You are on page 1of 47

Masalah Pembelajaran Disleksia Apa itu Disleksia? Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.

u. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh o Mempunyai keupayaan intelek yang normal o Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi Mereka mungkin mengalami kesukaran o Membaca o Menulis o Memahami o Mengeja o Mengira Dianggarkan 4 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan. Apakah ciri-ciri Disleksia? 1. Diperingkat pra sekolah mereka mungkin : o Lambat bertutur o Mengalami kesukaran sebutan atau rima o Sukar menulis nama sendiri o Payah mengenal bentuk atau warna o Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya 2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :

o Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira o Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas o Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) : 15 dengan 51 was menjadi saw b dengan d o Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut o Keliru dengan konsep masa seperti semalam, hari ini , esok o Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan o Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan? Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein) Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan. Masalah yang mungkin dialaminya Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan o Gangguan emosi (seperti kemurungan) o Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku) o Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah) Membantu anak-anak bermasalah Disleksia

Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah : 1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak 2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan 3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui : o Terapi pertuturan o Latihan pendengaran dengan bantuan komputer o Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran) 1. Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir) 2. Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf) 3. Merasa pergerakan bibir 4. Menulis huruf atau perkataan 4. Langkah-langkah pemulihan : o Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur o Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan) o Gunakan video atau kaset untuk belajar 5. Program pemulihan khusus : o Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia Kumpulan sokongan Persatuan Dyslexia Malaysia No 6, Persiaran Kuantan Setapak 53200 Kuala Lumpur Telefon / Fax : 03-40255109

Email : dyslexiaft@time.net.my Prospect Rainbow Center 1D Jalan Pantai Molek, Penang. Tel: 04 8900870

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orangorang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia. Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi. Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan. Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa. Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan

memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.
Isi kandungan
[sorok]
[1]

1 Ciri-ciri penghidapnya 2 Punca-punca Disleksia 3 Rawatan 4 Pautan luar

[sunting]Ciri-ciri

penghidapnya

1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak. 2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk. 3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan. 4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'. 5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis. 6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain. 7. Sering berlaku di kalangan lelaki. 8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anakanak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala. 9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa. [sunting]Punca-punca

Disleksia

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan. Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan. [sunting]Rawatan

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.

Rawatan Disleksia
- Rawatan Neuro Akupunktur dan Ubatan Herba - Generasi Keempat Rawatan Ubatan Herba Cina Formula Turun Temurun

Disleksia (Dyslexia)
Disleksia merupakan satu gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh kanakkanak dan boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu dewasa. Disleksia bukanlah sejenis penyakit. Disleksia adalah merujuk kepada masalah membaca dan menulis. Kebiasaanya gangguan ini adalah seperti gangguan membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira walaupun mempunyai pemikiran yang normal. Mereka yang mengidap Disleksia tidak dianggap bodoh tetapi mengalami gangguan pembelajaran dan boleh dipulihkan jika diberi tindakan yang sewajarnya. Sesetengah penghidap Disleksia mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang panjang dan kesukaran untuk mengikut turutan perkataan seperti nama bulan dan sifir. Bagi mereka yang menghidap penyakit ini, tidak semua mempunyai masalah yang sama. Setiap penghidap Disleksia mempunyai masalah yang berlainan.

Ciri-ciri Penghidap Disleksia

Terdapat beberapa ciri penghidap Disleksia antaranya ialah:

Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan Selalunya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan yang kurang kemas Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri perkataan ketika sedang membaca Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf "p" dianggap "q" dan hurf "b" dianggap "d".

Kekerapan penghidap Disleksia selalu terjadi kepada pasangan kembar dan bayi yang tidak cukup bulan. Gangguan ini boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu meningkat dewasa.

Punca Disleksia

Terdapat beberapa punca berlakunya gangguan Disleksia antaranya ialah:

Disleksia dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses. Cara otak penghidap Disleksia dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ia mungkin disebabkan oleh kecacatan otak semasa dalam kandungan ataupun ianya datang dari kemalangan. Selain itu, kemungkinan besar penghidap Disleksia berpunca daripada keturunan penghidap itu sendiri. Menurut kajian, sebilangan besar penghidap Disleksia adalah dari latar belakang yang mempunyai gangguan yang sama.

Rawatan THE TOLE

Konsep dan kaedah rawatan THE TOLE NEURO Akupunktur DAN HERBA. Tempoh masa rawatan adalah bergantung kepada sejauh mana tahap disleksia itu sendiri dan berbeza diantara seseorang individu dengan individu lain. Menurut Master Akupunktur kami, tempoh masa yang biasanya diambil untuk merawat disleksia ini adalah diantara 2 minggu ke 6 bulan.

Rawatan Disleksia
- Rawatan Neuro Akupunktur dan Ubatan Herba - Generasi Keempat Rawatan Ubatan Herba Cina Formula Turun Temurun

Disleksia (Dyslexia)
Disleksia merupakan satu gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh kanakkanak dan boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu dewasa. Disleksia bukanlah sejenis penyakit. Disleksia adalah merujuk kepada masalah membaca dan menulis. Kebiasaanya gangguan ini adalah seperti gangguan membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira walaupun mempunyai pemikiran yang normal. Mereka yang mengidap Disleksia tidak dianggap bodoh tetapi mengalami gangguan pembelajaran dan boleh dipulihkan jika diberi tindakan yang sewajarnya. Sesetengah penghidap Disleksia mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang

panjang dan kesukaran untuk mengikut turutan perkataan seperti nama bulan dan sifir. Bagi mereka yang menghidap penyakit ini, tidak semua mempunyai masalah yang sama. Setiap penghidap Disleksia mempunyai masalah yang berlainan.

Ciri-ciri Penghidap Disleksia

Terdapat beberapa ciri penghidap Disleksia antaranya ialah:

Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan Selalunya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan yang kurang kemas Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri perkataan ketika sedang membaca Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf "p" dianggap "q" dan hurf "b" dianggap "d". Kekerapan penghidap Disleksia selalu terjadi kepada pasangan kembar dan bayi yang tidak cukup bulan. Gangguan ini boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu meningkat dewasa.

Punca Disleksia

Terdapat beberapa punca berlakunya gangguan Disleksia antaranya ialah:

Disleksia dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses. Cara otak penghidap Disleksia dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ia mungkin disebabkan oleh kecacatan otak semasa dalam kandungan ataupun ianya datang dari kemalangan. Selain itu, kemungkinan besar penghidap Disleksia berpunca daripada keturunan penghidap itu sendiri. Menurut kajian, sebilangan besar penghidap Disleksia adalah dari latar belakang yang mempunyai gangguan yang sama.

Rawatan THE TOLE

Konsep dan kaedah rawatan THE TOLE NEURO Akupunktur DAN HERBA. Tempoh masa rawatan adalah bergantung kepada sejauh mana tahap disleksia itu sendiri dan berbeza diantara seseorang individu dengan individu lain. Menurut Master Akupunktur kami, tempoh masa yang biasanya diambil untuk merawat disleksia ini adalah diantara 2 minggu ke 6 bulan.

