Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
TOKOH-TOKOH BAHASA

TOKOH-TOKOH BAHASA

Ratings: (0)|Views: 296 |Likes:
Published by Najib Amai

More info:

Published by: Najib Amai on Mar 28, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/25/2014

pdf

text

original

 
TOKOH-TOKOH BAHASA
Tokoh
 
bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, tidakbanyak yang perlu diulas, kerana masyarakat umum sudah tahudirinya, kelebihan, semangatnya dalam memperjuangkan bahasa.Soal sumbangannya dalam bidang bahasa tidak perlu dipersoalkankerana anugerah sebagai Profesor Emeritus oleh Universiti Malaya(UM) serta anugerah Pingat Emas Tun Fatimah yang disampaikanRaja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah pada 2002 sudah menggambarkan segala-galanya.Jika dihitung anugerah atau pencapaian dirinya, terlalu banyak yang boleh dihuraikan,hinggakan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) mengeluarkan sebuah
buku mengenai hidupnya berjudul „Nik Safiah Karim
-
Meniti Dua Zaman‟ hasil tulisan
Nurhafilah Musa. Cuma mungkin ramai yang tidak mengetahui, tokoh wanita berusia 68 tahunini sebenarnya tidak pernah mengikuti pengajian di sekolah Melayu dan mengambil matapelajaran Bahasa Melayu sepanjang zaman persekolahannya sehingga ke peringkat universiti.Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan beliau adalah pakar bahasa. Inilah suatu yang menarikuntuk dikongsi mengenai kelebihan yang dimiliki anak bongsu daripada lima beradik dan kinibergelar nenek kepada 11 cucu. Nik Safiah bersama suami Mohd Zain Omar di rumah merekadi Taman Tun Dr Ismail.Beliau sebenarnya hidup di dua zaman, dilahirkan sebelum merdeka, membesar danmenyumbang dalam zaman selepas merdeka dan kini menikmati hidup selepas 51 tahunnegara merdeka. Pada usia kanak-kanak, beliau cukup bertuah kerana dilahirkan dalamkeluarga yang mementingkan pendidikan tanpa mengira jantina. Ketika itu, anak perempuantidak begitu digalakkan ke sekolah dan dianggap cuma layak berada di dapur. Namun,bapanya, Abdul Karim Abdul Malek iaitu anak seorang ulama tersohor Kelantan dikenalisebagai Tok Malek Sungai Pinang yang berkahwin dengan seorang lagi anak ulama, Haji CheWe (Ismail), Nik Mas (Ibu Nik Safiah) memang dikenali sebagai seorang yang mementingkanpendidikan. Ketika kecil, Nik Safiah sering menghabiskan masa di rumah membaca bukukoleksi bapanya dalam bahasa rumi dan jawi. Sebagai anak bongsu, beliau sering ditinggalkanabang-abangnya dan dibiarkan bermain sendirian di rumah dan buku menjadi teman hidupnya.
 
Ringkasnya, beliau dihantar ke Sekolah Inggeris Perempuan Kerajaan (GGES) di Kota Bharu,Kelantan untuk mendapat pendidikan Inggeris pada 1948 sebelum melanjutkan pelajaran keKolej Perempuan Melayu (MGC), Kuala Lumpur pada 1953. Kemasukannya ke MGC adalahpilihan guru besar sekolah rendah, Miss Leicester yang memilihnya sebagai calon tunggalmurid perempuan Kelantan untuk dihantar ke sana yang ketika itu terletak di Kuala Lumpursebelum dipindahkan ke Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku Kursiah (TKC).Sepanjang tempoh itu, bekas gurunya itu sentiasa memantau dan bertanyakan perkembangandan kemajuannya di MGC sehingga menduduki peperiksaan Sijil Sekolah Cambridge pada1957. Ketika di MGC, beliau mula menulis puisi dalam Bahasa Inggeris yang tersiar dalammajalah sekolah yang memperlihatkan kecenderungannya terhadap bahasa melalui penulisan.Setahun kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam di St Francis Institution,
 
Melaka sebelum menjadi guru sementara di Sekolah Inggeris Redang, Kampung Banggol.Sepanjang tempoh itu hingga melanjutkan pelajaran di UM pada 1960, beliau tidak pernah
mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi mengikuti kesusasteraan Inggeris. “Memang
ini berlaku dalam sejarah pendidikan saya yang tak pernah ke sekolah Melayu. Ketika diTingkatan Enam, sekolah itu tidak menyediakan mata pelajaran Bahasa Melayu. Sekolah ituhanya tawarkan mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sastera Inggeris, Ekonomi, Sejarah dan
Geografi. “Apabila masuk universiti, barulah saya mengambil kursus Pen
gajian Melayu tetapisaya sebenarnya mengikuti pengajian ekonomi. Pada tahun kedua dan ketiga, barulah saya
membuat pengkhususan dalam Bahasa Melayu. “Memang agak pelik kerana saya cukup
berminat dengan Bahasa Melayu walaupun tak pernah belajar pada peringkat sekolah.
 Alhamdulillah, saya boleh lulus dengan baik dan mampu menjadi pakar dalam bidang ini,”
katanya.Persoalannya ialah bagaimana keadaan ini boleh berlaku kerana beliau mempunyai latarbelakang pendidikan Inggeris dan banyak didedahkan buku tulisan karyawan Inggeris sepertiShakespeare, Wordsworth dan Keats. Jelasnya, ketika di sekolah menengah, beliau dididikseorang guru sastera Inggeris yang sangat pandai mengajar dan pendedahan itu ditambah lagidengan kehadiran seorang lagi guru drama Inggeri
s. “Cantuman guru sastera dan drama
Inggeris itu dapat memupuk keupayaan mengungkap mengenai sastera dalam BahasaInggeris. Saya menjadi pandai melalui bahasa, apabila belajar Bahasa Inggeris, saya juga
tertarik dengan Bahasa Melayu. “Mata pelajaran pengaj
ian Melayu adalah ilmu linguistik yangamat teknikal tetapi boleh dipelajari melalui buku. Walaupun saya tidak mendapat pendedahan
sebelumnya, saya anggap ia sebagai ilmu baru yang sangat menarik. “Sebab itulah saya
katakan, jika hendak belajar bahasa, kena belajar sastera tanpa mengira bahasa apa pun. Sayaterdedah kepada sastera Inggeris tetapi dapat belajar dan menghayati sastera Melayu.
Konsepnya hampir sama dan ramai orang tidak faham mengenai hal ini. “Sastera ialah
kelahiran buah fikiran dan perasaan melalui rasa, kalau tak pandai bahasa, kita tak boleh
hasilkan bahan sastera yang baik,” katanya.
 
