya setelah 3 bulan dia menjalani terapi ini. Malah kehidupannya jauh lebih bahagia daripada sebelumnya dan dia terus menerapkannya dalam kehidupan sehari-hari. Lester meninggal dunia pada 18 Januari 1994, 40 tahun setelah kejadian itu. Kaedah ini telah diajarkan kepada muridnya yaitu Hale Dwoskin yang kemudian menyebarkannya kepada orang lain. Hingga ke saat ini kaedah ini terus berkembang dan telah diteliti keberkesanannya secara ilmiah. Malah lembaga penelitian terkemuka Harvard Medical School juga telah mengakui keampuhan kaedah ini. Apa yang dapat kita fahami dan jelaskan di sini adalah ketika seluruh tubuh dengan keseimbangan minda dan emosi berada dalam keadaan pasrah, seseorang yang bukan muslim pun boleh mendapatkan manfaat kesihatan dan kecerdasan, maka bayangkan bagaimana keadaan seorang mukmin apabila menghubungkan hal ini dengan Allah -Yang Maha Pencipta . Bukankah ianya lebih manis dan indah untuk dirasai ketenangannya Allah SWT berfirman, yang bermaksud : " (Iaitu Tuhan) Yang telah menciptakan aku, maka Dia -lah yang memberi petunjuk. Dan Tuhanku yang

Dari Abi Yahya Shuhaib bin Sinan RA. Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: Sesungguhnya menakjubkan keadaan orang mukmin, kerana segala urusannya sangat baik baginya, dan itu tidak akan terjadi kecuali bagi orang mukmin. Bila ia memperoleh kesenangan, ia bersyukur, yang demikian itu baik baginya. Dan bila ia tertimpa kesusahan ia juga bersabar, yang demikian itu pun baik baginya. (HR Muslim)

ADDEEN BIL.3 - M/S 21

Ada yang menyatakan bahagia itu relatif sifatnya. Yang sakit merasakan sihat itu bahagia. Tetapi bila sihat, benda lain pula dirasakannya sebagai bahagia. Pada yang miskin, kaya itu bahagia. Tapi yang kaya merasakan kaya itu bukan bahagia. T idak percaya? Baca senarai panjang orang kaya, ternama dan popular yang membunuh diri atau sakit jiwa. Ini bukti nyata mereka tidak bahagia.
Masalahnya bukan tidak mampu mencapai bahagia, tetapi ramai tidak mengetahui apakah erti bahagia yang sebenarnya. Begitu kata ahli-ahli hikmah bila ditanyakan : Mengapa ramai manusia tidak bahagia ? Jadi teraba-rabalah manusia mencari bahagia. Bila tidak tahu apa yang dicari, maka sudah pasti tidak akan ditemui. Anehnya, manusia kerap bercakap tentang bahagia rumah tangga yang bahagia, pasangan bahagia atau diri yang bahagia. Bercakap tanpa tahu makna? Kerapkali orang menyangka orang lain lebih bahagia daripadanya. Rumput di seberang sana kelihatan lebih hijau, begitu maksud pepatah Inggeris. Ini menyebabkan kita sentiasa tidak puas. Hidup dilihat sebagai satu perbandingan dan pertandingan. Bukan satu kesyukuran yang harus dikongsikan. Jadi apa makna bahagia sebenarnya? Kebahagiaan adalah satu ketenangan. Ketenangan itu letaknya di hati. Hati yang tenang ialah hati yang dapat menghadapi apa jua ujian hidup dengan sebaik-baiknya. Jika yang datang nikmat, hati yang tenang bersyukur. Jika yang datang musibah, hati yang tenang akan sabar. Hati yang tenang dipenuhi rasa qanaah,tawakal, redha dan lain-lain sifat mahmudah. Hati yang sedemikianlah dinamakan hati yang sejahtera-qalbun salim. Hati yang mesti dimiliki walaupun Cuma sedetik, sebelum kita menemui Ilahi.

Bagaimana hati boleh tenang? Tidak lainhanya pada meingati Allah. Begitu maksud yang diungkapkan oleh al-Quran. Rumah tangga yang tenang , ialah bila setiap anggotanya ingatkan Allah. Apa maksud ingat Allah? Cukupkah dengan ucapan dan sebutan Subhanallah, Alhamdulillah dan kalimat-kalimat zikir yang lain? Belum. Maksud ingat Allah itu luas. Hati teringat, mulut menyebut, anggota bertindak. Ingat yang menjunam di lubuk hati, yang terluah, yang terluah pada ucapan lidah dan terlahir dalam bentuk tindakan dan perlakuan. Bila diuji dengan kekurangan, kemiskinan, kesakitan bahkan kematian, terasa kita layak menerima. Tidak mengeluh, kenapa aku yang kena? Sebaliknya terasa, Aku telah terpilih, Aku hamba Allah,aku layak diuji.