MASALAH DISLEKSIA DALAM KALANGAN MURID-MURID PEMULIHAN DI SEKOLAH RENDAH, PULAU PINANG. RAJESVARI RAMASAMY UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2008 MASALAH DISLEKSIA DALAM KALANGAN MURID-MURID PEMULIHAN DI SEKOLAH RENDAH, PULAU PINANG. oleh RAJESVARI A/P RAMASAMY Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi ijazah Sarjana Sastera (Pendidikan) Oktober 2008DYSLEXIA PROBLEMS AMONG REMEDIAL PUPILS IN PRIMARY SCHOOLS IN PENANG ISLAND by RAJESVARI A/P RAMASAMY Thesis submitted in fulfillment of the requirements for the degree of Master of Arts (Education) October 2008 PENGAKUAN Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. RAJESVARI a/p RAMASAMY

S-PM 0013/04 (R) Oktober 2008PENGHARGAAN Saya merakamkan ucapan penghargaan setinggi-tinggi terima kasih kepada Prof. Madya. Dr. Hairul Nizam Ismail, yang begitu gigih memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat sepanjang tempoh kajian dalam penyediaan projek penyelidikan ini. Tanpa nasihat dan cadangan beliau, saya pasti menghadapi kesukaran dalam menyiapkan projek penyelidikan ini. Kesabaran dan motivasi Prof. memberikan keyakinan pada saya untuk meneruskan kajian ini. Saya doakan semoga Prof. selalu sihat dan terus memberi nasihat dan bimbingan kepada para penuntut pada masa-masa yang akan datang. Penghargaan juga saya rakamkan kepada En. Sarib bin Selamat, Pn. Lee Lay Hwa dan guru-guru Pendidikan Khas yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan projek penyelidikan ini. Tidak lupa juga saya ucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga dan kawan-kawan saya En.Manuneethi, Pn.Gomala, Pn. Zeti Aida, Cik. Azizah atas dorongan dan sokongan yang tak terkata. Penghargaan ini juga saya tujukan khas kepada ibu tersayang, Mdm.Muniammal serta anak-anak, Salendren dan Bairavi atas pengorbanan dan sokongan yang telah diberikan sepanjang saya menyiapkan projek penyelidikan ini. Semoga ilmu yang kita terokai ini dapat dinikmati oleh semua pihak. RAJESVARI RAMASAMY PPIP, USM PULAU PINANG ISI KANDUGAN SURAT MUKA

Muka surat judul Pengakuan Penghargaan Isi kandungan Senarai jadual Senarai rajah Abstrak vi i iv v

Abstract

vii

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 7 11

1.2 Latar belakang kajian

1.3 Penyataan masalah kajian 1.4 Objektif kajian 1.5 Persoalan kajian 1.6 Kerangka 18 18 17 17

1.6.1 Kerangka konsep

1.6.2 Perbezaan disleksia, disgrafia dan discalculia 21 1.6.3 Kerangka kajian 1.7 Kepentingan kajian 1.8 Batasan kajian 1.9 Definisi operasi 26 27 27 22 24

1.9.1 Kanak-kanak pemulihan 1.9.2 Disleksia 28

1.10 Rumusan

29

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 30

2.2 Kanak-kanak pemulihan

30 32

2.2.1 Pendekatan pendidikan pemulihan

2.2.2 Masalah dalam pendekatan pendidikan pemulihan 36 2.2.3 Panduan mengajar murid pemulihan 37 2.3 Disleksia 38

2.3.1 Ciri-ciri disleksia dalam kalangan murid-murid pemulihan 43 2.3.2 Minat murid pemulihan yang mempunyai ciri-ciri disleksia 45 terhadap Pelajaran 2.3.3 Punca-punca disleksia 46

2.4 Kajian-kajian lepas berkaitan disleksia dan pemulihan 50 2.5 Teori-teori 2.5.1 Teori Pemulihan 2.5.2 Teori Disleksia 2.6 Rumusan 58 53 53 55

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Pemboleh ubah 59 59 60 60

3.2.1 Pemboleh ubah bebas

3.2.2 Pemboleh ubah bersandar 3.3 Reka bentuk kajian 60

3.3.1 Reka bentuk kajian : kaedah kuantitatif 3.3.2 Rasional pemilihan kajian kuantitatif 3.3.3 Reka bentuk kajian : kaedah kualitatif 3.3.4 Rasional pemilihan kajian kualitatif 3.4 Lokasi kajian 3.5 Persampelan 63 64

61 61 62 62

3.5.1 Pemilihan sampel kajian kuantitatif 3.5.2 Pemilihan sampel kajian kualitatif 3.6 Instrumen kajian 3.6.1 Soal selidik 69 68 66

64

3.6.2 Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen 71 3.6.3 Kajian rintis 75 76 76 79

3.6.3.1 Kajian rintis temu bual

3.6.4 Protokol temu bual berstruktur 3.7 Semakan rekod dan dokumen 3.8 Prosedur kajian 79 81

3.9 Teknik pengumpulan data 3.9.1 Data kuantitatif 3.9.2 Data kualitatif 3.10 Analisis data 82 81 81

3.10.1 Analisis data kuantitatif 3.10.2 Analisis data kualitatif 3.11 Rumusan 4.1 Pengenalan 4.2 Dapatan kajian

82 82

83 BAB 4 DAPATAN KAJIAN 84 85

4.2.1 Peratus keseluruhan

85 87

4.2.2 Tahap pencapaian dalam pelajaran

4.2.3 Tahap masalah dalam tingkah laku dalam pelajaran 93 4.2.4 Rumusan 101 102 103

4.3 Dapatan temu bual

4.3.1 Cabaran kepada guru program pemulihan

4.3.2 Langkah-langkah penambahbaikan program pemulihan 105 4.4 Rumusan 108

BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan 109 109

5.2 Perbincangan dapatan kajian

5.2.1 Perbezaan peratus murid pemulihan yang bermasalah 109 disleksia 5.2.2 Perbezaan peratus dalam kalangan murid pemulihan yang 110 mempunyai masalah disleksia antara lelaki dan perempuan 5.2.3 Masalah disleksia yang mempengaruhi pencapaian pelajaran 111 murid pemulihan 5.2.4 Murid pemulihan yang dikenal pasti mempunyai masalah 113 disleksia berkaitan dengan tingkah laku 5.2.5 Amalan dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam 115 mengendalikan murid pemulihan 5.2.6 Langkah-langkah yang perlu diambil dalam membantu murid pemulihan yang mempunyai masalah disleksia 117

5.3 Rumusan 5.4 Saranan

118 119 121

5.5 Cadangan kajian lanjutan 5.6 Penutup 122

Bibliografi

124

Lampiran 1A Validasi kepakaran Lampiran 1B Borang biodata murid Lampiran 1C Soal selidik pencapaian pelajaran Lampiran 1D Soal selidik masalah tingkah laku Lampiran 2A Jadual temu bual guru Lampiran 2B Soalan-soalan temu bual Lampiran 2C Butiran responden Senarai jadual Muka surat 64

Jadual 3.1` : Senarai sekolah yang terlibat dalam kajian Jadual 3.2 : Deskripsi sampel kajian kuantitatif Jadual 3.3 : Deskripsi sampel kajian kualitatif Jadual 3.4 : Pemilihan soalan mengikut skop Jadual 3.5 : Skala likert 75 65 67 73

Jadual 4.1 : Perbezaan peratus individu yang bermasalah 86 (mempunyai ciri-ciri) disleksia dalam kalangan murid pemulihan lelaki dan perempuan Jadual 4.2 : Julat kategori tahap kewujudan masalah disleksia murid pemulihan (pencapaian pelajaran) Jadual 4.3 : Bilangan murid pemulihan dalam tahap disleksia yang berbeza (pencapaian pelajaran) 89 88

Jadual 4.4 : Masalah disleksia mempengaruhi pencapaian 90 pelajaran murid pemulihan dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis Jadual 4.5 : Julat kategori tahap kewujudan masalah disleksia Murid pemulihan (masalah tingkah laku pelajaran) Jadual 4.6 : Bilangan murid pemulihan dalam tahap disleksia 95 94

yang berbeza (masalah tingkah laku pelajaran) Jadual 4.7 : Masalah disleksia mempengaruhi tingkah laku 96 murid pemulihan dalam bidang bacaan, penulisan, pertuturan serta pengiraan

Senarai rajah

Muka surat 20

Rajah 1 : Model masalah pembelajaran yang khusus Rajah 2 : Kerangka kajian 23 34

Rajah 3 : Organisasi perlaksanaan IPP3M

Rajah 4 : Otak manusia normal dan otak manusia yang 40 menghidapi disleksia Rajah 5 : Saraf pemprosesan maklumat dalam otak manusia normal dan otak manusia yang menghidapi disleksia MASALAH DISLEKSIA DALAM KALANGAN MURID-MURID PEMULIHAN 41

