KBP 3053 ASAS LITERASIDAN KOMUNIKASI
2.0RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)2.1Definisi Rancangan Pendidikan Individu ( Rpi )
Rancangan Pendidikan Individu adalah satu dokumen bertulis: ianya dirancang untuk seseorang murid. Ia juga dibentuk bertujuan mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yangdisediakan. “RPI merupakan satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolahtentang keperluan-keperluan kanak-kanak dan cara bagaimana keperluan-keperluantersebut dipenuhi. Dari segi perlaksanaan, RPI adalah sebuah kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang murid tersebut"(Daniel P. Hallahan dan James M. Kauffman,1977). Ini menunjukkan bahawa RPI berfungsi sebagai satu alat instrumen untuk menentukan kerjasama dan kolaborasiantara sekolah, ibu bapa, murid itu sendiri dan jika perlu dengan pegawai pendidikandaerah, individu dan agensi atau khidmat sokongan lain. “RPI” ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka untuk memenuhikeperluan-keperluan individu murid kurang upaya” ( William N. Bender, 1995 ).
2.2Ciri-Ciri RPI
Untuk menghasilkan RPI yang mantap, sesebuah RPI itu mesti memenuhikriteria tersebut :
2.2.1Komprehensif
RPI merangkumi semua aspek ketidak upayaan murid. Ia termasuk dalam aspek komunikasi, tingkah laku, social, pengurusan diri,akademik, kemahiran motor kasar dan koordinasi motor tangan,kemahiran vokasional dan transisi, perkhidmatan yang berkaitan dan penempatan yang diperlukan oleh murid tersebut sama ada di program biasa, vokasional ataupun pendidikan khas.
2.2.2 Spesifik
3