qada dan qadar Allah pasti berlaku. Kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak itu. Hamba yang soleh menanggung qadar dengan sabar, bahkan gembira dengan pilihan Allah (ujian adalah pilihan Allah, bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka. Nikmat Maha Suci Allah yang tidak akan menzalimi manusia walaupun ketika Dia menguji hamba -Nya. Hati yang tenang akan berbisik : Tuhanaku belum Nampak akan kebaikan di sebalik kepedihan ini dengan ilmuku yang terbatas. Tapi aku yakin Ya Allah, ilmu-Mu Maha Luas, pasti ada kebaikan yang masih terselindung di sebaliknya musibah ini yang ketika ini tidak mampu aku fikirkan dan bayangkan. Maha Adil Allah yang tidak meletakkan bahagia pada harta, nanti si miskin terasa diabaikan. Maha Adil Allah yang tidak meletakkan bahagia pada kesihatan, kelak yang sakit rasa dipinggirkan. Allah meletakkan bahagia pada hati yang tenang, sesuatu yang boleh dimiliki oleh semua manusia Bahagia itu bukan relatif dan subjektif sifatnya. Tetapi ia adalah suatu yang mutlak, yang perlu dicapai oleh setiap insan. Ingat! Kebahagiaan itu bukan hanya di hujung jalan tetapi ia ada di sepanjang jalan. Not a destiny, but a journey! Kata bijak pandai, orang yang bahagia tidak sempat bertanya apakah aku bahagia?

Kata ulama, untuk tidak terasa susah apabila luput suatu nikmat, jangan berasa memiliki nikmat itu. Rasakan diri hanya peminjam. Bila nikmat yang bukan milik kita itu ditarik, hati yang tenang menyerah dan pasrah kepada Allah Pemilik segalanya.
Jadi untuk meringankan beban hati ketika menhadapi ujian hidup atau bala, ikatlah hati dengan Allah. Hendaklah dikenal bahawa Allah jua lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Bila kita kenal Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, kita tidak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (keyakinan) kita, bahawa semua ketentuan Allah itu baik pasti ada hikmah di sebaliknya akan menyebabkan hati terubat. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin

Sumber : Satu Rasa Dua Hati, Pahrol Mohd Juoi, Galeri Ilmu Sdn.Bhd. 2007.

ADDEEN BIL.3 - M/S 22

Soalan 1 : Semasa mandi,air yang terpercik terpercik telah masuk semula ke dalam baldi yang saya gunakan.Adakah air itu dikira sebagai mustakmal? Soalan 2 : Bagaimanakah sukatan air dua qullah? Soalan 3 : Apakah yang dimaksudkan dengan air mutanajis? Soalan 4 : Apakah hukumnya mencuci telekung atau pakaian harian menggunakan mesin basuh? Bolehkah mencampurkan pakaian suami isteri dan anak kecil semasa membasuh? Adakah pakaian ini sah dibawa bersolat. Setengah orang mengatakan tidak suci. Jawapan 1 : Sekiranya mandi tersebut adalah mandi wajib dan air di dalam baldi kurang 2 qullah,air tersebut menjadi mustakmal. Jika cukup 2 qullah, ia tidak menjadi mustakmal. Jawapan 2 : Ukuran dua qullah ialah 500kati Baghdadi air dan ia menyamai 192.875kg. Ia juga menyamai 1 hasta padu (1 hasta panjang, 1 hasta lebar dan 1 hasta dalam) atau 216 liter. Jawapan 3 : Air mutanajis ialah air yang kurang daripada 2 qullah yang dimasuki oleh najis sama ada air itu berubah atau tidak,dikenali sebagai mutanajis. Begitu juga sekiranya air yang lebih daripada 2 qullah dimasuki najis lalu air itu berubah rasa, bau atau warnanya, maka air itu tidak boleh dibuat bersuci atau diminum. Jawapan 4 : Islam mementingkan nilai kebersihan terutamanya dalam persediaan melakukan ibadah. Cara membasuh pakaian supaya bersih dan suci ialah ; - Menghilangkan najis yang ada pada pakaian terlebih dahulu. - Kemudian mengalirkan air yang bersih ke atasnya. Menggunakan mesin basuh untuk membasuh pakaian yang tidak kena najis, tidak timbul sebarang masalah,iaitu pakaian yang dibasuh itu tetap suci hukumnya. Tetapi yang timbul masalahnya apabilamesin basuh itu itu digunakan untuk membasuh pakaian-pakaian yang bernajis atau yang kena najis. Maka hokum pakaian yang dibasuh itu tidak suci ,kerana pakaian yang terkena najis itu dibasuh oleh air yang tidak sampai 2 qullah dalam takungan mesin basuh itu. Terdapat perbezaan basuhan antara mesin basuh semi auto dengan mesin basuh automatik. SEMI AUTO Bilas pakaian tersebut dengan mengalirkan air diluar mesin kemudian baru masukkan ke dalam pengering (spin). Atau boleh juga membilas dengan mengalirkan air pada pakaian yang telah dimasukkan ke dalam ruang pengering (jangan takung tersebut). Setelah itu barulah pakaian tersebut dikeringkan(spin). FULLY AUTO Ada sedikit masalah.Ketika membilas pakaian mesin tersebut tidak mengalirkan air pada pakaian sebaliknya menakung air dan merendam semula pakaian. Oleh sebab pakaian belum suci (atau bernajis) maka seluruh takungan air jadi bernajis kembali. Begitu juga untuk bilasan kedua. Seterusnya kain yang masih belum suci (tidak dialirkan air mutlak) akan dikeringkan dengan spin. Maka pakaian itu tetap tidak suci.

Sumber : Soal Jawab Remeh-temeh tentang Taharah(bersuci) tapi anda malu bertanyaMohd Azrul Azlen Abd Hamid & Azhar Mohamed, Terbitan Telaga Biru,2008

ADDEEN BIL.3 - M/S 23

You might also like