DI SEKOLAH RENDAH,PULAU PINANG ABSTRAK Tujuan kajian ialah untuk mengukur tahap kewujudan masalah disleksia yang mempengaruhi pencapaian dalam pelajaran serta tingkah laku murid pemulihan di

sekolah-sekolah rendah secara am serta untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru pendidikan pemulihan dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu murid pemulihan yang mempunyai masalah disleksia. Kajian ini telah dijalankan di sepuluh buah sekolah rendah di Zon Timur Laut, negeri Pulau Pinang. Responden kajian terdiri daripada 120 orang murid-murid pemulihan dan 25 orang guru pendidikan khas daripada sepuluh sekolah yang sama. Untuk tujuan pengumpulan data kuantitatif, satu instrument kajian telah dibentuk berpandukan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD), Kementerian Pendidikan Malaysia, (2002) supaya menjadi satu borang senarai semak pemerhatian dan diisi oleh guru-guru yang terlibat. Untuk data kuantitatif pula, sepuluh orang guru daripada kumpulan guru yang sama telah dipilih untuk ditemu bual. Dapatan kajian menunjukkan terdapat masalah disleksia dalam kalangan murid pemulihan yang terlibat. Secara keseluruhan, 91 orang murid atau 75.8% didapati termasuk dalam kategori individu yang mempunyai tahap disleksia yang tinggi, 26 orang (22.7%) pula dalam kategori tahap sederhana dan 3 orang atau 2.5% daripada keseluruhan 120 orang murid termasuk dalam kategori tahap rendah. Dari segi jantina pula, peratusan individu dalam kategori tinggi yang lebih besar adalah pelajar perempuan dengan 82% manakala hanya 71.4% individu dalam kalangan lelaki berada di kategori yang sama. Dapatan transkrip temu bual menunjukkan pendapat yang agak berbeza dalam kalangan guru terhadap persoalan cabaran yang dihadapi dan peranan yang boleh dimainkan oleh guru dalam permasalahan ini. DYSLEXIA PROBLEMS AMONG REMEDIAL PUPILS IN PRIMARY SCHOOLS IN PENANG ABSTRACT The purpose of this study is to identity the existence of dyslexia that influence academic achievement as well as behavioral skills and to identify the challenges faced by the teachers and the steps that can be taken by them to help the pupils with dyslexia

problems. The study was conducted at ten primary schools in North East Zone of Penang Island. The respondents are 120 remedial pupils and 25 special education teachers from the same ten schools. For the purpose of collecting quantitative data, an instrument was adopted and turned into an observation checklist form to be filled by the participating teachers. For qualitative data, ten teachers from the same group were randomly selected and interviewed. The results show that there are dyslexia problems among the participating remedial pupils. Overall, 91 pupils or 75.8% was categorized within the group that has high level of dyslexia, 26 pupils (22.7%) in the moderate category and only 3 individual or 2.5% from the total of 120 pupils were categorized in the low level group. In term of gender, the percentage of individuals who are in high level dyslexia category is higher for female pupils with 82% whereas only 71.4% individuals among the male pupils belong to the same category. The analysis of the interview transcripts revealed different patterns of answer among the interview teachers concerning the issues of challenges faced and the roles that can be played by the teachers in this problem. 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Dalam era teknologi maklumat serta zaman siber dunia tanpa sempadan, setiap individu dalam masyarakat berusaha dan berlumba-lumba untuk mengguna dan mengaplikasikan kemudahan dan peralatan canggih yang ada dalam persekitaran mereka. Namun begitu, kemudahan ini besar kemungkinannya kurang bermanfaat kepada individu yang menghadapi masalah pembelajaran khususnya masalah membaca, menulis dan mengira (3M). Secara ringkasnya dapatlah dikatakan bahawa kemahiran 3M adalah sangat penting

biarpun betapa canggihnya sesuatu zaman itu. Oleh yang demikian, dalam konteks pendidikan, Ott (1997) menyatakan bahawa kemahiran-kemahiran asas (membaca, menulis dan mengira) adalah penting untuk dikuasai oleh setiap individu pelajar bagi membolehkan mereka mendapat kebaikan daripada setiap komponen dalam kurikulum pembelajaran di sekolah yang disediakan untuk mereka. Sekiranya kemahiran asas ini masih belum berkembang sepenuhnya dalam diri pelajar, satu bentuk program pemulihan adalah amat perlu disediakan untuk membantu setiap pelajar yang mempunyai masalah ini. Pendidikan pemulihan di Malaysia diperkenalkan selepas projek perintis untuk meninjau keperluan mengadakan pendidikan pemulihan dilancarkan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1967 (Kementerian Pelajaran Malaysia). Kelas pemulihan khas diwujudkan bagi tujuan 2 mengatasi masalah ketidakupayaan murid-murid lemah dalam menguasai kemahiran asas 3M membaca, menulis dan mengira. Dalam pengajaran pemulihan, strategi pengajaran diubah suai untuk keperluan murid-murid yang mengalami ketidakupayaan dalam pembelajaran. Pendidikan pemulihan telah dilaksanakan di negara ini sejak beberapa dekad yang lalu, iaitu sejak daripada awal 1970an lagi. Namun, apa yang menjadi kerungsingan dan tanda tanya kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab ialah hasil dapatan beberapa kajian yang menunjukkan bahawa masih terdapat ramai murid, termasuk murid lepasan program pemulihan, yang mengalami masalah dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Statistik Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2001, menerusi Unit Bahagian Sekolahnya, menunjukkan seramai 115,377 orang murid sekolah rendah di seluruh Malaysia menghadapi

masalah pembelajaran dan tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M. Kajian oleh penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia pada tahun 1993 pula mendapati 12.6 peratus daripada 20000 orang murid tahun 1-3 di sekolah biasa menghadapi masalah pembelajaran (Amin Salleh, Mahiran Abu Amin & Faridah Abu Hassan, 2002). Dewasa ini masalah murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah mula mendapat perhatian serius dari para pendidik dan ibu bapa di negara kita. Persoalan dan isu seperti 3 faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid ini ketinggalan dalam pelajaran mereka dan kaedah terbaik untuk menolong mereka sering dibincangkan dalam banyak seminar, forum dan persidangan mengenai pendidikan. Hasil daripada perbincangan-perbincangan ini terdapat suara yang meminta supaya tindakan pemulihan yang efektif diwujudkan untuk mengatasi masalah murid-murid bermasalah pembelajaran supaya keupayaan dan bakat mereka boleh ditingkatkan. Dengan cara ini impian pelbagai pihak untuk membantu mereka yang mempunyai masalah pembelajaran dapat direalisasikan. Pengajaran pemulihan nampaknya sudah mula diberi perhatian yang khusus dalam proses pengajaran di sekolah. Dalam pelaksanaan pendidikan pemulihan, data yang masih relevan hingga kini menunjukkan bahawa terdapat 10 hingga 20 peratus murid di sekolah rendah bermasalah dalam pelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1982). Malah mengikut kajian Amin Salleh, Mahiran Abu dan Faridah Abu Hassan (2002) dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia meramalkan bahawa pada sesuatu masa yang tertentu, kira-kira 10 peratus daripada murid-murid sekolah rendah mempunyai masalah

pembelajaran. Maklumat di atas memberi gambaran bahawa kemungkinan terdapat sebilangan murid-murid dalam program pendidikan pemulihan mempunyai 4 permasalahan pembelajaran yang agak serius dan yang berbeza daripada apa yang dijangkakan selama ini. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1982) dalam pendidikan pemulihan, masalah penguasaan 3M dibahagikan kepada dua kategori. Kategori pertama ialah masalah pembelajaran ringan (lambat menguasai kemahiran 3M). Kategori kedua pula ialah masalah pembelajaran serius/kompleks (tidak dapat langsung menguasai kemahiran 3M). Pengkaji berpendapat bahawa berdasarkan kedua kategori ini, ia secara tidak langsung memberikan gambaran yang spesifik, kemungkinan wujudnya masalah pembelajaran yang agak khusus, contohnya masalah disleksia dalam kalangan kanak-kanak pemulihan di sekolah-sekolah rendah. Anggapan dan hipotesis penyelidik ini adalah berdasarkan ciri-ciri yang dikesan wujud dalam kalangan murid pemulihan. Menurut Rozita Sahimin (2000), selain sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan memperolehi keputusan ujian peperiksaan yang kurang memuaskan, kanak-kanak pemulihan juga memperlihatkan ciri-ciri kesukaran berbahasa, membaca, menulis dan tahap tumpuan yang terhad disamping rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa. Berdasarkan kajian oleh Mohd Anuar Abdullah (2001) terhadap pengetahuan guru-guru pendidikan pemulihan khas mengenai masalah disleksia di daerah Hilir Perak pula, terdapat ramai responden guru yang menyatakan bahawa ramai murid mereka memiliki masalah yang berkaitan dengan pembacaan yang membabitkan kesukaran 5

