You are on page 1of 13

Pendekatan berpusatkan guru lebih menekankan kepada peranan guru dalam situasi pembelajaran.

Guru memainkan peranan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu guru akan memberikan penerangan, bertindak sebagai model dan penunjuk cara dalam menyelesaikan masalah.

Ciri-ciri berpusatkan guru : o Guru memainkan peranan penting sebagai penyampai maklumat dan ilmu pengetahuan, seperti memberikan penerangan konsep, contoh-contoh dan membincangkan tajuk dan isu. o Strategi ini mengutamakan pencapaian objektif P&P guru. o Komunikasi sehala, guru lebih banyak bercakap untuk menjelaskan tajuk yang dipelajari.

o Kepimpinan guru lebih bersifat autokratik, iaitu guru lebih berkuasa menetukan hala tuju proses P&P. o Penyampaian ilmu atau isi pelajaran yang berkaitan dengan tajuk lebih diutamakan. o Penyampaian fakta seperti mengingat jenis- jenis kata nama, ayat majmuk dan perbezaan antara kata kerja transitif dan tak transitif.

o Interaksi antara murid pasif o Murid kurang aktif, kurang kreatif dan tiada inisiatif.

Antara bentuk dan strategi pendekatan pemusatan guru ialah : Pengajaran mikro Pengajaran berpasukan Kuliah/ Syarahan Pengajaran secara kelas Demonstrasi

Pengajaran Mikro merupakan kemahiran pelbagai dalam aspek pengajaran yang perlu dimiliki oleh guru. Kemahiran dalam aspek pengajaran melibatkan kemahiran mikro dan makro secara ketrampilan. Kemahiran mikro dan makro melibatkan aspek-aspek teknikal, kecekapan, keupayaan kognitif dan psikomotor, manakala ketrampilan melibatkan kualiti personaliti dan persembahan bahan.

Pengajaran kemahiran makro membantu guru memanfaatkan bahan bantu maengajar agar benarbenar memberikan nilai dalam pengajaran, mempelbagaikan bahan ransangan serta mengimpletasikan ilmu dan teori pengajaran dalam bentuk praktikal dan efektif.

Kemahiran merupakan satu kegiatan atau aktiviti yang memerlukan penyataraan antara akal dengan tindak balas fizikal. Kemahiran dapat dipelajari melalui latihan yang berterusan dan kesungguhan untuk mempelajari sesuatu prosedur atau aplikasi kegunaan.

Guru perlu mempunyai asas kematangan yang secukupnya untuk menguasai segala kemahiran yang diperlukan dalam P&P.

Disebabkan oleh pengajaran memerlukan guru berinteraksi, guru perlulah mempunyai kemahiran menggunakan deria ketika mengajar. Bagi memastikan kualiti P&P berjaya dilaksanakan, guru mesti mempunyai kemahiran yang tinggi dan mengamati dan mengawasi murid, mendengar, menyampaikan dan mengelola aktiviti serta menyoal murid.

Syarahan merupakan teknik penerangan yang paling popular dan paling rendah kosnya. Penggunaannya menunjukkan guru lebih dominan dalam aktiviti P&P. Teknik ini juga boleh diselangselikan dengan demonstrasi, lakonan, bercerita dan sebagainya yang sering juga disebut one man show kerana penyampaiannya sehala dan berpusatkan guru.

Fungsi dan tujuan syarahan digunakan oleh guru dalam melaksanakan P&P adalah untuk Merangsang murid Menjelaskan dan membuat rumusan pembelajaran Membuat penyelidikan dan uji kaji Mengembangkan isi pelajaran Menyampaikan maklumat yang telah dirancang Guru membuat interpretasi, menghurai dan mentafsirkan idea serta membuat taakulan tajuk yang dibincangkan dalam kelas.

You might also like