Za'ba
(16 September 1895 - 23 Oktober 1973; nama penuh:Zainal Abidin bin Ahmad) merupakan seorang ahli bahasa yangtelah banyak menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu.Dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas,Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, beliau telah khatam Al-Quran ketika berusia tujuh tahun, menghafal Surah Yassin danberzanji. Za'ba mulai bersekolah ketika berusia 12 tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir. Tidak lamaselepas itu, Za'ba bertukar ke Sekolah Melayu Linggi untuk pengajian Arab dan Islam lanjut. Pada 1915,Za'ba berjaya tamat (Senior Cambridge), menjadi pemuda Melayu pertama dari Negeri Sembilan yang
 
menamatkan tingkatan satu ke Senior Cambridge dalam tempoh enam tahun. Za'ba mulai menulis denganserius ketika berkhidmat sebagai guru sandaran di Johor Bahru pada tahun 1916. Rencana pertamanyaberjudul "Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling" telah diterbitkan dua kali oleh Utusan Melayu.Kelebihan Za'ba adalah keupayaannya mengabung kesemua aspek dari bahasa, kesusasteraan, agama,ekonomi, pendidikan, dan politik dalam penulisannya. Dia turut tekun menulis mengenai kemunduranorang Melayu yang menjadikan kerajaan koloni British syak. Sungguhpun aktiviti penulisannya ditahan,dia kekal aktif. Ketika berkhidmat di Kolej Latihan Sultan Idris, Za'ba memusatkan usahanyamenggabung tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu dang menggunakan aturantatabahasa tersebut dalam penerbitan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum. Perkhawinanpertamanya pada 1917 tidak kekal tetapi dia mempunyai anak perempuan yang dibesarkannya. Za'bakemudiannya berkahwin dengan Fatimah Umar. Za'ba meneruskan kerjaya penulisannya dengan menulissemula penulisan rencana keugamaannya untuk diterbitkan sebagai buku. Usaha pertamanya, UmbiKemajuan diterbitkan pada 1932. Za'ba turut aktif dalam khidmat masyarakat. Ini termasuk menjadiPenasihat Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya pada 1937, dan pada 1945 sebagai YangDipertua Persatuan Melayu Selangor. Pada tahun 1946, di kongres menentang pembentukan MalayanUnion, dia dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi Jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO danpada tahun yang sama dia menamatkan kerjaya politiknya selepas Piagam UMNO diterima dandiluluskan. Pada tahun 1947, dia mula berkhidmat sebagai pensyarah Bahasa Melayu di UniversitiLondon. Di bersara daripada perkhidmatan kerajaan ketika berusia 55 tahun. Khidmat Za'ba masihdiperlukan dan pada tahun 1953 dia dilantik sebagai pensyarah senior di Jabatan Pengajian Melayu(Malay Study Department (JPM)) di Universiti Malaya, Singapore. Bersama dengan Ungku Aziz, diamengatur pembentukan pertubuhan bahasa pelajar dan dua tahun kemudian pembentukan PersekutuanBahasa Melayu Universiti Malaya. Za'ba memduduki peperiksaan akhir kursus luar Universiti Londondan menerima Master of Arts Second Class (Lower) ketika berusia 59 tahun. Za'ba menerima gelaranPendeta sacara rasmi, dalam bentuk songkok pada 1956 dalam Kongres Penulisan dan Bahasa MelayuKetiga di Johor Bahru. Semua titik peluh yang Za'ba curahkan kedalam hasil kerjanya adalah kerana diamahu meletakkan bahasa Malay diperdana tanpa meminta penghormatan. Malah dia pernah menolak bintang penghormatan Pingat Manku Negara - yang membawa gelaran Dato', dan juga Bintang KebesaranBrunei. Bagaimanapun pada tahun 1962, dia akhirnya bersetuju menerima anugerah Pingat MankuNegara yang membawa gelaran Tan Sri. Za'ba telah dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan Bintang Panglima Mangku Negara (gelaran "Tan Sri"). Beliau juga mendapatIjazah Doktor Kehormat Persuratan pada konvokesyen pertama Universiti Kebangsaan Malaysia padatahun 1973 Za'ba dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu, yang kabur ketika itu. Dia menyumbangdengan lebih lanjut apabila dia diberikan tanggungjawab untuk merancang kurikulum sekolah, sebagaipenterjemah, pensyarah dan semasa era Jepun diberikan tanggungjawab bagi menulis buku yang bolehdigunakan di Malaya dan Sumatera. Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau Za'ba meninggalpada 23 Oktober 1973 ketika berusia 78.

Activity (3)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Are NiEys liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->