pengulangan ayat dan perkataan. Manakala mengikut beberapa orang guru lain, masalah pembelajaran murid pemulihan mereka mempunyai kaitan dengan masalah mengenal perkataan secara visual atau auditori. Ini menyebabkan mereka sukar untuk menyebut sesuatu perkataan yang dilihat atau didengar. Apa yang ingin ditonjolkan di sini ialah, berdasarkan kepada hasil dapatan beberapa kajian lepas di atas serta berasaskan kepada pengalaman pengkaji sendiri sebagai guru pendidikan pemulihan sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang, banyak ciri-ciri yang dinyatakan di atas juga jelas wujud dalam kalangan murid-murid pemulihannya. Ini menimbulkan beberapa persoalan; (i) apakah tahap kewujudan disleksia dalam kalangan murid pemulihan?, (ii) apakah kesan masalah disleksia kepada murid-murid pemulihan?, (iii) apakah senario sebenar yang wujud dalam program pendidikan pemulihan?, dan (iv) apakah langkahlangkah yang perlu diambil untuk meningkatkan lagi keberkesanan program pendidikan pemulihan bagi tujuan untuk membantu murid pemulihan yang menghadapi masalah disleksia?. Pengkaji berpendapat bahawa persoalanpersoalan ini dengan jelas menunjukkan keperluan untuk menjalankan satu penyelidikan yang terancang dan sistematik mengenai masalah disleksia yang mempengaruhi pencapaian pelajaran murid-murid pemulihan. Umumnya, disleksia adalah sukar dikenal pasti. Sebagai contohnya, ramai kanak-kanak normal yang membuat kesilapan dalam mengeja dan membaca yang tidak jauh bezanya dengan kesilapan yang dibuat oleh kanak-6 kanak disleksia. Namun, adalah amat penting disleksia dikenal pasti seawal mungkin. Ini kerana semakin muda atau awal usia mereka yang mengalami disleksia dikenal pasti dan diberi intervensi, semakin mudah untuk mereka dapat dibantu untuk menguasai sesuatu pembelajaran. Menurut laman web http://www.dyslexia yang bertajuk Bright Solution For Dislexia, terdapat simptom

disleksia tertentu yang boleh diperhatikan mengikut peringkat umur persekolahan seseorang. Pengendalian dan pelaksanaan program pemulihan adalah sesuatu yang begitu mencabar terutamanya kepada para guru. Mereka menempuh pelbagai cabaran untuk mendidik murid-murid dalam program pemulihan mereka yang sering kali memiliki masalah pembelajaran yang berbeza. Kehadiran murid-murid yang mempunyai masalah disleksia dalam bilik darjah mereka sudah tentu menambah lagi beban dan kesukaran kepada guru-guru tersebut untuk melaksanakan pengajaran yang efektif. Justeru, rasional pengkaji memilih tajuk kajian untuk mengenal pasti tahap kewujudan masalah disleksia dalam kalangan murid-murid pemulihan di sekolah rendah ini adalah kerana pengkaji berpendapat bahawa terdapat beberapa amalan dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengendalikan murid pemulihan yang mempunyai masalah disleksia. Pada masa yang sama pengkaji juga berpendapat bahawa langkah-langkah yang dapat membantu murid pemulihan yang mempunyai masalah disleksia perlu dikenal pasti bagi tujuan 7 untuk meningkatkan lagi mutu program pendidikan pemulihan. Ini menunjukkan bahawa masih terdapat kelemahan dalam pelaksanaan program pemulihan di negara kita. Pernyataan ini adalah berasaskan pengalaman pengkaji sendiri sebagai guru Pendidikan Khas selama enam tahun di sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) di negeri Pulau Pinang. 1.2 Latar belakang kajian Kategori kanak-kanak yang berada dalam kelas-kelas pemulihan khas yang terdapat di negara ini adalah berbeza-beza berdasarkan masalah yang dihadapi. Keadaan ini mewujudkan kemungkinan bahawa pelajar-pelajar ini

menghadapi masalah pembelajaran yang tertentu. Terdapat beberapa kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji dalam dan luar negara yang menyatakan bahawa masalah pembelajaran seperti disleksia mempunyai hubungan yang signifikan dengan masalah pemulihan (Chow, 1992). Masalah disleksia dirujuk kepada beberapa ciri iaitu seperti: (i) kesukaran berbahasa (ii) ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual (iii) tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak (iv) tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku). (v) mata mudah menjadi penat setelah beberapa minit menumpu perhatian kepada tulisan, dan (vi) daya tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual). 8 Dalam program pemulihan pula, didapati bahawa murid-murid pemulihan sering menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran membaca. Fauziah Tahiruddin (2000) menyatakan antara permasalahannya ialah pelajar pemulihan mudah lupa perkataan yang dibaca. Daya ingatan mereka sangat singkat. Oleh itu mereka perlu diberi peluang membaca perkataan yang sama berulang kali dalam aktiviti latih tubi. Ramai kanak-kanak pemulihan juga mengalami masalah dalam pengamatan. Mereka kurang mahir mengecam bentuk perkataan yang dibaca. Masalah ini mungkin disebabkan mereka sukar memberi tumpuan atau perhatian. Selain itu, murid pemulihan juga mempunyai perbendaharaan kata yang kurang atau terhad menyebabkan mereka menghadapi masalah dalam membina ayat mudah dengan betul. Menurut Rubiah Kulop (1997) dalam satu kajian tentang Guru Khas

Pemulihan, masalah disleksia yang wujud dalam kalangan kanak-kanak pemulihan dapat dilihat melalui tiga aspek. Pertama, kanak-kanak ini lemah dari segi perkembangan mental dan kadang-kadang mengalami kecacatan lain seperti gangguan kesihatan, pengalaman yang terhad serta gangguan emosi. Kedua, kanak-kanak tersebut selalu ponteng sekolah dan mempunyai latar belakang masalah kemiskinan, dan yang ketiga, kanak-kanak ini mengalami kesukaran dalam kemahiran bacaan dan penulisan sehingga mengakibatkan pencapaian yang rendah dalam pelajaran. 9 Deskripsi-deskripsi di atas menunjukkan bahawa terdapat ciri-ciri yang hampir serupa yang dialami oleh pelajar-pelajar pemulihan dan disleksia. Payne dan Turner (1999) menyatakan bahawa disleksia adalah suatu permasalahan pembelajaran yang spesifik atau khusus. Namun begitu, hakikat yang harus diterima oleh kanak-kanak yang menghadapi masalah disleksia masa kini adalah pengkategorian penempatan mereka dalam kelompok murid pemulihan dan tidak dalam kelompoknya yang khusus dan tersendiri. Konsep pendidikan yang masih diamalkan dalam sistem pendidikan masa kini bagi mereka yang bermasalah dalam pelajaran adalah program pemulihan. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002 telah mengenal pasti dua kategori masalah pembelajaran yang dihadapi oleh muridmurid lambat belajar sebagai masalah pembelajaran ringan dan masalah pembelajaran berat. Masalah pembelajaran ringan adalah dirujuk kepada sedikit kesukaran atau lambat menguasai kemahiran bahasa di dalam bilik darjah. Mereka ini mempunyai perkembangan mental yang lambat mempunyai potensi untuk berkembang dalam tiga bidang iaitu akademik, sosial dan vokasional. Biasanya mereka menghadapi kesukaran dalam program sekolah arus perdana dan memerlukan adaptasi bagi pendidikan yang sesuai. Namun, mereka adalah

berpotensi untuk berdikari dengan pendidikan dan latihan yang sesuai (Jamila K.A. Mohamed, 2005). 10 Masalah pembelajaran berat atau kompleks pula ditakrifkan sebagai kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1982). Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran kompleks sukar mencapai tahap tanggungjawab sosial, menguasai kemahiran asas akademik dan menguasai kemahiran vokasional. Kanak-kanak ini belajar dalam kadar yang agak lambat. Mereka mengalami kesukaran dalam pemikiran abstrak dan memerlukan pengulangan apabila mempelajari konsep baru.( Jamila K.A. Mohamed, 2005). Kedua-dua masalah ini diatasi dengan satu perancangan khusus iaitu program pemulihan. Program pemulihan adalah satu rancangan pembelajaran yang disediakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran pembelajaran dalam menguasai sesuatu kemahiran. Program ini dikendalikan oleh guru pemulihan khas yang berkemahiran (Jamilah Ahmad, 1999). Dalam hal ini murid-murid yang dikategorikan sebagai disleksia adalah dalam kalangan mereka yang boleh dianggap mempunyai masalah pembelajaran berat atau kompleks. Ini adalah kerana mereka mempunyai ciri-ciri disleksia dari segi pencapaian pelajaran dan tingkah laku. Mereka biasanya akan ditempatkan dalam kelas pemulihan. Dalam konteks pelaksanaan pendidikan pemulihan di Malaysia, pengajaran kemahiran akademik difokuskan dalam mata pelajaran Bahasa dan Matematik sahaja. Murid pemulihan diambil keluar dari 11 kelas biasa dari masa ke semasa untuk sesuatu aktiviti pemulihan dalam kelas pemulihan dan selepas itu dikembalikan ke kelas asal mereka (Chua Tee Tee dan

Koh Boh Boon, 1992). 1.3 Pernyataan masalah kajian Kirk dan Gallagner (1989) menyatakan bahawa kanak-kanak pemulihan adalah individu yang mempunyai masalah dalam membaca, mengeja, menulis atau membuat kiraan congak. Kelemahan ini dapat dilihat apabila kanak-kanak ini berada di sekolah dan pencapaian mereka sering berada di bawah paras normal. Aras pencapaian pelajar dapat dikesan berdasarkan kebolehan menguasai kemahiran tertentu berbanding umur mereka, terutamanya pencapaian dari segi mental, bahasa, pengiraan congak, kemahiran lisan dan ujian kepantasan membaca. Kebolehan mereka menguasai kemahiran tersebut adalah ketinggalan antara dua atau tiga tahun daripada kanak-kanak normal. Namun, ini tidak bermakna bahawa mereka mengalami kecacatan mental, bermasalah emosi yang serius atau kecacatan sensori. Berdasarkan pendapat Payne dan Turner (1999) dan juga Hammond dan Hughes (1999), mereka lebih cenderung menggunakan istilah masalah belajar spesifik (Specific Learning Difficulties) bagi pelajar yang mengalami masalah disleksia. Dengan kata lain, murid disleksia bukan sahaja mengalami masalah dalam menguasai kemahiran membaca sahaja, malah berkemungkinan juga menghadapi masalah secara menyeluruh dalam kemahiran asas literasi dan 12 numerasi. Secara umumnya, dapatlah dikatakan bahawa disleksia adalah satu bentuk masalah kesukaran pembelajaran yang spesifik yang dimiliki oleh seseorang pelajar dalam aspek-aspek membaca, menulis, mengeja dan mengira nombor (Renwick, 2001). Malah perkara ini telah dibuktikan oleh Sanders dan Mayers (1996) yang menyatakan bahawa kesukaran-kesukaran ini termasuklah masalah yang serupa dalam kerja nombor dan mengenali simbol-simbol seperti

nota muzik dan tanda matematik. Kajian Musa Abd Wahab (2002) telah merumuskan bahawa hasil kajian yang dijalankan terhadap 153 orang murid pemulihan di Zon Pudu Wilayah Persekutuan mendapati 36.3% daripadanya mempunyai masalah disleksia pada tahap yang serius. Sementara individu murid yang mengalami masalah disleksia pada tahap yang sederhana dan ringan pula adalah 30.2% dan 33.5%. Kajian ini hanya memberi tumpuan khusus terhadap masalah 3M dalam kalangan murid pemulihan. Hynd dan Cohen (1983) pula memetik hasil kajian yang dilakukan oleh Critchley pada tahun 1978 yang mendapati bahawa masalah disleksia dalam kalangan kanak-kanak lelaki adalah lebih tinggi berbanding kanak-kanak perempuan. Kajian beliau terhadap 1633 kes yang dikenal pasti mengalami masalah pembelajaran disleksia mendapati 1367 daripadanya adalah kanakkanak lelaki dan 266 sahaja adalah perempuan. Ini menunjukkan peratusan murid lelaki melebihi 80% berbanding dengan murid perempuan. 13 Pendidikan pemulihan adalah khas untuk murid-murid darjah satu hingga darjah tiga. Terdapat sebanyak 33 buah sekolah rendah yang menjalankan program pemulihan di zon Timur Laut, Pulau Pinang. Program ini adalah di bawah kelolaan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri. Murid-murid yang berada dalam kelas pemulihan mempunyai masalah penguasaan 3M. Pada masa yang sama, mereka juga mempunyai masalah sampingan yang menyebabkan mereka tidak dapat menguasai kemahiran 3M walaupun telah mengikuti program pemulihan selama tiga tahun. Kajian ini cuba mengutarakan kemungkinan muridmurid pemulihan mempunyai masalah lain, contohnya disleksia. Murid-murid ini kurang menunjukkan kemajuan semasa berada dalam kelas pemulihan. Biasanya murid-murid yang masuk ke darjah satu akan diberikan ujian untuk melihat tahap

pencapaian akademik mereka. Dalam ujian ini guru dapat mengenal pasti muridmurid yang perlu disalurkan dalam program pemulihan.

Setiap tiga bulan, ujian akan diadakan untuk melihat tahap pencapaian murid-murid. Murid-murid akan mengikuti kurikulum biasa dan akan masuk ke kelas pemulihan enam kali seminggu. Buku panduan, buku kerja, lembaran kerja serta ABM (Alat Bantu Mengajar) digunakan dalam program ini. Walau bagaimanapun buku kerja serta lembaran kerja yang digunakan dalam program ini kurang sesuai untuk semua murid pemulihan. Ini kerana tahap pencapaian akademik dan keperluan murid pemulihan adalah berbeza antara satu sama lain. 14

Murid-murid yang berada dalam kelas pemulihan menunjukkan kemajuan yang paling minima dalam program pendidikan pemulihan. Ini kerana selain daripada masalah menguasai 3M, mereka juga mempunyai masalah lain yang menyebabkan mereka tidak dapat menguasai kemahiran 3M walaupun telah mendapat pendidikan awal di peringkat prasekolah. Dalam erti kata yang lain, mereka ini telah didedahkan kepada aktiviti membaca, menulis dan mengira sejak umur 5-6 tahun. Justeru, melalui kajian ini pengkaji cuba membuktikan bahawa mereka ini berkemungkinan besar mempunyai masalah disleksia yang menyebabkan pencapaian pelajaran mereka terjejas.

Seperti yang telah disebut di atas, program pemulihan adalah untuk mereka yang berada dalam darjah satu hingga darjah tiga sahaja. Setelah naik ke darjah empat murid-murid ini tidak akan masuk ke kelas pemulihan lagi. Oleh yang demikian tidak ada satu kesinambungan setelah mereka naik ke darjah empat, lima dan enam. Dalam situasi ini jika murid tersebut masih tidak dapat

menguasai 3M maka mereka akan ketinggalan dalam kurikulum biasa dan seterusnya akan tercicir dalam pelajaran. Keadaan ini akan berterusan sehingga ke sekolah menengah. Dalam erti kata yang lain, murid-murid ini akan meningkat ke peringkat sekolah menengah tanpa masalah akademik mereka di sekolah rendah dapat diselesaikan dahulu. Siapakah harus bertanggungjawab dalam hal ini? 15 Oleh yang demikian, langkah-langkah yang wajar perlu diambil untuk menangani masalah ini. Jika terdapat masalah disleksia yang dikenal pasti dalam diri seseorang murid, maka kita boleh salurkan mereka ke program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Di sini, sekolah ataupun kelas khas diwujudkan bagi mengumpul dan menempatkan murid-murid keperluan khas iaitu murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Jika tidak, muridmurid ini akan meneruskan pelajaran mereka sama seperti murid lain. Setiap tahun mereka akan meningkat dari darjah satu hingga ke sekolah menengah tanpa dapat menguasai kemahiran 3M. Murid ini akan mengikuti arus perkembangan pendidikan tanpa dapat menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya mereka kuasai dalam tempoh tersebut. Mereka datang ke sekolah hanya untuk mengisi masa lapang. Akhirnya mereka akan merasa hampa, terbiar, menjadi tempat cemuhan guru, dibuli oleh rakan dan sebagainya. Faktor-faktor ini akan menimbulkan rasa rendah diri yang sukar untuk diatasi oleh murid tersebut. Spafford dan Grosser (1996) menganggarkan kira-kira lima peratus (5%) murid pemulihan yang mengalami disleksia. Ini bersesuaian dengan kajian Sofiah Ali (2000) yang telah menganggarkan antara 5 hingga 10 peratus penduduk negara ini mengalami disleksia. Manakala secara keseluruhan dianggarkan empat peratus (4%) daripada populasi dunia mempunyai masalah disleksia

(Renwick, 2001). Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas, ini menunjukkan kemungkinan bahawa hampir semua sekolah dalam negara ini mempunyai murid 16 bermasalah disleksia. Hal ini sebenarnya pernah ditegaskan oleh Pollock dan Waller (1994) bahawa semua sekolah mempunyai kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia, cuma tahap masalah yang dialami oleh mereka adalah berbeza-beza iaitu sama ada ringan, sederhana atau berat. Dari segi fizikal, murid-murid yang mengalami masalah disleksia tidak mempunyai sebarang kecacatan anggota dan tahap kecerdasan mereka juga adalah normal. Mereka boleh berbual dan bergaul seperti murid lain. Ini menyebabkan tiada sebarang tindakan diambil bagi membantu kanak-kanak tersebut dalam pelajaran. Akibatnya, murid-murid ini berkemungkinan besar disalah labelkan sebagai sama ada murid pemulihan atau bermasalah pembelajaran yang umum sahaja (Sofiah Ali, 2000; Zabidi Husin, 2000).

Berdasarkan permasalahan yang dinyatakan di sini, pengkaji merasakan perlu adanya suatu bentuk penyelidikan khusus dalam memahami permasalahan disleksia dalam kalangan murid-murid pemulihan. Ini secara langsung dapat membantu kanak-kanak disleksia dalam negara ini. Jika pengenal pastian dan intervensi yang bersesuaian dilaksanakan seawal mungkin, tempoh yang diperlukan untuk mengurangkan kesan negatif disleksia mungkin menjadi singkat dan lebih mudah (Hammond dan Hughes, 1999; Mercer, 1997). 17 1.4 Objektif kajian Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut: 1.4.1 Mengenal pasti peratus murid pemulihan (responden) yang bermasalah Disleksia di sekolah rendah di Pulau Pinang.

1.4.2 Mengenal pasti perbezaan peratus individu bermasalah disleksia dalam kalangan murid pemulihan lelaki dan perempuan 1.4.3 Mengenal pasti tahap pengaruh disleksia terhadap pencapaian pelajaran murid pemulihan. 1.4.4 Mengenal pasti tahap pengaruh disleksia terhadap tingkah laku murid pemulihan. 1.4.5 Mengenal pasti amalan dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengendalikan murid pemulihan yang mempunyai masalah disleksia. 1.4.6 Mengenal pasti langkah-langkah yang dapat membantu murid pemulihan yang mempunyai masalah disleksia. 1.5 Persoalan kajian Kajian ini akan cuba menjawab persoalan-persoalan berikut: 1.5.1 Apakah peratus murid pemulihan (responden) yang bermasalah disleksia di sekolah rendah di Pulau Pinang? 1.5.2 Adakah wujud perbezaan peratus individu yang bermasalah disleksia dalam kalangan murid pemulihan lelaki dan perempuan? 1.5.3 Apakah tahap pengaruh disleksia terhadap pencapaian pelajaran murid pemulihan dalam kemahiran membaca, mengeja serta menulis? 18 1.5.4 Apakah tahap pengaruh disleksia terhadap tingkah laku murid pemulihan dalam bidang bacaan, tulisan, pertuturan serta pengiraan? 1.5.5 Apakah amalan dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengendalikan murid pemulihan? 1.5.6 Apakah langkah-langkah yang perlu diambil dalam membantu murid pemulihan yang mempunyai masalah disleksia? 1.6 Kerangka

Kerangka konsep dan kerangka kajian disediakan untuk berfungsi sebagai pemandu kepada kajian ini agar ia menjurus kepada tujuan dan matlamat yang dikehendaki. 1.6.1 Kerangka konsep Rajah 1 menggambarkan suatu masalah pembelajaran yang sering didapati dalam kalangan pelajar. Ia dikenali sebagai disleksia dan masalah ini biasanya melibatkan kesukaran dalam kemahiran bacaan dan ejaan. Selain daripada kedua-dua kesukaran tersebut, ia juga boleh menjejaskan aspek kebolehan penulisan seseorang. Ia boleh didapati dalam kalangan orang yang mempunyai kecerdasan mental yang biasa/purata dan yang lebih tinggi daripada ketinggian biasa. Disleksia adalah salah satu masalah pembelajaran yang unik. Ia dipercayai membabitkan lebih kurang empat peratus daripada kanak-kanak sekolah ( Annette Brock,1999). 19 Selain masalah membaca dan mengeja terdapat juga masalah-masalah sampingan yang lain turut menyumbang kepada kesukaran dalam pembelajaran seseorang individu. Antaranya adalah Disgrafia (Dysgraphia) yang melibatkan kesukaran menulis, Discalculia (Dyscalculia) yang menlibatkan kesukaran dalam pembelajaran matematik dan masalah bahasa yang melibatkan kesukaran mendengar dan bertutur (Rajah 1). Masalah-masalah sampingan ini selalunya bertindih antara satu sama lain dan susah untuk dikesan (Anderson 1991; Duane,1991). 20 Rajah 1 : Model masalah pembelajaran yang khusus. (Sumber : THE Dysleksia-Speld Foundation WA (INC) , South Perth ,1993).21

1.6.2 Perbezaan disleksia, disgrafia dan discalculia Seperti yang telah dinyatakan, disleksia pada dasarnya adalah masalah pembacaan dan pengejaan yang juga boleh menganggu kemahiran penulisan. Sekiranya masalah penulisan itu teruk, seseorang itu boleh dikatakan mempunyai masalah digrafia dan disleksia pada masa yang sama. Disleksia bukanlah satu ketidakupayaan atau masalah matematikal (discalculia) kerana ramai inidividu yang bermasalah disleksia mempunyai keupayaan yang tinggi dalam aspek mengira. Walau bagaimanapun peratus bilangan orang yang bermasalah disleksia yang menghadapi kesukaran dalam kemahiran pengiraan secara mental (mental arithmetic) serta menghafal sifir darab adalah tinggi. Masalah ini dikaitkan dengan kesukaran dalam mengingat balik peristiwa-peristiwa dalam urutan yang betul daripada ingatan jangka masa panjang (THE Dysleksia-Speld Foundation WA (INC) , South Perth,1993). Tidak semua orang mungkin bersetuju dengan perbezaan dalam definisi di antara disleksia (membaca dan mengeja), disgrafia (menulis) dan discalculia (mengira). Biasanya terdapat kecenderungan untuk mengkategorikan ketiga-tiga masalah ini sebagai disleksia. Ini boleh difahami memandangkan kepada kewujudan banyak situasi seorang inidvidu yang menghadapi masalah disleksia tetapi pada masa yang sama juga menghadapi disgrafia dan discalculia. Dalam keadaan ini, adalah menjadi penting untuk mengenal pasti masalah yang khusus di antara ketiga-tiga masalah tersebut untuk menentukan rawatan yang perlu 22 diberi atau langkah pemulihan yang patut diambil. Misalnya, sekiranya seseorang pelajar menghadapi masalah penulisan, dia perlu dirujuk kepada pakar terapi cara kerja (occupational therapist) dan juga perlu dimasukkan ke dalam program pemulihan literasi.

Mengajar pelajar-pelajar yang bermasalah disleksia memerlukan kepakaran khas. Perkhidmatan terapi ini boleh disamakan dengan terapi yang diberi oleh seorang pakar patalogi pertuturan. Terdapat pelbagai program pengajaran berjaya dilaksanakan berdasarkan penyelidikan bagi pelajar-pelajar yang menghadapi masalah disleksia. Disleksia dianggap sebagai satu masalah pembelajaran yang melibatkan kelemahan-kelemahan dalam pemprosesan bahasa serta kognitif yang menghindarkan kebolehan membaca. Ia juga adalah satu masalah neurological (saraf) yang dipindahkan secara genetik (Snowling, 1996) 1.6.3 Kerangka kajian Rajah 2 menunjukkan kerangka tentang kajian ini. Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif yang berfokus kepada muri-murid pemulihan di sepuluh buah sekolah rendah Pulau Pinang yang menjalankan Program Pemulihan. Pertama, pengkaji ingin membina suatu alat ukur untuk mengukur tahap pengaruh disleksia berdasarkan dua pemboleh ubah bebas iaitu 1.Pencapaian pelajaran 2. Masalah tingkah laku murid pemulihan terhadap kemahiran (3M) membaca, mengira dan menulis. Kedua, pengkaji akan 23 menyelidik secara mendalam kaedah triangulasi, antaranya pengkaji akan membuat pemerhatian dan temubual secara berfokus ke atas guru-guru yang terlibat dalam Program Pemulihan di sepuluh buah buah sekolah rendah yang dipilih oleh untuk menjalankan kajian ini. Selain itu, pengkaji akan menganalisis dokumen yang dianggap sesuai dalam kajian ini, contoh buku pemantauan kelas, fail peribadi murid serta kad laporan prestasi murid. Rajah: 2 Kerangka kajian Pemboleh ubah bebas Pemboleh ubah bersandar

(Membina alat ukur) analisis data kuantitatif Disleksia mempengaruhi murid pemulihan dalam : Pencapaian pelajaran -Membaca -Mengeja -Menulis

(Mengukur dan menilai) analisis data kualitatif

Tingkah laku -Bacaan -Tulisan -Pertuturan -Pengiraan Kaedah Triangulasi Temu bual Pemerhatian Analisis dokumen A L

A T U K U R 24 1.7 Kepentingan kajian Kajian ini difikirkan perlu dijalankan dalam konteks pendidikan pemulihan kerana kita sering mendapati murid pemulihan dikaitkan dengan masalah penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira serta masalah lain yang berkaitan dengan kesihatan, emosi, persepsi, fizikal dan sebagainya. Faktorfaktor ini mempunyai persamaan langsung dengan masalah disleksia. Maka adalah difikirkan bahawa kajian ini akan dapat dilaksanakan bagi tujuan untuk mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan disleksia. Dengan kajian ini juga adalah diharapkan: (i) Dapat memberikan pendedahan dan bantuan kepada guru mahu pun ibu bapa untuk mengetahui secara mendalam masalah kesukaran belajar yang dikategorikan sebagai disleksia. Ini adalah sangat perlu supaya pendidikan serta bentuk bantuan akan dapat diklasifikasikan mengikut keperluan pelajar. (ii) Dapat menjadi sumber rujukan kepada guru pendidikan pemulihan dan semua yang berminat dengan pendidikan khas khususnya yang berkaitan dengan masalah disleksia. Guru memerlukan satu bentuk penerangan dan panduan untuk mengenali serta memahami permasalahan disleksia. (iii) Dapat merumuskan tahap masalah seseorang murid dalam kategori

disleksia serta dapat mencadangkan bentuk bantuan yang perlu bagi

Bukan lembap atau malas


Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF

Selama enam tahun, Hainan Hamzah bergelut dengan masalah pembelajaran dan tingkah laku yang membimbangkan kedua-dua ibu bapanya. Tetapi, kini tidak lagi.

MESKIPUN lemah menulis dan membaca, Hainan begitu kreatif membina model daripada Lego.

"TAK pernah timbul soal malu dan rendah diri apabila anak saya mengalami masalah ini. Tetapi, saya rasa kecewa sekiranya dia tidak mengerti apa-apa. "Bayangkan perasaan saya tatkala melihat kanak-kanak lain sudah mampu menguasai subjek yang dipelajari di tadika. Mereka boleh mengira, mengeja dan membaca dengan lancar, tapi anak saya sebaliknya," jelas Faezah Salleh mengenai perihal putera sulungnya, Hainan Hamzah yang sukar membaca, menulis dan mengeja seperti rakan sebayanya. Dari segi fizikal dan pandangan 'mata kasar' mungkin Hainan, 12, tiada bezanya dengan kanak-kanak lain. Namun secara tersirat, murid Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Petaling, Selangor ini terpaksa bergelut selama enam tahun untuk keluar daripada masalah yang dialaminya.

"Saya terkejut melihat rekod prestasinya. Meskipun sudah dua tahun menimba ilmu di Tadika Qdees, Hainan tidak menampakkan sebarang kemajuan. Bahkan tenaga pengajar semakin gusar kerana dia masih tidak tahu membaca, mengira dan menulis. "Setiap kali guru mengajar, dia enggan berada di tempatnya untuk menyalin atau cuba memahami subjek yang diajar. Sebaliknya, dia buat bising, menyakat dan suka menolak pelajar lain," tambah Faezah.

FAEZAH SALLEH sering menghadapi masalah sejak anaknya mengalami masalah disleksia.

Menurutnya, kelakuan Hainan itu menyebabkannya beberapa kali dipanggil pengetua tadika bagi mengatasi dan membincangkan masalah Hainan. Sejak meneliti buku laporan dan buku latihan Hainan di tadika, hati Faezah berbisik menyatakan anaknya bukan seorang individu yang lembap atau malas belajar, tetapi menghadapi masalah lain. Banyak faktor yang menunjukkan Hainan berhadapan dengan kemelut pembelajaran. Daripada pengamatannya, Faezah mendapati Hainan sukar menyalin huruf-huruf yang tertera di papan hitam. Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran Faezah. Bolehkah masalah anaknya diatasi? Mengapa dia tidak boleh membaca atau menulis? Jika menulis sekali pun, tahap tulisannya memang sukar untuk dibaca dan dimengerti. Ini kerana perkataan yang ditulis langsung tidak mempunyai ruang di antara satu perkataan dengan satu perkataan lain atau tertinggal satu huruf. Sebagai contoh (sayaqergikesekolah = saya pergi ke sekolah). Pada masa yang sama, Hainan juga keliru membezakan antara huruf B dan D; P dan Q; N dan U atau M dan W. Dia juga menulis sesuatu perkataan secara terbalik (anagram), seperti - qergi untuk pergi.

Bukan itu sahaja, setiap kali pulang dari sekolah, buku sekolahnya pasti terdapat tanda soal yang besar yang ditulis oleh gurunya. Tambahnya: "Jika saya sendiri tidak memahami tulisannya, tidak mustahil gurunya turut mengalami masalah yang sama. Hainan bukan sekadar bermasalah untuk menulis malah bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pun sukar."

Sambil menunjukkan contoh tulisan anaknya, Faezah menjelaskan Hainan juga bermasalah berkaitan masa. Sukar baginya untuk menentukan waktu, mengingati hari dalam seminggu, bulan, tarikh lahirnya dan detik bagi sesebuah peristiwa. Sebelum menjalani diagnosis, Hainan atau lebih mesra membahasakan dirinya abang selalu memberitahu mamanya: "Mama, semalam abang terjatuh atau mama, semalam abang bermain bola atau mama, semalam cerita kartun tu best sangat!. Anak sulung daripada dua adik-beradik ini akan menceritakan setiap kejadian yang berlaku semalam sedangkan peristiwa itu berlaku pada minggu atau bulan lepas. Selain itu, sekiranya Faezah memberi dua atau tiga arahan dalam satu masa, sukar untuk Hainan mengikut arahan itu. Apa yang pasti, dia pasti tercicir salah satu arahan. Tambah Faezah lagi, anaknya yang gemar bermain permainan playstation, turut menghadapi masalah dalam subjek Matematik. Dia begitu lemah untuk mengingati turutan nombor, apatah lagi untuk menyelesaikan masalah subjek tersebut (melibatkan proses menolak, darab dan tambah). "Terlalu banyak masalah 'mengganggu' Hainan sehingga dia kerap menangis kerana enggan masuk ke kelas formal (bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Matematik). Ini kerana dia berasa bosan dan penat apabila mengetahui dirinya sukar untuk menerima pelajaran yang diajar guru. "Oleh kerana sukar menulis atau membaca di dalam kelas, dia lebih cenderung membuat bising dan mengacau murid lain. Dia juga tidak boleh fokus dalam melakukan sesuatu perkara. Tempoh paling lama untuk dia bertahan hanya lima minit sahaja," ujar Faezah ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Sri Petaling,

Selangor baru-baru ini. Oleh kerana kasihan melihat Hainan, Faezah membawa anaknya berjumpa Pakar Psikologi, Pusat Psikologi Malaysia Taman Desa, Kuala Lumpur, Dr.Erward Chan, untuk merungkai segala permasalahan yang dihadapi ini.

KANAK-KANAK disleksia perlu mendapat pendidikan dan pendedahan yang lebih berbanding kanak-kanak normal.

Pertemuan tersebut berhadapan masalah kerana anaknya sukar memahami dan gagal bertutur dengan betul dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Namun Dr. Erward enggan mengalah lalu menjalani ujian minda ke atas Hainan. Hasil pemeriksaannya, beliau mendapati IQ Hainan normal, cuma menghadapi masalah bertutur, penulisan dan pendengaran. Mengapa? Akhirnya segala persoalan terjawab apabila Dr. Edward memberitahu Hainan mengalami kondisi kesukaran pembelajaran atau disleksia. Sementara itu, Hainan berkata: "Sejak belajar di Persatuan Disleksia Malaysia, Titiwangsa Kuala Lumpur, saya sudah boleh membaca, mengira dan bertutur dengan betul. Jika sebelum ini, saya kurang memahami apa yang diperkatakan oleh mama, tetapi hari ini saya boleh bergurau senda. "Paling menggembirakan, saya sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bakal tiba. Dahulu, tulisan saya teruk, buruk dan susah cikgu nak baca. Selepas ke kelas persatuan, tulisan saya cantik sedikit (tergelak)," ujarnya yang juga mendapatkan guru persendirian di rumah ketika berusia tujuh tahun.

Selepas lapan bulan belajar, Hainan menunjukkan peningkatan apabila memperoleh markah penuh bagi subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Matematik ketika berada di Tahun Satu. Kemajuan peperiksaan ini menambahkan semangatnya untuk terus berusaha dan belajar. Walaupun kanak-kanak disleksia mengalami kesukaran membaca dan menulis, tetapi mereka memiliki kecerdasan, kepintaran dan berbakat dalam bidang kreatif, kesenian serta cekap membuat mainan binaan. Seperti Hainan, dia mahir membina bangunan, robot atau bentuk yang disusun menggunakan blok-blok Lego. "Kebanyakan ibu bapa berpendapat, sekiranya anak-anak menghadapi masalah ini, mereka dianggap malas dan bodoh. Saranan saya, tangkis tanggapan negatif itu," nasihat Faezah yang masih menghantar Hainan ke kelas disleksia setiap hari Sabtu. Kelainan pada struktur otak APA itu disleksia? Disleksia bukan penyakit kronik yang boleh membawa maut. Ia merupakan proses pembelajaran yang terganggu. Bagi golongan normal, mereka menerima proses membaca, mengira dan mengeja dalam jangka masa cepat, tetapi kumpulan disleksia sebaliknya. Ini kerana otak mereka tidak memproses dan menerima maklumat seperti kanak-kanak normal. Sistem impuls otak yang bergerak ke kiri dan ke kanan tidak sama. Dan, mereka juga tidak mempunyai bahagian otak yang dominan, jelas Pensyarah Kanan Psikologi Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Dr. Samsilah Roslan.

Disleksia disebabkan oleh kelainan di dalam struktur dan fungsi otak, malah ia boleh diwarisi dari ahli keluarga. Namun begitu, kajian masih tidak dapat memastikan punca sebenar yang menyebabkan kondisi ini. Statistik menunjukkan lebih 500,000 kanak-kanak Malaysia menghadapi cabaran hidup disleksia. Pecahan peratusan sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus mendapati kanak-kanak mengalami masalah disleksia pada tahap ringan manakala empat peratus di tahap yang teruk. Walaupun dislesksia merupakan masalah yang dihadapi sepanjang hayat, kanak-kanak yang mengalaminya masih dapat diatasi dengan dorongan, sokongan dan bantuan yang sewajarnya.
DR. SAMSILAH ROSLAN

Sekiranya mendapati anak-anak mengalami masalah dislesksia, segeralah dibawa berjumpa pakar atau guru pendidikan khas. Ini kerana jika tidak dibendung pada tahap awal masalah ini akan melarat sehingga dewasa. Kesannya, kanak-kanak menerima sumber maklumat yang terhad, keyakinan diri semakin menurun kerana rasa malu dan bodoh, tidak bijak dalam pelajaran dan sukar untuk menjadi individu yang profesional, ujar Dr. Samsilah yang memberitahu kanak-kanak disleksia tidak boleh berasa cemas dan takut.

Kosmo 19/1/11

MENGENALI KANAK-KANAK DISLEKSIA


Posted on October 26th, 2008 by pkppdlms

Disediakan Oleh ANIDA BT ABU BAKAR Moderator Zon Batu Kurau Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama

DISLEKSIA DEFINISI Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu Dys yang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah buta huruf juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ophalomotologist telah memperkenalkan perkataan Disleksia (Hammond dan Hugges, 1996:3)Disleksia ialah satu Disorder dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah: Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-matatangan

APA ITU DISLEKSIA? Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan. SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA? Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak. Jenis-jenis Disleksia Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu : Disleksia visual (penglihatan) Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik Disleksia auditori (pendengaran) Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori Disleksia visual-auditori Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio . PUNCA-PUNCA DISLEKSIA

Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara puncapunca disleksia ialah; Keturunan atau genetik Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun Biologi Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum Kematangan Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia CIRI-CIRI DISLEKSIA Kanak-kanak pra-sekolah : - Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan - Suka mengganti perkataan dan hiperaktif - Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah - Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari - Tidak merangkak semasa bayi - Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri - Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan Kanak-kanak Sekolah Rendah : 6 hingga 9 tahun - Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor - Menggunakan jari untuk mengira dan membaca - Keliru dengan kiri dan kanan - Tulisan cermin atau terbalik 9 hingga 12 tahun - Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman - Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan - Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks - Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang - Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah - Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah : - Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten - Kesukaran menulis karangan - Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral - Kesukaran mempelajari bahasa lain - Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan - Jenis orang yang suka senyap - Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten - Kurang kemahiran bersosial

MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;Mengeja Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalahmasalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti; m w y g j u n m n cepqhnbd Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti thfv Membaca Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukanrujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti: Batu tuba Gula lagu Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut: pada masa yang sama dapa masa yang masa Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut : Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu Jam jem cat cat Menulis Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik Bercakap dan mendengar Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan. Nombor Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut : 358 96 Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial - Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut - Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh - Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah LANGKAH-LANGKAH MENBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA - Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya

- Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi. - Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi - Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan. - Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa - Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika - Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni - Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik - Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri - Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai Sumber Rujukan : Unit Pendidikan Khas, SK Selayang Jaya

http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1179

You might also like